You are on page 1of 6

1.

0 PENDAHULUAN

Ulasan kritis ini diulas daripada sebuah jurnal yang bertajuk “Penerokaan Pengajaran dan
Pembelajaran Menggunakan Visual Imej Dalam Kalangan Pelajar Cacat Pendengaran” yang
ditulis oleh Aidah Alias, Nadzri Mohd Sharif, Nor Fariza Baharuddin, Meor Hasmadi Meor
Hamzah dan Farihan Zahari. Jurnal ini yang dipilih adalah berkaitan kesan pembelajaan
menggunakan visual imej kepada pelajar yang mengalami masalah pendengaran.

Penulis juga menjalankan penyelidikan untuk menganalisis model pengajaran yang


sesuai dengan menggunakan imej dalam meningkatkan proses pembelajaran di kalangan
pelajar cacat pendengaran. Kaedah kajian yang digunakan penulis ialah kaedah
pemerhatian dan temu bual mendalam dengan pelajar cacat pendengaran dan guru-guru.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa induksi adalah amalan semasa dalam pengajaran dan
pembelajaran di kalangan pelajar cacat pendengaran dan kaedah yang sesuai untuk
mengajar pelajar cacat pendengaran adalah dengan menggunakan imej dan pergerakan.

2.0 ULASAN KRITIS ARTIKEL BERKAITAN:

2.1 TEORI PEMBELAJARAN


Penulis mengatakan dalam jurnal, bagi meningkatkan pembelajaran dan
pengajaran pelajar cacat pendengaran, keperluan dalam menggunakan alat
bantu mengajar seperti fotografi, grafik, gambar rajah dan lain-lain amat
diperlukan bagi meningkatkan keupayaan pembelajaran dan juga untuk
memotivasikan mereka ke arah pembelajaran yang positif. Peranan visual
imej perlu dpertingkatkan dan digunakan oleh guru dalam proses
pembelajaran, kerana penggunaan imej adalah sumber budaya yang
melibatkan semua bidang ilmu dan visual imej juga boleh digunakan sebagai
alat dalam meningkatkan kanak-kanak untuk berfikir (Lebedeff, 2010). Ini
disokong oleh Felder dan Solomon (2013), maklumat yang paling berkesan
diserap apabila kanak-kanak cacat pendengaran melihat sesuatu sebagai
contoh gambar, gambar rajah, filem, video dan demonstrasi.
Teori pembelajaran yang dapat dikaitkan adalah teori konstruktivisme.
Pengajaran konstruktivisme bermula dari skema atau pengetahuan yang
sedia ada pada murid melalui pengalaman sebenar. Sebagai contohnya,
murid mengetahui bahawa epal berwarna merah sahaja. Seterusnya,
adaptasi ialah satu proses penyesuaian. Maka murid beranggap buah

1
tersebut bukan epal tetapi guru akan menyatakan bahawa buah tersebut
adalah sebiji epal.
Jadi, guru guru hendaklah menyediakan banyak contoh dan bahan
sumber yang boleh membantu murid yang menghadapi masalah
pendengaran membuat perkaitan dan membina pemahaman baharu kerana
menurut Piaget (1952), dengan proses adaptasi yang semakin kompleks,
skema juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini
akan membentuk struktur kognitif. Guru juga mestilah mengaitkan isi
pelajaran dengan situasi sebenar seperti simulasi dan pengalaman
berasaskan konteks sebenar.
Hasil temu bual penulis bersama guru mendapati, rata-rata tenaga
pengajar memilih menggunakan gambar transparent picture yang dikatakan
lebih mudah dan menjimatkan kos. Saya menyokong pendapat
penulisdengan membuat rumusan bahawa pelajar cacat pendengaran lebih
fokus dan memahami mesej pembelajaran daripada slaid PowerPoint kerana
ia lebih jelas, lebih besar dan mampu disampaikan sehingga menarik
perhatian. Akhirnya kita akan dapati pelajar ini dilihat dapat memberikan
ilustrasi dan respons yang amat baik apabila diminta menggambarkan
kembali apa yang dilihatnya.

