You are on page 1of 19

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bitumen merupakan bahan perekat dalam turapan jalan raya yang sering
digunakan di Malaysia. Penggunaan bitumen lebih meluas berbanding tar kerana tar
diperolehi daripada proses penyulingan musnah terhadap arang batu. Di Malaysia arang
batu tidak dihasilkan dan disebabkan itu penggunaan tar menjadi terhad.

Selain itu, tar juga merupakan bahan yang merbahaya untuk kesihatan kerana
kandungan bahan di dalam tar tersebut. Bahan tersebut dikenali sebagai karsinogen dan
ia boleh menyebabkan kanser. Oleh sebab itu, kajian terhadap bahan perekat hanya
tertumpu kepada bitumen sahaja.
6

2.2 Bitumen

Bitumen adalah sejenis bahan perekat atau penyimen yang warnanya hitam atau
gelap samada wujud dalam keadaan pepejal, separa pejal atau likat. Bitumen boleh di
dapati secara asli iaitu terhasil dari batuan dan petroleum. Ia merupakan suatu campuran
hidrokarbon yang semulajadi.

Penggunaan bitumen amat penting dan meluas pada masa ini adalah kerana
pelbagai jenis turapan jalan dapat dihasilkan dari bahan-bahan campuran bitumen,
walaupun pada awalnya penggunaan bitumen hanya pada lapisan permukaan jalan
sahaja.

Dalam industri pembinaan jalan raya, bitumen merupakan bahan kejuruteraan


tertua dan terawal yang digunakan oleh manusia. Sejak awal peradaban lagi kualiti
rekatan dan sifat kalis airnya telah diterokai. Antaranya ialah digunakan dalam industri
pembuatan kapal di Samaria sekitar 6000 SM. Sekitar 3000 SM di Lembah Indus,
bitumen digunakan untuk kerja batu, jalan dan juga pembinaan tangki air sebagai bahan
pengkalis air. Di Egypt, orang-orang Mesir menggunakan bitumen dalam pembuatan
kapal iaitu sebagai bahan kalis air. Mereka juga menggunakan bitumen untuk mengawet
mumia dan membina struktur bangunan sekitar 2600 SM (Roberts et al., 1991).

Turapan pertama menggunakan bitumen kepingan ialah dari Tasik Trinidal. Ia


telah dibina pada tahun 1876 di beberapa bahagian Pennysylvania Avenue. Bahan
bitumen terbahagi kepada dua kumpulan iaitu simen asfalt dan tar. Simen asfalt dan tar
adalah dua bahan yang berbeza. Ia berbeza dari segi sumber, kandungan kimia dan ciri
fizikal.

Istilah yang digunakan bagi bahan bitumen mempunyai takrif yang berbeza. Di
United Kingdom, bitumen meliputi bahan hidrokarbon semulajadi dan sisa atau baki
yang diperolehi daripada proses penyulingan minyak mentah. Oleh itu, tar tidak
7

termasuk dalam golongan bitumen. Tar diperolehi melalui proses penyulingan musnah
terhadap bahan seperti arang batu, kayu dan syal (Che Ros Ismail et al., 2000).

Sebaliknya di Amerika Syarikat, istilah “bitumen” di United Kingdom dikenali


sebagai asfalt iaitu bahan hidrokarbon semulajadi atau baki dari penyulingan minyak
mentah sahaja. Manakala istilah “bitumen” adalah merangkumi penggunaannya pada
kedua-dua bahan iaitu asfalt dan tar. Ringkasan perbandingan antara istilah yang
digunakan di Amerika Syarikat dan United Kingdom diberikan dalam Jadual 2.1
(Che Ros Ismail et al., 2000).

Jadual 2.1 : Pengistilahan bahan bitumen (Che Ros Ismail et al., 2000)
Amerika Syarikat United Kingdom
Bitumen Bitumen dan Tar
Asfalt (Simen Asfalt) Bitumen
Asfalt konkrit Asfal = Bitumen + Agregat

Bitumen adalah pepejal atau cecair pekat, berwarna hitam atau kegelapan,
mempunyai kualiti rekatan, terdiri daripada hidrokarbon. Kandungan bahan dalam
bitumen diberikan dalam Jadual 2.2 (Che Ros Ismail et al., 2000).

