You are on page 1of 7

Langkah-Langkah Menambah Nama Domain Rasmi Dalam

Portal Office 365


Pendahuluan

Bagi setiap Portal Office 365 yang dicipta, ia akan diberikan satu nama domain yang dikenali sebagai
“default domain”. Format “default domain” adalah seperti berikut:

namaorganisasi.onmicrosoft.com

“Default domain” berfungsi sebagai “backup” atau “fallback” domain sekiranya Pentadbir Portal
Office 365 menghadapi masalah dengan nama domain rasmi yang digunakan. Masalah ini
kebiasaannya berlaku di organisasi swasta atau portal persendirian kerana berkemungkinan nama
domain tidak diperbaharui sebelum tarikh tamat langganan. Sekiranya masalah ini berlaku, Pentadbir
Portal Office 365 masih boleh mengakses Portal Office 365 menggunakan “default domain” ini.

Untuk menambah nama domain rasmi agensi ke dalam Portal Office 365, berikut adalah prasyarat-
prasyarat yang perlu diambil perhatian oleh Pentadbir Portal Office 365:

1. Nama domain yang ingin ditambah tidak pernah digunakan dalam Portal Office 365 yang lain.
2. Pentadbir Portal Office 365 perlu mengenalpasti pentadbir fail DNS Host (Public) organisasi
mereka. Sekiranya tidak ditadbir sendiri:
a. Untuk organisasi kerajaan, kebiasaannya fail DNS Host (Public) ditadbir oleh GITN
(Government Integrated Telecommunications Network).
b. Untuk organisasi pendidikan, kebiasaannya fail DNS Host (Public) ditadbir oleh
MYREN (Malaysian Research and Education Network).
c. Untuk organisasi swasta, kebanyakan fail DNS Host (Public) ditadbir sendiri
menggunakan penyedia perkhidmatan DNS seperti Cloudflare, Exabytes, GoDaddy
dan lain-lain.
3. Untuk langganan Office 365 ProPlus, Pentadbir Portal Office 365 hanya perlu membuat
pengesahan rekod TXT ke dalam fail DNS Host (Public). Untuk langganan Office 365 Academic
/ Business / Enterprise, Pentadbir Portal Office 365 perlu memasukkan semua rekod yang
diperlukan seperti rekod MX, TXT, CNAME dan SRV. Semua senarai rekod disediakan oleh
Microsoft dalam Portal Office 365.

Langkah-Langkah Menambah Domain

SITUASI: Encik Ahmad merupakan Pentadbir Portal Office 365 “ikbnsepangtrial.onmicrosoft.com”.


Encik Ahmad mempunyai nama domain “mypreslab.com” dan bercadang untuk menggunakannya
sebagai nama domain rasmi dalam Portal Office 365. Encik Ahmad juga mentadbir fail DNS Host
(Public) menggunakan penyedia perkhidmatan DNS Cloudflare.

1. Log masuk ke Portal Pentadbir Office 365, klik “Setup”.


2. Pada bahagian “Sign-in and security”, klik pada butang “View” di ruangan “Get your custom
domain set up”.

3. Pada bahagian “Get your custom domain set up”, klik pada butang “Manage”.

4. Pada bahagian “Domains”, klik pada “Add domain”.

5. Pada bahagian “Add a domain”, masukkan nama domain yang ingin dimasukkan (contoh:
mypreslab.com) dan klik butang “Use this domain”.
6. Pada bahagian “Verify your domain”, Pentadbir Portal Office 365 perlu menggunakan rekod
TXT yang dijana oleh Portal Office 365 untuk ditambah ke dalam fail DNS Host (Public).
Setelah rekod ditambah, tekan butang “Verify” untuk meneruskan proses (rujuk langkah 9).

PERHATIAN: Untuk langkah ini, kemungkinan situasi Pentadbir Portal Office 365 berbeza
dengan situasi Encik Ahmad:

i. Untuk organisasi kerajaan yang fail DNS Host (Public) ditadbir oleh GITN, Pentadbir
Portal Office 365 perlu memaklumkan kepada pihak GITN untuk mengemaskini fail
DNS Host (Public) organisasi tersebut. Makluman boleh dibuat dengan menghantar
tiket sokongan, email atau telefon.
ii. Untuk organisasi pendidikan yang fail DNS Host (Public) ditadbir oleh MYREN,
pentadbir Portal Office 365 perlu memaklumkan kepada pihak MYREN untuk
mengemaskini fail DNS Host (Public) organisasi tersebut. Makluman boleh dibuat
dengan menghantar tiket sokongan, email atau telefon.

