You are on page 1of 225

RM13.

20
ISBN 978-983-46-1871-1
01320

9 789834 618711
2019
PRELIM NE ARIF CORPORATION .pdf 1 12/27/16 4:35 PM

KK 400-1211-1871-2106
ISBN 978-983-46-1871-1
Cetakan Pertama 2014
Cetakan Keenam 2019

CM

MY

CY

CMY

Unggul Printing (KL) Sdn. Bhd.,


No. 17, Jalan Hi-Tech 6/1,
Kawasan Perindustrian Hi-Tech 6,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.
KANDUNGAN

Pendahuluan iv
Pengenalan vi

TEMA 1
KELUARGA BERWAWASAN 1
Unit 1 Impian Keluarga 2 BM
Unit 2 Keluarga Kreatif 8
14
Unit 3 Motivasi Keluarga
Penilaian 1 21

TEMA 2 TEMA 6
KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
23 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN
Unit 4 Bersih dan Sihat
24 DI MALAYSIA 111
Unit 5 Aktif dan Cergas
30 Unit 16 Kejayaan Tanaman Kita 112
Unit 6 Sihat Emosi 36 Unit 17 Hasil Ternakan Kita 118
Bacaan Luas 42 Unit 18 Era Biodiversiti dan Bioteknologi 124
Penilaian 2 43 Bacaan Luas 130
Penilaian 6 131
TEMA 3
KESELAMATAN 45 TEMA 7
Unit 7 Keselamatan Semasa Bersukan 46 PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN 133
Unit 8 Keselamatan Persekitaran 52 Unit 19
Tokoh Sanjungan 134
Unit 9 Patuhi Peraturan Jaminan Unit 20 140
Negara yang Kusayangi
Keselamatan 58 Tanggungjawab Kita 146
Unit 21
Penilaian 3 65 Penilaian 7 153

TEMA 4 TEMA 8
KEMASYARAKATAN 67 EKONOMI MALAYSIA 155
Unit 10 Muafakat Membawa Berkat 68 Perniagaan di Malaysia 156
Unit 22
Unit 11 Kita Memberi, Orang Merasa 74 Keusahawanan 162
Unit 23
Unit 12 Sedia Membantu 80 Unit 24
Pengurusan Kewangan 168
Bacaan Luas 86 Bacaan Luas 174
Penilaian 4 87 Penilaian 8 175

TEMA 5 TEMA 9
WARISAN BANGSA 89 LESTARIKAN BUMI KITA 177
Unit 13
Uniknya Budaya Kita 90 Aktiviti Mesra Alam 178
Unit 25
Unit 14
Citra Seni 96 Isu Alam Sekitar 184
Unit 26
Unit 15
Keindahan Seni 102 Selamatkan Bumi Kita 190
Unit 27
Penilaian 5 109 Penilaian 9 197

TEMA 10
JELAJAH ALAM SAINS DAN CIPTAAN 199
Unit 28 Alam Sains 200
Unit 29 Teknologi dalam Kehidupan 206
Unit 30 Kreativiti dalam Ciptaan 212
Penilaian 10 217

iii
PENDAHULUAN
Seiring dengan perubahan kurikulum pada peringkat nasional, Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun
5 Sekolah Kebangsaan (SK) ini disediakan selaras dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Standard kurikulum ini menjunjung peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa pengantar di sekolah. Buku ini
menepati enam tunjang yang terdapat dalam KSSR dan disepadukan dengan pemikiran kritis,
kreatif dan inovatif.
Buku Bahasa Malaysia bagi tahap dua ini memberikan penekanan kepada pengukuhan
dan aplikasi kemahiran bahasa. Penguasaan kemahiran bahasa tersebut membolehkan
murid berketerampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial
dalam kehidupan harian.
Bagi merealisasikan KSSR, buku ini menggunakan pendekatan modular untuk memastikan
penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Lima modul yang terkandung dalam buku ini ialah
Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul
Tatabahasa.
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur menekankan keupayaan murid mendengar,
memahami dan menghayati secara lisan serta keupayaan murid berkomunikasi untuk
menyampaikan maklumat, pendapat dan idea. Modul Kemahiran Membaca pula menekankan
keupayaan murid membaca dengan lancarnya serta penguasaan pemahaman membaca.
Modul Kemahiran Menulis menekankan keupayaan murid menulis dan melahirkan idea melalui
pelbagai bentuk penulisan. Modul Seni Bahasa menekankan keupayaan murid mengungkapkan,
menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif. Modul Tatabahasa pula menekankan
keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat.
Setiap kemahiran dan aspek yang tersebut di atas, dapat dicapai melalui fokus utama
yang tercatat pada halaman buku ini. Penggabungjalinan kemahiran fokus utama tersebut
dengan kemahiran yang lain sebagai aktiviti sampingan perlu dilakukan mengikut kreativiti
masing-masing.
Buku ini juga mementingkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan
murid. Elemen ini menghendaki murid mencipta, menilai, menganalisis, mengaplikasikan,
memahami dan mengingat dalam pelbagai aspek. Penerapan elemen KBAT dalam pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan jati
diri murid. Selain itu, penerapan elemen ini dapat menyediakan murid dengan kemahiran yang
sesuai untuk menghadapi cabaran hidup dan berkeupayaan memacu pembelajaran sendiri.
Penggunaan ikon yang digunakan dalam buku ini bertujuan untuk memudahkan guru dan
murid mengenal pasti kemahiran atau aspek yang berkaitan. Ikon tersebut dijelaskan seperti
yang berikut:

Mendengar
Membaca Menulis
dan Bertutur

Seni Bahasa Tatabahasa Aktiviti

Nota Bahasa Aktiviti berbual, Aktiviti menulis


bertutur, bercerita Kemahiran Berfikir
dan berbincang Aras Tinggi (KBAT)

iv
Artifak ini disimpan di Muzium
Arkeologi Lembah Bujang yang terletak
di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah.

http://www.heritage.gov.my
Panduan Guru merupakan cadangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kepada
http://www.jmm.gov.my/en/museum/lembah-bujang-
guru bagi mencapai kemahiran
Aktiviti bahasa. Penulisan Panduan Guru dapat dirujuk seperti yang berikut:
archaeological-museum

•Membaca
Aktiviti cadangan dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks untuk
membuat keputusan.
Murid membaca dan memahami teks.
Kemahiran fokus Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
2.4.2 Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara. 103
AT: Murid menggunakan peta pemikiran untuk membanding beza.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sejarah
Aktiviti tambahan
Strategi P & P: KB – Membuat keputusan Konstruktivisme – Menilai

Pengisian Strategi Pengajaran Cadangan aktiviti


Kurikulum (PK) dan Pembelajaran sampingan

Kandungan buku ini menggunakan pendekatan tematik seperti yang disarankan dalam KSSR.
Tema ini telah disesuaikan mengikut tahap murid Tahun 5. Sepuluh tema yang terkandung dalam
buku ini ialah Keluarga Berwawasan, Kesihatan dan Kebersihan, Keselamatan, Kemasyarakatan,
Warisan Bangsa, Pertanian dan Penternakan di Malaysia, Patriotisme dan Kewarganegaraan,
Ekonomi Malaysia, Lestarikan Bumi Kita dan Jelajah Alam Sains dan Ciptaan. Setiap tema tersebut
mengandungi tiga unit pembelajaran yang mempunyai tajuk-tajuk khusus.
Halaman pertama setiap tema merupakan halaman rangsangan. Persembahan halaman
rangsangan ini dipelbagaikan bagi menarik perhatian murid terhadap tajuk baharu yang akan
dipelajari. Bacaan Luas pula hanya terdapat pada tema 2, tema 4, tema 6 dan tema 8. Halaman
ini disediakan bagi menggalakkan murid menambah pengetahuan baharu dan merangsang
minda murid untuk berfikir dengan lebih baik.
Pada akhir tema 1 hingga 10, disediakan dua halaman penilaian. Pelbagai bentuk aktiviti
penilaian disediakan bertujuan untuk mengukuhkan dan memperkaya kemahiran murid
tentang aspek yang telah dipelajarinya. Penilaian ini juga untuk membolehkan murid meneroka
pembelajaran dan pengalaman di luar bilik darjah dengan lebih santai dan menyeronokkan
sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan.
Bahan pembelajaran dalam buku ini dipaparkan dalam pelbagai bentuk dan sumber.
Antaranya termasuklah akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, ensiklopedia, risalah, brosur,
Internet, catatan, makluman dan bahan sastera. Kepelbagaian bentuk dan sumber ini bertujuan
untuk mendedahkan murid kepada pelbagai bidang ilmu dan laras bahasa serta bahan yang
berunsur pengetahuan semasa.
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 5 Sekolah Kebangsaan ini diharapkan dapat membantu
dan membimbing guru dan murid untuk menguasai kemahiran bahasa pada tahap yang
maksimum. Isi kandungan buku ini yang meliputi pelbagai bidang ilmu diharap akan dapat
dimanfaatkan oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.

SITI SARAH BINTI ABDUL MALEK


NURFARAH LO BINTI ABDULLAH
SARAWATI BINTI TUMIRAN

vv
PENGENALAN

SELAMAT DATANG
MAJLIS PERASMIAN SEMARAK BAHASA

Saksikan
pelbagai
Bahasa Jiwa Bangsa acara:
Yang kurik itu kundi,
– Berbalas Pantun
Yang merah itu saga; MAJLIS PERASMIAN – Pertandingan
Yang baik itu budi, SEMARAK BAHASA Sahibba
Yang indah itu bahasa.
– Deklamasi Puisi
– Pertandingan
Bercerita

Rajan
Yu Jin
Mei Li Jayanti
Zarul Danial
Hanis
Farhana

vi
TEMA 1 Keluarga
Berwawasan

Kebahagiaan Keluarga
Pohon bidara di istana lama,
Hidup dijaga tinggi menjulang;
Aman sejahtera riang bersama,
Impian keluarga hidup cemerlang.

Bulan bercahaya di alam semesta,


Melimpah cahaya di tepi tangga;
Gemar berkarya dan juga mencipta,
Keluarga berjaya masyarakat bangga.

Pandu kereta ke Bukit Tangga,


Cuaca redup sekian lama;
Kejayaan kita dorongan keluarga,
Kebahagiaan hidup kita bersama.

Buah labu di dalam raga,


Air pegaga di dalam kendi;
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih keluarga kekal abadi. ZAINAL

SYAMIL

Murid melafazkan dan memahami pantun.


1
1
Tema 1:
Keluarga
UNIT Impian Keluarga Berwawasan

Mendengar dan Bertutur

Tahniah, Mak Usu!


Hari ini Mak Usu memperoleh
ijazah. Farhana ingin
Mak Usu juga ingin berterima
mengucapkan tahniah.
kasih kepada Farhana
kerana dapat hadir.
Kejayaan Mak Usu memang
patut saya contohi. Ya, Farhana. Cita-cita
menceburi bidang
kejuruteraan telah Mak Usu
Ya, saya bercita-cita capai. Tentu kamu juga
menjadi mempunyai cita-cita.

- belajar bersungguh-sungguh - mengikuti latihan - pesawat dipandu


- dibimbing oleh ibu bapa - menjadi pelatih - banyak pengalaman
- memperoleh keputusan cemerlang menarik
cemerlang - kemahiran saya kuasai - berkhidmat di syarikat
penerbangan
Aktiviti Nota Bahasa
Ragam ayat:
• Memahami dan menyebut 1. Ayat aktif
ayat aktif dan ayat pasif Contoh: Ibu memasak nasi lemak.
2. Ayat pasif
dalam perbualan.
Contoh: Nasi lemak dimasak oleh ibu.
Murid mendengar dan menyebut pelbagai ragam ayat.
Murid menggunakan pelbagai ragam ayat dalam perbualan.
2 1.2.6 Murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Kerjaya
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal
Membaca
Menggapai Impian
Kejayaan Mak Usu benar-benar memberikan dorongan dan semangat
kepada Farhana untuk menggapai impian menjadi juruterbang. Oleh itu,
Farhana sentiasa mencari maklumat tentang pekerjaan tersebut.

http://www.malaysiaairlines.com.my

Prasyarat Permohonan Wirawati di Awan Biru


Juruterbang Kadet Kapten Norashikin binti Onn ialah wanita pertama
Pelatih di Malaysia yang dilantik sebagai juruterbang
1. Warganegara Malaysia komersial. Sejak kecil lagi, beliau bercita-cita untuk
berumur antara 18 menerbangkan sebuah pesawat. Beliau juga
merupakan wanita pertama berpangkat kapten dan
hingga 26 tahun
kini, beliau berkhidmat di sebuah syarikat
2. Lulus SPM dengan
penerbangan di Malaysia.
mendapat enam
Sebelum menjadi juruterbang, beliau seorang
kepujian termasuk
mahasiswi pengajian seni persembahan dan
Bahasa Malaysia, pengurusan di Amerika Syarikat. Kapten Norashikin
Matematik, Fizik dan juga mengikuti kelas penerbangan di Florida,
Bahasa Inggeris Amerika Syarikat.
3. Boleh berkomunikasi dan Setelah 20 tahun menjadi juruterbang komersial,
menulis dengan baik banyak pengalaman yang dialami oleh beliau,
dalam bahasa Inggeris antaranya termasuklah berhadapan dengan
dan bahasa Melayu cuaca buruk semasa mengendalikan pesawat.
4. Mempunyai badan yang Sebagai juruterbang, beliau perlu bertindak
sihat dan cergas serta dengan tenang, proaktif dan mengikut prosedur
penglihatan yang baik yang ditetapkan.
5. Mempunyai tatasusila Wanita ini juga seorang sukarelawati yang
yang baik dan tatatertib cekal. Beliau telah menubuhkan Kelab Penerbangan
yang tinggi Belia yang beroperasi di Melaka pada tahun 1993.
Kelab ini bertujuan untuk melatih golongan
belia menjadi juruterbang yang mahir
mengendalikan pesawat. Pada tahun
2012, beliau telah dianugerahi Anugerah
Kesatria Puteri Kerjaya oleh Perdana
Aktiviti Menteri Malaysia.

• Nyatakan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan


pinjaman.

Murid membaca dan mengenal pasti ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman.
Murid mencari maksud perkataan berimbuhan pinjaman.
2.2.3 Murid menjawab soalan pemahaman yang diberikan oleh guru. 3
PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Kerjaya
Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis

ian
Keluarga Imp
a
Impian keluarg sih murni
s ka
Didikan setulu
ilai yang utuh
Agama dan n
Sedarlah
ia rl a h w a k tu rebungnya
b
Melentur buluh
a
Hasrat keluarg taati ibu
en
Putera puteri m yang
sa
Saling berkasih
ding bahu
Saling bergan
Fahamilah l ri n g a n s ama dijinjing
ik u
Berat sama dip
arga
Keinginan kelu gkah ibu bapa
lan
Menuruti jejak
kerjaya
Berjaya dalam r, pensyarah, juruterbang
kto
Berjawatan do
Ketahuilah , begitulah kuih
nya
a n a a c u a n
Bagaim
arga
Wawasan kelu n cipta nama
b e rj a y a m e
Walau n antarabangsa
n e g a ra d a
Dalam
Ingatlah c ang lupakan k
ulit
n s e p e rt i k a
Janga

Aktiviti
• Menulis sajak dengan betul dan kemas.
Murid menulis sajak dengan kemas secara mekanis.
Murid mendeklamasikan sajak.
4 3.2.6 Murid menyatakan maklumat penting yang terdapat dalam sajak.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Bernyanyi dan Berlakon

Oh, oh, oh keluargaku

Keluargaku Sayangku

Marilah kawan mari semua


2 kali
Marilah kita sayangi keluarga
Kasih sayangmu kasih yang suci 2 kali
Keluarga kita bahagia selalu Hai, hai, hai sayangku

Oh, oh, oh keluargaku


2 kali
hai, hai, hai sayangku
Marilah kawan mari semua
2 kali
Hormatilah ibu dan bapa
Nasihat mereka amat berguna 2 kali
Jadi panduan kita semua
Oh, oh, oh keluargaku
2 kali
hai, hai, hai sayangku
Marilah kawan mari semua 2 kali
Kerjasama kita amatlah perlu
Tolong-menolong bantu-membantu 2 kali
Keluarga bahagia aman selalu
Oh, oh, oh keluargaku
2 kali
hai, hai, hai sayangku

(Irama lagu “Joget Malaysia”)

Aktiviti

• Menyebut seni kata lagu dan menyanyikan lagu.


Murid menyatakan maksud seni kata lagu.
Murid bernyanyi sambil berlakon.
4.1.1 Murid bercerita tentang keluarga menggunakan laras bahasa yang sesuai.
5
AT: Murid melayari laman sesawang http://www.youtube.com/watch?v=BPMC26MotN8
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Muzik
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental Kecerdasan Pelbagai – Kinestetik
Penjodoh Bilangan
Rumah Impian
Rumah ialah binaan tempat tinggal untuk berlindung daripada panas
dan hujan. Selain itu, rumah juga menjadi tempat berehat seisi keluarga.
Terdapat beberapa jenis rumah, antaranya termasuklah rumah teres,
banglo, rumah pangsa dan rumah panjang. Setiap keluarga mengidamkan
sebuah rumah impian mereka sendiri. Begitulah juga keluarga saya.

Jenis rumah
• sebuah rumah sederhana
• sebidang tanah
• keping atap genting
Landskap
• bahan-bahan berkualiti
• halaman yang luas
• menanam pokok hiasan
Kelengkapan
• bilik bacaan – rangkaian tanpa wayar – majalah
dan surat khabar
ANAI-ANAI

Kawasan rumah
• mempunyai kebun
• menanam pokok mangga – pokok rambutan
• memelihara arnab

Aktiviti
Nota Bahasa
• Membina ayat menggunakan Penjodoh bilangan digunakan pada kata
penjodoh bilangan berdasarkan nama yang menjadi pasangan pada kata
bilangan untuk menjadi penerang pada
gambar dan frasa.
kata yang mengikutinya. Contoh: buah,
bidang, keping, ekor, batang

Murid memahami gambar dan frasa yang diberikan.


Murid mengenal pasti penggunaan penjodoh bilangan.
6 5.1.1 Murid membaca dan memahami cerita di atas.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Kemahiran Hidup
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Menerangkan
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak
Percutian ke Luar Negara
Anggota keluarga Farhana sedang membincangkan
rancangan percutian pada hujung tahun ini. Farhana
telah mengemukakan beberapa cadangan tempat
yang menarik dan indah untuk dilawati. Permintaan
Farhana untuk bercuti ke luar negara disetujui
oleh keluarganya. Satu senyuman terukir pada
wajah Farhana.

Bandar Raya Beijing


• dikenali sebagai “Bandar Budaya dan Sejarah”
• iklim – empat musim – musim panas, musim
sejuk, musim bunga dan musim luruh
• udaranya nyaman
• penduduknya padat

Kota Larangan
• pernah menjadi pusat pentadbiran
• kota ini mempunyai keluasan lebih 720 000
meter persegi
• dilingkari oleh tembok dan parit

Tembok Besar China


• salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia
• panjang – 8 852 km

Nota Bahasa
Kata nama am tak hidup bukan
Aktiviti institusi abstrak
berbilang – senyuman, kenangan,
• Membina ayat dengan kata bayangan, pendapat
nama am tak hidup bukan tak berbilang – angin, hawa, roh
institusi abstrak. keindahan

Murid mengenal pasti kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dalam teks.
Murid membina ayat dengan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak.
5.1.1 Murid membaca dan memahami teks.
7
PK: Nilai murni – Hormat-menghormati Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
bantuan Kak Long untuk
tentang program tersebut.

jika kamu tidak faham.