Jadual 2.2 : Kandungan bahan dalam bitumen (Che Ros Ismail et al., 2000)
Bahan Peratus Kandungan
Karbon 80 - 85%
Hidrogen 10%
Sulfur 1 - 5%
Nitrogen 1%
Oksigen < 1%
8

2.3 Sifat-sifat semulajadi bitumen

Sifat-sifat semulajadi yang ada pada bitumen ialah ketahanlasakannya terhadap


cuaca. Cuaca yang dimaksudkan itu ialah proses perubahan fizikal dan kimia yang turut
dikenali sebagai luluhawa. Pendedahan bitumen sebagai satu lapisan nipis kepada cuaca
mengakibatkan ia kehilangan sifat keanjalan dan menjadi rapuh.

Bitumen yang digunakan sebagai bahan turapan jalan perlu kekal dalam keadaan
anjal supaya peranannya sebagai bahan pengikat berkesan di sepanjang hayat struktur
jalan. Apabila proses luluhawa ini berterusan akan muncul retak-retak kecil dan
semakin membesar mengikut masa.

Sifat lain yang ada pada bitumen ialah sifat kekonsistenannya. Peranan
kekonsistenan dalam pemilihan dan penggunaan bahan bitumen boleh dikelaskan kepada
dua jenis bentuk. Iaitu pertimbangan terhadap kekonsistenan pada sesuatu suhu yang
tertentu akan mengredkan bahan bitumen itu dan juga kesan suhu terhadap
kekonsistenan. Kekonsistenan bagi bitumen adalah bergantung penuh kepada perubahan
suhu. Terdapat lima jenis kaedah yang sering digunakan untuk mengukur kekonsistenan
bitumen iaitu (Wan Mohd. Hafizi Wan Hassan, 2001):

a) Ujian Penusukan
b) Ujian Kelikatan Furol
c) Ujian Kineatik
d) Ujian Apungan
e) Ujian Titik Lembut

Ketahanan bahan bitumen terhadap air. Kegagalan struktur jalan akan berlaku
dengan kehadiran air. Oleh itu, ketahanlasakan turapan bitumen dipengaruhi oleh tahap
keupayaan bitumen untuk terus kekal melekat pada permukaan batu baur dalam situasi
yang lembap dan berair. Kerosakan turapan pada peringkat awal disebabkan oleh
9

tindakan air terutama bagi turapan yang dibuat daripada bancuhan sejuk dan juga
turapan menggunakan agregat dari batuan jenis hidrofilik. Antara sifat-sifat bitumen
yang lain adalah (Mohamad Rehan Karim et al., 1997):

a) Sifat bitumen sebagai bahan penyimen yang kuat, mudah merekat dan tahan lasak
menghasilkan suatu ikatan yang kuat antara bitumen dengan agregat dan juga dapat
menanggung beban dan tugasan yang dikenakan oleh lalulintas.
b) Bitumen mempunyai sifat kebolehlenturan yang terkawal apabila bercampur dengan
agregat kerana ia merupakan bahan plastik.
c) Mempunyai sifat kalis air yang tinggi. Ia dapat menghalang daripada penyusupan air
larian permukaan ke lapisan subgred daripada berlaku.
d) Bitumen tidak boleh dipengaruhi oleh kebanyakkan asid kecuali asid sulfurik dan
nitrik.
e) Bitumen berbentuk pepejal atau separuh pepejal boleh dicairkan apabila dikenakan
haba, pelarut dan juga pengemulsi pada suhu biasa.

2.4 Sumber-sumber bitumen

Bitumen boleh diperolehi dari dua sumber utama iaitu bitumen semulajadi dan
bitumen petroleum.
10

2.4.1 Bitumen Semulajadi

Bitumen jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk lembut atau keras. Ia terletak
dalam strata geologi dan diperolehi di Tasik Trinidad dan Bermudez. Hanya bitumen
berbentuk lembut sahaja dapat diperolehi dari Tasik Trinidad. Keluasan tasik Trinidad
ialah 44.5 hektar dan berdiameter 600m serta mempunyai kedalaman 41 m. Bitumen
yang bersifat lembut mengandungi sifat-sifat seperti Jadual 2.3 (O’Flaherty, 1978).

