You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Teloi Timur,

09300 Kuala Ketil,

Kedah.

_______________________________________________________________________________

JPNS.PPDJJ.NBA6010.600-5/5 Tarikh: 04 April 2019

Kepada,

KLINIK DESA FELDA TELOI TIMUR


Felda Teloi Timur,
09300 Kuala Ketil,
Kedah.

Tuan,

NOTIS PEMBERITAHUAN PERTANDINGAN BOLASEPAK ANTARA RUMAH-RUMAH SUKAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Bolasepak SK Teloi Timur akan mengadakan


Pertandingan Bolasepak Antara Rumah-Rumah Sukan untuk murid-murid Tahap 2 Sekolah
Kebangsaan Pengkalan Nyireh pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 20 April 2019 (Sabtu)


Masa : 8.00 a.m – 11.35 a.m
Tempat : Padang SK Teloi Timur

3. Oleh itu, saya mohon jasa baik pihak tuan/puan untuk bekerjasama bersama pihak kami iaitu
dengan menyediakan sebuah van kesihatan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku
pada hari kejadian.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

----------------------------------------------------
(EN. SYUKOR BIN HJ HARUN)
GURU BESAR
SK TELOI TIMUR,
09300 KUALA KETIL,
KEDAH.

You might also like