Jangan malu bertanya
Berwawasan

membuat persediaan.
Sebelum pergi, minta
Keluarga

Tolong beritahu ayah

Betul cakap ibu itu.


Tema 1:

Boleh, ayah izinkan.

SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa


SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa
Farhana, mari cari buku cerita kanak-kanak
SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa
Zubaidah Isa
SI TANGGANG SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
yang menarik sebagai persediaan kamu. SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa

Murid memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat perintah dengan betul.
SI TANGGANG
SI TANGGANG Zubaidah Isa ANGGANG Zubaidah Isa
ANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa
ANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
ANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa ah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa ah Isa

• Memberikan respons terhadap arahan yang didengar.

KP – Interpersonal
SI KATAK ah Isa
SI K
SI K
SI K
SI K
SI TAN
PAK BELANG
SI TANGGANG
Keluarga Kreatif

HIDUP BERBUDI Zubaidah Isa


SI TIKUS MONDOK Zubaidah Isa
Zubaidah Isa ARNAB Zubaidah
KUCING YANG COMOT Zubaidah Isa SI TANGGANG Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa
ABU YANG PANDAI Zubaidah Isa
SI TANGGANG Zubaidah Isa HIKAYAT MALIM DEMAN Hisyam Zainal
SI CERDIK Zubaidah Isa

Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan


Program Minggu Penulis Kanak-kanak
anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka?
Ayah, bolehkah Farhana menyertai

Murid mendengar dan memahami dialog.

PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati


Murid melakonkan dialog di atas.
Mendengar dan Bertutur
2

Tanjung Bidara, Melaka.


Al-Khawarizmi,
Tarikh : 21 – 23 Februari 2015

murid yang berumur antara

karya atau berminat dalam


Tarikh tutup: 14 Februari 2015
UNIT

bin Ahmad – 03-21479561


Sila hubungi: Encik Ismail
1. Terbuka kepada semua

penulisan yang kreatif.


dapat memanfaatkan

Program Minggu Penulis


Program ini

Tempat: Kompleks Falak

2. Pernah menghasilkan

untuk menghasilkan
membaca majalah
atau surat khabar
bidang penulisan
Syarat Penyertaan

Kamu juga boleh


Ibu harap kamu

10 – 12 tahun
Kanak-kanak
peluang ini.

Aktiviti

88 1.3.1
Membaca
Si Cilik yang Kreatif
Kejutan Hari Lahir
Minggu Penulis Kanak-kanak Pagi itu, hujan tu
run dengan lebatny
Jika ditur utkan ra sa a.
Pada minggu lepas, saya telah hati, in gin sahaja
Naufal menarik selim
menghadiri Minggu Penulis ut dan menyambung
tidurnya. Na mu n,
Kanak-kanak. Program ini telah ap ab ila te ri ng at ka
ja nj in ya dengan Cikg n
dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan u Arif untuk berlatih
ragbi, dia menggaga
Pustaka (DBP). Program ini telah hkan di ri nya ba ng un
da n be rs ia p- sia p ke
diadakan di Kompleks Falak sekolah.
Setibanya di sekolah
Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. , Naufal mendapati
Cikgu Arif dan rakan-
rakannya masih belum
Di sana, saya berasa sungguh sampai. Naufal teru
s melakukan aktiviti
seronok. Saya menemui banyak kawan memanaskan badan
sementara menunggu
baharu daripada pelbagai bangsa dari kehadiran mereka.
Semenanjung Malaysia, Sabah Tiba-tiba, dia te
rasa bahunya ditepuk
dan Sarawak. oleh se se oran g. Na
ufal be rp alin g da
Banyak pengetahuan dan kemahiran m en da pati se oran n
g le la ki be rtop en
bahasa yang saya peroleh. Kami diberi se pe rt i pe ro mpak be g
ra da di belakang nya.
Dia pu n membuka la
pendedahan oleh penganjur tentang ngkah se ribu menuju
ke po nd ok pe ng aw
penulisan komik serta puisi tradisional al. Be rg en an g ai r
matanya apabila me
seperti gurindam, seloka dan nazam. ndapat i tia da seoran
pengawal pu n di sit g
Kami belajar bekerjasama dalam u.
Namun, dia berasa ha
kumpulan kecil. Saya sungguh gembira iran kerana lelaki
yang bertopeng itu
apabila memenangi pertandingan tidak mengejarnya.
Dengan perlahan-lah
menulis cerita anjuran DBP. Cerita yang an, Naufal pun kelua
dari pondok pengaw r
saya tulis bertajuk “Kejutan Hari Lahir”. al itu. Sekali lag i,
dia terkejut apabila
Kenangan manis pada Minggu mendengar nyanyian
lagu “Selamat Hari
Lahir”. Rupa-rupanya
Penulis Kanak-kanak tidak dapat saya Ci kg u Ar if da n ra ,
ka n- ra ka nn ya te la
lupakan. Saya berterima kasih kepada merancang untuk me h
mbuat kejutan pa da
pihak DBP kerana memberikan hari ulang tahun kelah
irannya.
layanan mesra. “Terima kasih, cikgu
. Terima kasih semua,”
Saya berpeluang untuk menimba kata Naufal dengan
perasaan terharu.
pengalaman, pendedahan serta
pengetahuan yang berharga.

Aktiviti
• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
Murid membaca teks.
Murid mengenal pasti ragam ayat dalam teks.
2.3.1 Murid menyebut dan memahami pelbagai ragam ayat. 99
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sastera
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan intensif
Menulis
Puan Zahirah, ibu Farhana, membuat dan menjual kek cawan secara
kecil-kecilan. Beliau ingin memperluas perniagaannya. Blog ini dibina
untuk memperkenalkan produk perniagaannya kepada orang ramai
yang ingin membuat tempahan.

http://www.kekcawanbonda.com.my

Selamat Datang
Kek Cawan Bonda

Keistimewaan:
Kek Cawan Bonda dijual dengan harga yang
berpatutan. Kualiti kek ini baik serta enak
rasanya. Terdapat pelbagai perisa, iaitu coklat,
vanila, strawberi, pandan, pisang dan oren.
Kami juga ada menjual adunan kek cawan.
Jika anda berminat, sila hubungi:
http://www.kekcawanbonda.com.my
012-12345678

Aktiviti
• Menulis ayat dalam perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.
Murid meneliti bentuk tulisan berangkai.
Murid menulis ayat yang berwarna biru dalam perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.
10 3.2.7 Murid membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – TMK
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Menulis perenggan
Mengubah Suai Seni Kata Lagu

Hobi Keluarga
(Korus)
Mari, mari rakanku
Dengar ini cerita
2 kali
Kisah keluarga bahagia
Ada hobi menarik
Hua, hua, hua, hu
Hobi bapanya menghias laman - merakamkan foto
Rumahnya besar nampaklah cantik - kamera canggih dan juga moden
Reka bentuknya unik - dapat merakamkan
Serta pokok bunga 2 kali - pelbagai gambar
Yang hiduplah hijau dan segar selalu keluarga tersayang
(Ulang korus)
Jahit-menjahit hobi ibunya - bercucuk tanam
Menjahit baju sungguhlah cantik - menanam pokok di belakang rumah
Halus pula jahitannya hai lagi menawan - Hidup subur pokoknya hai lagi
2 kali berkhasiat
Selalu ditempah hai jiran tetangga
(Ulang korus) - dijadikan hidangan untuk keluarga
Kakak sulungnya suka menggubah - menggubah lagu
Banyak pertandingan disertainya - lirik
Gubahlah bunga dan juga hantaran
2 kali - melodi
Semuanya cantik dan kreatif belaka - merdu
(Ulang korus)
Hobilah saya suka melukis - mengarang
Melukislah gambar pemandangan yang indah - berkarya
Indah-indahlah pula lukisan dilakar
2 kali
Buatku gembira dan senyum selalu
(Ulang korus)
(Irama lagu “Kenek-kenek Udang”)

Aktiviti
• Mengubah suai seni kata lagu berdasarkan perkataan dan frasa.
Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
Murid mengubah suai seni kata lagu berdasarkan perkataan dan frasa.
4.1.2 Murid bercerita tentang hobi keluarga. 11
PK: Nilai murni – Kerajinan Ilmu – Muzik
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Muzik
Kata Nama Khas Hidup Manusia
Tuan Haji Abdul Rahim, datuk Farhana, telah mengadakan majlis
perasmian Kedai Labu Sayong Haji Abdul Rahim di Kuala Kangsar.
Tuan Haji Abdul Rahim bin Haji Suhaimi Kedai Labu Sayong
mengalu-alukan kehadiran tetamu dan pelanggan Haji Abdul Rahim
di hadapan kedai dengan mesranya. Pada pukul
10.00 pagi, Orang Kaya-kaya Datuk Haji Ngah
Imran bin Ngah Manaf dan isteri tiba dengan diiringi
paluan kompang.
Datin Hajah Sarimah binti Samad, isteri Orang
Kaya-kaya Ngah Imran memotong reben sebagai
tanda perasmian Kedai Labu Sayong Haji Abdul
Rahim. Turut serta dalam majlis perasmian itu
ialah Tuan Haji Megat Roslan bin Megat Rashid,
Ketua Kampung, Kampung Talang. Seterusnya,
Lebai Yusuf bin Haji Jaafar telah memimpin bacaan
doa selamat.
Nota Bahasa
Majlis perasmian berjalan dengan lancarnya dan Kata nama khas hidup
dalam suasana yang ceria. Datuk berasa gembira manusia ialah perkataan
kerana banyak tetamu yang hadir. Pak Ngah Rahman yang merujuk kepada
dan Mak Ngah Aisyah turut membantu semasa manusia. Contoh: Rafiah,
majlis perasmian tersebut. Datuk bersyukur kerana Ah Keong, Sarjit Singh.
majlis pada hari itu dapat dijalankan dengan Nama panggilan atau
jayanya. Beliau berharap kedai labu sayongnya gelaran boleh diletakkan
dapat menghasilkan labu sayong yang lebih menarik di hadapan kata nama ini.
pada masa hadapan. Contoh: Senator Rafiah,
Profesor Ah Keong,
Aktiviti Doktor Sarjit Singh

• Membina ayat menggunakan kata nama khas hidup manusia


berdasarkan gambar dan frasa.

- melawat ke bengkel - menguli - membentuk - membuat corak


tanah liat tanah liat
Murid menyatakan kata nama khas hidup dengan kata panggilan atau gelaran dalam teks.
Murid membina ayat dengan kata nama khas hidup berdasarkan gambar dan frasa.
12 5.1.2 Murid bercerita tentang kedai kraf tangan datuk.
PK: Nilai murni – Kesyukuran Ilmu – Keusahawanan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual - Mengaplikasikan
Kata Ganti Nama Diri Tanya
Taman Mini Kreatif
Ayah Farhana, Encik Zahid, pereka landskap yang kreatif. Beliau ingin
membina sebuah taman mini di halaman rumahnya.
Farhana : Apakah bentuk taman mini yang hendak ayah buat?
Ayah : Farhana suka bentuk apa? Boleh ayah buatkan.
Farhana : Farhana suka bentuk tradisional yang ada kolam dan pondok
kecil untuk kita sekeluarga berkumpul.
Ayah : Ini gambar-gambar contoh taman mini yang pernah ayah
bina. Yang Farhana suka mana satu?
Farhana : Wah, taman mini ini semuanya cantik! Walau bagaimanapun,
Farhana suka akan taman mini yang ini.
Ayah : Taman ini memang cantik tetapi memerlukan masa yang agak
lama untuk menyiapkannya.
Farhana : Yang akan membantu ayah membuat taman mini ini siapa?
Ayah : Ayah akan meminta bantuan daripada beberapa orang pekerja
ayah nanti.
Farhana : Sekiranya ada masa terluang, Farhana akan membantu ayah.

Nota Bahasa
Kata ganti nama diri tanya ialah perkataan yang
merujuk benda atau orang dalam bentuk ayat tanya.
Contoh: apa, siapa, mana

Aktiviti

• Kamu sekeluarga ingin membina


sebuah taman mini di halaman
rumah seperti yang terdapat dalam
gambar. Tulis perbualan tentang cara
membina taman mini menggunakan
kata ganti nama diri tanya.

Murid mengenal pasti kata ganti nama diri tanya.


Murid menulis perbualan menggunakan kata ganti nama diri tanya.
5.1.3 Murid membaca dan memahami perbualan. 13
PK: Nilai murni – Bertatasusila Kreativiti dan Inovasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal
3
Tema 1:
Keluarga
UNIT Motivasi Keluarga Berwawasan

Mendengar dan Bertutur

Encik Zahid, bapa Farhana, menerima berita bahawa ibunya tidak sihat
di kampung. Sehubungan dengan itu, Farhana bertanyakan keadaan
nenek semasa mereka sekeluarga minum petang.

Ibu, bilakah kita akan pulang


ke kampung menziarahi nenek? Kita akan pulang ke kampung
pada hari Sabtu ini.

Bagaimanakah keadaan
nenek sekarang, ayah? Menurut datuk, nenek demam,
batuk dan selesema.
Sudah berapa lamakah
Sudah tiga hari nenek tidak
nenek demam?
sihat. Mungkin disebabkan
cuaca yang tidak menentu
sekarang ini.
Kasihan nenek. Farhana, apakah
aktiviti yang dapat kita lakukan
untuk menggembirakan hati dan
membantu nenek?

berapa
bagaimana
bila mengapa
Aktiviti
• Memberikan respons terhadap ayat tanya yang mengandungi kata
tanya berdasarkan gambar dan frasa.
Murid mendengar dan memahami dialog di atas.
Murid memberikan respons terhadap ayat tanya.
14 1.3.2 Murid membina kerangka untuk menulis karangan naratif berdasarkan dialog di atas.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal
Membaca
Bengkel Kecemerlangan Akademik
Selamat pagi dan selamat sejahtera kepada Yang Berusaha Guru-guru Penolong Kanan,
guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi.
Terlebih dahulu, sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora,
saya ingin merakamkan penghargaan kepada ibu bapa yang membenarkan
anak-anak mereka menyertai bengkel ini. Bengkel ini merupakan motivasi kepada
anak-anak untuk menjadi murid yang cemerlang.
Ibu bapa dan guru-guru mengharapkan semua murid dapat memberikan
tumpuan serta menyertai semua aktiviti dengan aktif. Tambahan pula, penceramah
dan fasilitator terdiri daripada pakar motivasi dan guru cemerlang. Saya pasti
murid-murid akan dapat mengetahui teknik belajar yang betul dan berkesan. Teknik
belajar yang betul ini sangat penting supaya murid-murid cepat mengingati ilmu
yang dipelajari.
Selain itu, murid-murid akan mendapat semangat baharu untuk belajar
daripada pakar motivasi. Semangat ini penting untuk memupuk sikap rajin dan
bertanggungjawab. Dengan mengamalkan sikap ini, kita boleh berjaya dengan
cemerlang dalam pelajaran dan juga kehidupan.
Akhir kata, saya berharap agar semua murid memperoleh dan memanfaatkan
ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang mengikuti Bengkel Kecemerlangan
Akademik ini.
Sekian, terima kasih.

9.30 pagi
Ceramah teknik belajar bermula.
- Kami diberi pendedahan tentang teknik belajar yang berkesan.
Kami juga diajar cara mengurus masa dengan baik.
1.00 tengah hari
Kami makan tengah hari dan menunaikan sembahyang berjemaah.
2.00 petang
Penceramah yang terdiri daripada guru-guru pakar dan guru yang
berpengalaman telah memberi kami panduan untuk menjawab
soalan peperiksaan dengan betul.

Aktiviti
• Membaca ucapan dan catatan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
Murid mengenal pasti dan membaca ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat.
Murid membaca teks.
2.3.2 Murid menulis karangan yang bertajuk “Pengalaman Menyertai Kem Motivasi”. 15
PK: Nilai murni – Kerjasama Ilmu – Bimbingan dan Kaunseling
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan intensif
Membaca
Nenek sering bercerita tentang cerita yang mengandungi teladan kepada
cucu-cucunya. Setiap kali bercerita, nenek berpesan kepada kami agar
mengambil pengajaran daripada cerita yang disampaikan. Cerita
yang disampaikan oleh nenek sangat menarik dan memberikan kesan
kepada kami.

Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan


Di sebuah busut, tinggal beribu-ribu ekor anai-anai.
Anai-anai itu dipimpin oleh Ratu Anai-anai. Ratu
Anai-anai sangat adil. Baginda disayangi oleh
rakyatnya.

Pada suatu hari, Ratu Anai-anai ditangkap oleh


Gergasi. Raja Anai-anai sangat sedih. Beberapa ekor
anai-anai berusaha menyelamatkan ratu mereka.

“Aku akan membebaskan ratu kamu jika kamu dapat


membina sebuah istana. Istana itu mesti disiapkan
dalam masa sepuluh hari,” kata Gergasi itu. Anai-anai
itu pun pulang. Mereka menyampaikan permintaan
tersebut kepada Raja Anai-anai.

“Sanggupkah kalian membina istana itu?” tanya


Raja Anai-anai. “Kami sanggup, tuanku,” jawab
semua anai-anai. Sejak hari itu, anai-anai mula
bekerja. Mereka memerah keringat siang dan malam.

Gergasi datang melihat anai-anai bekerja. Gergasi


memandang rendah terhadap mereka. “Jangan
melakukan kerja yang sia-sia. Tidak mungkin kamu
dapat menyiapkan istana itu dalam masa sepuluh
hari,” katanya sambil ketawa.

? ? ?
? ?
?
16
Rajin dan Usaha Tangga Kejayaan
Pada pagi itu, sekolah Imran telah mengadakan hari terbuka. Ramai ibu
bapa yang hadir ke sekolah untuk berjumpa dengan guru-guru untuk
mengetahui prestasi akademik anak-anak mereka. Ibu Imran juga
ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Hajar.
“Maafkan saya, Puan Hamidah, Imran gagal lagi dalam ujian ini.
Imran masih lemah dalam mata pelajaran Matematik,” kata Cikgu Hajar.
Imran hanya tunduk malu mendengar penjelasan gurunya.
“Tambahan pula, dua bulan lagi Imran akan menduduki peperiksaan.
Saya berharap agar kita sama-sama dapat membantu dan
membimbingnya,” terang Cikgu Hajar kepada Imran dan ibunya.
“Baiklah, cikgu. Saya akan memastikan Imran belajar dengan
bersungguh-sungguh. Saya juga berharap agar cikgu dapat membimbing
anak saya di sekolah,” kata Puan Hamidah.
Sejak peristiwa itu, sikap Imran mula berubah. Dia menumpukan
perhatiannya terhadap pelajaran. Ibu bapa Imran pula sentiasa
memberikan dorongan dan semangat untuk belajar.
“Jika Imran tidak faham, bertanyalah kepada guru. Sekiranya kamu
malu, bertanyalah kepada rakan-rakan kamu yang pandai dalam mata
pelajaran Matematik,” kata ayah Imran.
Selain itu, abang dan kakak Imran turut membimbingnya membuat
latihan tambahan di rumah. Puan Hamidah pula menyediakan jadual
belajar agar Imran dapat mengurus masa dengan baik. Dorongan dan
bimbingan daripada anggota keluarga memberikan motivasi kepada
Imran untuk belajar bersungguh-sungguh.
Ujian Matematik akan diadakan pada minggu hadapan. Hati Imran
berdebar-debar.

