You are on page 1of 20

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CAWANGAN JENGKA

FALSAFAH DAN ISU SEMASA CTU 552

ISU : KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR DARI SUDUT


HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

KUMPULAN 2/AT2201A

NAMA DAN NOMBOR PELAJAR

1. MUHAMMAD SYAMSUNIZAM BIN MOHD ZAINI (K) 2021231328


2. MOHD HAFIZI BIN IBRAHIM (S) 2021878412
3. RUBIATUL ADAWIAH BINTI ZAINAL ARIFFIN 2021285022
4. MOHD FAIZ BIN SAMIN 2021626862
5. ROSNALIZAM BIN SAHADAN 2021483006

NAMA PENSYARAH : DR NURSHAHIRA BINTI IBRAHIM

KERTAS KERJA LAPANGAN


KRITERIA MARKAH JUMLA H

Pengenalan 2
Susunan isi/idea 4
Analisa & perbincangan 12
Rumusan dan kesimpulan 4
Etika Penulisan 4
Bibliografi/Rujukan 4
JUMLAH 30
Markah
ISI KANDUNGAN
PROFIL KUMPULAN ............................................................................................................................. 1
MAKLUMAT TUGASAN PERBENTANGAN.............................................................................................. 2
1.0 PENGENALAN ............................................................................................................................ 2
2.0 OBJEKTIF KAJIAN ....................................................................................................................... 3
3.0 KAJIAN LITERATURE ................................................................................................................... 4
4.0 METODOLOGI ............................................................................................................................ 7
4.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT ............................................................................................................ 7
4.2 KESUSASTERAAN .................................................................................................................. 8
5.0 DAPATAN FAKTA ....................................................................................................................... 9
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .............................................................................................. 12
7.0 KESIMPULAN ........................................................................................................................... 14
SUMBER RUJUKAN ............................................................................................................................ 16
PROFIL KUMPULAN

ARAHAN: Sila isi maklumat di bawah.

NAMA KUMPULAN : KUMPULAN 2

KETUA : MUHAMAD SYAMSUNIZAM BIN MOHD ZAINI

SETIAUSAHA : MOHD HAFIZI BIN IBRAHIM

NO NAMA NO MATRIK NAMA KELAS


1 MUHAMAD SYAMSUNIZAM BIN MOHD ZAINI 2021231328 AT2201A
2 MOHD HAFIZI BIN IBRAHIM 2021878412 AT2201A
3 RUBIATUL ADAWIAH BINTI ZAINAL ARIFFIN 2021285022 AT2201A
4 MOHD FAIZ BIN SAMIN 2021626862 AT2201A
5 ROSNALIZAM BIN SAHADAN 2021483006 AT2201A
MAKLUMAT TUGASAN PERBENTANGAN

NAMA KUMPULAN : KUMPULAN 2


TAJUK PEMBENTANGAN : KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR DARI SUDUT
HUBUNGAN MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
TARIKH PEMBENTANGAN :

KREATIVITI PEMBENTANGAN
KEMAHIRAN BERPASUKAN
GAYA PEMBENTANGAN

PEMIKIRAN KRITIS

KEMAHIRAN ICT
INFOGRAFIK &
ETIKA & MORAL
PROFESIONAL

TOTAL
NO NAMA NO. MATRIK

1 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
2 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
3 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
4 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
5 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
6 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
7 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
8 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
9 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
10 /4 /4 /4 /4 /4 /10 /30
1.0 PENGENALAN

Alam sekitar merupakan salah satu ciptaan Allah S.W.T yang banyak memberi kebaikan
kepada manusia. Definisi alam sekitar ialah segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud
secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar boleh
dibahagi kepada dua iaitu flora dan fauna. Flora adalah semua tumbuhan yang hidup dalam suatu
kawasan atau zaman. Fauna adalah haiwan yang hidup di permukaan bumi. Alam sekitar
mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia seperti yang dinyata dalam Al-Quran, Surah
Ali Imran ayat 190 yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada
tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal”

Di dalam Al-Quran juga menunjukkan yang alam sekitar diciptakan untuk manusia
seperti yang dinyatakan di dalam surah Al-Baqarah ayat ke-30:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”

Tetapi walaupun alam sekitar memberi banyak rahmat, manusia masih mengambil
mudah alam sekitar. Kemusnahan alam sekitar merangkumi pelbagai aspek. Kemusnahan boleh
diakibatkan secara semulajadi dan juga oleh manusia. Di Malaysia, terdapat pelbagai
kemusnahan alam yang diakibatkan oleh manusia dilaporkan seperti kemusnahan habitat dan
pencemaran alam sekitar.

Walaupun Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dan
sepatutnya menjaga kualiti alam sekitar tetapi manusia masih mengambil mudah tentang
menjaga alam sekitar dan akibatnya terjadi bencana yang disebabkan oleh tindakan manusia itu
sendiri yang mendatangkan kesan yang buruk kepada negara dan masyarakat.