2.2 KONSEP ASAS

Penulis amat menekankan penggunaan imej dalam pengajaran dan


pembelajaran kerana mempunyai manfaat untuk menyokong kefahaman
pelajar agar pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Kesan
pemilihan imej visual juga amat penting bagi memastikan pelajar benar-benar
memahami isi pelajaran.

Saya berpendapat bahawa jumlah gambar yang ditunjukkan tidak


memerlukan kuantiti yang terlalu banyak agar tidak mengganggu fokus
pelajar. Persembahan visual yang disediakan guru juga memainkan peranan
dengan guru hendaklah mengabilkira bilangan persembahan power point
perlulah tidak terlalu banyak warna digunakan dan memasukkan elemen
animasi yang boleh mengganggu fokus pelajar. Imej gambar yang berwarna
amat menarik perhatian pelajar berbanding dengan imej gambar hitam dan
putih. Namun, guru mestilah tahu apa yang sepatutnya yang perlu ditegaskan
di dalam gambar slide agar pelajar yang mengalami cacat pendengaran ini

2
tidak meletakkan fokus mata mereka kepada gambar-gambar yang tidak
perlu.

Prinsip-prinsip seperti warna, ruang, jalinan dan penegasan iaitu apa


yang ingin disampaikan perlulah diberi lebih penekanan bagi memastikan
mesej pembelajaran kepada pelajar cacat pendengaran lebih jelas dan
memudahkan mereka melaksanakan interpretasi dengan berkesan.

2.3 ELEMEN SENI


Pembelajaran menggunakan elemen multimedia amat sesuai pada pelajar
kurang upaya pendengaran, imej merupakan elemen yang penting dalam
pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar cacat pendengaran. Ini kerana
daripada pembacaan pengkaji, temubual dengan pengajar dan pemerhatian
pengkaji, imej dan contoh amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
pelajar cacat pendengaran.
Justeru itu, Lebedeff (2010) menekankan, pengajar mesti
menekankan peranan imej visual untuk meningkatkan proses pembelajaran,
kerana penggunaan imej-imej ini adalah sumber budaya yang melibatkan
semua bidang ilmu dan visual imej juga boleh digunakan sebagai alat untuk
merangsang minda kanak-kanak dan membantu mereka untuk berfikir. Ini
juga dipersetujui oleh Mustaffa Halabi (2011) bawaha imej dan ilustrasi
mempunyai berharga memberi kesan kepada pelajar visual kerana mereka
lebih cenderung memberi perhatian kepadanya. Ini berlaku apabila bahan
teks ini adalah sukar untuk memahami dan tidak mudah difahami tanpa imej
dan ia dipercayai apabila pelajar tidak biasa dengan teks, gambar-gambar
yang boleh menggambarkan keadaan. Visual yang digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar pekak mestilah sesuai dan
bersedia.
Oleh itu, hasil elemen multimedia boleh digunakan bagi menyediakan
model untuk pengajaran dan pembelajaran pelajar cacat pendengaran adalah
terdiri daripada prinsip berikut iaitu warna, pergerakan, contoh, mempunyai
proses, jelas, mudah, ekspresi dan imej.

3
3.0 SEJAUH MANA MAKLUMAT DALAM ARTIKEL MEMBANTU DALAM PROSES
PdPc BERKESAN

3.1 DARI SUDUT POSITIF

Pengintegrasian elemen multimedia yang di tekankan oleh penulis sangat membantu


kerana elemen multimedia menerapkan banyak media seperti teks, grafik, audio dan
video. Oleh itu, elemen multimedia ini menjadi perangsang bagi pelajar meneruskan
pembelajaran mereka dan meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik.