?
Aktiviti
• Ramalkan kesudahan cerita dan masa hadapan watak dalam teks.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid membuat ramalan tentang teks.
2.4.1 Murid mencatat idea utama dan idea sampingan. 17
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KMD – Meramal
Menulis
Farhana sering kali membaca akhbar apabila ada waktu senggang. Dia
akan berkongsi maklumat yang dibaca dengan anggota keluarganya.

IPOH, 15 Januari – Othman bin Shafie, 63 tahun, telah terpilih sebagai Tokoh Keluarga
Mithali peringkat negeri Perak bagi tahun 2013. Beliau dan isterinya, Rojaah
binti Samsuri, 57 tahun, telah berjaya mendidik kesemua 11 orang anak mereka
menghadapi cabaran hidup dengan penuh disiplin.
“Walaupun mempunyai ramai anak dengan pendapatan yang tidak lumayan,
saya tetap mengharungi kehidupan dengan penuh sabar. Saya akan
memastikan anak-anak diberi bimbingan agama dan pendidikan yang secukupnya.
Sebagai ketua keluarga, saya sentiasa mendekatkan mereka dengan agama,” kata
Othman kepada pemberita.
Othman, yang ditemani isterinya, meluahkan rasa gembira apabila 10 orang
anaknya berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Ada yang berkhidmat
sebagai penolong jurutera, guru dan penyelia kilang. Beliau juga mempunyai seorang
anak istimewa berumur 19 tahun.
Othman yang berasal dari Perak itu tidak menjangka akan menerima
anugerah tersebut. Beliau yang juga bekas pegawai agama di salah
sebuah jabatan kerajaan berazam untuk terus menabur khidmat
baktinya sebagai pendakwah bebas.
Beliau kini bergerak aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti
menyampaikan ceramah motivasi, terutamanya kepada golongan belia
dan dewasa. Selain itu, beliau juga menjadi fasilitator bagi kursus-kursus
yang ditawarkan oleh badan kerajaan dan swasta.

Aktiviti
• Jawab soalan berikut.
1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh Encik Othman?
2. Nyatakan ciri-ciri keluarga mithali yang dimiliki oleh keluarga
Encik Othman.
3. Nyatakan perasaan kamu sekiranya ketua keluarga kamu
dianugerahi Tokoh Keluarga Mithali. Mengapa?
4. Bagaimanakah kamu membalas jasa ibu bapa?
5. Peribahasa “melentur buluh biarlah waktu rebungnya” sesuai untuk
teks di atas. Jelaskan maksud peribahasa tersebut.

Murid membaca dan memahami teks.
Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan teks dengan betul.
18 3.3.3 Murid menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada teks.
AT - Nyatakan keluarga impian kamu.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Motivasi
Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan intensif
Menulis
Keluarga Farhana bersama-sama dengan beberapa buah keluarga
dari Taman Seri Kejora telah melawat ke Taman Seri Bahagia. Taman
perumahan ini telah dianugerahi gelaran “Taman Perumahan Terbaik”.
Aktiviti kekeluargaan di Taman Seri Bahagia telah menyuntik semangat
kerjasama dalam kalangan penduduk.
Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

kerjasama riadah

ekonomi
keselamatan
KELAS BIMBINGAN

pendidikan kebajikan

Aktiviti
• Membina kerangka karangan berdasarkan gambar.
Murid meneliti dan memahami gambar.
Murid membina kerangka karangan berbentuk naratif dan imaginatif berdasarkan gambar.
3.3.4 Murid bercerita berdasarkan gambar.
AT – Murid menulis karangan berdasarkan kerangka karangan. 19
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Memindahkan maklumat
Kata Kerja Aktif Transitif

Kata Orang Bijak Pandai


Ibu bapa Farhana sentiasa memberikan motivasi kepada anak-anak
mereka agar berjaya dalam akademik dan juga dalam kehidupan.
Antaranya termasuklah menggantungkan kata-kata perangsang daripada
orang bijak pandai di dalam bilik anak-anak mereka. Farhana berasa teruja
untuk terus belajar apabila melihat kata-kata perangsang tersebut.

ADAB BELAJAR
1. Niat yang ikhlas
2. Beradab kepada orang yang
memberikan ilmu
3. Bersabar ketika menuntut ilmu
ADAB BELAJAR
1. Niat yang
ikhlas
2. Beradab kepada
orang yang
4. Menulis maklumat setiap yang
dipelajari
memberikan
3. Bersabar ilmu
ketika menuntu
4. Menulis makluma t ilmu
yang dipelajar t setiap
5. Merendah i
diri
6. Menjauhi
makan berlebiha
7. Sentiasa menggun n
yang baik dan akan kata-kata
bertatasusila

Malas belajar
penyesalan
Rajin belajar
kejayaan

Untuk mempero
akan menimbu

akan memperl
lkan

ihatkan

leh kejayaan
hidup, kita hendakla dalam
5. Merendah diri
6. Menjauhi makan berlebihan
• kesunggu h mempunyai
han
• impian
• dedikasi

7. Sentiasa menggunakan kata-kata


yang baik dan bertatasusila

Malas belajar akan menimbulkan


penyesalan
Rajin belajar akan memperlihatkan
kejayaan

Untuk memperoleh kejayaan dalam


hidup, kita hendaklah mempunyai
• disiplin
• impian
• dedikasi

Nota Bahasa
Aktiviti Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja
yang mesti disertai oleh objek untuk
• Membina ayat menggunakan menunjukkan sesuatu perbuatan. Contoh:
kata kerja aktif transitif. mencuci baju, menduduki peperiksaan,
membaca buku, mempersilakan tetamu
Murid mengenal pasti kata kerja aktif transitif berdasarkan kata-kata perangsang.
Murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif.
20 5.1.4 Murid berbicara tentang poster untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Motivasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengaplikasikan
Penilaian 1
A. Teliti gambar dan dengar perbualan.

Keluarga A Keluarga B

Keluarga yang manakah yang menjadi


pilihan kamu? Mengapa?

Bagaimanakah kita dapat mewujudkan


suasana harmoni dalam keluarga?

Aktiviti
• Memberikan respons terhadap soalan yang menggunakan kata tanya
berdasarkan gambar.
• Membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif berdasarkan
gambar di atas.
B. Lengkapkan rajah di bawah.
• Bina kerangka karangan yang bertajuk “Ciri-ciri Murid Cemerlang”.

Ciri-ciri
Murid
Cemerlang

21
C. Baca dan fahami teks.

Muhammad Ariff bin Azman,


No. 10, Jalan PJS 5/15,
Taman Desa Permai,
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

16 Februari 2015.

Ke hadapan kakandaku Akmal yang berada di Kota Kinabalu dengan selamatnya.


Kakanda,
Apa khabar? Adinda berharap semoga kakanda sihat sejahtera. Adinda dan keluarga
di sini sihat dan afiat.
Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk memberitahu kakanda tentang
kedatangan nenda ke rumah kita dua hari yang lalu. Nenda datang ke sini kerana
rindu dan ingin menziarahi kami.
Semalam, kami membawa nenda bersiar-siar di sekitar ibu kota. Kami menaiki
monorel. Semasa menaiki monorel, nenda tampak gembira kerana inilah pengalaman
pertamanya. Sekurang-kurangnya, cara ini dapat juga menghiburkan nenda.
Keesokannya, ayahanda membawa nenda melawat ke Putrajaya pula.
Nenda kagum akan pemandangan indah di pusat pentadbiran negara kita. Pada
sebelah malamnya, kami membawa nenda makan di sebuah restoran terkenal
di Bangsar. Mak Cik Ita dan Pak Usu Hakim dari Shah Alam juga menyertai
kami. Mereka membawa nenda bermalam di rumah mereka sebelum pulang
ke kampung halaman.
Adinda berharap agar kita sekeluarga dapat pulang ke kampung untuk menziarahi
nenda pula.
Akhir kata, sambutlah salam daripada adinda dan keluarga untuk kakanda.
Sekian, terima kasih.

Adindamu,
Ariff

Aktiviti
• Nyatakan idea utama dan idea sampingan dalam setiap perenggan.
• Bagaimanakah perasaan nenda setelah pulang dari rumah
anak-anaknya?

22
TEMA 2 Kesihatan dan
Kebersihan

BADAN CERGAS
OTAK CERDAS

Murid bercerita tentang gambar.


23
4
Tema 2:
Kesihatan dan
UNIT Bersih dan Sihat Kebersihan

Mendengar dan Bertutur

Farhana dan rakan-rakannya berada di kantin sekolah. Mereka mendengar


penerangan Cikgu Zanariah tentang cara-cara minum susu kotak.

Murid-murid, amalkanlah minum susu selalu.


Susu mengandungi zat besi yang penting untuk
pembentukan tulang dan gigi. Terdapat beberapa
perkara yang perlu diberikan perhatian sebelum
kamu minum susu kotak. Mula-mula, bersihkanlah
tangan supaya bakteria di tangan tidak berpindah
Panduan Minum pada susu yang hendak diminum. Kemudian,
Susu Kotak pastikan juga susu yang hendak diminum masih
1 2 elok dengan melihat bentuk kotak dan menghidu
bau susu itu. Susu yang telah melepasi tarikh luput
dan berbau akan memudaratkan kesihatan. Susu
perlu diminum sampai habis. Oleh itu, ikutilah
3 4 panduan minum susu kotak seperti yang tertera
Tarikh luput:
31.9.2016
dalam poster panduan minum susu.
Jangan lupa sampaikan pesanan cikgu kepada
rakan-rakan kamu yang tidak hadir pada hari ini.

Pada keesokan hari, Farhana menyampaikan pesanan Cikgu Zanariah


kepada Amir.
Amir, Cikgu Zanariah minta sampaikan pesanan
beliau tentang panduan minum susu kotak.

Oh, ya? Apakah pesanan cikgu?

Menurut cikgu,

Aktiviti
• Menyampaikan pesanan mengikut urutan.
Murid mendengar dan memahami pesanan yang dibacakan.
Murid memberikan respons dengan menyampaikan pesanan mengikut urutan.
24 1.3.3 Murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Prihatin Ilmu – Kesihatan
Strategi P & P: KB – Menyusun mengikut urutan KP – Interpersonal
Membaca
Bijak Membeli
Danial dan ibunya pergi ke kedai runcit. Ibunya hendak membeli barang
keperluan dapur. Danial pula mahu membeli biskut kegemarannya.
Dia ke rak yang berkenaan. “Ha, itulah biskut yang saya cari!” kata
Danial dalam hati apabila ternampak tin biskut kegemarannya. Namun,
biskut itu hanya tinggal satu tin di atas rak. Danial pun mengambil tin itu
lalu memeriksa tarikh luput pada tin itu. Dia tersenyum gembira kerana
tarikh luput itu masih lama lagi.
Ketika Danial hendak membawa tin itu ke kaunter bayaran, dia
mendapati terdapat sedikit lekuk pada bucu tin itu. Dia pun teringat akan
poster yang pernah dilihatnya.
Danial berasa serba salah. Bolehkah dia membeli biskut itu? Agak lama
dia berfikir. Akhirnya, dia pun ...

PANDUAN MEMBELI
BAHAN-BAHAN MAKANAN
Biskut
1. Buat senarai semak bahan yang
RM9.90
RM9.90
Lapis
hendak dibeli.
2. Pilih bahan mentah yang
segar-bugar.
3. Pilih bahan berbungkus (tin, kotak
atau botol) yang masih dalam
keadaan elok.
RM15.90
RM18.90
4. Perhatikan label makanan:
a. Tarikh luput
b. Label khasiat makanan (pilihlah
yang kurang lemak, natrium/
RM22.9
0 sodium dan karbohidrat/gula)
0
RM22.9

0
RM20.9

Aktiviti
• Menyatakan tindakan yang akan kamu ambil sekiranya berada
di tempat Danial.
Murid membaca dan menyatakan maklumat tersurat yang terdapat dalam teks.
Murid menyatakan keputusan yang akan dibuat oleh Danial berserta alasan yang sesuai.
2.4.2 Murid memahami dan menggunakan kata adjektif dan kata bantu mengikut konteks dengan betul. 25
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Kepenggunaan
Strategi P & P: KB – Membuat keputusan BCB – Bacaan intensif
Menulis

Sekolah Farhana telah didatangi pasukan pergigian bergerak dari klinik


kesihatan daerah. Semua murid berkumpul di dewan sekolah untuk
mendengar ceramah daripada pegawai yang berkenaan.

JENIS GIGI DAN FUNGSI MENJAGA KEBERSIHAN GIGI


kacip (menggigit dan • Beruslah gigi sekurang-kurangnya
memotong) tiga kali setiap hari.
taring (mengoyak) • Gunakan benang flos untuk
geraham kecil mengeluarkan sisa makanan.
(memecah) • Kumur dengan pencuci
geraham besar mulut berflorida
(menghancur) sekurang-kurangnya
sekali sehari.

MAKANAN YANG SIHAT UNTUK GIGI PEMERIKSAAN BERKALA


Makanan yang kaya
dengan vitamin
Makanan yang kaya
dengan kalsium
Makanan yang kaya
dengan protein dan zat • Enam bulan sekali
besi • Sekurang-kurang sekali setahun

Sewaktu pelajaran Bahasa Malaysia, Cikgu Suraya telah meminta Farhana


dan rakan-rakannya menulis karangan imaginatif tentang gigi kacip.
Sebelum itu, mereka dikehendaki membina kerangka karangan.

26
Aku Sebatang Gigi Kacip

• Nama • Sang Kacip


Pengenalan • Rupa/bentuk • Pipih dan tajam
• Kepunyaan siapa • Farhana

Nama aku Sang Kacip. Badan aku berbentuk pipih dan


tajam. Tuan aku seorang budak perempuan yang comel.
Namanya Farhana. Aku membesar bersama-sama
dengan rakan-rakanku, Sang Taring, Sang Geraham dan
Sang Geraham Kecil di dalam rongga mulut Farhana.

Aku
Sebatang • Tugas •
Gigi Kacip •

Isi • Kebersihan •


• Kesihatan •

Penutup • •

Aktiviti
• Membina kerangka karangan berpandukan gambar dan teks.
Murid membaca dan memahami gambar dan teks.
Murid membina kerangka karangan berpandukan gambar dan teks.
3.3.4 Murid menceritakan pengalaman menjaga gigi sendiri. 27
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Mengkonsepsikan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Mengubah Suai Seni Kata Lagu

jadi ingatan
Kebersihan Asas Kesihatan
Amalkan sebagai panduan
Amalkan senaman setiap hari,
Trek, tek, tek, tidak bersepah
Tidak kira petang atau pagi, Ayuh semua rakan dan taulan
Trek, tek, tek,
Badan sihat tiada terperi, wajah berseri
Penyakit pun tiada lagi,
Trek, tek, tek.
Jaga amalan pemakanan,
Trek, tek, tek,
Janganlah makan berlebihan,
Trek, tek, tek,
Makan lebih buah dan sayuran,
Pesanan untuk diri dan kawan,
Trek, tek, tek.
Jaga kebersihan di rumah,
Trek, tek, tek,
Usah biar barang bersepah,
Trek, tek, tek,
Barang disusun kemas dan indah,
Hilang rasa resah dan gelisah,
Trek, tek, tek.
Mari teman, marilah kawan,
Trek, tek, tek,
Kita menjaga kebersihan,
Trek, tek, tek,
Kebersihan asas kesihatan,
Hidup penuh kesejahteraan,
Aktiviti
Trek, tek, tek.
(Irama lagu “Trek, tek, tek”)
• Mengubah suai seni kata lagu
berdasarkan frasa dan ayat
yang diberikan.
Murid mendengar dan menyatakan maksud seni kata lagu.
Murid mengubah suai seni kata lagu dengan menggunakan frasa dan ayat yang sesuai.
28 4.1.2 Murid menyenaraikan dan membina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam
seni kata lagu.
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Pendidikan Muzik
Strategi P & P: KB – Mereka cipta KP – Muzik
Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Pasif
Gaya Hidup Sihat
SYAMIL

Tahukah adik-adik bahawa otak yang cerdas ada


pada badan yang sihat? Oleh itu, marilah kita
teliti panduan gaya hidup sihat di bawah.

Panduan Gaya Hidup Sihat


Amalkan Pemakanan yang Sihat
Kita harus melebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu harian.
Sayur-sayuran sebaik-baiknya dimakan secara mentah bagi mengekalkan
zat semula jadi.
Kita perlu mengelakkan makanan yang bergaram, berlemak dan bergula. Diet yang
tinggi lemak, gula dan garam akan meningkatkan risiko kegemukan.
Minum Air yang Mencukupi
Kita perlu menjadikan tabiat minum air sebagai satu amalan. Proses penghadaman
di dalam tubuh badan dibantu oleh air.
Kita mesti memasak air yang hendak diminum. Air dimasak untuk membunuh
bakteria yang terkandung di dalamnya.
Lakukan Senaman
Kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Tahap
kecergasan dan kesihatan dapat ditingkatkan melalui aktiviti senaman.
Kita mesti memilih aktiviti senaman yang sesuai dengan tahap kecergasan diri.
Risiko kemudaratan dapat dielakkan jika kita memilih aktiviti yang bersesuaian.
Jalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala
Kita mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Pemeriksaan
kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurang setahun sekali.
Kita wajar mengetahui tahap kesihatan sendiri. Banyak penyakit dapat
dihindari jika kita menyedari tahap kesihatan sendiri.
Jaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran Tempat Tinggal
Kita mesti menjaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal kita.
Risiko jangkitan penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lalat, tikus dan lipas dapat
dikurangkan jika persekitaran kita bersih.
Kita memerlukan udara yang segar dan nyaman. Udara yang segar
dapat diperoleh melalui persekitaran yang bersih.

Aktiviti
• Membina ayat dengan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
Murid membina ayat dengan perkataan yang disenaraikan.
5.1.4 Murid membaca pelbagai ragam ayat yang terdapat dalam teks. 29
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Mengaplikasikan
5
Tema 2:
UNIT Aktif dan Cergas Kesihatan dan
Kebersihan

Mendengar dan Bertutur


Membudayakan Aktiviti Fizikal
FORUM
SEMUA
MEMBUDAYAKAN AKTIVITI FIZIKAL DIJEMPUT
Tarikh: 28 Mac 2015 (Sabtu) HADIR
Masa: 8.30 malam
APAKAH KATA MEREKA? Tempat: Padang Bola Sepak Taman Seri Kejora
Anjuran: Persatuan Penduduk Taman Seri Kejora
Puan Mastura binti Ismail
Pengerusi
Profesor Dr. Ranjit Singh
“Gaya hidup kini menyebabkan orang Dekan Fakulti Perubatan
ramai semakin alpa akan kesihatan “Kebanyakan orang suka melayari
diri walaupun kesihatan merupakan Internet pada waktu senggang. Aktiviti
aset peribadi yang terpenting.” ini tidak sihat dan akan mengundang
pelbagai penyakit kronik.”

Tuan Haji Hamzah bin Tan Sri Muhamad Hafiz bin


Haji Imran Abdul Aziz
Pengerusi Dewan Bandar Raya Pengarah Hospital Kejora
“Perkembangan teknologi yang “Masyarakat perlu membudayakan
semakin maju menyebabkan aktiviti fizikal dalam kehidupan harian.
manusia terlalu selesa. Pergerakan Sehubungan dengan itu, Kementerian
fizikal semakin kurang kerana banyak Kesihatan Malaysia mewujudkan Program
kerja telah diambil alih oleh mesin.” 1Murid 1Sukan dan Program 10 000
Langkah Sehari.”