Kemusnahan alam sekitar yang terjadi pada tahun 2021 ini di negara kita Malaysia sudah
melibatkan banyak kehilangan nyawa. Tanah runtuh di Cameron Highland telah meragut 2
nyawa akibat tertimbaus dan banjir besar yang berlaku pada 17hb dan 18hb Disember 2021 lalu
telah menyebabkan hampir 30,000 orang kehilangan tempat tinggal dan dan hampir 50 orang
telah terkorban.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tajuk yang dipilih untuk kertas kerja ini untuk dibuat adalah Isu Kemusnahan Alam
Sekitar dari segi Teori Hubungan Manusia dan Alam Sekitar. Selain daripada sebahagian
tuntutan kerja kursus CTU 552, kertas kerja ini dijadi rujukan kepada pelajar–pelajar yang lain.
Kajian– kajian terdahulu yang telah dibuat dan bertemakan tajuk kemusnahan alam sekitar dan
langkah-langkah untuk mengatasinya telah dijadikan rujukan dan bahan kajian serta dapatan
fakta bagi kumpulan ini untuk dibincangkan bersama dalam kertas kerja ini.

Terdapat beberapa kajian tentang isu kemusnahan alam telah dibuat dan dikongsikan
kepada dunia untuk menerapkan nilai cakna dalam diri insan tentang alam sekitar. Kajian
tersebut telah dihuraikan dan akan dibincangkan oleh pelajar dalam penulisan ini. Manusia
sebagai hamba di muka bumi ini perlu memainkan peranan untuk mengelakkan kemusnahan
alam sekitar. Hal demikian kerana alam sekitar berkait dengan hubungan manusia dan alam
sekitar dari sudut teori.

Isu tentang kemusnahan alam sekitar ini adalah isu antarabangsa yang terjadi di seantero
dunia dari dahulu hingga sekarang, baik di negara maju mahupun di negara-negara dunia ketiga.
Kertas kerja ini mencadangkan beberapa cadangan yang boleh diambil bagi mengatasi
kemusnahan alam sekitar ini atau sekurang-kurangnya mengurangkan kesan kemusnahan yang
teruk atau mengelakkan kemusnahan ini daripada berlaku dalam penulisan ini.

Realitinya, bencana alam hasil perbuatan tidak bertanggungjawab manusia sebagai


penghuninya sebenarnya boleh dielakkan atau sekurang–kurangnya boleh diminimakan
impaknya bilamana manusia itu sendiri memainkan peranan untuk mengelakkan kemusnahan
alam sekitar dengan merasakan diri sebagai khalifah di muka bumi ini yang sepatutnya
memakmurkan dan melestarikan bumi Tuhan ini.
3.0 KAJIAN LITERATURE

Alam sekitar merupakan anugerah Allah yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Allah telah menciptakan alam ini dengan sempurna dan seimbang untuk kemakmuran manusia. Alam
merupakan ciptaan Tuhan yang mengandungi nilai spiritual bagi manusia yang ingin mendekatkan
diri kepada Tuhan. Kebanyakan makhluk amat bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di
mukabumi ini terutamanya manusia. Justeru, gesaan bagi manusia mengamati kejadian alam adalah
bertujuan bagi manusia mengenali bukan hanya ciptaan Tuhan tetapi juga penciptanya. Berdasarkan
pemahaman agama, setiap sumber alam yang digunakan perlulah mengambilkira setiap aspek
kepenggunaannya bagi mengelakkan pembaziran dan juga kemusnahan kepada alam.

Menurut Zurina dan Norjan, peningkatan kesedaran alam sekitar adalah salah satu elemen
penting dalam pembinaan kapasiti negara menuju pembangunan lestari (Zurina & Norjan, 2003).
Masyarakat kini hanya mementingkan aspek ekonomi dan pembangunan sahaja sehingga
mengabaikan kualiti alam sekitar. Manusia mesti bijak dalam merancang penggunaan alam sekitar
agar dapat mengurangkan kerosakan alam kepada tahap yang paling minumum. Namun, tingkah laku
manusia semakin rakus dalam mengeksploitasi sumber alam sekitar tanpa memikirkan hak generasi
akan datang (Ibrahim, 2005).

Menurut Prof. Madya Dr. Haryati Shafi melalui keratan akhbar, ‘Tangan Manusia Ancam
Alam Sekitar’ yang diterbitkan pada Disember 2021, kejadian bencana alam boleh diklasifikasi
kepada dua faktor iaitu faktor semula jadi dan manusia. Faktor semula jadi adalah disebabkan
berlakunya perubahan seperti mampatan, rekahan, regangan, tekanan, kecairan pada struktur dalaman
dan permukaan bumi, gas yang ingin dilepaskan dari bumi, perubahan monsun serta kelajuan angin.
Sebagai contoh, bencana alam yang biasa berlaku dan direkodkan ialah gempa bumi, gunung berapi,
tiupan angin kencang, ribut salji, tsunami, ribut petir, banjir, tanah runtuh dan sebagainya.