Jadual 2.3 : Ciri-ciri bitumen Tasik Trinidad (O’Flaherty, 1978)


Soluble in carbon 53%-55%
Free Water Matter 35.5%-37%
disupphide
Water of Hydration 9.7%

Manakala bitumen dalam bentuk keras boleh di dapati dalam liang-liang batuan
seperti batu kapur dan batu pasir. Kandungan bitumen dalam bitumen berbentuk keras
hanya sekitar 4.5 ke 18 peratus sahaja.

2.4.2 Bitumen Petroleum

Bitumen petroleum merupakan bitumen dalam bentuk koloid yang terdapat di


dalam petroleum yang terhasil daripada proses penyulingan berperingkat. Bitumen jenis
ini digunakan secara meluas dalam pembinaan jalan.
11

Terdapat tiga jenis minyak mentah yang boleh digunakan untuk memproses bitumen
iaitu (Derucher, N., 1997):

a) Minyak mentah berdasarkan bitumen


b) Minyak mentah berdasarkan paraffin
c) Minyak mentah berdasarkan tercampur

2.5 Indeks Penusukan

Indek penusukan digunakan untuk menentukan tahap kepekaan bitumen terhadap


suhu. Untuk mendapatkan nilai indeks penusukan (IP), dua parameter yang diperlukan
ialah nilai penusukan pada suhu 25°C dan nilai suhu di mana bitumen menjadi lembut
daripada hasil ujian cincin dan bebola (Ujian titik lembut).

Apabila dua parameter tersebut diperolehi, nilai IP boleh didapati melalui


nomograf penusukan yang diberikan seperti Persamaan 2.1 (Che Ros Ismail et al., 2000)

1950 -500log PEN – 20 SP


IP = __________________________________
(2.1)
50 log PEN- SP- 120

dengan
SP = Suhu Titik Lembut (°C)
PEN = Penusukan
12

Jadual 2.4 : Ciri-ciri bitumen berdasarkan nilai IP


Nilai IP Ciri-ciri bitumen
IP ≤ -2  Mempunyai sifat Newtonian, iaitu
zarah bitumen kuat
 Rapuh pada suhu yang rendah
 Sangat peka terhadap perubahan
suhu.
-2 < IP > +2  Merupakan normal bitumen
 Separa elastic (kenyal) dan sedikit
tixotropi (kelikatan mudah ditukar
secara mengaul)
IP ≥ +2  Tidak bersifat New tonian
 Bersifat elastic dan tixotropi
 Kurang peka terhadap perubahan
suhu

2.6 Jenis-jenis bitumen

Bitumen boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu bitumen penusukan,


bitumen cutback, bitumen berelmusi dan bitumen tertiup.
13

2.6.1 Bitumen Penusukan

Bitumen penusukan adalah sejenis bitumen yang sering digunakan dalam kerja
turapan anjal. Bitumen jenis ini berwarna hitam, berkeadaan separa pepejal dan
merupakan bahan yang sangat likat pada suhu bilik. Bitumen penusukan akan
membentuk menjadi campuran panas apabila dicairkan dengan mememanaskannya
untuk dicampurkan bersama agregat dan dan apabila sejuk campuran ini akan
membentuk turapan yang sangat kuat dan mampu menanggung beban lalulintas yang
tinggi (Che Ros Ismail et al., 2000).

Bitumen penusukan terhasil daripada proses pengasingan penyulingan minyak


mentah. Ia terdiri daripada 3 jenis hidrokarbon iaitu (Murali a/l Murugaya, 2001):

i) Asfaltena
Berwarna hitam dan merupakan bahan hidrokarbon terbanyak yang
terdapat di dalam bitumen penusukan. Memberikan keadaan kemuluran
serta daya likat bitumen.

ii) Minyak
Mempunyai berat molekul hidrokarbon yang rendah. Memainkan peranan
penting dalam menentukan kelikatan bitumen.

iii) Resins
Bahan ini dapat memisahkan asfaltena dan mengekalkannya dalam
keadaan begitu.

