You are on page 1of 2

LAPORAN PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

Pada tahun ini, Sekolah Kebangsaan Kapit telah menghantar seorang lagi wakil untuk
menyertai pertandingan Nyanyian Solo Irama Malaysia Ketegori Sekolah Rendah
Peringkat Negeri Sarawak 2019. Tahun ini pertandingan ini diadakan di Bintulu. Ini
merupakan penyertaan kali kedua berturut-turut bagi pelajar SK Kapit bagi mewakili
daerah kapit untuk pertandingan ini. Susulan dari mendapat johan pada peringkat
daerah, adik Francois Steyn Bundan sekali lagi mewakili daerah Kapit bagi
pertandingan ini bagi kategori lelaki sekolah rendah.
Pertandingan ini diadakan pada 3 Julai 2019 iaitu pada hari Rabu bertempat di
Commerce Square Mall Bintulu. Keputusan pertandingan bagi tahun ini amatlah
membanggakan apabila adik Francois Steyn Bundan telah mendapat tempat ke 8
daripada 26 orang peserta lelaki. Keputusan ini boleh dikatakan amat membanggakan
kerana pada tahun lepas beliau telah mendapat tempat ke 16 bagi peringkat negeri.

Tarikh : 3 Julai 2019 (Rabu)


Masa : 8.00 pagi
Tema : Irama Malaysia/ Etnik Kreatif/
Tempat : Commerce Square Mall Bintulu
Laporan Bergambar

You might also like