Multimedia turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan


pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan. Interaktiviti
memberi peluang kepada pelajar memilih dan mengawal sendiri pembelajaran
mereka. Disamping itu, penggunaan media interaktif mampu menarik perhatian serta
mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu.
Ini amat sesuai bagi golongan pelajar yang mempunyai masalah pendengaran.

Persembahan multimedia menerusi komputer membolehkan seseorang


meningkatkan ciri-ciri interaktiviti ke dalam persembahan yang dibangunkan.
Interaktiviti membenarkan pengguna menjelajah sesebuah aplikasi multimedia
mengikut citarasa dan kehendak mereka sendiri. Pengguna boleh bergerak atau
melopmat dari satu topik ke satu topik yang lain atau melangkau sesetengah topik
yang mungkin kurang diminati atau kurang diperlukan.

3.2 DARI SUDUT NEGATIF

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti daripada jurnal ini. Penulis


cenderung untuk menggunakan visual dimana ini melibatkan sebahagian besar
waktu murid menggunakan mata mereka dan memberi tumpuan kepada slide. Hal ini
kerana sekiranya mata yang terdedah kapada cahaya yang terang dalam tempoh
masa yang lama akan menyebabkan mata rosak. Sewajarnya, penulis juga perlu
mengambil kira jumlah bilangan murid bermasalah penglihatan dapat dibuat dengan
lebih tepat.
Selain itu, penulis juga tidak mengenalpasti sama ada kanak-kanak di yang di
kaji tersebut mengalami masalah buta warna atau tidak kerana tiada sebarang ujian
yang menunjukkan mereka mengkaji mengenai masalah buta warna. Menurut
informasi yang dibekalkan oleh Colourblindness.com, sebanyak 5 peratus warga

4
Asia yang terdiri daripada lelaki mengalami masalah  buta warna. Dengan ini, kajian
jurnal ini seharusnya menjalankan ujian penglihatan warna supaya murid-murid yang
menggunakan sepenuhnya mata mereka kerana mengalami masalah pendengaran
dapat melihat bahan yang disediakan guru dengan lebih sempurna.
Saya berpendapat bahawa, kanak-kanak perlu menjalani pemeriksaan mata
seawal umur 4 tahun dan kerajaan Malaysia perlu mewajibkan pemeriksaan mata ini
bukan sahaja di sekolah malah mewujudkan klinik bergerak di desa. Hal ini kerana,
terdapat kanak-kanak yang masih tidak bersekolah di Malaysia dan kesihatan
mereka tidak dipantau sepenuhnya di bawah seliaan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Dengan mewujudkan klinik bergerak di desa, kanak-kanak yang
mengalami masalah penglihatan di pedalaman juga dapat menerima rawatan yanng
sepatutnya.

5
BIBLIOGRAFI

Colourblindness.com. (2019). Retrieved Februari 28, 2019, from http://colourblindness.com/

Felder, R. M. and Solomon, B. A. (2013). Learning styles and strategies. Retrieved December 9, 2013

, from http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/ ILSdir/styles.html

Lebedeff, T. B. (2010). The value of visual literacy practices in the education of deaf students: The

experience of deaf teachers. Retrieved December 9, 2013, from

http://www.interdisciplinary.net/ci/vl/vl2/lebedeff

Mustaffa Halabi Azahari. (2011). Photography: Its Significance Strands and Values in Education.

Shah Alam: University Press.

Piaget, J. (1962). Play, Dreams & Imitation in Childhood. New York: Norton.

Piaget, J. d. (1952). The Origins of Intelligence in Children. New York: Intelligent Univercity
Press.

ZAHARI, A. A. (2016). PENEROKAAN KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN

VISUAL IMEJ DALAM KALANGAN PELAJAR CACAT PENDENGARAN . Jurnal Komunikasi

Malaysian Journal of Communication Jilid 32 (1) 2016: 335-350.

You might also like