Ini menunjukkan kekerasan bitumen dipengaruhi oleh kadar hubungan


bandingan ketiga-tiga bahan ini dalam komposisi tersebut.
14

Di Malaysia, bitumen penusukan yang digunakan adalah daripada jenis gred


80/100 (JKR, 1988). Kaedah yang digunakan untuk mengred bitumen ialah berdasarkan
kepada penusukan dan kelikatan. Kedua-dua parameter ini merupakan ukur
kekonsistenan bitumen pada suatu suhu. Kaedah mengred bitumen penusukan dengan
bitumen penusukan diterangkan dalam piawaian ASTM D946. Manakala piawaian lain
ASTM D3381 pula menyatakan kaedah pengelasan bitumen berdasarkan parameter
kelikatan (Deruchan, N., 1997).

Sebanyak 5 jenis bitumen penusukan ditentukan dalam piawaian ASTM D446.


Iaitu bitumen gred 40-50, 60-70, 85-100,120-150,200-300. Ujian akan dilakukan pada
suhu, masa dan beban yang telah ditetapkan mengikut piawaian. Nilai penusukan akan
menunjukkan jenis bitumen samada jenis lembut atau keras. Bitumen jenis lembut
sesuai digunakan di kawasan yang beriklim sejuk manakala bitumen keras sesuai di
kawasan beriklim panas. Sekiranya nilai penusukan tinggi ia menunjukkan bitumen
tersebut adalah jenis bitumen yang lembut dan nilai penusukan yang rendah
menunjukkan jenis bitumen keras.

2.6.2 Bitumen Cutback

Bitumen cutback terhasil apabila dicampurkan dengan cecair pelarut petroleum.


Cecair pelarut petroleum merupakan bahan pelarut meruap seperti gasoline, napthalena
dan kerosin. Campuran tersebut akan merendahkan tahap kelikatan bitumen.
Penggunaan bitumen cutback dapat memudahkan kerja penyemburan terutama pada
suhu yang lebih rendah. Pelarut akan meruap dan tinggalkan sisa bitumen pada
permukaan apabila diturap atau dicampurkan agregat.
15

Bitumen dibahagikan kepada tiga jenis berdasarkan kepada kadar kemeruapan.


Tiga jenis bitumen cutback ialah:

(i) Bitumen Cutback Awet Cepat


Dihasilkan dengan melarutkan bitumen dalam pelarut gasoline atau naphta.
Pelarut yang digunakan mepunyai takat lembut yang rendah dan cepat meruap.
Bitumen jenis ini sering digunakan sebagai salut jelujur dan rawatan permukaan.

(ii) Bitumen Cutback Awet Sederhana


Bitumen jenis ini dihasilkan dengan mencampurkan bitumen dengan pelarut
bahan yang meruap pada kadar sederhana seperti kerosin. Kadar penyejatan
lebih lama berbanding dengan bitumen cutback awet cepat.

(iii) Bitumen Cutback Awet Lambat


Bitumen cutback awet lambat digunakan sebagai salut perdana. Ia digunakan
sebagai campuran sejuk untuk kerja tampalan serta pengurang debu.
Bitumen jenis ini terhasil apabila bitumen dilarutkan dalam pelarut yang lambat
meruap seperti diesel. Ia juga boleh terhasil dari proses penyulingan.

2.6.3 Bitumen Elmusi

Bitumen emulsi ialah campuran bitumen, air dan pengelmusi. Emulsi ialah
pecahan atau serakan sesuatu cecair. Dengan lebih jelas lagi, emulsi adalah satu
campuran dengan sifat campuran titisan halus cecair terapung-apung secara stabil di
dalam pelarut yang lain. Cecair yang terapung-apung itu tidak larut ke dalam cecair
yang mengapungkannya. Cecair yang mengapungkannya itu pula disebut fasa luar atau
fasa selanjar.
16

Bitumen emulsi terbahagi kepada dua jenis iaitu emulsi kation dan emulsi anion.
Emulsi anion mengandungi cas negatif dan ia dihasilkan daripada proses pengelmusi
dengan menggunakan agen emulsi positif. Bitumen emulsi kation mengandungi cas
positif dan ia dihasilkan daripada proses pengelmusian dengan menggunakan agen
pengelmusi negatif (Atkins, N., 1983).