Cikgu, marilah ikut kami berjoging pada


petang ini. Senaman baik untuk kesihatan. Wah, tidak sia-sia kamu
Kita perlu menjadikan senaman sebagai berdua menghadiri
rutin dalam kehidupan. Forum !
NABILAH

Ya, cikgu. Saya amat tertarik dengan Apakah lagi yang


kata-kata anggota panel disampaikan oleh
anggota panel,
Rajan?
Aktiviti
• Berbual dengan menggunakan kata gelaran yang sesuai.
Murid membaca dan memahami maklumat.
Murid berbual menggunakan kata gelaran yang sesuai.
30 1.4.2 Murid melakonkan situasi perbualan dengan menggunakan kata nama khas hidup manusia.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Mengecam KP – Interpersonal
Membaca
Ujian SEGAK
Danial dan rakan-rakannya telah menjalani ujian Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK). Ujian itu dijalankan dua kali setahun. Tujuan
ujian tersebut supaya murid-murid sentiasa peka, berpengetahuan dan
mengamalkan aktiviti fizikal untuk meningkatkan tahap kecergasan mereka.

Ukur Naik Turun Tekan Tubi Ringkuk Tubi Jangkauan


Ketinggian Bangku Separa Melunjur
Pada akhir ujian itu, mereka menyemak skor masing-masing. Mereka
merujuk jadual rumusan skor yang terpampang pada papan kenyataan.
JADUAL RUMUSAN SKOR UJIAN SEGAK
Bil. Jumlah Skor Keseluruhan Gred Penyataan
1 18 hingga 20 markah A Cemerlang
2 15 hingga 17 markah B Sangat baik
3 10 hingga 14 markah C Baik
4 7 hingga 9 markah D Sederhana
5 4 hingga 6 markah E Perlu usaha lagi

Danial : Tahniah, Rajan! Kecergasan kamu pada tahap cemerlang.


Rajan : Terima kasih, Danial. Berapakah pula skor kamu?
Danial : Saya dapat 7 markah sahaja.
Amir : Nampaknya, skor kamu berdua lebih tinggi daripada skor saya. Saya
memang lemah dalam bahagian tekan tubi dan ringkuk tubi separa.
Rajan : Itu bermakna kamu kurang daya ketahanan.
Danial : Saya pun kehilangan banyak markah pada bahagian daya tahan.
Rajan : Tidak mengapa, Danial, Amir. Saya akan membantu kamu berdua untuk
melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot badan.

Aktiviti
• Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk
membuat ulasan tentang tahap kecergasan Danial dan rakan-rakannya.
Murid membaca, memahami dan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat.
Murid membuat ulasan tentang tahap kecergasan fizikal Danial dan rakan-rakannya.
2.4.3 Murid menceritakan pengalaman mereka menjalani ujian SEGAK di sekolah. 31
PK: Nilai Murni – Kesederhanaan Ilmu – Matematik
Strategi P & P: KB – Membuat kesimpulan Konstruktivisme – Membuat penilaian
Menulis

Minggu Cergas Cerdas SK Seri Kejora


Sekolah Danial telah menganjurkan Minggu Cergas Cerdas pada minggu lalu.
Program itu diadakan untuk tujuan memberikan kesedaran kepada murid-murid,
guru-guru dan kakitangan sekolah tentang kepentingan aktiviti fizikal dalam
kehidupan harian. Hal ini disebabkan otak yang cerdas ada pada badan
yang cergas.
Selain bersuka ria, warga sekolah turut bersukan, beriadah dan melakukan
berbagai-bagai aktiviti fizikal. Pada permulaan aktiviti, semua murid dikehendaki
melakukan senaman ringan seperti berlari-lari anak di dataran perhimpunan
sebelum sesi pembelajaran bermula.
Aktiviti gotong-royong dijalankan dua hari berturut-turut. Di samping
membersihkan persekitaran sekolah, warga sekolah juga menceriakan kawasan
di sekeliling sekolah dengan menanam pokok bunga yang berwarna-warni.
Pameran kesihatan turut diadakan pada minggu tersebut. Poster tentang
kepentingan aktiviti fizikal terpampang pada pepenjuru tertentu di kawasan
sekolah. Soalan-soalan kuiz berkaitan dengan pameran diadakan setiap
hari untuk menguji kesedaran murid-murid tentang kepentingan aktiviti fizikal
dalam kehidupan.
Pada setiap petang pula, terdapat acara perlawanan persahabatan antara
guru dengan murid. Acara sukaneka secara kecil-kecilan turut dianjurkan. Aktiviti
itu bukan sahaja membolehkan warga sekolah mengeluarkan peluh, malahan
mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Aktiviti berbasikal turut diadakan pada sebelah petang. Murid-murid lelaki
berbasikal beramai-ramai mengelilingi taman perumahan. Mereka diawasi oleh
guru-guru yang bertugas. Aktiviti ini bukan sahaja menarik minat murid-murid,
tetapi juga penduduk taman yang turut teruja untuk mengambil bahagian.
Majlis khas bersempena dengan penutupan minggu itu diadakan pada
hujung minggu. Guru-guru besar dari sekolah yang berdekatan telah diundang
untuk memeriahkan majlis yang gilang-gemilang itu.
Dalam ucapan penutupan, Encik Sulaiman, guru besar sekolah Danial
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berhempas-pulas untuk
menjayakan minggu tersebut. Beliau juga menyuarakan harapannya agar
warga sekolah meneruskan aktiviti fizikal sepanjang masa supaya tahap
kesihatan masing-masing dapat ditingkatkan.

Aktiviti
• Menulis pelbagai jenis kata ganda secara imlak.
Murid membaca dan mengenal pasti pelbagai jenis kata ganda dalam teks.
Murid menulis pelbagai jenis kata ganda secara imlak berdasarkan bacaan guru.
32 3.4.1 Murid membina ayat dengan kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Semangat kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Menulis perenggan
Mengujarkan Ayat
Senaman Ritma
Senaman ritma telah diadakan pada pagi Sabtu minggu lalu di sekolah kami.
Aktiviti itu bertujuan untuk membudayakan senaman dalam kehidupan. Hal
ini dikatakan demikian kerana otak yang cerdas ada pada badan yang sihat.
Cikgu Rani selalu mengingatkan kami supaya melakukan senaman ringan
bagi memanaskan otot agar bersedia untuk senaman dan meminta kami
melakukan aktiviti menyejukkan badan sebelum senaman berakhir. Kata
cikgu, aktiviti senaman jika dihentikan dengan serta-merta akan menyebabkan
kesakitan pada otot dan keseluruhan badan.

pergerakan
pakaian dengan iringan
sukan senaman muzik
regangan

menyejukkan minum air


berpeluh secukupnya
badan
mengeluarkan
toksin

Aktiviti

• Mengujarkan ayat berdasarkan gambar dan frasa semasa bercerita.


Murid meneliti serta memahami teks dan gambar.
Murid bercerita berdasarkan gambar dan frasa menggunakan laras bahasa yang sesuai.
4.2.1 Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan. 33
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menaakul KP – Verbal-linguistik
Kata Adjektif

Sihat Cergas dengan 10 000 Langkah Sehari

ngan
Langkah Sehari telah diadakan de
IPOH, 22 Mac – Karnival 10 000 irkan
n karnival itu adalah untuk melah
meriahnya di Dataran Ipoh. Tujua n bebas daripada penyakit.
ya ng sih at, cer ga s, sej ah ter a da
masyarakat
nu nju kka n ba ha wa be rja lan kak i sebanyak 10 000 langkah pada
Kajian me
mbakar sehingga 500 kalori.
kadar kelajuan sederhana dapat me
ik Bo ha ri bin Jam alu din , Pen yel ara s Karnival 10 000 Langkah Sehari,
Enc serta.
ras a sun gg uh ge mb ira da n ter uja melihat kesungguhan para pe
be a
n mengambil masa yang agak lam
Mereka sanggup beratur walaupu tikan
sabaran para peserta membuk
untuk mendaftarkan nama. Ke
alkan gaya hidup sihat.
kesungguhan mereka untuk mengam njang
kemeja-T putih dan seluar trek pa
Semua peserta hadir dengan uai dengan kehendak pihak
rna ge lap . Ko d pa ka ian itu ses
dengan wa
ta.
penganjur dan indah dipandang ma
ra mu da h un tuk me nca pa i 10 000 langkah sehari adalah dengan
Ca naan
rja lan da lam set iap akt ivit i ha ria n. Misalnya, menggantikan penggu
be t kerja
Berjalan ke kedai atau ke tempa
lif dengan penggunaan tangga.
gkah yang baik.
yang dekat juga merupakan satu lan ongan
Langkah Sehari ini mendapat sok
Penganjuran Karnival 10 000 kan
n Malaysia. Karnival itu akan diada
padu daripada Kementerian Kesihata h. Demikianlah menurut Enc ik
uru h neg ara , be rm ula di Ipo
di 14 lokasi di sel
Bohari bin Jamaludin.

Nota Bahasa
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat sesuatu benda, orang, tempat,
keadaan dan sebagainya. Terdapat sembilan jenis kata adjektif, iaitu kata adjektif
sifatan, warna, ukuran, bentuk, waktu, jarak, cara, perasaan dan pancaindera.

Aktiviti
• Membina ayat dengan kata adjektif.
Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam teks.
Murid membina ayat dengan kata adjektif yang disenaraikan.
34 5.1.5 Murid membina dan menulis jawapan kefahaman yang dikemukakan oleh guru.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan imbasan
Kata Bantu
Nasihat Doktor
Farhana binti Zahid,
587, Jalan Zuhal,
Taman Seri Kejora,
30912 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
1 April 2015.

Menemui sahabatku, Hanis yang berada di Kota Bharu, Kelantan. Saya berharap
saudari berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Saudari,
Saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengutuskan berita. Hal ini
berlaku disebabkan ayahanda saya telah dimasukkan ke wad dua minggu yang
lalu. Sebelum ini, beliau pernah diberi rawatan untuk penyakit jantung.
Doktor telah menasihati ayahanda saya supaya melakukan senaman ringan
setiap hari. Menurut doktor, amalan itu dapat mengurangkan risiko daripada
serangan jantung pada masa akan datang. Otot jantung sebenarnya memerlukan
aliran darah yang lebih lancar. Tujuan amalan ini supaya otot jantung dapat
berfungsi secara normal untuk mengepam darah tanpa henti.
Kini, kami sering berjalan-jalan di sekitar taman perumahan kami pada waktu
petang. Itu sahaja aktiviti fizikal yang mampu dilakukan oleh ayahanda setakat
ini. Beliau belum berupaya untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat.
Saya juga mengikut nasihat doktor tersebut untuk menjaga kesihatan diri.
Saya telah melakukan senaman pada setiap hari. Sebagai permulaan, saya telah
mendaftarkan nama sebagai anggota Kelab Sukan dan Riadah diTaman Seri Kejora.
Saya yakin bahawa saya mampu mengamalkan gaya hidup sihat dengan
mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh kelab tersebut.
Antara aktiviti tersebut termasuklah senaman pagi, berbasikal, dan yang paling
menarik ialah aktiviti sukaneka yang diadakan dari semasa ke semasa. Aktiviti
yang dirancang dapat meningkatkan kecergasan para penduduk di taman ini.
Sekian sahaja coretan saya kali ini. Sehingga bertemu lagi, sambutlah salam
daripada saya untuk saudara seisi keluarga.
Sekian, terima kasih.

Nota Bahasa
Sahabatmu,
Kata bantu bertugas untuk menambah makna
frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Aktiviti
Terdapat dua jenis kata bantu, iaitu kata bantu
aspek dan kata bantu ragam. •
Menyenaraikan dan membina
ayat dengan kata bantu.
Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata bantu yang terdapat dalam teks.
Murid membina ayat dengan kata bantu yang disenaraikan.
5.1.5 Murid membaca pelbagai ragam ayat secara mekanis. 35
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan imbasan
6
Tema 2:
Kesihatan dan
UNIT Sihat Emosi Kebersihan

Mendengar dan Bertutur

Jauhi Kemurungan

Kebanyakan masalah kesihatan berpunca daripada masalah emosi dan


stres. Emosi yang tidak sihat akan menyebabkan kita mudah tertekan
dan seterusnya mengalami stres. Keadaan ini, jika dibiarkan berterusan,
akan mengakibatkan kemurungan yang berpanjangan.
Oleh itu, kita perlu menjaga kesihatan emosi bagi memastikan kita
sentiasa dalam keadaan yang tenang. Fikiran yang tenang membantu
kita membuat sesuatu keputusan dengan baik dan rasional.

Rajan, tahukah kamu


bahawa kita perlu menjaga Mengapakah awak
kesihatan emosi? berkata demikian,
Danial?
Menurut risalah yang
saya baca, Oh, begitu! Jadi,
bagaimanakah cara kita
Saya pernah mendengar menghilangkan stres?
Cikgu Zanariah berkata bahawa
kita dapat menangani masalah
Eh, itu pun Cikgu Zanariah!
stres melalui latihan pernafasan
Mari kita bertanya
yang betul tetapi saya terlupa
kepada
akan penjelasan beliau.

36
TANGANI STRES DENGAN
LATIHAN PERNAFASAN
LATIHAN PERNAFASAN
Satu latihan bernafas secara mendalam dapat meningkatkan pertukaran
oksigen dan karbon dioksida di dalam sel tubuh. Anda boleh melegakan
stres dengan melakukan langkah-langkah berikut:
1. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan
1 tangan di sisi. 2
2. Pejamkan mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.
3. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung
sedalam-dalamnya dengan kiraan sepuluh.
3 4. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui mulut. 4
Terapkan perasaan lega pada setiap hembusan nafas.
5. Ulangi langkah di atas sebanyak lima kali sehingga
anda berasa tenang dan lega.
6. Akhirnya, buka mata anda perlahan-lahan.
BILIK KESIHATAN
6

BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN


BER
SATU•B
ER USAH A• BE R
BAK
T I•

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Cikgu, betulkah emosi yang tidak


sihat akan mendatangkan stres? Ya, Rajan.

Hari cikgu
beritahu bahawa
terdapat cara
pernafasan ZANARI
AH

yang betul untuk


menangani n
ata
masalah stres. sih lah
Ke Risa

Ya, betul. Inilah risalah tentang


cara menangani stres dengan
latihan pernafasan. Cuba
berdua lakukan.

Aktiviti

• Berbual tentang kesihatan emosi menggunakan kata ganti nama diri


dan kata ganti nama tunjuk.
Murid berbual menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul.
Murid berlakon menggunakan bahasa badan yang kreatif.
1.4.3 PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Psikologi 37
Strategi P & P: KB – Mengecam KP – Interpersonal
Membaca

Syair Sesuci Hati

Ingatlah pesanan buat iktibar,


Dengan teman haruslah bersabar,
Sentiasalah bertanyakan khabar,
Pasti teman tersenyum lebar.

Jika silap salah sudah terbukti,


Pohonlah maaf ikhlas di hati,
Usah berdendam usah sakiti,
Rakan taulan suka dekati.

Teman baik tempat bercerita,


Luahkan rasa kasih dan cinta,
Hendaklah saling seia sekata,
Dapat mengelak rasa sengketa.

Supaya diri tidak tersisih,


Bersatu padu usah selisih,
Sentiasalah berjiwa bersih,
Semurni hati sesuci kasih.

Aktiviti
• Menyatakan maklumat yang terdapat dalam syair.
Murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam syair.
Murid menyatakan maklumat yang terdapat dalam syair.
38 2.5.1 Murid menulis ulasan tentang maklumat yang terdapat dalam syair.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Kesusasteraan
Strategi P & P: KB – Menaakul Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis
Senyuman Pengubat Jiwa
Kita perlu mewujudkan hubungan yang baik dengan
orang di sekeliling, terutamanya dengan sahabat
handai dan saudara-mara. Dalam hal ini, kita perlu
berhati-hati dengan perasaan dan emosi kita.
Selalulah berbaik sangka antara satu dengan
lain. Di samping itu, rajin-rajinlah meluahkan perasaan
dengan cara berbincang dan berkongsi pandangan.
Apabila kita saling bertukar pendapat, fikiran yang kacau-bilau akan
menjadi lapang. Otak pula tidak akan berserabut dan dapat
berfikir dengan baik.
Hubungan yang baik dapat diwujudkan apabila
kita berasa tenang. Fikiran dan emosi yang tenang
akan terpancar pada wajah. Oleh itu, hiasilah wajah kita
dengan senyuman yang manis dan ikhlas. Senyuman
yang berseri-seri pasti menyenangkan sesiapa sahaja
yang memandang. Senyuman yang manis ketika
bersalam-salaman dengan rakan taulan dapat mewujudkan
suasana yang ceria dan aman. Perasaan gundah-gulana dan
resah gelisah secara tidak langsung akan hilang apabila kita ceria.
Ketika senyum, tubuh badan kita berada dalam keadaan yang
tenang. Oleh yang demikian, sistem imun tubuh kita dapat menjalankan
fungsinya dengan lebih baik. Contohnya, senyuman dapat menurunkan
tekanan darah. Malah, tahap tekanan darah adalah lebih
rendah bagi individu yang senyum berbanding dengan
individu yang tidak senyum.
Perbanyaklah senyuman mulai hari ini agar kita
dapat melalui hari-hari kita dengan lebih bermakna.

Aktiviti

• Menulis frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda
secara imlak.
Murid membaca dan memahami pelbagai jenis kata ganda.
Murid menulis frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda secara imlak.
3.4.2 Murid membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dalam petikan secara mekanis dengan lancar.
39
AT: Murid menyanyikan lagu ‘Senyumlah Seindah Suria”.
PK: Nilai Murni – Baik hati Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan
Kata Hubung Pancangan Relatif
Kecerdasan Emosi
Danial menonton rancangan motivasi di televisyen. Dia tertarik akan
kata-kata Puan Hajah Sakinah binti Abdul Halim, pakar motivasi yang
muncul di televisyen. Kata pakar motivasi itu, ...

kata hubung
pancangan
relatif

Kecerdasan emosi merupakan kebolehan individu memahami perasaan sendiri.


Kecerdasan jenis ini membolehkan seseorang membuat keputusan dengan baik.
Individu yang mempunyai kecerdasan emosi dapat mengawal perasaan
negatif dalam dirinya. Misalnya, perasaan negatif ialah perasaan kecewa, sedih,
marah, dengki dan sebagainya.
Banyak nilai positif terdapat pada individu yang mempunyai tahap kecerdasan
emosi yang tinggi. Sebagai contoh, mereka bersikap lebih terbuka dan lebih
bersedia untuk menghadapi sesuatu masalah. Selain itu, individu tersebut juga
lebih memahami orang lain. Oleh yang demikian, mereka mudah menyesuaikan
diri dengan persekitaran.
Ada kajian yang menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara kecerdasan
emosi dengan pencapaian akademik. Hal ini berlaku demikian kerana perasaan
kanak-kanak yang berkecerdasan emosi adalah lebih stabil. Mereka lebih
disukai oleh guru-guru dan rakan-rakan sebaya. Oleh sebab itu, mereka dapat
memberikan tumpuan yang lebih baik terhadap pelajaran.

Nota Bahasa
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang berfungsi untuk
menghubungkan ayat utama dengan ayat kecil menggunakan ‘yang’.
Contoh: (a) Banyak nilai positif terdapat pada individu. (ayat utama)
(b) Banyak individu mempunyai kecerdasan emosi. (ayat kecil)
(c ) Banyak nilai positif terdapat pada individu yang mempunyai
kecerdasan emosi.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif.
Murid membaca dan memahami ayat yang mengandungi kata hubung pancangan relatif.
Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif.
40 5.1.6 Murid menulis untuk menyampaikan maklumat dengan menggunakan idea utama dan idea sampingan.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Psikologi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Mengaplikasikan
Kata Hubung Pancangan Komplemen
Yang Baik Dijadikan Teladan
Tahniah, Danial! Saya dengar bahawa kamu mendapat
markah penuh dalam semua mata pelajaran.

