You are on page 1of 7

Pengenalan

Perhubungan khususnya pengangkutan dari satu tempat ke


tempat yang lain memerlukan satu sistem yang baik. Salah satu
kaedah tersebut adalah melalui jalanraya. Terdapat beberapa
jenis jalan yang terdapat di Malaysia antaranya adalah jalan
tanah, jalan batu kelikir, jalan konkrit, turapan blok saling
mengunci dan jalan berbitumen. Namun begitu, jalan berbitumen
adalah yang paling biasa digunakan di Malaysia kerana ia mampu
menanggung kapasiti kenderaan yang lebih besar berbanding
kaedah turapan yang lain.

Types of pavement (Jenis-jenis turapan)

There are two types of pavement :

 Flexible (Lentur) - pavements with a bitumen bonded


surfacing and roadbase.
 Rigid (Tegar) - Pavements with a concrete surface slab which
can be un-reinforced, joint reinforced or continuously reinforced.
Figure 1 Flexible Pavement

Figure 2. Rigid Pavement

Turapan Lentur
Turapan lentur (Flexible Pavement) adalah sistem turapan di
mana konstruksinya terdiri dari beberapa lapisan. Tiap-tiap lapisan
turapan pada umumnya menggunakan bahan di mana berfungsi
untuk menyebarkan beban roda kenderaan sedemikian rupa sehingga
dapat ditahan oleh tanah dasar dalam batas daya dukungnya.

Umumnya bagian-bagian lapisan turapan tersebut terdiri dari:


1. Tanah dasar (Subgrade)
2. Lapisan subtapak ( Subbase Course)
3. Lapisan tapak ( Base Course)
4. Lapisan permukaan ( Surface Course)
Figure 3 Keratan rentas turapan lentur

Lapisan tanah dasar (Subgrade)

Tanah dasar (subgrade) adalah merupakan permukaan dasar


untuk menampung bahagian-bahagian lapisan diatasnya . Kekuatan
dan keawetan maupun tebal dari lapisan turapan jalan sangat
bergantung pada sifat-sifat dan daya dukung tanah dasar/keupayaan
galas tanah ini.
Tanah dasar ini terbentuk dari tanah asli yang dipadatkan
ataupun tanah timbun yang dipadatkan.


Lapisan subtapak

Lapisan subtapak adalah bahagian perkerasan yang terletak


antara lapisan tapak dan tanah dasar (subgred). Fungsi lapisan
subtapak adalah :

1. Sebagai bahagian dari lapisan turapan lentur untuk menyebarkan


beban roda kenderaan..
2. Untuk mencegah tanah dasar(subgred) masuk ke dalam lapisan di
atasnya.
4. Sebagai lapisan telap air (drainage blanket sheet) agar air tanah
tidak mengumpul di lapisan tapak dan juga di tanah dasar.
5. Sebagai lapisan pertama agar pelaksanaan dapat berjalan lancar.

Material yang umum digunakan untuk lapisan ini sesuai adalah:


- Batu dengan campuran pasir
- Tanah campur simen
- Aggregat klas B
Lapisan Tapak

Lapisan tapak adalah bahagian antara lapisan subtapak dan


lapisan permukaan. Fungsi dari lapisan tapak adalah:
1. Menampung beban daripada lapisan permukaan jalan bagi sistem
turapan lentur.
2. Sebagai lapisan telap air (water filter) daripada memasuki lapisan
bawah.
3. Memberikan tapak terhadap lapisan permukaan.
4. Mengurangkan tegasan mampatan pugak ke atas subtapak dan
subgred akibat beban daripada kenderaan.
Bahan-bahan dan material bagi lapisan ini terdiri daripada:
- Aggregat klas A
- kerikil

Lapisan Permukaan Berbitumen

Lapisan permukaan akan menanggung beban trafik secara terus.


Lapisan ini adalah merupakan lapisan teratas sekali di dalam struktur
turapan anjal/lentur dan terbahagi kepada dua lapisan iaitu berasingan
iaitu lapisan haus (wearing course) dan lapisan asas/pengikat (base
course).

Fungsi-fungsi turapan bitumen adalah:


1. Menyediakan permukaan rata dan selesa bagi menampung
beban kenderaan.
2. Mempunyai rintangan yang tinggi terhadap kehausan dan ubah
bentuk pada permukaan.
3. Mempunyai rintangan yang tinggi pada proses kegelinciran.
Keadaan bentuk permukaan turapan juga dapat mengurangkan
percikan dan semburan air akibat dari roda kenderaan.
4. Menjadi pelindung daripada dimasuki air kepada lapisan di
bawahnya atau pun sebagai satu lapisan yang telap air.
5. Beban yang berulangkali dan berterusan daripada kenderaan
dapat di tampung.

You might also like