Bencana alam berpunca faktor manusia pula seperti sikap tidak bertanggungjawab, kegagalan
mengurus dan tiada kesedaran alam sekitar hingga menyebabkan aktiviti yang lebih kepada
‘keuntungan diri’ selain mengabaikan tanggungjawab serta mengetepikan kelestarian alam sekitar itu
sendiri (Prof. Madya Dr. Haryati Shafi, 2021).

Di Malaysia, kejadian bencana alam seperti banjir kilat dan tanah runtuh kerap kali berlaku
dan telah mengakibatkan kerugian harta benda dan kehilangan nyawa. Kerap kali banjir dan tanah
runtuh berlaku disebabkan oleh faktor manusia yang gagal mengurus alam sekitar dengan baik.
Kejadian banjir kilat misalnya yang sejak kebelakangan ini sering berlaku di kawasan bandar dan
perumahan sekitar bandar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat dan Melaka telah
mengakibatkan kerugian harta benda. Ketiadaan sistem saliran yang baik, kepadatan pembangunan
perumahan dan bangunan, merupakan landskap bandar yang kian terserlah kini. Namun pada
hakikatnya mengundang bencana kepada penduduk ( Prof. Madya Dr. Haryati Shafi, 2021).

Kejadian tanah runtuh kerap dilaporkan berlaku sepanjang laluan ke Cameron Highlands,
Pahang juga menunjukkan bahawa alam sekitar telah mudah terancam akibat daripada tangan-tangan
manusia. Faktor tanah tinggi yang ditarah, hujan berterusan dengan intensiti yang tinggi telah
menyumbang kepada berlakunya tanah runtuh. Kejadian ini boleh membawa bencana kepada
manusia sekiranya terdapat pengguna yang melalui kawasan tersebut. Keadaan inilah yang
berkemungkinan berlaku di Cameron Highlands yang telah mengakibatkan kematian pengguna jalan
raya apabila terdapat tiga buah kenderaan dilaporkan tertimbus oleh runtuhan tanah tersebut ( Prof.
Madya Dr. Haryati Shafi, 2021).

Kajian yang dijalankan oleh (Jamilah, Hasrina, Hamidah dan Juliana 2011), menyatakan
bahawa sikap orang awam terhadap isu alam sekitar serta amalan pemuliharaan alam sekitar juga
adalah rendah. Televisyen dipilih sebagai media yang memainkan peranan penting dalam
memyebarkan maklumat yang berkaitan dengan alam sekitar. Televisyen menjadi medium
perhubungan dalam menyampaikan maklumat kepada manusia. Kepentingan media ini bukan
sekadar terhenti setakat menyampaikan maklumat sahaja, tetapi lebih dari itu kerana media
berperanan dalam membentuk pola pemikiran masyarakat (Mohd Yusof Hj Othman, 2010).

Menurut Zul Azmi Yaakob, falsafah alam sekitar adalah ilmu yang menumpukan kepada
alam dan manusia dituntut agar menggunakan kebijaksanaan mereka semasa bertindak ke atas alam.
Alam mestilah dihormati oleh manusia yang merupakan penguna sumber alam terbesar. Al-Quran
juga menjelaskan telah banyak kerosakan alam yang sebenarnya adalah berpunca daripada perbuatan
manusia. Walau semaju mana sekalipun sesebuah masyarakat, mereka masih lagi bergantung kepada
peranan alam termasuklah dalam konteks ibadat (Zul Azmi Yaakob, 2012).

Alam mempunyai nilai falsafah, malah beliau sentiasa menunjukkan betapa pentingnya
kewujudan alam sebagai asas logik agar manusia berfikir tentang kewujudan Tuhan. Alam membantu
masyarakat untuk saling terus berpegang dan berkeyakinan bahawa segala yang ada di seluruh alam
ini bukanlah secara kebetulan, sebalik secara terancang oleh si pembuat. Agama menyarankan
manusia supaya memahami alam dalam bentuk penilaian spiritual agar sampai kepada maksud
mengapa alam dijadikan untuk mereka. Masyarakat perlu memastikan kelestarian alam berjaya
dilaksanakan bermula dari peringkat metafizik terlebih dahulu iaitu dengan mengikut apa yang
dikehendaki oleh agama (Zul Azmi Yaakob, 2012).
Isu krisis alam sekitar menjadi antara isu yang semakin tiada kesudahan kerana masyarakat
meletakkan kewujudan alam sebagai harta milik mereka, sedangkan semuanya adalah milik Tuhan.
Selagi mana umat manusia gagal meyakinkan diri masing-masing bahawa alam adalah milik Tuhan,
maka selagi itulah nasib alam sentiasa berada dalam ketidaktentuan, malah menuju kemusnahan
kerana masa depannya seakan-akan ditentukan oleh hawa nafsu manusia sebagai paksi membuat
keputusan ke atas harta (alam) milik Tuhan (Zul Azmi Yaakob, 2012).