Penggunaan bitumen emulsi secara meluas berbanding emulsi cutback adalah


kerana bitumen emulsi merupakan bahan lebih mesra alam. Ini adalah kerana bitumen
emulsi mengandungi air dan ini melibatkan pengewapan air sahaja manakala bitumen
cutback mengandungi bahan yang meruap dan ini akan mencemarkan udara apabila
digunakan. Selain itu, bitumen cutback menyumbangkan kepada pembaziran bahan
bakar ini adalah kerana pelarut dan bahan bakar akan dibiarkan meruap begitu sahaja.

Bitumen emulsi juga lebih selamat digunakan kerana kemungkinan berlakunya


kebakaran agak tipis berbanding bitumen cutback. Ini adalah kerana bitumen cutback
mempunyai takat kilat yang rendah. Bitumen emulsi juga boleh digunakan pada suhu
persekitaran yang rendah, dan ini dapat menjimatkan kos bahan bakar. Bitumen emulsi
juga boleh digunakan pada jalan lembab sementara bitumen cutback memerlukan
keadaan yang kering (Che Ros Ismail et al., 2000).

2.7 Bahan Pengisi

Bahan pengisi merupakan serbuk halus atau zarah-zarah halus dalam bentuk
debu dengan lulus ayak No. 200. Digunakan dalam bancuhan bitumen untuk turapan
jalan raya. Fungsi bahan pengisi di dalam campuran boleh dibahagi kepada dua iaitu
untuk mengeraskan lapisan bitumen dan bertindak untuk mengisi rongga yang masih
ada.
17

Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan sebagai pengisi dalam campuran
bitumen. Antara bahan yang selalu digunakan adalah serbuk batu kapur, kapur terhidrat
dan simen Portland. Ciri-ciri penting yang perlu ada pada bahan yang digunakan ialah
kebersihan, keaslian, kehalusan dan juga afiniti terhadap bitumen. Nisbah bahan pengisi
terhadap bitumen bergantung kepada pelbagai faktor. Daripada pengalaman dan kajian
yang dilakukan, nisbah berat bahan pengisi kepada bitumen dalam julat 0.8-1.0% akan
memberikan keputusan yang baik (Roberts et al., 1991).

2.8 Bahan Tambah

Bahan tambah digunakan sebagai bahan utama bagi menghasilkan turapan yang
berkualiti. Ini adalah kerana bahan tambah dapat memperbaiki sifat semulajadi bitumen
agar menjadi lebih baik dan tahan lasak.

Bahan pengubahsuai bitumen boleh di kategorikan kepada dua iaitu bahan


tambah (additive) dan pemanjang (extender). Pemanjang (extender) adalah suatu bahan
mengantikan sebahagian daripada bitumen yang digunakan dalam campuran dan boleh
meberikan lebih peningkatan terhadap prestasinya. Bahan tambah merupakan suatu
bahan yang dicampurkan dan ditambah dalam bitumen sebelum pengeluaran campuran
atau semasa pengeluaran campuran untuk meningkatkan sifat-sifat perekat atau
campuran tersebut.(Hasanan Md. Nor, 1994).

Tujuan penggunaan bahan tambah di dalam bitumen adalah supaya dapat


meningkatkan sifat-sifat bitumen seperti yang berikut:

a) Meningkatkan rekatan di antara bitumen dengan agregat untuk mengurangkan


penyepaian (stripping) terutama dalam keadaan berair.
18

b) Meningkatkan keanjalan pada suhu jalan yang rendah untuk mengurangkan


keretakan.
c) Meningkatkan kadar kebolehkerjaan untuk mepercepatkan proses penyemburan,
percampuran dan pemadatan.
d) Mewujudkan kestabilan yang tinggi pada suhu jalan yang tinggi untuk menguruskan
perpaluhan.