Saya pun ingin mengucapkan tahniah kepada kamu, Danial.

Terima kasih, Rajan, Farhana. Saya yakin kejayaan saya kerana


tunjuk ajar cikgu. Ibu bapa dan kawan-kawan juga banyak membantu.

Sikap kamu harus dijadikan teladan, Danial. Walaupun pandai,


kamu tidak pernah bersikap hidung tinggi.

Betul, Farhana. Untuk kita berjaya tidaklah sukar. Kita perlulah


berusaha dengan lebih gigih.

Syukurlah kamu berdua tidak pernah dengki akan kejayaan


saya. Kita perlu ingat bahawa “yang bulat tidak datang
bergolek, yang pipih tidak datang melayang”. Sebaliknya, kita
perlu berusaha. Untuk kamu berdua mendapat keputusan
cemerlang tidaklah mustahil.

Terima kasih Danial kerana memberikan semangat kepada saya dan Rajan.

Marilah kita belajar bersama-sama. Bolehlah Danial memberikan


tunjuk ajar kepada kami.

Rajan, untuk saya membantu kamu tiadalah masalah. Nanti, kita


tetapkan masa yang sesuai.

Hantar
Nota Bahasa
Kata hubung pancangan komplemen ialah kata yang berfungsi
untuk menghubungkan ayat kecil komplemen kepada ayat utama
atau ayat induk menggunakan “bahawa” dan “untuk”.
Contoh: (a) Saya mendengar bahawa kamu mendapat markah penuh
dalam semua mata pelajaran. (bahawa)
Aktiviti (b) Untuk saya membantu kamu tiadalah masalah. (untuk)
• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan komplemen.
Murid membaca dan memahami ayat yang mengandungi kata hubung pancangan komplemen.
Murid membina ayat lain dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen.
5.1.6 Murid menceritakan pengalaman diri berkaitan dengan situasi yang terdapat dalam teks. 41
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan imbasan
Bacaan Luas
Air dan Kehidupan
Badan manusia mengandungi hampir tujuh puluh peratus air. Air
memainkan peranan yang penting di dalam badan manusia. Sebagai
contoh, air melaraskan suhu badan. Nutrien dan oksigen juga dibawa
ke sel-sel tubuh badan oleh air.
Air di dalam badan manusia dikeluarkan melalui beberapa proses.
Antaranya, termasuklah melalui proses pernafasan, perpeluhan serta
pembuangan air kecil dan air besar. Air yang hilang daripada badan
perlu diganti. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan
otak menjadi kurang cerdas.
Amalan minum air yang mencukupi amat penting bagi menghindarkan
dehidrasi. Dehidrasi bermaksud kekurangan air di dalam tubuh badan.
Kandungan darah di dalam tubuh badan yang kekurangan air akan
menjadi pekat dan hal ini seterusnya akan meningkatkan kadar
tekanan darah.
Air yang diminum mestilah bersih. Oleh itu, masaklah air terlebih
dahulu bagi membunuh kuman yang terkandung di dalamnya. Air
yang bersih dapat menghalang penyebaran toksin yang menjadi punca
kepada kebanyakan penyakit.
Kanak-kanak yang kurang minum air akan menghadapi kesukaran
untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Ingatan jangka
pendek mereka akan terganggu. Kesannya mereka sukar menumpukan
perhatian terhadap pelajaran. Emosi mereka
secara tidak langsung akan terganggu.
Kanak-kanak perlu digalakkan
untuk minum air masak dengan
secukupnya supaya membolehkan
oksigen mengalir dengan
baik ke otak. Keadaan ini akan
meningkatkan daya tumpuan
kanak-kanak tersebut.

(Diubah suai daripada majalah Dewan Masyarakat, Ogos 2012)

42
Penilaian 2
A. Teliti dan fahami gambar di bawah.
Dalam satu pertandingan memasak, para peserta telah ditemu bual oleh
wartawan tentang amalan penyediaan makanan.

Aktiviti
• Berdasarkan gambar di atas, lakonkan situasi perbualan dengan
menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai.
• Senaraikan kata adjektif yang terdapat dalam gambar, kemudian, bina
ayat yang betul dengan kata-kata adjektif tersebut.
• Sediakan peta pokok untuk menerangkan amalan penyediaan
makanan dengan menggunakan kata adjektif tersebut.
Amalan Penyediaan Makanan

Kebersihan diri Penyediaan makanan Memasak Penyajian makanan

43
B. Baca dan fahami. KURANGKAN Carta Piramid
ketidakgiatan fizikal
dan tabiat sedentari
Aktiviti Fizikal
2 – 3 KALI SEMINGGU
Sertai aktiviti yang membantu

..
meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan
ketahanan otot sebanyak 2–3 kali seminggu.

..
senaman regangan
tekan tubi

.
bangkit tubi separa
tekan kaki – angkat kaki
senaman duduk dan mencapai

5 – 6 KALI SEMINGGU

.. ..
Lakukan mana-mana aktiviti berikut sekurang-kurangnya 5-6 hari seminggu
selama lebih kurang 30 minit.

.. ..
senaman pantas bola sepak
badminton berbasikal
senaman aerobik bola keranjang
mendaki bukit berenang

SETIAP HARI

.. ..
Bergiat secara aktif melalui pelbagai cara.

.. ..
menggunakan tenaga berjalan ke pejabat
berjalan ke kedai meletakkan kenderaan lebih jauh
kerja rumah kerap berjalan kaki setiap hari
berkebun kerap turun naik menggunakan tangga

Borang Audit Aktiviti Fizikal


Tandakan ( ) pada petak yang berkenaan
Adakah aktiviti fizikal Ya Tidak
kamu selaras dengan 1. Saya menghabiskan banyak masa
carta piramid aktiviti di hadapan komputer
2. Saya melakukan aktiviti yang dapat
fizikal di atas? Cuba meningkatkan fleksibiliti, kekuatan dan
kamu audit pula aktiviti ketahanan otot sebanyak 2– 3 kali
rakan-rakan dan seminggu.
3. Saya melakukan aktiviti fizikal
anggota keluarga kamu. berkeadaan sederhana selama 30 minit,
sekurang-kurangnya 5– 6 kali seminggu.
4. Saya bergiat aktif dengan aktiviti harian
melalui pelbagai cara.

Aktiviti
• Berbual tentang aktiviti fizikal diri, rakan-rakan dan anggota keluarga
menggunakan kata ganti nama dan kata nama tunjuk dengan betul.
• Membuat ulasan tentang dapatan audit aktiviti fizikal.
44
TEMA 3 Keselamatan

Hidup Berhemat
Jiwa Selamat

Murid berbincang tentang situasi dalam gambar.


45
Membaca
Keselamatan Amalan Bersama

Keli limbat bercorak kain,


Berjalur di dada ikan ketuka;
Padang tempat murid bermain,
Harus waspada setiap ketika.
Berjalur di dada ikan ketuka,
Berenang-renang di laut tenang;
Harus waspada setiap ketika,
Walau di padang atau di gelanggang.
Berenang-renang di laut tenang,
Terang cahaya ombak berbisik;
Walau di padang atau di gelanggang,
Alatan bahaya jangan diusik.
Terang cahaya ombak berbisik,
Bayu tenang di tengah laut;
Alatan bahaya jangan diusik,
Tingginya tiang usah digayut.
Bayu tenang di tengah laut,
Matahari jatuh samudera surut;
Tingginya tiang usah digayut,
Arahan dipatuh aturan diturut.
Matahari jatuh samudera surut,
Tanda alamat malam menjelma;
Arahan dipatuh aturan diturut,
Murid selamat gembira bersama.

Aktiviti

• Jelaskan kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan


berdasarkan puisi.

Murid menyatakan kepentingan menjaga keselamatan semasa bersukan.


Murid melafazkan pantun berkait.
2.5.2 Murid menulis teks puisi secara mekanis dengan betul dan kemas. 47
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menaakul Konstruktivisme – Menerangkan
Menulis
Waspada Diri
Farhana membaca catatan yang ditulisnya semasa taklimat permainan
futsal. Kemudian, Farhana telah meneliti gambarnya semasa latihan
permainan tersebut lalu menyusunnya.

pakai pad kaki untuk


keselamatan tulang kering

pakai kasut yang bertapak minum air untuk mengelakkan


rata untuk keselamatan kaki Taklimat penghidratan
Permainan
Futsal
lakukan aktiviti pemanasan
elakkan memegang,
untuk mengelakkan
menolak atau menerjah
kekejangan
pemain lawan

Contoh:
Sebelum memulakan permainan, pemain mestilah
memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan
kecederaan pada kaki.

Nota Bahasa
Penghidratan ialah proses kehilangan
Aktiviti air di dalam tubuh secara berlebihan.

• Mencatat maklumat yang betul tentang taklimat mengikut urutan.


Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan berdasarkan bahan grafik.
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat ulasan.
48 3.5.2 Murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks dan gambar.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menyusun mengikut urutan Kontekstual – Menghubungkaitkan
Mengujarkan Cerita
Menangkis Serangan
Danial mendengar taklimat keselamatan daripada jurulatih pasukan hoki
dengan teliti. Dia tidak mahu ditimpa kecederaan ketika bermain. Dia sedar
bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati.

- mendengar taklimat - memakai pakaian yang - bersedia di gawang gol


dengan khusyuk sesuai - penuh bergaya - mengatur langkah

- dapat menangkis serangan - bola hoki mengenai - bersorak kegembiraan


menggunakan pad kaki pelindung muka - bernasib baik
- tergamam sebentar

topi keselamatan
pelindung
pelindung muka bahu
pelindung dada
sarung tangan seluar
berpad
pelindung
kemola pad kaki
kasut
Aktiviti
• Mengujarkan cerita dengan menggunakan bahasa yang indah untuk
menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.
Murid membaca dan memahami gambar.
Murid mengujarkan cerita menggunakan bahasa yang indah untuk menyampaikan idea dengan bahasa
4.2.2 yang kreatif.
Murid menghasilkan penulisan yang kreatif berbentuk deskriptif dengan betul. 49
PK: Nilai Murni – Kebebasan Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Kata Nafi dan Kata Pembenar
Keselamatan Kaki
Danial dan ayahnya, Encik Ahmad, pergi ke kedai sukan untuk membeli
kasut. Ketika mereka memilih kasut yang sesuai, jurujual di kedai itu telah
menjelaskan jenis dan fungsi kasut kepada mereka.
Jurujual : Selamat datang, encik. Boleh saya bantu?
Encik Ahmad : Ya, saya hendak mencari kasut untuk anak saya.
Jurujual : Di sini, kami ada pelbagai jenis kasut yang sesuai untuk aktiviti sukan.
Danial : Bukankah semua kasut sama sahaja?
Jurujual : Tidak, adik. Kasut sukan ada pelbagai jenis dan fungsi yang berbeza.
Selain menjadi pelapik kaki, kasut yang sesuai juga berfungsi untuk
menjaga kesihatan kaki kita.
Encik Ahmad : Betul. Kaki kita akan tercedera jika memakai kasut yang tidak sesuai.
Danial : Oh, barulah saya tahu! Kalau begitu, kasut pemain bola sepak tentu
sama dengan kasut pelumba lari.
Jurujual : , adik. Kasut bola sepak bertetungku, berfungsi untuk cengkaman
di kawasan berumput. Kasut pelumba lari pula berpepaku sesuai
untuk memberikan cengkaman di balapan. Kedua-dua kasut ini direka
sebegitu untuk mengelakkan pemain dan pelumba daripada tergelincir
semasa bermain. Mereka akan dapat berlari dengan baik dan selamat.
Encik Ahmad : sahaja keselamatan kaki pemain yang perlu dijaga, keselamatan
kaki orang di persekitaran juga perlu dijaga dengan baik.
Jurujual : Adik hendak kasut yang ini? (sambil memegang kasut bola sepak)
Danial : . Saya hendak membeli kasut untuk berjoging.
Jurujual : Kalau begitu, adik perlukan kasut yang bertapak rata dan mempunyai
pelapik span untuk mengelakkan kecederaan akibat hentakan yang
kuat pada tumit kaki semasa berlari. Yang ini sesuai untuk adik.
Danial : Terima kasih, encik.

Nota Bahasa
Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk
menafikan atau menidakkan sesuatu.
Contoh: tidak, bukan
Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan
untuk menegaskan sesuatu perkara.
Aktiviti Contoh: ya, benar, betul

• Menggunakan kata nafi dan kata pembenar dalam perbualan.


Murid meneliti dan memahami perbualan.
Murid menggunakan kata nafi dan kata pembenar dalam perbualan.
50 5.1.7 Murid membaca teks yang mengandungi pelbagai ragam ayat secara mekanis.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Mengecam KP – Interpersonal
Kata Arah dan Kata Bilangan
Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah
Danial membalas e-mel rakannya, Yu Jin, yang diterimanya dua hari lalu.

Daripada: danial@gmail.com
Kepada: yujin@yahoo.com
Perkara: Kejohanan Padang dan Balapan Sekolah

Arial 10
Saya memohon maaf atas kelewatan membalas e-mel saudara. Untuk pengetahuan
saudara, sekolah saya baru sahaja selesai mengadakan Kejohanan Padang dan
Balapan Kali Ke-9.
Semua guru dan murid bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan kejohanan
tersebut. Semasa kejohanan berlangsung, perkara pertama yang diberikan perhatian
oleh guru ialah aspek keselamatan murid.
Sehari sebelum kejohanan berlangsung, dua orang guru telah menyampaikan
taklimat tentang keselamatan semasa kejohanan sukan dijalankan. Semua murid diminta
untuk mematuhi arahan daripada guru rumah sukan masing-masing semasa sukan.
Murid yang menyertai acara sukan perlu berada di khemah peserta yang dipasang
di penjuru kiri padang. Mereka juga tidak dibenarkan melepasi pita keselamatan yang
dipasang di sekeliling padang.
Selain itu, semua murid tidak dibenarkan menghampiri khemah tetamu kehormat
yang diletakkan di tepi padang. Mereka juga tidak dibenarkan pergi ke khemah ibu
bapa yang didirikan berhampiran dengan khemah tetamu kehormat tanpa kebenaran
guru. Hanya segelintir murid yang bertugas boleh berada di kawasan tersebut.
Pemenang yang dipanggil untuk menerima hadiah perlulah mengikut arahan
para petugas yang membawa mereka. Hal ini disebabkan mereka perlu melintasi
balapan untuk ke podium yang terletak di hadapan khemah utama.
Kejohanan padang dan balapan sekolah saya telah berjalan dengan lancar.
Tiada kecederaan yang berlaku kerana semua murid mematuhi segala arahan
yang diberikan.
Nota Bahasa
Kata arah ialah perkataan yang menunjukkan hala atau jurusan.
Kebiasaannya, perkataan ini hadir selepas kata sendi nama dan
sebelum kata nama. Contoh: atas, bawah, timur
Kata bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk
Aktiviti menyatakan jumlah sesuatu. Contoh: lima, semua, jutaan

• Balas e-mel di atas menggunakan kata arah dan kata bilangan.


Murid membaca dan mengenal pasti kata bilangan dan kata arah berdasarkan teks.
Murid membina ayat menggunakan kata arah dan kata bilangan dengan betul.
5.1.7 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk. 51
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – TMK
Strategi P & P: KB – Mengecam Konstruktivisme – Menghubungkaitkan


UNIT 8 Keselamatan
Persekitaran
Tema 3:
Keselamatan

Mendengar dan Bertutur


Keselamatan di Kawasan Rumah

mangga
dan kunci

lampu
pagar

kamera jeriji
litar loceng
pagar
tertutup pintu
bergerigi
pagar

Aiman, cuba lihat banglo di sana.


Ada sistem kamera litar tertutup yang Ya, betul. Itu satu daripada
dipasang di kawasan rumahnya. ciri keselamatan yang
penting. Terdapat juga
Banglo itu hampir sama dengan
banglo milik pak cik saya. Banyak lagi Benar, Danial. Ada alat
ciri keselamatan yang terdapat pada penggera yang dipasang
banglo seperti itu. Antaranya di banglo itu. Selain itu,

Aktiviti

• Bercerita tentang cara-cara menjaga keselamatan berdasarkan gambar.


Murid meneliti dan memahami gambar.
Murid bercerita tentang cara-cara menjaga keselamatan dan kepentingannya berdasarkan gambar.
52 1.5.1 Murid menulis untuk menyampaikan maklumat.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains dan Teknologi
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental Kontekstual – Menghubungkaitkan
Membaca

Ketika ke Sekolah Contoh prosa:


Ketika kaki ini mengorak langkah Ketika hendak pergi
ke gedung ilmu ke sekolah, aku
Tangan ayah dan ibu mencium tangan
ayah dan ibu untuk
Kukucup pohon restu
memohon restu.

Ketika menaiki bas


Berbaris aku tidak terlepas
Kuamati waspada langkah
Agar tidak sumbang tingkah

Ketika bas membelah jalan


Etika berhemah aku biasakan
Aku patuhi pesan ayah dan ibu
Usah berlari, tatapilah buku
Di tangga aku tidak berdiri
Di tingkap aku tidak jengahi

Ketika gedung ilmu kulihat


Dengan tenang
Roda bas kutunggu berhenti
Tidak kumahu mengundang tragedi

Ketika kaki ini menjejak ke gedung ilmu


Tangan kuangkat tanda kesyukuran
Aku selamat dalam perjalanan

Aktiviti
• Menjelaskan maksud setiap rangkap dalam puisi untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk prosa.
Murid membaca dan memahami puisi.
Murid menulis maklumat dalam bentuk prosa.
2.5.3 Murid bercerita tentang cara-cara menjaga keselamatan semasa pergi ke sekolah. 53
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
Strategi P & P: KB – Mensintesis Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis
Keselamatan di Taman Permainan
Danial dan keluarganya sering ke taman permainan yang terletak
berhampiran dengan rumah mereka untuk beriadah.

Taman permainan merupakan tempat Idea


yang amat digemari oleh kanak-kanak. utama
Mereka dapat melakukan aktiviti yang
memerlukan pergerakan seperti berlari Idea
sampingan
dan melompat dengan bebas dan
selamat. Aktiviti ini dapat membina otot
dan menguatkan tulang mereka.


• memakai pakaian yang sesuai
- tidak memakai perhiasan
- memakai kasut yang sesuai

54

• kehadiran keluarga atau orang
dewasa amat penting
- memantau pergerakan
kanak-kanak ketika bermain
- memastikan keselamatan
kanak-kanak

• peralatan permainan sesuai


dengan kanak-kanak
- alatan dalam keadaan baik
- alatan tidak berbahaya

Jabatan Landskap dan Rekreasi


SILA AMBIL PERHATIAN
Bagi menjamin keindahan dan keharmonian pengguna taman ini,
Undang-undang Kecil Taman dan Rekreasi Majlis Perbandaran
Johor Bahru Tengah dikuatkuasakan.

