You are on page 1of 1

Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.

my)

Dol Said atau nama sebenarnya ABDUL SAID dilahirkan pada tahun 1773 dan
meninggal dunia pada tahun 1849 ketika berusia 76 tahun. Beliau berketurunan
suku Semelenggang, Dol Said juga adalah penghulu Naning yang ke sembilan
selepas menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 ketika beliau berusia 26
tahun.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang ke-sembilan yang membantah
pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh pihak British. Beliau secara keras
membangkang kemasukan tentera British di Naning dengan menunjukkan
kebijaksanaan peperangan yang telah mengalahkan pihak British dalam dua
kempen peperangan. Peperangan Naning, yang berlaku pada tahn 1834 telah
menjadikan Dol Said seorang wira yang berani yang telah mengukir tempat di
sejarah Melaka.

Penghulu Dol Said telah berjaya mendapat sokongan orang Melayu seramai
1,000 orang untuk menentang British dalam Perang Naning yang bermula pada 6
Ogos 1831 dan berakhir pada 24 Ogos 1831 iaitu kira-kira 18 hari berperang. Dalam
peperangan tersebut, Penghulu Dol Said telah mendapat kejayaan dan sebab utama
kejayaan tersebut adalah kerana perpaduan yang wujud di kalangan orang Melayu
serta sokongan orang Melayu di wilayah yang lain.
Dol Said akhirnya terpaksa berundur ke Pasir Besar setelah kalah dalam perang
Naning kedua pada Februari 1832 dan dalam masa 4 bulan akhirnya Naning jatuh
ke tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah
peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.
Sejak kecil lagi Dol Said mempunyai sifat keberanian apabila beliau mula belajar
ilmu mempertahankan diri pada umur beliau enam tahun. Dol said seorang yang
tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati oleh
orang ramai. Dol Said juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.
Dengan sikap terpuji dan jasa beliau inilah Dol Said telah menjadi contoh
pahlawan dan pejuang kemerdekaan yang jasanya akan dikenang dan diingati
sepanjang hayat.

You might also like