2.8.1 Ciri-ciri bahan tambah

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi dalam penggunaan bahan


penambah untuk memperbaiki sifat-sifat bitumen (Mat Rodi Junoh, 1993).
Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah:

1) Stabil terhadap perubahan suhu iaitu tidak musnah pada suhu tertentu untuk
menghasilkan suatu campuran bitumen yang baik.
2) Tidak dapat meningkatkan kelikatan bahan pengikat pada suhu yang tinggi
untuk memudahkan kerja pencampuran dan pemadatan di tapak.
3) Mudah bergabung dengan bitumen
4) Tahan lasak terhadap dedahan atau perubahan cuaca dan suhu serta tidak
menyebabkan proses penuaan bitumen.
5) Murah dan mudah diperolehi serta kos yang efektif.
6) Dapat tingkatkan rintangan terhadap aliran (flow) pada suhu jalan yang tinggi
tanpa meningkatkan kelikatan bitumen pada suhu pencampuran dan
penghamparan serta tidak menjadi terlalu keras atau rapuh pada suhu yang
rendah.
19

2.8.2 Jenis-Jenis Bahan Tambah

Pelbagai jenis bahan tambah dikenalpasti sesuai digunakan untuk meningkatkan


kualiti dan sifat-sifat bitumen asli seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.5.

Jadual 2.5 : Jenis-jenis bahan tambah yang umumnya digunakan


Jenis Contoh
1) Pengisi Simen, Kapur
Abu Terbang (fly Ash)
Sulfur
2) Pemanjang (Extender) Sulfur, Lignin
3)Getah
Natural latex Getah asli
Synthetic latex Styrene-butadiene atau SBR
Block copolymer Styrene-butadiene-styrene atau SBS
Getah kitar semula Tayar kitar semula
4) Plastik Polyethlene
Polypropylene
Ethyl-vinyl-acetate, EVA
Polyvlnyl chloride,PVC
5) Kombinasi Campuran antara (2),(3) dan (4) di atas
6) Gentian(fiber) Semulajadi : Rock wool
Sintetik : Polypropylene
Polyester
Fiberglass
7) Oksida Garam magnesium
8) Anti-oksida Kapur,
Garam kalsium
9) Hidrokarbon Recycling and rejuvening oils
Hardening and natural asphalts
20

Bahan anti-ketanggalan digunakan untuk meningkatkan ikatan antara bitumen


dengan agregat. Ia boleh di gunakan dalam bentuk pengisi atau cecair. Kapur
merupakan bahan yang sering digunakan sebagai anti-ketanggalan. Bahan anti-
ketanggalan dapat memperbaiki keupayaan campuran bitumen terhadap tindakan air
(Roberts et al., 1991).

Anti oksida digunakan dalam campuran bitumen untuk mengurangkan proses


pengoksidaan daripada berlaku dan meningkatkan ketahanlasakan. Adalah dipercayai
bahawa proses penuaan dapat meningkatkan kekerasan untuk meningkatkan rintangan
terhadap pengaluran.

Pemanjang (Extender) digunakan untuk mengurangkan kualiti bitumen yang


digunakan dalam campuran bitumen. Secara umumnya, harga bagi extender adalah
lebih murah jika dibandingkan dengan harga bitumen. Oleh sebab itu, penggunaan
extender sebagai gentian bitumen dapat mengurangkan kos pembinaan secara
keseluruhan.

Getah telah lama digunakan sebagai agen penambah kepada bitumen. Ia


biasanya digunakan dalam bentuk cecair ataupun pepejal. Penggunaan getah sebagai
agen penambah adalah untuk meningkatkan ikatan antara bitumen dan agregat.
Penambahan getah juga akan meningkatkan kekerasan turapan di samping memperbaiki
sifat rintangan terhadap pengaluran.