Konsep alam dari perspektif Islam mengajar manusia tentang kejadian dan asal usul alam
semesta, penciptaan dan perkembangan alam semesta. Menjelaskan tentang status dan kedudukan
alam dunia ini sebagai salah satu ciptaan Tuhan, serta menerangkan tentang peranan alam kepada
manusia dan tanggung jawab manusia terhadap alam. Al-Quran dan sunah menyeru manusia untuk
mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung.
Penyelewengan terhadap alam sekitar juga merupakan perbuatan menodai perintah Allah untuk
membangunkan bumi, memperbaiki bumi serta melarang daripada sebarang perbuatan
merosakkannya. Keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan
kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Penyebab utama kepada
berlakunya kerosakan disebabkan oleh sikap manusia yang lupa tanggungjawab yang telah
diamanahkan oleh Allah kepada mereka, iaitu memelihara serta memanfaatkan anugerah ciptaan
Allah (Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, 2019).

Menurut takrifan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972, alam sekitar ialah suatu aset atau
simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau
populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi
keperluan manusia dari masa ke semasa. Environment dalam bahasa Inggeris atau Perancis - benda-
benda yang wujud di alam persekitaran, sama ada makhluk hidup atau mati dan kesemua unsur-unsur
alam terjalin hubungan yang kukuh termasuk juga manusia itu sendiri iaitu manusia itu telah dapat
memanfaatkannya melalui hubungan timbal balik antara kedua-duanya. Ekologi - tempat kediaman
manusia dan persekitarannya yang bermanfaat untuk melangsungkan kehidupan, sama ada daripada
aspek makanan, pakaian, ubat-ubatan dan tempat berlindung dan berinteraksi antara satu sama lain
(Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, 2019).

Islam turut memberi penekanan serius terhadap kestabilan dan keharmonian alam sekitar,
bukannya melakukan kerosakan di muka bumi kerana Allah melarang dan membenci orang yang
membuat kerosakan. Segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar
sebenarnya mengganggu inti pati hidup beragama dan secara tidak langsung menodai kewujudan
manusia di atas muka bumi ini (Prof. Madya Dr. Haliza Abdul Rahman, 2019).
4.0 METODOLOGI

Menurut (Siti Sarah, 2015), metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-
bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan
sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu
memahami dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses kajian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud
lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi
juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang
paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalah kajian. Untuk kajian yang dilakukan ini, kaedah telah digunakan
antaranya ialah Teknologi Maklumat / Data.

4.1 TEKNOLOGI MAKLUMAT

Menurut (Then Sin Siew, 2011), maksud teknologi maklumat ialah sebarang kaedah atau
cara yang digunakan untuk menyebarkan, mencari, memaparkan maklumat mengenai sesuatu
perkara atau peristiwa.

ICT adalah singkatan daripada Information and Communication Technology (Teknologi


Maklumat dan Komunikasi) yang bermaksud merupakan teknologi yang diperlukan untuk
pemprosesan data yang berkaitan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak tertumpu hanya kepada internet dan komputer
tetapi merangkumi televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA, E Digital
Akhbar, artikel atas talian dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat.
4.2 KESUSASTERAAN

Kajian ini yang dilakukan dikaji dan diteliti dengan menggunakan beberapa bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk. Kajian yang dilakukan dikaji dan diteliti dengan
menggunakan beberapa bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk. Bahan-bahan seperti buku
atau pun jurnal amat sukar untuk dicari kerana berlakunya COVID-19. Oleh itu, kajian ini
menggunakan laman sesawang untuk mencari artikel-artikel dan kajian-kajian lepas untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Artikel dan kajian lepas dapat digunakan oleh
pengkaji untuk menyokong tajuk kajian dan menjadikannya sebagai sumber rujukan kedua.
Secara tidak langsung akan memberikan perhargaan kepada penulisan ilmiah para pengkaji yang
terdahulu.
5.0 DAPATAN FAKTA
Daripada jurnal – jurnal dan sumber artikel yang telah dikaji, dibincangkan dan dibahas
oleh kumpulan kami ini bagi tajuk tentang kerosakan alam sekitar, kami bersetuju dengan
kenyataan bahawa hubungan alam sekitar dan manusia tidak dapat disangkal lagi. Dengan
tanggungjawab dan amanah yang telah dikurniakan kepada khalifah di muka bumi kita
digalakkan untuk menjaga alam sekitar. Firman Allah dalam surah Hud ayat 61 mafhumnya
“Dan kepada Kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka iaitu Nabi Soleh dan ia berkata
Wahai kaumku! Sembahkan kamu akan Allah! Sebenarnya tiada tuhan yang berhak disembah
melainkannya. Dia yang menciptakan kamu dari bahan bahan di bumi dan menghendaki kamu
memakmurkannya”. Oleh itu meminta la ampun daripada perbuatan syirik dan kemudian
kembalilah taat dan tauhid kepadanya. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, dan
memakbulkan doa hambanya. Sudah jelas bahawasanya Allah menyuruh dan memberikan
tugasan kepada manusia untuk menjaga serta mengekalkan alam sekitar dalam keadaan yang
terbaik. Kumpulan kami bersetuju dengan hakikat secara rohaniahnya manusia ini telah
ditakdirkan oleh Allah untuk menjaga dan menggalas amanah sebagai khalifah di atas dunia ini.