Membawa
anjing
Berjaja Berkelakuan Membuang
sumbang sampah
Bercucuk Merosakkan Merosakkan Berbasikal/
tanam kemudahan tanaman Bermotosikal
• peraturan penggunaan
merata-rata awam
- membaca dan
• Sesiapa yang melanggar undang-undang kecil ini dan apabila disabitkan
bersalah boleh dikenakan denda RM1000.00 atau enam bulan penjara mematuhi peraturan
atau kedua-duanya sekali.
• Peralatan permainan di taman ini untuk kegunaan pengguna yang
berumur 5 hingga 12 tahun sahaja.
• Risiko dalam penggunaan peralatan adalah di bawah tanggungjawab
pengguna.
“Hargailah keindahan taman di samping memelihara
keselesaan pengguna”
Ingatan mesra daripada Aduan Kerosakan Hubungi:
YANG DIPERTUA Jabatan Landskap dan
Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah Rekreasi

Semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan keselamatan


kanak-kanak dan peralatan permainan di taman permainan.

Aktiviti
• Mencatat maklumat tentang keselamatan di taman permainan dengan
menggunakan idea utama dan idea sampingan yang diberikan.
Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan yang terdapat dalam teks dan gambar.
Murid mencatat maklumat tentang keselamatan di taman permainan menggunakan idea utama dan
3.6.1 idea sampingan.
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat daripada idea utama dan idea sampingan
dalam pelbagai bahan untuk membuat ramalan.
55
PK: Nilai Murni – Keselamatan Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Imbuhan Apitan
Berhenti di Kawasan Rehat dan Rawat
Perjalanan ke Kota Bharu
Sepanjang perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan, pemandu bas telah memperdengarkan
lagu-lagu dari radio. Apabila tiba di sebuah kawasan rehat dan rawat, bas
tersebut berhenti.
Cikgu Norlia yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai lawatan tersebut
telah meminta semua peserta rombongan turun dari bas. Beliau mengingatkan
semua peserta rombongan agar berhati-hati dan tidak mempersoalkan arahan
yang diberikan.
Peserta rombongan juga diperingatkan agar berjalan secara berkumpulan dan
tidak meninggalkan kumpulan masing-masing. Mereka juga dinasihatkan agar
membawa barangan berharga bersama-sama ketika turun dari bas bagi mengelakkan
kecurian. Cikgu Norlia juga memperingatkan semua peserta supaya menaiki bas
dengan segera setelah menyelesaikan urusan mereka. Sebelum bas meneruskan
perjalanan, peserta rombongan diminta memastikan rakan-rakan berada di dalam bas.

Gerai Makanan
Cikgu Norlia mempertanggungjawabkan Azam untuk mengawasi setiap kumpulan
yang anggotanya terdiri daripada tiga orang. Sepanjang perjalanan ke restoran,
mereka memperkatakan tempat-tempat menarik yang akan dilawati di Kota Bharu.
Sebaik tiba di gerai jualan, Azam dan rakan-rakannya beratur untuk membeli
makanan. Setelah memperoleh makanan yang diingini, Azam membayar harga
makanan tersebut dengan wang yang diperuntukkan oleh ayahnya. Baki wang yang
diperolehnya segera disimpan di dalam dompetnya agar tidak tercicir.
Bagi mempermudah makanan panas dibawa, Azam menggunakan dulang
yang disediakan. Dia menatang dulang itu dengan berhati-hati agar makanan
tidak tertumpah.

Nota Bahasa
Kata kerja imbuhan apitan
mempeR-...-kan – mempertontonkan, mempermainkan
mempeR-...-i – memperingati, mempersenjatai
dipeR-...-kan – dipertontonkan, dipermainkan
Aktiviti dipeR-...-i – diperingati, dipersenjatai
• Membina ayat menggunakan imbuhan apitan pada kata kerja dalam
pelbagai situasi.

Murid membaca dan mengenal pasti perkataan yang mempunyai imbuhan apitan mempeR-...-kan,
mempeR-...-i , dipeR-...-kan, dipeR-...-i yang terdapat dalam teks.
5.2.1 Murid membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja tersebut yang terdapat dalam teks.
56 Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis secara bertatasusila.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Mengaplikasikan
Imbuhan Sisipan
Waspada di Pasar Malam
Pasar Malam
Aku mengemaskan buku yang berselerak di atas meja. Aku ingin mengikut ibuku
ke pasar malam. Walaupun pasar malam itu terletak tidak jauh dari rumahku, aku
tidak pernah dibiarkan pergi bersendirian.
Kulihat ibu menanggalkan barang kemas yang dipakai oleh adik
perempuanku. Ibu menasihati aku agar menjaga keselamatan wang
yang diberikan oleh ayah.
Malam itu, aku berjalan kaki bersama-sama dengan ibu dan
adikku. Kami disuluhi cahaya lampu gerai yang terang-benderang.
Semasa melintasi gelanggang yang terletak di taman permainan,
kelihatan gelembung buih sabun yang dimainkan oleh beberapa orang
kanak-kanak. Aku cuba menampan gelembung buih itu dengan
telapak tanganku.

Gerai Keropok Lekor


Aku segera menarik tangan adik apabila aku melihat adik menghampiri kuali
yang mengandungi minyak yang sedang menggelegak. Aku khuatir minyak yang
menggelegak itu terpercik pada badan adik dan menyebabkan kecederaan.
Adik meronta minta dilepaskan. Jari telunjuk adik menunjuk ke arah keropok lekor
yang sedang digoreng.
Tahulah aku bahawa adik meminta untuk dibelikan keropok lekor itu. Ibu
mengeluarkan lima ringgit dari dompet dengan berhati-hati. Ibu membeli keropok
lekor untuk adik. Adik kelihatan gembira.
Setelah membeli keropok lekor, kami menuju ke gerai seterusnya. Ibu memimpin
tangan adik sambil menggenggam jari-jemari adik dengan kemas.

Nota Bahasa
Sisipan ialah imbuhan yang hadir dalam sesuatu perkataan yang masuk secara
menyisip, iaitu di celah perkataan. Empat bentuk sisipan ialah (-el-, -er-, -em-, -in-)
Contoh: -el- tapak–telapak
-er- gigi–gerigi
-em- kuning–kemuning
-in- sambung–sinambung

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan imbuhan sisipan dalam pelbagai situasi.
Murid membaca dan menyenaraikan perkataan yang mempunyai imbuhan sisipan.
Murid membina ayat menggunakan perkataan berimbuhan sisipan yang terdapat dalam teks.
5.2.1 Murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan tulisan berangkai yang betul dan kemas. 57
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan
9 Patuhi Peraturan Tema 3:
UNIT Keselamatan
Jaminan Keselamatan
Mendengar dan Bertutur
Kembara Selamat
Danial dan keluarganya bercuti ke Kuching, Sarawak. Bermula
dari rumah lagi, mereka menggunakan kemudahan awam yang
disediakan semasa percutian tersebut. Terdapat beberapa peraturan
yang perlu dipatuhi oleh mereka ketika menggunakan kemudahan
awam tersebut.

TEKSI

teksi - tali pinggang kereta api

n
unaka
Sila gggang
tali pinmatan
kesela

feri kapal terbang


Aktiviti
• Menceritakan peraturan keselamatan berdasarkan gambar dan frasa
dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Murid membaca dan memahami maklumat dalam gambar.


Murid menceritakan sesuatu perkara yang pernah dialami berdasarkan gambar dengan sebutan yang jelas
1.5.2 dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai.
58 Murid mencatat maklumat tentang peraturan keselamatan.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Membaca
Terbang di Awan Biru
Sebaik sahaja kami tiba di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA), ayah telah mengarahkan aku untuk
mengikutnya ke kaunter pengesahan
penerbangan untuk daftar masuk. Ayah
Aku di Pesawat memberitahu aku bahawa beg yang
melebihi tujuh kilogram perlu dimasukkan
Bumi Kenyalang
ke ruang kargo.
Kudatang ke persadamu
Kami menuju ke tempat pemeriksaan
Membawa seribu harapan
keselamatan. Di sini, semua barang
Meredah awan biru
yang kami bawa akan diperiksa melalui
Bakal kukongsikan pengalaman
mesin pengimbas. Telefon bimbit dan
Dalam keterujaan ini dompet diletakkan di dalam bekas yang
Ada aturan perlu dipatuhi disediakan. Selain itu, kami juga perlu
Alatan elektronik kumatikan melalui pemeriksaan keselamatan di pintu
Empuk kerusi kularaskan khas sebelum menuju ke ruang menunggu.
Tali keledar kukancing rapat Ketika memasuki pintu kapal terbang,
Risalah keselamatan kutatap ayah mengingatkan aku agar duduk
Di sini, baru kutahu corong pernafasan mengikut nombor yang ditetapkan.
Baru kukenal jaket keselamatan Bagasi yang dibawa bersama-sama perlu
Untuk persediaan andainya perlu disimpan di ruangan yang disediakan,
bukannya diletakkan di bawah kerusi.
Dalam keterujaan ini Aku berasa bertuah kerana dapat
Dapat kusaksikan duduk di tepi tingkap. Dari tingkap kapal
Ciptaan keagungan Tuhan terbang, keindahan panorama alam
Kepulan awan-gemawan semesta memukau pandanganku.
Bak kapas memutih “Danial, bangun. Kita dah sampai,”
Terasa sekali ingin kugapai kata ayah sambil mengejutkan aku. Aku
Apakan daya tanganku terhalang pun membetulkan kedudukan kerusi.
Keindahan yang memukau Sebaik sahaja tayar kapal terbang
Hanya boleh kupandang mencecah ke landasan untuk mendarat,
aku berasa tidak sabar untuk membuka
tali pinggang keselamatan. Namun ayah
segera menahanku. Aku berasa hairan dan
Aktiviti tertanya-tanya, mengapa?

• Menyatakan pendapat tentang ciri-ciri keselamatan yang perlu dipatuhi


seperti yang terdapat dalam teks dan puisi.
Murid membaca dan menganalisis teks dan puisi.
Murid menyenaraikan dan memberikan pendapat tentang ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam teks.
2.6.1 AT: Murid menyenaraikan perkataan berwarna merah dalam puisi. 59
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sastera
Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan intensif
Menulis
Berhemah di Jalan Raya
Sekolah Kebangsaan Seri Kejora telah mengadakan
Kempen Keselamatan Jalan Raya. Antara aktiviti yang
diadakan termasuklah pertandingan syarahan
dan pameran.

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Haji Baharudin bin
Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Guru-guru Penolong Kanan,
barisan hakim yang arif, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.
Pada pagi yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan syarahan yang bertajuk
“Punca-punca Kemalangan Jalan Raya”.
Hadirin yang saya kasihi,
Kadar kemalangan jalan raya di negara kita saban hari kian meningkat.
Kemalangan ini bukan sahaja mengakibatkan mangsa kerugian harta tetapi juga
kehilangan nyawa.
Punca utama yang menyumbang kepada meningkatnya kadar kemalangan jalan
raya ialah sikap pengguna yang tidak mematuhi peraturan jalan raya. Antara sikap
buruk pengguna ialah amalan memandu melebihi had laju dan tidak memberikan
tumpuan ketika memandu.
Keadaan jalan raya yang tidak elok juga merupakan punca berlakunya
kemalangan. Keadaan jalan raya yang tidak lurus dan berlubang boleh
mengakibatkan pemandu dan pengguna hilang kawalan terhadap kenderaan mereka.
Kini, bilangan kenderaan di jalan raya semakin banyak. Semua pengguna ingin
sampai ke tempat yang dituju dengan segera. Oleh sebab itu, jalan raya menjadi
sesak dan lalu lintas semakin sibuk. Sudah pasti keadaan ini mengundang kemalangan
jalan raya.
Hadirin yang saya hormati,
Kesimpulannya, sebagai pengguna jalan raya, kita haruslah bekerjasama
dengan pihak yang berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
Penguatkuasaan undang-undang dan penyelenggaraan jalan oleh kerajaan amatlah
perlu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini. Hargai nyawa anda dan orang
yang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat.
Sekian, terima kasih.

60
Penunggang Motosikal Pejalan Kaki
Amalkan: Amalkan:
• Ikat tali topi keledar dengan kemas • Berhati-hati semasa melintas jalan
• Pasang lampu sepanjang masa • Menggunakan lorong pejalan kaki,
siang dan malam lintasan pejalan kaki dan jejantas
• Berhenti ketika lampu isyarat • Berjalan menghadap arah
berwarna merah kenderaan yang datang
• Memakai pakaian yang berwarna
cerah supaya mudah dilihat
Elakkan:
pemandu kenderaan yang lain
• Mencelah kenderaan di jalan raya Elakkan:
• Menunggang melebihi had laju • Cuai dan terburu-buru ketika
• Menunggang dengan jarak terlalu melintas jalan raya
dekat dengan kenderaan di hadapan • Berjalan terlalu hampir dengan
jalan raya
• Bermain berhampiran dengan
jalan raya

Amalan Pengguna Berhemah di Jalan Raya

Pendahuluan Isi Penutup

- kata alu-aluan
- sentiasa berhati-hati
- mengelakkan
- cermat, tiba selamat
kemalangan

Aktiviti
• Menulis syarahan tentang amalan-amalan yang dapat mengelakkan
kemalangan di jalan raya berdasarkan maklumat yang diberikan.

Murid menulis karangan berbentuk syarahan.


Murid membaca dan meneliti teks syarahan.
3.6.2 Murid bercerita tentang maklumat yang terdapat dalam teks dengan tepat dan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul. 61
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Mengujarkan Dialog
Lima Sahabat Rimba
Pada suatu hari, Sang Kancil, Sang Gajah, Sang Monyet dan Sang Rusa
bercadang untuk pergi ke seberang sungai. Mereka hendak mendapatkan
makanan di situ.
Sang Kancil : (Nada sedih) Wahai, rakanku sekalian! Nampaknya kita terpaksa pergi
ke seberang untuk mencari makanan. Makanan yang kita simpan pun
hampir habis.
Sang Rusa : Kalau begitu, saya juga mahu ikut kamu, Kancil. (Sang Rusa menghampiri
Sang Kancil)
Sang Gajah : Bagaimanakah kalau kita berlima pergi ke sana? Tentu banyak makanan yang
boleh kita bawa. (Sang Gajah menggoyang-goyangkan belalainya)
Sang Monyet : Nak ikut! Nak ikut! (sambil melompat-lompat)
(Sang Kancil menemui Sang Buaya untuk meminta bantuan)
Sang Kancil : Kami ingin meminta bantuan kamu untuk ke seberang. Bolehkah Sang Buaya?
Sang Buaya : Baiklah. Marilah naik ke atas belakang aku. Jangan lupa jaket keselamatan
kamu, ya!
Sang Gajah : Sang Buaya, bolehkah aku ikut sama? ( Sang Gajah merayu dengan
muka sedih)
Sang Buaya : Kamu hendak naik sekali? (Sang Buaya kehairanan). Eh, tidak boleh! Kamu
berat. Badan aku tidak mampu menampung kamu. Kita akan tenggelam nanti.
Aku hanya boleh membawa Sang Monyet, Sang Kancil dan Sang Rusa.
(Sang Gajah kelihatan kecewa. Dia memandang sahabatnya yang sedang
membetulkan jaket dan kedudukan mereka di atas badan Sang Buaya)
Sang Kancil : Sang Buaya, marilah kita ikut laluan yang agak cetek sedikit. Sang Gajah tentu
boleh ikut berenang dan menyeberang bersama-sama. Sang Monyet boleh
duduk di atas Sang Gajah.
Sang Buaya : Baiklah. Kalau begitu kita ikut laluan di sebelah sana. Kawasan di sana agak
cetek tetapi banyak kayu hanyut dan ranting pokok rendang. Jadi, kamu
semua perlu tunduk dan sentiasa berwaspada.
(Sang Gajah kelihatan gembira. Sang Monyet pun melompat ke atas Sang
Gajah. Semuanya mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan faham)
Sang Rusa : Ayuhlah kita bergerak sekarang.
Sang Buaya : Duduk baik-baik. Sang Monyet jangan asyik melompat sahaja. Nanti terjatuh
ke dalam sungai, bahaya tu!
Sang Kancil : Hah, dengar tu, Sang Monyet! Duduk diam-diam. Kalau tidak, nyawa kita
semua yang melayang.
Sang Buaya : Baiklah, semua sudah bersedia. Kita bergerak sekarang.

Aktiviti
• Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul melalui lakonan.
Murid mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul melalui lakonan.
Murid membaca dan memahami maklumat untuk membuat ulasan.
62 4.3.1 PK: Nilai Murni – Kerjasama Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Interpersonal
Imbuhan Sisipan
Sentiasa Beringat Hidup Selamat
Zarul mengambil buku catatannya yang lalu. Dia membelek-belek
buku tersebut.
Pengalaman Menaiki Bot
1 Januari 2015
Pengalaman pertama menaiki bot tidak mungkin dapat kulupakan. Aku gementar
dan diselubungi perasaan resah gelisah. Namun aku gagahi juga kerana ingin
merasai sendiri pengalaman menaiki bot.
Aku memakai jaket keselamatan. Apabila bot mula bergerak, semua perasaan
itu hilang. Aku begitu seronok sekali.
Aku terlupa akan arahan petugas supaya tidak meletakkan telapak tangan
di dalam air sewaktu bot bergerak. Tiba-tiba, aku merasakan ada sesuatu yang
telah menyengat jari telunjukku. Aku menjerit kesakitan. Jari telunjukku disengat
obor-obor. Tubuhku mula menggeletar. Sakitnya bukan kepalang.

Utamakan Keselamatan
15 Februari 2015
Ketika waktu rehat, aku dan beberapa orang rakanku terlihat sekumpulan pekerja
sedang memasang cerucuk untuk membina bangunan baharu di sebelah
gelanggang badminton di sekolahku. Mereka melakukan tugas dengan berhati-hati.
Mereka memakai topi dan kasut keselamatan yang berwarna kuning ketika
berada di kawasan itu. Mereka menyusun bahan binaan agar tidak berselerak.
Dawai besi digulung dengan kemas agar tidak berserabut. Besi yang tajam dan
bergerigi disusun rapi dan diletakkan di satu tempat supaya tidak membahayakan
orang lain.
Aku dan rakan-rakanku hanya memerhatikan kawasan itu dari jauh. Kami
tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut.

kilau kuning gerlap gilang guruh

Aktiviti

• Membina ayat menggunakan imbuhan


sisipan berdasarkan teks dan gambar.

Murid membaca dan mengenal pasti imbuhan sisipan.


Murid membina ayat dengan menggunakan perkataan berimbuhan sisipan berdasarkan teks dan gambar.
5.2.1 Murid menulis ayat dalam perenggan secara mekanis dengan tulisan berangkai yang betul dan kemas. 63
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Menghubungkaitkan
Kata Ganda Berentak
Mengikuti Lawatan
Aiman dan Azam berbual tentang taklimat berkaitan dengan lawatan
ke Pusat Sains Negara yang diberikan oleh Cikgu Norlia.
Sebelum Lawatan
Azam, sudahkah kamu menyerahkan Sudah, Aiman. Saya telah
borang kebenaran untuk mengikuti menyerahkan borang itu lebih
lawatan yang diminta oleh Cikgu Norlia? awal sebaik-baik sahaja ayah
saya menandatanganinya.
Baguslah, begitu. Cikgu Norlia tidak suka jika
kita memberikan alasan yang remeh-temeh Borang kebenaran itu penting.
kerana lambat menyerahkannya. Tanpa borang tersebut, kita tidak
dibenarkan menyertai lawatan
kerana melanggar peraturan
Azam, semasa lawatan
lawatan sekolah.
nanti, kita perlu menjaga
tindak-tanduk kita agar
nama sekolah kita tidak Betul kata kamu. Kita perlu
tercemar. memastikan pakaian kita kemas
dan tidak serbah-serbih atau
kusut-masai. Cikgu Norlia juga
menasihati kita agar membawa
bekalan makanan seperti
kuih-muih untuk mengalas perut.