Plastik merupakan bahan buangan yang tidak mudah untuk dilupuskan dan lebih
dari 8% jumlah keseluruhan sampah terdiri daripada plastik. Plastik digunakan untuk
memperbaiki keupayaan rintangan terhadap perpalohan. Ia dapat meningkatkan kualiti
rekatan, daya jelekitan dan juga sifat kebolehlenturan pada suhu persekitaran yang
rendah. Bitumen yang diubahsuai menggunakan bahan plastik mempamerkan sifat
bitumen yang mengandungi getah sebagai agen penambah kepadanya.
21

Simen sebagai bahan tambah dapat meningkatkan kekerasan dan kelikatan


bitumen. Ia juga mempengaruhi sifat kemuluran dan kehilangan akibat pemanasan
tetapi merendahkan suhu titik lembut bitumen. Ini kerana sebatian kimia yang
terkandung di dalam simen yang bertindak balas dengan air dan juga di sebabkan oleh
sebatian kimia yang terkandung di dalam bitumen. Kelikatan dan kekerasan bitumen
akan meningkat pada kandungan simen melebihi 2%. Namun begitu, suhu titik lembut
di dapati semakin menurun kerana kuantiti simen yang semakin bertambah dan
menyebabkan kenaikan haba dalaman yang semakin tinggi.

Abu sekam padi juga didapati sesuai dijadikan bahan tambah di dalam bitumen.
Melalui hasil kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahan abu sekam padi boleh
dijadikan sebagai bahan pengubahsuai atau bahan tambah kepada bitumen tanpa
menjejaskan sifat-sifat asal bitumen yang boleh mengakibatkan ketidaksesuaian bahan
tersebut sebagai bahan perekat dalam konkrit asfalt. Sekam padi dianggarkan
mengandungi hampir 40 hingga 60 peratus silika dioksida dan kos untuk memperolehi
sekam padi amat rendah kerana ia tiada nilai dagangan disebabkan bersumberkan kepada
pertanian.

Jermang besi merupakan hasil sampingan besi dan mengandungi bahan utama
seperti bijih besi, batu kapur dan besi buruk. Ia dihasilkan daripada proses pembuatan
keluli dalam relau. Ia terhasil semasa pemisahan cecair keluli daripada bahan pencemar
dalam relau pembuatan keluli iaitu silika dan keluli oksida. Jermang besi yang
digunakan di Malaysia dihasilkan melalui proses ‘electric arc furnace (EAF)’.

Jermang besi kelihatan seperti batu dengan pelbagai saiz. Jermang besi kurang
menyerap air berbanding batu kelikir dan ia juga mempunyai permukaan yang lebih
kasar (Yusof bin Ahmad, 2000).

Agregat jermang besi mempunyai nilai gariviti tentu pukal yang tinggi dan kadar
serapan lembapan yang sederhana iaitu lebih daripada tiga peratus (3%). Sebahagian
daripada senarai ciri fizikal sisa keluli diberikan dalam Jadual 2.6.
22

Jadual 2.6 : Ciri-ciri fizikal biasa jermang besi (Jegel, 1993)


Ciri Nilai
Graviti Tentu 3.2-3.6
Berat Unit, kg/m3 (lb/ft3) 1600-1920(100-120)
Serapan Air Lebih 3%

Komponen kimia yang terkandung di dalam jermang besi adalah seperti


ditunjukkan di dalam Jadual 2.7. Ini menunjukkan jermang besi mengandungi
kandungan oksida yang tinggi

Jadual 2.7 : Komponen kimia yang terkandung di dalam jermang besi


(Emery, 1982)
Komponen Komposisi (%)
SiO2 10-19
CaO 40-52
FeO 10-40
(70-80% FeO, 20-30%Fe2O3)
MgO 5-10
MnO 5-8
Al2O3 1-3
P2O5 0.5-1
S <0.1
Fe Berlogam 0.5-10

Ciri-ciri fizikal dan kimia yang terdapat di dalam jermang besi secara langsung
akan mempengaruhi keputusan ujikaji dari segi kebolehkerjaan dan kualiti turapan.
23

2.9 Penutup

Daripada kajian-kajian yang telah dilakukan, bahan tambah dapat memperbaiki


sifat-sifat bitumen sebagai bahan perekat. Namun begitu, jermang besi belum lagi diuji
secara terperinci sebagai bahan tambah. Bab berikutnya membincangkan metodologi
kajian yang diguna pakai bagi tujuan menilai kesan jermang besi sebagai bahan tambah.

You might also like