Daripada dapatan fakta yang telah kami kaji daripada jurnal – jurnal tersebut, kumpulan
kami sepakat merumuskan bahawa alam sekitar adalah anugerah Allah kepada manusia.
Kewujudan dan peranan manusia mestilah difahami dengan jelas kerana kedudukan mereka lebih
istimewa berbanding makhluk-makhluk yang lain. Manusia sebagai khalifah di muka bumi
adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan yang rapat dengan
alam sekitar. Manusia hendaklah bertanggungjawab dalam menguruskan dan memelihara bumi
dengan sebaik mungkin. Dengan keupayaan dan potensi diri itu manusia telah diutuskan Allah
sebagai khalifah di alam ini. Allah telah menawarkan kepada makhluk-makhluk yang lain seperti
langit, bumi, dan gunung untuk mentadbir alam ini. Kesemuanya tidak sanggup menerima tugas
tersebut yang dirasakan sangat membebankan. Tugas yang diamanahkan kepada mereka
sekarang sudah memadai dan lebih baik menolak tugas mentadbir alam daripada terpaksa
menerima pembalasan akibat kecuaian mereka di kemudian hari.

Dari segi penilaian penulis –penulis jurnal kajian, kami berpandangan bahawa kesemua
penulis mempunyai satu persamaan pendapat di mana hakikatnya manusia juga tergolong
dalam sebahagian alam sekitar yang ditugaskan untuk mentadbir alam sekitar dengan
bijaksana. Kepincangan dan ketidakstabilan mengurus alam sekitar berpunca daripada manusia
yang tidak menghargai kepentingan persekitaran kepada kelangsungan hidup sebagaimana yang
telah tercatat di dalam Surah Al-Rum di dalam ayat 41 yang bermaksud “ Telah nampak
kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia,supaya Allah merasakan
akibat kepada mereka agar mereka kembali ke jalan yang benar”. Terdapat beberapa prinsip
yang perlu kita fahami tentang hubungan alam sekitar dan manusia. Antaranya ialah manusia
ialah khalifah kepada persekitaran. Tugas Muslim yang utama di muka bumi ialah menjadi
hamba yang taat kepada Allah dan juga menjadi khalifah yang adil. Pertautan antara dua makhluk
ni tidak dapat dipisahkan lagi seperti Firman Allah di dalam Surah Al-Dhariyat ayat 56 yang
berbunyi “Tidak ku jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaku. Imam Ibnu
Kathir ada menerangkan maksud perkataan “penguasa” di bumi bagi meneruskan usaha usaha
memakmurkan keadaan alam sekitar demi masa hadapan”. Ini menunjukkan usaha usaha
memelihara alam sekitar bukan terletak pada satu generasi sahaja malahan menyeluruh untuk
semua generasi tanpa mengira bangsa dan masa. Tambahan pula, sekiranya alam sekitar sudah
tidak dipelihara dari sekarang sudah tentu tidak akan sampai ke generasi akan datang. Jadi kita
seharusnya mengembeling tenaga bersama sama setiap generasi menjaga alam sekitar dan tidak
mengharapkan satu pihak sahaja. Sebagai contoh, ibu bapa menunjukkan contoh yang terbaik
kepada anak anak mereka dan generasi muda akan kepentingan menjaga alam sekitar agar
mereka lebih prihatin dari kecil bak pepatah lama meluntur buluh biar lah dari rebungnya.