Semasa Perjalanan ke Pusat Sains Negara


“Sila berhati-hati, jangan tergopoh-gapah. Nanti kamu terjatuh,” kata Cikgu Norlia
kepada peserta lawatan ketika hendak menaiki bas. Azam ternampak seorang murid
lelaki tercungap-cangip berlari mendapatkan Cikgu Norlia. Mungkin dia terlewat, bisik
hati Azam.
Sepanjang perjalanan, semua peserta duduk di tempat masing-masing. Mereka
diperingatkan agar tidak berjalan-jalan semasa bas bergerak. Azam melemparkan
pandangan ke luar tingkap. Dia menyaksikan keindahan gunung-ganang, kenderaan
yang lalu-lalang dan jalan raya yang bersimpang-siur di sepanjang perjalanan
menuju ke destinasi.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata ganda berentak yang terdapat
dalam dialog dan teks.
Murid membaca dan memahami teks.
Membina ayat menggunakan kata ganda berentak.
64 5.2.2 Menulis pelbagai jenis kata ganda dengan ejaan yang tepat secara imlak.
AT: Merujuk kamus untuk mencari maksud kata ganda berentak yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan intensif
Penilaian 3
A. Lakukan aktiviti berdasarkan kad arahan dalam permainan bahasa
di bawah.

1 2 3 4 5 6

12 11 10 9 8 7

Butang 13 14 15 16 17 18
penanda
24 23 22 21 20 19
Dadu
25 26 27 28 29 30
Tamat

Peraturan permainan
• Permainan ini boleh dimainkan lebih daripada dua orang.
• Pemain memilih butang penanda.
• Pemain pertama melontar dadu dan menggerakkan butang penanda mengikut
bilangan titik pada dadu.
• Teruskan permainan mengikut giliran.
• Sekiranya butang penanda pemain berada di petak berwarna, pemain perlu
mengambil satu kad arahan yang terdapat dalam sampul.
• Maju dua petak ke hadapan jika dapat menjawab soalan pada kad arahan.
• Undur dua petak ke belakang jika gagal menjawab soalan pada kad arahan.
• Pemain yang pertama sampai ke petak Tamat merupakan pemenang.

Kad arahan
• Nyatakan tiga kata ganda berentak.
• Sebutkan tiga cara mengelakkan kemalangan.
• Berikan sebab kita perlu melakukan aktiviti memanaskan
badan sebelum bersukan.
Sampul arahan • Ceritakan tiga cara menjaga keselamatan diri.
• Bina satu ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja.
• Bina dua ayat menggunakan kata pembenar.

65
B. Baca dan fahami sajak.

Nasihat untuk Teman


Teman,
Bicara ini sekadar renungan
Buat ingatan dan juga panduan
Hargailah nyawa yang dipinjamkan
Usah biarkan diri dalam kealpaan
Teman,
Keselamatan diri paling utama
Walau di mana kita berada
Jika diabai malang menimpa
Kesal menemani sepanjang masa
Teman,
Jagailah harta usah dipunah
Gunakanlah secara berhemah
Ketahanannya pasti terserlah
Jimat belanja harta bertambah
Teman,
Patuhilah segala peraturan
Jangan berjalan sendirian
Walaupun di taman permainan
Waspada diri jadikan amalan
Aktiviti
• Nyatakan maksud setiap rangkap puisi di atas dan pindahkan
maklumat tersebut dalam bentuk prosa.
• Jika diabai malang menimpa
Kesal menemani sepanjang masa
Berdasarkan baris puisi yang diberikan, kemukakan Ciri-ciri
pendapat kamu. Sahabat
• Senaraikan ciri-ciri sahabat yang kamu harapkan
menggunakan peta buih.

66
TEMA 4 Kemasyarakatan

Berkat Muafakat

Rakyat Malaysia berbilang bangsa,


Tiada sengketa bertimbang rasa,
Hubungan mesra sepanjang masa,
Hasil usaha pemimpin berjasa.

Rakyat hidup damai sentiasa,


Sejahtera di kota juga di desa,
Bekerjasama setiap masa,
Limpahan rezeki nikmat dirasa.

Amalkan sikap bantu-membantu,


Tanpa mengira tempat dan waktu,
Kerja yang sukar tidaklah buntu,
Niat yang ikhlas mendapat restu.

Ingatlah wahai para sahabat,


Walau jauh mahupun dekat,
Semua kerja perlu muafakat,
Hidup sepakat membawa berkat.

Melagukan syair dengan intonasi yang betul.


67
Kemasyarakatan

kepingan daun menjadi pulpa yang akan

membersihkan, menjaga dan menuaikan


disuburkan oleh sejenis cecair yang kaya
Saya sedang membaca maklumat tentang

3. Kumpulan semut ini akan menampalkan


Cara semut atta menghasilkan makanan

pes dedaun yang subur ke atas dedaun


kering di ruangan lain di dalam sarang.
hidup dalam koloni yang teratur. Yang ini

1. Di dalam sarang semut, semut pekerja


gambar semut spesies atta atau dikenali

yang lebih kecil akan memotong daun

4. Kumpulan yang ini pula akan menarik


kepingan kulat dan menanamkannya
yang dikumpulkan kepada kepingan
daripada 12 000 spesies semut. Semut
Tema 4:

semut. Rupa-rupanya, terdapat lebih

kulat itu untuk dijadikan makanan


2. Kumpulan ini akan mengunyah

Pes tersebut akan menjadi kulat.


sebagai semut pemotong daun.

5. Kumpulan terakhir yang akan


Membawa Berkat

Indahnya Semangat Kerjasama

di dalam pes daun.


YSIA
BAHASA MALA

anggota koloni.
dengan enzim.
YSIA
BAHASA MALA
IA
BAHASA MALAYS
SIA
BAHASA MALAY
A
MALAYSI
BAHASA

yang kecil.
Muafakat

A
MALAYSI
BAHASA
MALAYSIA
BAHASA
SIA
BAHASA MALAY
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
SEJARAH
KIMIA ENGLISH
ENGLISH
LAH
KAMUS ISTI ENGLISH MATEMATIK
LAH
KAMUS ISTI SIVIK ENGLISH
SIA MATEMATIK
SIVIK
BAHASA MALAY ENGLISH
10
Mendengar dan Bertutur

KAMUS ISTILAH MATEMATIK MATEMATIK


ENGLISH

Sumber: Harun Yahya, The Miracle in the Ant


KAMUS ISTILAH SIVIK
ENGLISH
SIVIK MATEMATIK
ENGLISH
N
KAMUS DEWA ENGLISH

3
MATEMATIK
MATEMATIK
SIVIK
KAMUS ISTILAH ENGLISH
MATEMATIK
KAMUS ISTILAH MATEMATIK
SIA SIVIK
BAHASA MALAY ENGLISH MATEMATIK
MATEMATIK
KAMUS ISTILAH ENGLISH MATEMATIK

5
KAMUS
SAINS
KAMUS
UNIT

SAINS SEJARAH
KAMUS
SAINS
KAMUS SEJARAH

4
SAINS
KAMUS AGAMA
SAINS
KAMUS
SAINS SEJARAH
KAMUS
SAINS SEJARAH MATEMATIK
KAMUS

1
SAINS AGAMA ISLAM MATEMATIK
KAMUS
SEJARAH

Kamu baca apa,


KAMUS
KAMUS KAMUS
KAMUS RAFI
GE0G
KAMUS RAFI
KAMUS GE0G
KAMUS KAMUS RAFI
GE0G
KAMUS KAMUS RAFI
GE0G
KAMUS KAMUS RAFI
GE0G RAFI
KAMUS KAMUS GE0G

Farhana?
K
SEJARAH
K
GE0GRAFI K
BIOLOGI KA
KAM
KAMUS
KAM
SEJARAH MALA
YSIA US
KAM

68
GE0GRAFI
SEJARAH
KAMUS GE0GRAFI
FIZIK GE0GRAFI
N KAMUS SAINS
KA
SAINS SU KAMUS
SEJARAH
BIOLOGI GE0GRAFI
GE0GRAFI
SEJARAH
FIZIK KAJIAN TEMPATAN
SEJARAH
MATEMATIK
BIOLOGI SEJARAH GE0GRAFI
KIMIA
SAINS SUKAN
MATEMATIK SEJARAH
SAINS KESIHATAN
SAINS MATEMATIK
SAINS TAHUN 5 SAINS
SAINS TAHUN 5 SAINS SAINS
SAINS TAHUN 4
Mengapakah semut atta
juga dikenali sebagai semut Semut atta dikenali
pemotong daun? semut pemotong daun
kerana

Farhana, benarkah terdapat beberapa


proses untuk menghasilkan makanan Benar, Jayanti. Setiap kumpulan
dalam kalangan semut? dalam koloni semut mempunyai
peranan masing-masing dalam
proses menghasilkan makanan.
Wah, nampaknya terdapat Sebagai contoh,
pembahagian tugas! Indah
sungguh semangat kerjasama
dalam koloni semut.
Ya, betul. Tahukah kamu
mengapa wujud keadaan
Ya, saya tahu. Semut-semut ini . sedemikian?
Kita pun harus mengikuti contoh
semangat kerjasama semut ini.
Apakah pandangan kamu, Farhana?

Aktiviti

• Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat.


Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat secara bertatasusila.
Murid membaca dan memahami teks.
1.6.1 Murid mencatat maklumat tentang cara-cara semut membuat makanan mengikut urutan dengan betul. 69
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Membuat inferens KP – Interpersonal
Membaca KELAB SUKARELAWAN MUDA
Keanggotaan dibuka kepada semua murid yang berminat.
Daftarlah segera sekiranya kamu:

• sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa
KELAB SUKARELAWAN MUDA
Keanggotaan dibuka kepada semua murid yang berminat.
Daftarlah segera sekiranya kamu:
• Sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tanpa
mengira masa.
• Ikhlas dalam menjalankan tugas.
mengira masa;
• ikhlas menjalankan tugas;
• Sedia menghadapi cabaran.
• Bersemangat waja dan kental.
• Berdisiplin dan menepati masa.
Dapatkan borang permohonan daripada Puan Rohana
binti Jamali.

• sedia menghadapi cabaran;


• bersemangat waja dan kental; dan
• berdisiplin dan menepati masa.
Dapatkan borang permohonan daripada Puan Rohana
binti Jamali.

Catatanku
14 Mac 2015
7.00 pagi
Aku bersama-sama dengan anggota Kelab Sukarelawan Muda dan beberapa unit
beruniform berkumpul di dewan sekolah. Kami membantu guru mengemaskinikan
tugasan akhir sebelum Program Semarak Bahasa bermula.
8.00 pagi
Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Kamarul Zaman bin Razak, Pegawai
Pendidikan Daerah. Beliau amat berbesar hati melawat tapak pameran dan turut
berbual santai dengan kami dan para pengunjung.
10.30 pagi
Aku dan rakan-rakan mengedarkan minuman kepada para petugas. Aku berasa
bangga kerana dapat berganding bahu dengan para petugas yang lain untuk
sama-sama memastikan program sekolah berjalan dengan lancar.
11.30 pagi
Majlis bersurai. Keadaan di dalam dewan kelihatan berselerak. Mujurlah ada anggota
Pengakap dan Tunas Kadet Remaja Sekolah membantu kami. Kami mengemas
dewan, menyusun kerusi dan meja serta membuang sampah sarap yang ada. Guru
besar dan guru-guru turut turun padang untuk membantu. Berkat kerjasama semua,
keadaan dewan sekolah kami kembali kemas.

Aktiviti
• Membaca dan menyatakan maksud frasa yang berwarna merah.
Murid membaca dan memahami teks untuk memperkaya laras bahasa.
Murid mencari makna bagi frasa yang berwarna merah.
70 2.6.2 Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Merumus BCB – Bacaan intensif
Menulis
Minggu Sukarelawan Muda
Selamat pagi. Terima kasih saudara Pengacara Majlis. Yang Berusaha
Tuan Haji Baharudin bin Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora,
Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan murid-murid yang saya
Pengenalan
kasihi. Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), saya
menyokong sepenuhnya penubuhan kelab ini.
Tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya menganjurkan Minggu
Kelab Sukarelawan Muda dengan jayanya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Isi
Aktiviti yang dirancang menunjukkan komitmen warga sekolah untuk
mewujudkan permuafakatan dalam kalangan masyarakat. Banyak
manfaat yang boleh diperoleh jika kita seia sekata. Sebagai contoh,
Hadirin sekalian,
Begitulah manfaatnya apabila kita saling sepakat. Akhir kata, sentiasalah
bekerjasama untuk kesejahteraan hidup kita bersama-sama, bak kata Penutup
pepatah “bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat”.
Sekian, terima kasih.

Isi 1
• Aktiviti gotong-royong
- aktiviti penduduk
- membersihkan, mencantikkan tempat tinggal

Isi 2
• Mengurus tempat jagaan kanak-kanak
- meringankan beban jiran
- kanak-kanak tidak terbiar

Isi 3
• Mewujudkan pusat jagaan haiwan
- membela haiwan terbiar
- tanggungjawab bersama
Nota Bahasa
Ucapan ialah satu bentuk komunikasi yang bertujuan untuk
memindahkan idea dan perasaan secara berkesan daripada
Aktiviti pengucap kepada pendengar atau hadirin.
• Menulis teks ucapan berpandukan gambar.
Murid membaca dan memahami maklumat dalam teks dan gambar.
Murid menulis teks ucapan berpandukan gambar dan frasa.
3.6.2 Murid bertutur berdasarkan gambar dengan menggunakan ayat yang gramatis. 71
PK: Nilai Murni: Semangat bermasyarakat Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Menghubungkaitkan
Mengujarkan Dialog
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh
Negara Tikus yang aman damai telah dicerobohi oleh Sang Kucing Gergasi.
Banyak tikus yang menjadi mangsanya. Tikus Menteri berasa bimbang
akan keselamatan rakyat jelatanya. Dia telah menghimpunkan rakyatnya
di Dataran Tikus.
Tikus Menteri : Wahai sahabat-sahabatku, negara kita sudah tidak aman! Semenjak
tiga hari yang lalu, sebilangan rakyat jelata telah menjadi mangsa
Sang Kucing Gergasi.
Tikus Mondok : Kita perlu melakukan sesuatu. Kita mesti mempertahankan negara
kita daripada ancaman Sang Kucing Gergasi itu.
Semua Tikus : Kami sokong! Kami sokong!
(Semua tikus yang hadir berteriak serentak sambil mengangkat tangan
masing-masing)
Tikus Menteri : Tetapi ... apakah yang perlu kita lakukan?
(Dengan wajah yang sugul, Tikus Menteri memandang rakyat jelatanya
satu persatu)
Tiba-tiba, seekor tikus tua, iaitu Tikus Profesor yang bercermin mata tebal berjalan
perlahan-lahan ke hadapan dataran.
Tikus Profesor : Saya ada satu cadangan. Kita perlu wujudkan satu sistem amaran
bunyi untuk mengesan kehadiran Sang Kucing Gergasi.
Tikus Menteri : Sistem amaran bunyi? Apakah maksud Tuan Profesor?
Tikus Profesor : Maksud saya, kita ikatkan loceng pada leher Sang Kucing Gergasi itu.
Apabila dia memasuki daerah kita, pasti loceng itu akan berbunyi.
Jadi, kita mempunyai masa untuk menyembunyikan diri.
Tikus Rumah : Tapi ... siapakah yang berani mengikat loceng pada leher Sang
Kucing Gergasi?
(Tikus Rumah menggigil ketakutan memikirkan nasib siapakah yang
bakal menerima tanggungjawab melakukan tugasan itu)
Tikus Profesor : Oh, yang itu akan kita lakukan bersama-sama! Ingatlah kata pepatah,
“bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Tikus Menteri : Betul kata Tuan Profesor. Kita akan mengikatkan loceng ini pada leher
Sang Kucing Gergasi ketika dia tidur.
Akhirnya, masyarakat tikus itu berjaya memasangkan sistem amaran bunyi yang
dicadangkan oleh Tikus Profesor. Negara Tikus pun kembali aman.

Aktiviti
• Melakonkan dialog.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid mengujarkan dialog berpandukan teks dan gambar dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
72 4.3.1 betul serta bahasa badan yang kreatif melalui lakonan.
Murid menyenaraikan dan membina ayat dengan menggunakan kata adjektif yang terdapat dalam teks.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Mengkonsepsikan idea KP – Kinestetik
Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan
Program Motivasi Jaya Diri

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan warga sekolah yang
telah sama-sama menjayakan Program Motivasi Jaya Diri pada hari ini.
Program hari ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama anda semua. Kejayaan
program pada hari ini membuktikan bahawa kerja yang susah akan menjadi
mudah jika kita saling bermuafakat, ibarat “aur dengan tebing”.
Saya amat berpuas hati dengan usaha sama yang ditunjukkan oleh
semua pihak. Harapan saya agar kerjasama ini akan berterusan antara
pihak sekolah dengan komuniti setempat demi kepentingan bersama.

Daripada: akmal@gmail.com
Kepada: zarul@yahoo.com
Perkara: Program Motivasi Jaya Diri
Arial 10
Zarul,
Apa khabar? Bagaimanakah dengan keputusan peperiksaan kamu? Saya yakin bahawa
murid otak cair seperti kamu akan mendapat keputusan yang membanggakan.
Dengan sukacita saya maklumkan bahawa sekolah saya telah berjaya menganjurkan
Program Motivasi Jaya Diri baru-baru ini. Pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) berganding bahu untuk memastikan program itu dapat meningkatkan motivasi dan jati
diri dalam kalangan murid.
Kami amat bertuah kerana para ibu bapa mempunyai pelbagai kepakaran untuk
dimanfaatkan bersama. Mereka tidak berat hati untuk menghulurkan bantuan. Sebagai contoh,
penceramah program terdiri daripada kalangan ibu bapa sendiri. Pendek kata, semua pihak
membanting tulang dengan cara masing-masing, bahkan tidak ada yang berpeluk tubuh.
Nampaknya, murid-murid yang mengambil bahagian dalam program itu bukan sahaja
dapat meningkatkan motivasi diri, malahan mereka turut belajar tentang erti kepentingan
permuafakatan semasa menjayakan sesuatu perkara. Dalam ucapan penutupan, guru besar
kami telah memuji kejayaan program itu. Beliau memberikan kata putus bahawa program itu
akan diteruskan pada masa akan datang agar prestasi akademik murid dapat ditingkatkan.
Menurut beliau lagi, kejayaan program kali ini akan menjadi penanda aras untuk program
yang akan datang.
Baiklah Zarul, saya akan memuatnaikkan gambar-gambar yang dirakam semasa
program itu sebentar lagi.

Aktiviti
• Membina ayat dengan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk
maksud kiasan.
Murid membaca dan menyenaraikan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk maksud kiasan.
Murid membina ayat dengan kata-kata yang disenaraikan.
5.2.3 Murid membaca dan memahami bahan bukan sastera untuk memperkaya laras bahasa. 73
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan intensif
UNIT 11 Kita Memberi,
Orang Merasa
Tema 4:
Kemasyarakatan

Mendengar dan Bertutur


Bulat Air kerana Pembetung, Bulat Kata kerana Muafakat
Pastikan anak-anak anda dapat bermain dalam
Berita
Brif: Pembaca berita keadaan yang bersih dan selamat. Oleh itu, marilah
Utamadi televisyen... kita beramai-ramai bekerjasama membersihkan dan
meningkatkan keceriaan taman-taman permainan
di tempat tinggal kita. Kerja yang sukar pasti
menjadi mudah jika semua pihak saling sepakat,
bak kata pepatah, “bulat air kerana pembetung, bulat
kata kerana muafakat”.