7. Langkah 7 adalah untuk situasi Encik Ahmad yang mentadbir fail DNS Host sendiri. Langkah
yang sama dilakukan oleh GITN dan MYREN untuk menambah rekod ke dalam fail DNS Host
(Public) organisasi. Pada panel Cloudflare, rekod TXT dimasukkan ke dalam fail DNS Host
(Public) seperti contoh di bawah:
8. Untuk memastikan sama ada rekod TXT telah dimasukkan ke dalam fail DNS Host (Public)
atau sebaliknya. Pentadbir Portal Office 365 boleh memeriksa status menggunakan MX
ToolBox SuperTool. Laman web MX ToolBox SuperTool boleh diakses menerusi pautan di
bawah:

https://mxtoolbox.com/supertool.aspx

Contoh di atas menunjukkan rekod TXT telah berjaya dimasukkan ke dalam fail DNS Host
(Public) organisasi, atau istilah mudahnya “propagated”. Kebiasaannya “propagation”
mengambil tempoh masa selama 5 minit ke 24 jam.

9. Setelah “propagation” berjaya, Pentadbir Portal Office 365 perlu kembali ke Langkah 7 untuk
klik butang “Verify”.

10. Setelah pengesahan berjaya dilakukan, pada bahagian “Activate records”, klik pautan “More
options”. Untuk langganan Office 365 ProPlus, sila pilih “Skip and do this later”, dan klik
butang “Continue”. Untuk langganan Office 365 Academic / Business / Enterprise, rekod
tambahan perlu dimasukkan ke dalam fail DNS Host (Public), sila rujuk Langkah 12.
11. Nama domain telah berjaya dimasukkan ke dalam Portal Office 365. Untuk langganan Office
365 ProPlus, konfigurasi adalah sehingga Langkah 10 sahaja.

12. Untuk langganan Office 365 Academic / Business / Enterprise, Pentadbir Portal Office 365
perlu ulang semula Langkah 1 hingga Langkah 4. Pada bahagian “Domains”, klik pada nama
domain yang telah dimasukkan sebelum ini (contoh: mypreslab.com). Klik pada butang “DNS
Management”.

13. Pada bahagian “Set up your online services”, pilih “I’ll manage my own DNS records” dan klik
butang “Next”.
14. Pada bahagian “Choose your online services”, pilih perkhidmatan yang diperlukan. Pentadbir
Portal Office 365 memilih semua atau sebahagian perkhidmatan yang ditawarkan, iaitu
Exchange, Skype for Business dan Mobile Device Management for Office 365. Kemudian
tekan butang “Next”.

Nota tambahan: Untuk organisasi kerajaan yang menggunakan perkhidmatan email 1GovUC
atau organisasi pendidikan yang menggunakan perkhidmatan email G-Suite, Zimbra dan lain-
lain, tidak perlu tandakan kotak Exchange. Kecuali organisasi yang berhasrat untuk bertukar
atau “migrate” kepada perkhidmatan email Office 365.

15. Contoh rekod-rekod yang perlu dimasukkan dalam fail DNS Host (Public) adalah seperti
lampiran “Update DNS Settings” pada halaman seterusnya. Setelah semua rekod berjaya
dikemaskini, Pentadbir Portal Office 365 boleh terus menggunakan perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakan bersama langgana Office 365 Academic / Business / Enterprise
ini. Contoh perkhidmatan utama yang boleh digunakan setelah selesai kemaskini fail DNS
Host (Public) ini adalah email, Skype for Business atau Microsoft Teams, SharePoint dan
Mobile Device Management.
Update DNS settings
In this step, you'll activate services for your domain, like email and instant messaging, by adding DNS records for
mypreslab.com at your registrar or DNS hosting provider. Cloudflare. (https://www.cloudflare.com/a/dns/)
Nameservers used: chip.ns.cloudflare.com, erin.ns.cloudflare.com

MX records
Please add these records at your DNS hosting provider. step-by-step instructions
(https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=2108104)

 Important: if you already have an MX record for this domain at your DNS host, changing your MX
records to the values below will redirect new incoming email to your new email addresses, and email
will no longer be delivered to your previous email service.
After you change the MX records, if you want to access your old email through your new email account,
you must migrate the old email messages.

Priority Host name Points to address or value TTL


0 @ mypreslab-com.mail.protection.outlook.com 3600

CNAME records
Please add these records at your DNS hosting provider. step-by-step instructions
(https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=2108105)

Host name Points to address or value TTL

autodiscover autodiscover.outlook.com 3600


sip sipdir.online.lync.com 3600
lyncdiscover webdir.online.lync.com 3600
enterpriseregistration enterpriseregistration.windows.net 3600
enterpriseenrollment enterpriseenrollment.manage.microsoft.com 3600

TXT records
Please add these records at your DNS hosting provider. step-by-step instructions
(https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=2108106)

TXT name TXT value TTL


@ v=spf1 include:spf.protection.outlook.com -all 3600

SRV records
Please add these records at your DNS hosting provider. step-by-step instructions
(https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=2108204)

Service Protocol Port Weight Priority TTL Name Target


_sip _tls 443 1 100 3600 @ sipdir.online.lync.com
_sipfederationtls _tcp 5061 1 100 3600 @ sipfed.online.lync.com

You might also like