Daripada perbincangan, kami menegaskan bahawa manusia itu mesti menghormati


hak hak alam sekitar. Hal ini kerana, tumbuh-tumbuhan juga merupakan makhluk Allah yang
juga mempunyai keperluan yang tersendiri. Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan
sumber tenaga iaitu melalui penghasilan makanan melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis
ialah proses menghasilkan zat yang diperlukan oleh tumbuhan bagi penghasilan klorofil yang
diperlukan oleh tumbuhan untuk meneruskan kelangsungan hidup menggunakan cahaya
matahari. Oleh yang demikian, manusia perlulah berusaha menjaga kemaslahatan alam sekitar
seperti tidak membunuh atau menyiksa haiwan tanpa sebab yang munasabah. Di dalam agama
Islam, muslim ditegah menyiksa binatang sepertimana terdapat dalam hadis sahih tentang
peristiwa seorang wanita yang diseksa di dalam neraka kerana tidak memberikan makanan serta
minuman kepada haiwan peliharaannya. Terdapat juga kisah yang diceritakan kepada kita
tentang seorang pelacur yang dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi anjing yang
kehausan minum. Perundangan islam juga menyatakan dalam memelihara komuniti haiwan
kerana komuniti ini termasuk dalam kelompok yang istimewa dan dianggap hampir dengan
manusia kerana diberi roh untuk hidup. Disebabkan oleh demikian, haiwan-haiwan ini
mempunyai deria rasa dan mempunyai perasaan tersendiri. Sebarang usaha mahupun tindakan
yang mengabaikan hak-hak haiwan dianggap zalim dan perlu ditegah dengan sebaik mungkin.
Firman Allah di dalam surah Al-An’am ayat ke-6 yang membawa maksud “Dan tidak seekor
pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor burung pon terbang dengan sayapnya
melainkan mereka umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam Quran ini,
kemudian mereka semuanya dihimpunkan kepada Tuhan mereka untuk dihisab dan menerima
balasan”.

Seterusnya daripada kajian –kajian jurnal yang kami bincangkan, kami berpendapat
adalah amat penting sekali bagi manusia untuk menghargai keseimbangan Sunnah Allah
dalam penciptaan alam semesta. Hal ini kerana, semua kejadian yang telah diciptakan
dijadikan dengan penuh teliti dan memenuhi kebenaran. Semua yang telah diciptakan berkait
antara satu sama lain bagi memenuhi satu sistem kehidupan yang dikenali dengan Sunnah Allah.
Firman Allah di dalam surah Al-Azhab ayat ke-62 yang bermaksud “Yang Demikian adalah
menurut ‘Sunnah Allah’ (undang-undang) peraturan Allah yang telah berlalu, dan engkau tidak
sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi Sunnah Allah itu”. Oleh yang demikian,
kita seharusnya jangan melawan undang undang yang telah ditetapkan oleh Allah. Hal ini kerana,
ketetapan yang telah ditetapkan semestinya mempunyai sebab yang tertentu yang boleh
menyebabkan seseorang itu ditimpa musibah. Contohnya, di dalam agama Islam melarang
umatnya daripada memakan khinzir kerana boleh menyebabkan seseorang itu sakit. Hal ini
terbukti apabila sainstis menemu kuman dan bakteria pada kulit haiwan tersebut yang boleh
menyebabkan antibody menjadi lemah dan seterusnya boleh mengurangkan daya ketahanan
badan melawan penyakit. Oleh sebab itu, setiap tindakan yang mengubah sistem sehingga
berlakunya kepincangan dianggap zalim dan menyalahi kebenaran dalm Sunnah Allah yang telah
dibuat. Imam Al-Raghib Al-Ashfahani menerangkan maksud sunnah Allah itu sebagai jalan
yang ditetapkan mengikut kebijaksanaan Allah dan jalan bagi mentaatinya. Justeru itu, setiap
manusia perlu bertindak menghargai alam persekitaran dan sentiasa memastikan sistem
kehidupan alam sekitar dalam keadaan sejahtera dan terkawal sebagaimana firman Allah.

Secara keseluruhan bagi dapatan fakta jurnal-jurnal kajian kami , kami bersetuju bahawa
kita wajib berusaha bagi menjaga hubungan dengan alam sekitar sebaik mungkin dan
berusaha menjaga alam sekitar. Hal ini kerana, amalan menjaga alam sekitar sepatutnya
diusahakan bersama oleh semua pihak tanpa mengira pangkat dan usia. Pihak kerajaan juga
boleh mengetatkan undang undang yang sedia ada seperti mengenakan denda kepada pihak yang
ingkar akan menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan adanya undang undang yang seperti ini
dapat membantu mengekalkan alam sekitar dalam keadaan baik dan seterusnya menjamin
keberadaan spesies untuk tempoh lebih lama dengan harapan agar dapat diperlihat oleh generasi
akan datang.
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bencana alam seperti yang dibincangkan ini merupakan bencana yang berlaku disebabkan
oleh faktor semula jadi dan manusia. Kesan kepada manusia seperti kecederaan dan kematian serta
persekitaran yang musnah jelas memperlihatkan bahawa bencana tidak boleh dipandang ringan.
Kesedaran masyarakat terhadap bencana alam sekitar wajar ditingkatkan. Bencana alam ada kalanya
boleh diramal dan dijangkakan berlaku seperti letusan gunung berapi dan banjir.

Oleh itu, pihak berkuasa wajar mendedahkan masyarakat setempat khususnya dan masyarakat
umum amnya akan bahaya bencana alam serta meningkatkan langkah berjaga-jaga. Pihak berkuasa
harus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan berisiko contohnya
seperti kawasan lereng bukit diletakkan alat pengesan pergerakan tanah.

Dengan kaedah ini, sebarang pergerakan tanah dapat dipantau dan tanda amaran serta
penutupan jalan boleh segera dilakukan. Masyarakat bukan sahaja perlu didedahkan tentang bahaya
kemungkinan berlakunya bencana alam di sesuatu kawasan, bahkan perlu dilengkapkan dengan
pelbagai informasi berkenaan bencana alam yang bakal berlaku seperti banjir, tanah runtuh, letusan
gunung berapi, tsunami, ribut petir dan sebagainya.

Walaupun adakalanya ramalan tidak tepat, tetapi sekurang-kurangnya amaran awal telah
diberi justeru langkah berjaga-jaga perlu ditingkatkan. Pihak berkuasa harus segera mengambil
langkah dengan memindahkan penduduk berisiko ke tempat selamat atau terus menutup mana-mana
jalan yang berisiko dan berbahaya kepada pengguna. Penduduk yang berada di kawasan berisiko pula
hendaklah sentiasa cakna dengan sebarang maklumat daripada pihak kerajaan supaya mengambil
langkah dengan segera berhubung aspek keselamatan diri, keluarga dan harta benda.

Di dalam kesibukan menangani wabak covid-19 kita juga jangan terlupa untuk mengekalkan
kesuburan dan kebersihan alam sekitar. Akibat kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab dalam
menjaga kebersihan alam sekitar, generasi akan datang tidak dapat menikmati keindahan flora dan
fauna yang kita gagal menjaganya. Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah
pencemaran alam sekitar ialah melalui pendidikan formal di sekolah dan pendidikan tidak formal
bermula di rumah. Pendidikan kesedaran ini perlu dijalankan berterusan supaya manusia dapat
menjaga alam sekitar sejak dari kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”.

Melalui pendidikan kesedaran ini, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan alam sekitar
menurut perspektif agama islam. Dengan ini, sedikit sebanyak langkah ini dapat menyedarkan
manusia yang lalai tentang kebersihan alam sekitar. Jadi, pendidikan kesedaran ini akan dapat
mencapai matlamatnya sekiranya semua rakyat sedar akan kepentingan alam sekitar seterusnya dapat
membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga.
Sekiranya manusia tidak memahami peranan sebenar manusia dan alam sekitar, pastinya negara kita
akan tercemar.
7.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kemusnahan alam boleh disebabkan secara semulajadi ataupun


disebabkan manusia. Allah S.W.T telah mencipta alam ini untuk diduduki oleh makhluknya.
Setiap manusia perlu berusaha untuk menjaga dan memakmurkan alam sekitar seperti di dalam
Al-Quran, surah Hud, ayat ke-61: "Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah. Sebenarnya
tiada Tuhan bagi kamu selain daripada-Nya. Dialah yang menjadikan kamu daripada bumi
(tanah) serta menghendaki kamu memakmurkannya." Ayat ini menunjukkan bahawa manusia
mempunyai konsep hidup yang dinamakan amanat. Selain beribadah kepada Allah S.W.T,
manusia perlu melaksanakan amanatnya sebagai khalifah di muka bumi ini. Konsep ini telah
wujud sejak awal kewujudan manusia. Islam adalah agama yang syumul iaitu lengkap serta
menyeluruh yang mencakupi setiap aspek kehidupan termasuk dalam aspek penjagaan dan
pemeliharaan alam sekitar.

Penyebab utama masalah alam sekitar adalah akibat sikap manusia yang menolak amalan
beragama, yang mana kegagalan manusia melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah
merupakan punca utama kepada berlakunya pelbagai kerosakan terhadap alam sekitar. Masalah
alam sekitar tidak akan berakhir malah akan lebih teruk sekiranya setiap pihak tidak melihat
kesalahan sendiri sebaliknya menuduh pihak lain yang bertanggungjawab. Masalah ini harus
diselesaikan pada peringkat asas, menggunakan kaedah pencegahan dan bukannya perawatan.
Kaedah yang sedia ada pada hari ini seperti akta dan undang-undang alam sekitar, penyelidikan
saintifik, peralatan yang mengurangkan pencemaran adalah kaedah rawatan. Sementara kaedah
pencegahan adalah amalan beragama. Perkara ini sebenarnya telah ada dalam setiap diri
manusia, cuma mereka tidak menghiraukan kehadiran agama tersebut samada disengaja ataupun
tidak disengajakan. Pengamalan beragama bermaksud kita mempraktikan segala suruhan agama
dan meninggalkan perkara yang ditegah. Dalam konteks agama Islam, suatu perkara yang
ditinggalkan adalah aspek syariah (perundangan). la sewajarnya didahulukan kerana ia mampu
menentukan halatuju kemandirian Islam.

Adalah wajar kita beralih kepada kaedah pencegahan setelah kaedah sedia ada yang
bercorak rawatan begitu lama dipraktikkan namun hasilnya tidak menggalakan. Kita akan terus
ketinggalan sekiranya tidak menggunakan kaedah pencegahan ini bermula daripada sekarang.
Walaupun mungkin tidak berkesempatan untuk melihat hasilnya sekarang sekurang-kurangnya
generasi akan datang sempat mewarisi bumi dalam keadaan seperti yang kita huni sekarang.
Perbincangan hukum berkaitan dengan Fiqh Al-Bi’ah perlu dipandang penting oleh
semua pihak terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar. Adalah
menjadi satu kewajipan bagi mengetahui pentingnya alam sekitar kepada kehidupan berdasarkan
nas-nas syarak yang disepakati. Memahami Fiqh Al-Bi’ah merupakan perkembangan disiplin
ilmu fiqh dalam mendepani dan menyelesaikan isu-isu semasa masyarakat. Interaksi manusia
dengan persekitaran adalah sangat rapat demi kelangsungan hubungaan manusia dengan
pencipta (Habl Min Allah) dan hubungan manusia dengan masyarakat (Habl Min Al-Nas).

Nilai moral dan akhlak yang berpaksikan tauhid menjadi asas dalam memahami
persekitaran. Manakala aspek pencegahan merupakan pengurusan alam sekitar yang terbaik.
Prinsip Fiqh Al-Bi’ah membuktikan keindahan Islam itu sendiri yang bersifat sempurna, saling
lengkap melengkapi dalam menyelesaikan isu-isu kehidupan dan membina jalinan hubungan
antara komuniti manusia dan persekitaran yang lestari.
SUMBER RUJUKAN

Jurnal Artikel

Haliza Abdul Rahman, (2019). Kesyumulan Islam dalam Aspek Pemeliharaan Alam Sekitar.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue (2019), e-ISSN: 2289-8042.
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/special3/jsass_khas03_recit18_026_haliza.pdf

Zahari Mahad Musa, (2010). Fiqh Al-Bi’ah: Prinsip Interaksi Manusia Dengan Alam
Persekitaran. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil. 1 (2010) 1-24.
https://www.researchgate.net/publication/289745767_Fiqh_alBi'ah_Prinsip_Inter
aksi_Manusia_dengan_Alam_Persekitaran/link/56926b0d08aec14fa55d71c7/do
wnload

Zul`Azmi Yaacob, (2012). Falsafah Alam dalam Konteks Falsafah Ketuhanan Menurut Hamka.
International Journal of Islamic Thought, Vol. 1: (June ) 2012.
http://journalarticle.ukm.my/5290/1/9Zulazmi.pdf

Tan Pei San & Norzaini Azman, (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan
Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar,
Bil 14 : 11 – 22@2011 ISSN 0128-273.
https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/23/23

Amer Saifude Ghazali, (1997). Manusia Dan Alam Sekitar Hubungannya Daripada Perspektif Islam.
Jurnal Usuiuddin.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/3173/1259

Noor Azizah Samsudin & Zanaton H. Iksan, (2015). Kesedaran Alam Sekitar Melalui Aplikasi
Kendiri Alam Sekitar (KAKAS) (Environmental Awareness Through Self Application
Environment). Jurnal Personalia Pelajar 18 (2) (2015): 23 – 31.
https://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2016/08/Noor-Azizah-Samsudin.pdf
Mohd Yusof Hj Othman, (2010), Media Dan Isu Alam Sekitar (Media and The Issues of
Environment). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 1-17.
http://journalarticle.ukm.my/1422/1/1.pdf

Internet

Profesor Madya Dr. Haryati Shafii, (2020). Kemerosotan kualiti alam sekitar jejaskan
keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat bandar.
https://news.uthm.edu.my/ms/2020/03/kemerosotan-kualiti-alam-sekitar-jejaskan-
keselamatan-dan-kesejahteraan-hidup-masyarakat-bandar/
Dicapai pada tarikh 10 Disember 2021.

Profesor Madya Dr. Haryati Shafii, (2021). ‘Tangan’ manusia ancam alam sekitar.
https://www.kosmo.com.my/2021/12/15/tangan-manusia-ancam-alam-sekitar/
Dicapai pada tarikh 15 Disember 2021.

Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman, (2019). Pembangunan lestari tangani isu alam sekitar.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/09/605010/pembangunan-lestari-tangani-isu-
alam-sekitar
Dicapai pada tarikh 20 Disember 2021.

Prof Madya Dr Haliza Abdul Rahman, (2020). Melestarikan alam sekitar.


https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1850246
Dicapai pada tarikh 20 Disember 2021.

You might also like