Wah, taman permainan Ya, Jayanti. Keadaan ini


kita sudah bersih dan sebenarnya ialah hasil
cantik, Farhana! usaha sama Jawatankuasa
Penduduk Taman Seri Kejora
Oh, ya? Apakah yang yang menyahut seruan
disampaikan dalam dalam warta berita di televisyen
siaran berita itu? tempoh hari.

Oh, begitu! Saya kagum kerana keadaan Menurut laporan berita itu, .
taman yang tidak terurus sebelum ini dapat Semua penduduk perlu bersatu
dibersihkan dan diceriakan dalam masa hati, bagai
yang singkat. Tepat sekali kata bidalan
Itulah buktinya kerja yang
Betul kata kamu, Farhana. Kita harus susah akan menjadi mudah
berterima kasih kepada semua penduduk jika kita saling berganding
yang membanting tulang membersihkan bahu, seperti kata orang
taman ini. tua-tua,

Aktiviti

• Berbicara untuk menyampaikan maklumat secara bertatasusila.


Murid meneliti dan memahami teks dialog.
Murid berbicara untuk menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.
74 1.6.2 Murid membaca pelbagai ragam ayat secara mekanis.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Membaca
Program Kejiranan Mesra

Penghargaan
Jawatankuasa Program
Kejiranan Mesra Taman
merakamkan ucapan ter Seri Kejora
ima kasih kepada para
sukarelawan dan suka dermawan,
relawati atas kerjasam
pembinaan surau baha a menjayakan
ru di Taman Seri Kejora.
Sumbangan tuan-tuan
dan puan-puan besar er
muslimin dan muslimat tinya kepada
di taman ini. Surau baha
membolehkan para pe ru ini tentu sahaja
nduduk mengerjakan so
dalam keadaan yang leb lat
ih selesa.

Terima kasih
kan
Pe nd ud uk Ta m an Se ri Kejora telah mengada
n
IPOH, 20 Mei - Persatua
an ny a baru-baru ini. ina
perjumpaan dwibulan gg ota pe rsa tua n telah bersetuju untuk memb
kali ini, an
Dalam perjumpaan tar an ya , ter dapat gelanggang multifu
ngsi untuk
gg an g. An an ini
beberapa buah gelan wa ktu se ng ga ng. Selain itu, perjumpa
uk pa da ekolah dan
aktiviti rekreasi pendud ha n na sy id oleh kanak-kanak pras
an pe rse m ba
turut diserikan deng ole h mahaguru silat yang ter
kenal.
sil at ya ng dib im bin g terima kasih
pertunjukan
bin ti Alw i, pe ny ela ra s aktiviti, mengucapkan
Ustazah Hamima h yang
m en jay ak an ak tiviti itu. Menurut beliau, bantuan
ng da penduduk
kepada semua pihak ya tel ah m emberikan manfaat kepa
ra de rm aw an mpul
dihulurkan oleh pa
ba ha wa ke sa ng gu pa n penduduk untuk berku
ta
taman. Beliau turut berka en un juk kan sikap proaktif dan
tidak antisosial
ak tiv iti itu m
bagi menjayakan
jian.
yang boleh diberikan pu leb ih ba nyak aktiviti akan dijala
nkan dalam
lag i ba ha wa enyeru
Beliau berkata m as a ak an da tang. Oleh itu, beliau m
pa da kesejahteraan
Program Kejiranan Mesra me ng hulurkan bantuan demi
be rse dia un tuk
penduduk supaya
semua pihak.

Aktiviti

• Membaca dan memahami ayat yang mengandungi perkataan


berimbuhan pinjaman.
Murid membaca, memahami dan menjelaskan maksud ayat-ayat yang mengandungi perkataan
berimbuhan pinjaman.
2.2.3 Murid bersoal jawab berpandukan teks. 75
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif
Menulis

Danial telah mewakili kelasnya untuk berpidato


dalam majlis perhimpunan rasmi di sekolahnya.
Dia memilih tajuk tentang kejiranan.
Jiran Sepakat
Yang saya hormati Pengacara Majlis, Yang Berusaha Tuan Haji
Baharudin bin Jalil, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Kejora, Kata
Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru yang saya hormati dan alu-aluan
rakan-rakan yang saya kasihi.
Batu geliga batu permata,
Diikat dengan emas suasa;
Jiran tetangga saudara kita,
Perlu dilayan mesra sentiasa.
Demikianlah pantun pembuka bicara tentang kehidupan berjiran.
Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita. Kini,
semangat kejiranan semakin pudar. Kesibukan hidup menyebabkan
masyarakat masa kini bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Pengenalan
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang boleh diambil
untuk mengembalikan semangat kejiranan itu? Oleh itu, saya ingin
mengemukakan beberapa pandangan.
Marilah kita menyemarakkan semangat gotong-royong. Sebagai
contoh, kita membaik pulih dan mengecat bangunan balai raya. Manfaat
gotong-royong ini akhirnya dapat dinikmati oleh penduduk setempat. Isi 1
Merekalah yang akan menggunakan balai raya untuk pelbagai aktiviti.
Hadirin yang saya hormati,
Majlis rumah terbuka dapat mengeratkan hubungan sesama jiran.
Dalam majlis sebegini, para penduduk lazimnya akan bekerjasama Isi 2
menyediakan pelbagai juadah. Di samping merapatkan hubungan
sesama jiran, para penduduk juga dapat menyelami budaya kaum lain.
Sidang hadirin,
Bilakah kali terakhir kita menziarahi jiran kita? Kini, sudah tiba
Isi 3
masanya kita menghidupkan semangat kejiranan dengan menziarahi
jiran yang ditimpa kemalangan atau yang baru menerima cahaya mata.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghidupkan semangat
kejiranan di tempat tinggal kita. Sentiasalah kita bersedia untuk membantu Penutup
jiran, sama ada pada waktu senang, mahupun pada waktu susah.
Ingatlah, “Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi, kita merasa”.
Sekian pidato saya, terima kasih.

76
Masyarakat Sejahtera, Hidup Bahagia
Pengenalan:
• Kata alu-aluan
• Tajuk pidato
• Contoh aktiviti kesejahteraan masyarakat
Isi

• Kempen Derma Darah


– mengisi tabung darah
– mangsa kemalangan – pesakit

• Lawatan ke rumah kebajikan


– Orang Kurang Upaya (OKU)
– rawatan – rundingan
– kurangkan beban

• Program akademik
– kelas bimbingan – pendidikan
terbaik – keluarga berpendapatan
rendah

Nota Bahasa
Penutup
• Rumusan isi Pidato ialah pengucapan yang disampaikan
secara individu kepada khalayak ramai
• Ucapan terima kasih untuk menyampaikan sesuatu mesej yang
mengandungi idea, menaakul konsep dan
merumuskannya secara berkesan.
Aktiviti
• Menulis pidato berpandukan gambar dan frasa menggunakan bahasa
yang santun.
Murid membaca pelbagai ragam ayat secara mekanis.
Murid meneliti format pidato dalam teks.
3.6.2 Murid menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk pidato berpandukan bahan rangsangan. 77
PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Ayat Tunggal dengan Peluasan Subjek
Program Sekolah Penyayang
Farhana murid Tahun 5 Elit. Farhana berwajah ceria. Farhana keluar dari
kereta ayahnya. Dia melangkah penuh semangat ke pagar sekolah.
Cikgu Zanariah menyambut kehadiran Farhana. Cikgu Zanariah guru
kelas Farhana. Farhana sungguh gembira. Guru besar turut menyambut
kedatangan rakan-rakan Farhana. Begitu juga dengan guru-guru yang lain.
Farhana berwajah ceria. Peluasan Frasa Subjek

Farhana murid Tahun 5 Elit. Farhana murid tahun 5 Elit berwajah ceria.

Cikgu Zanariah menyambut Peluasan Frasa Subjek


kehadiran Farhana.
Cikgu Zanariah guru kelas menyambut
Cikgu Zanariah guru kelas. kehadiran Farhana.

Situasi 1 Situasi 2

– Cikgu Razak – guru Sains – rajin – guru-guru – di sekolah – prihatin


– murid-murid – Tahun 5 Elit – mendengar – meraikan – hari lahir – murid
tunjuk ajar guru

Aktiviti

• Membina ayat tunggal dengan peluasan subjek berpandukan gambar.


Murid membaca dan memahami teks.
Murid membina ayat tunggal dengan peluasan subjek berpandukan gambar dan frasa.
78 5.3.1 Murid mengujarkan ayat untuk bercerita berpandukan gambar.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan imbasan
Ayat Majmuk dengan Peluasan Predikat

Danial dan Farhana yang belajar di Sekolah Kebangsaan Seri Kejora


berasa sungguh teruja kerana hari ini ialah hari lahir mereka. Cikgu Rohana
memberitahu murid-muridnya bahawa mereka akan meraikan Danial dan
Farhana. Sambutan hari lahir murid-murid secara serentak merupakan
sebahagian daripada aktiviti Program Sekolah Penyayang di sekolahnya.
Danial dan Farhana belajar
di Sekolah Seri Kejora. Danial dan Farhana yang belajar di Sekolah
Seri Kejora berasa sungguh teruja.
Danial dan Farhana berasa
sungguh teruja.

Cikgu Rohana memberitahu


murid-muridnya bahawa
Cikgu Rohana memberitahu murid-muridnya
mereka akan meraikan Danial.
bahawa mereka akan meraikan Danial
dan Farhana.
Mereka akan meraikan Farhana.

Situasi 1 Situasi 2

Danial – rakan–rakannya – menerima Cikgu Rohana – memberitahu Farhana


hadiah – cikgu – keputusan cemerlang – rakan-rakannya – berjumpa lagi –
keesokan hari
Aktiviti
• Membina ayat majmuk dengan peluasan predikat.
Murid membaca dan memahami ayat majmuk dalam teks.
Murid membina ayat majmuk dengan peluasan predikat berpandukan gambar dan frasa.
5.3.1 Murid menceritakan pengalaman mereka menyambut hari lahir. 79
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan imbasan
UNIT 12 Sedia Membantu Tema 4:
Kemasyarakatan

Mendengar dan Bertutur

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu yang Memikul


Kavita, rakan sekelas Farhana, sering datang lewat ke sekolah sejak
belakangan ini. Hal ini terjadi kerana ibu bapanya terlibat dalam
kemalangan jalan raya dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi,
Hospital Besar Ipoh. Kavita sebagai anak sulung perlu mengurus
adik-adiknya di rumah sebelum pergi ke sekolah. Farhana bercadang untuk
membantu Kavita.

Suhaila, mari kita


lakukan sesuatu untuk Bagus cadangan kamu,
membantu Kavita. Farhana. Saya pun turut
bersimpati dengan Kavita,
bak kata pepatah, “berat
Bagaimanakah jika kita
mata memandang, berat
mewujudkan tabung
lagi bahu yang memikul”.
derma khas untuk keluarga
Kavita? Kita boleh
Cadangan kamu itu baik, Farhana.
Betul juga kata-kata Saya pula berpendapat bahawa
kamu, Suhaila. Kalau keluarga Kavita bukan sahaja
begitu, memerlukan sumbangan wang.
Kita perlu mendapatkan bantuan
banyak pihak untuk membantunya.
Oleh itu, kita
Aktiviti
• Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis.
Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang cara-cara membantu Kavita.
Murid membina ayat dengan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat dalam teks.
80 1.7.2 PK: Nilai Murni – Prihatin Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Membaca
Rakan COP SMS MAKLUMAT
KOD NEGERI UNTUK SMS
Rakan COP bermaksud Rakan Polis Diraja Malaysia. KE SETIAP IPK
KUALA LUMPUR = KL
Tujuan Rakan COP adalah untuk mewujudkan SELANGOR = SEL
PERLIS = PLS
hubungan yang rapat antara polis dengan KEDAH = KD
masyarakat bagi mewujudkan bandar selamat. PULAU PINANG = PG
PERAK = PK
Pendekatan yang digunakan amat mudah. Orang NEGERI SEMBILAN = NS
32728
MELAKA = MK
ramai hanya perlu menggunakan telefon bimbit JOHOR = JOH
POLISPLS BERLAKU
ROMPAKAN
DI KEDAI EMAS
TERENGGANU = TR
melalui sistem pesanan ringkas untuk menyalurkan PAHANG = PHG
MEZA KUALA
PERLIS

pelbagai maklumat seperti kejadian jenayah, KELANTAN


SABAH
= KEL
= SBH
kemalangan jalan raya atau kesesakan lalu lintas SARAWAK = SWK

kepada pihak polis. Tindakan akan diambil oleh


pihak polis dalam masa tidak lebih daripada Polis Kod Taipkan:

12 minit setelah maklumat diterima. Cara menghantar


POLIS[Kod Negeri] [Maklumat Anda]
dan SMS ke 32728

maklumat adalah seperti yang berikut:

Farhana : Apa khabar, kawan-kawan? Saya baru sahaja membaca artikel tentang
Rakan COP. Wah, rupa-rupanya, kita boleh menjadi mata dan telinga
pihak polis!
Akmal : Apakah maksud kamu?
Farhana : Maksudnya, orang ramai digalakkan untuk menyampaikan maklumat
berkaitan dengan jenayah kepada pihak polis.
Hawani : Jadi, pihak polis akan bertindak mengikut maklumat orang ramai?
Farhana : Ya. Sebagai contoh, sekiranya orang ramai atau anggota Rakan COP
terlihat akan kejadian ragut bermotosikal, maklumat boleh dihantar terus
kepada pihak polis melalui saluran Rakan COP.
Akmal : Kalau begitu, puluhan ribu pengguna jalan raya
dapat membantu pihak polis mengesan dan
memberikan maklumat terkini tentang
lokasi motosikal itu berdasarkan nombor
pendaftarannya.
Farhana : Ya, Akmal. Peragut itu dapat ditangkap
melalui kerjasama antara orang ramai
dengan pihak polis.

Aktiviti
• Membaca pelbagai ragam ayat.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menyatakan contoh ragam ayat yang terdapat dalam teks.
2.3.1 Murid menulis jawapan pemahaman yang dikemukakan oleh guru. 81
AT: Melayari http://www.rakancop.net/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Rakan COP.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Mengkonsepsikan BCB – Bacaan mekanis
Menulis
Terima Kasih, Kawan
Namaku Rosella. Aku kepunyaan Tuan Haji Rosli bin Wahid. Aku membesar
bersama-sama dengan rakanku Si Mangga dan Si Pisang serta beberapa
spesies buah yang lain di belakang rumah Tuan Haji Rosli. Rakan-rakanku
lebih kuat dan gagah berbanding dengan diriku yang lemah. Kami hidup
berkasih sayang dan saling melindungi antara satu sama lain.

Tuan aku bernama Tuan Haji Rosli bin Kami sudah besar – kami mula berbuah
Wahid. Dia menjaga aku dan – isteri Tuan Haji Rosli suka membuat
rakan-rakanku dengan baik. Kami jus roselle daripada buahku – aku gembira
disiram setiap petang dan dibajai dari dapat berbakti kepada Tuan Haji Rosli
semasa ke semasa. dan keluarganya.

Terima kasih kerana


melindungi aku.

Aktiviti
• Menulis draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan
kreatif.
Murid menaakul teks dan gambar.
Murid menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif berpandukan
3.7.1 gambar dan frasa.
82 Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, menggunakan laras bahasa yang sesuai.
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Mengujarkan Dialog
Program Khidmat Bantu di Rumah
Keluarga Farhana dan Akmal telah menyertai Program Kembara
Kebajikan. Program itu bertujuan untuk menyemarakkan semangat
kesukarelawanan dalam kalangan anggota masyarakat. Rombongan
mereka telah menjalankan program khidmat bantu di kediaman seorang
warga emas di Kampung Sungai Dua, Pulau Pinang.

• bersatu hati • menghulurkan bantuan


• meringankan beban penderitaan • berjuraian air mata

Aktiviti
• Mengujarkan dialog yang dihasilkan berpandukan gambar untuk
menyampaikan nilai murni.
Murid menghasilkan dialog berpandukan gambar dan rangkai kata,
Murid mengujarkan dialog yang dihasilkan untuk menyampaikan nilai murni dengan menggunakan
4.3.2 bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai.
83
Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah yang disediakan oleh guru.
PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

Bantu-Membantu Amalan Mulia

Kawasan Perumahan
Danial dalam perjalanan ke kedai runcit. Dia ternampak Farhana di luar
pagar rumahnya.
“Selamat pagi, Farhana,” tegur Danial.
“Selamat pagi, Danial,” jawab Farhana.
“Kamu buat apa?” tanya Danial.
Farhana pun memberitahu Danial bahawa dia dan ayahnya akan
menghantar kotak yang berisi barangan terpakai ke Pusat Jualan Amal
di bandar.
“Marilah ikut kami ke pusat jualan itu,” kata Farhana kepada Danial.
“Apakah tujuan jualan amal itu?” tanya Danial kepada Farhana.
Farhana menjelaskan bahawa jualan amal itu merupakan usaha
Persatuan Penduduk Seri Kejora untuk mengumpulkan dana bagi
membantu mangsa bencana alam. Farhana turut memberitahu
Danial bahawa kelab itu merupakan sebuah persatuan kebajikan.
Dia juga memberitahu bahawa persatuan itu sentiasa bersedia untuk
menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang ditimpa kesusahan.
“Wah, banyak sungguh jasa Persatuan Penduduk Seri Kejora!”
kata Danial.
“Saya akan meminta ibu untuk mendermakan pakaian lama yang
ada di rumah. Saya pasti ibu saya turut bersedia untuk membantu orang
ramai,” kata Danial secara spontan.
“Baguslah kalau begitu, Danial,” kata Farhana memuji Danial.
Farhana teringat akan kata-kata ayahnya. Dia terus memberitahu
Danial bahawa ayahnya pernah berpesan agar mereka harus bersedia
untuk membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan.

Nota Bahasa
Ayat Cakap Ajuk ialah percakapan seseorang yang ditulis semula dengan
tidak mengubah maksud asalnya dan menggunakan tanda petik “...”
Ayat Cakap Pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis semula dengan
menggunakan bahasa sendiri tanpa mengubah maksudnya.

84
Pusat Jualan Amal

Orang ramai berpusu-pusu ke pusat jualan amal di Bandar Raya Ipoh.


Mereka datang beramai-ramai untuk membeli barangan sambil berderma
kepada Tabung Persatuan Penduduk Seri Kejora.
Di suatu sudut pusat jualan, Danial menyerahkan beberapa bungkusan
pakaian lama kepada ayah Farhana.
“Barang-barang ini sumbangan daripada ibu saya, pak cik,” kata
Danial kepada Encik Zahid.
Kemudian, Danial memberitahu Encik Zahid bahawa ibunya berharap
agar projek jualan itu akan memperoleh keuntungan yang banyak.
“Terima kasih, Danial,” kata Encik Zahid.
“Danial, hasil jualan setakat ini amat memuaskan,” kata Farhana
dengan penuh girang.
“Wah, baguslah!” balas Danial.
“Kita berharap agar hasil keuntungan ini dapat meringankan beban
rakyat yang berada dalam kesusahan,” kata ayah Farhana pula.
Beliau turut mengatakan bahawa semua orang bertanggungjawab
untuk membantu rakyat yang ditimpa kesusahan. Menurutnya lagi,
bantu-membantu merupakan amalan yang mulia.

Ayat
Cakap Ajuk Ayat Cakap Pindah
“Selamat pagi, Farhana,” tegur Danial. Danial menegur Farhana dengan
mengucapkan selamat pagi kepadanya.
“Apakah tujuan jualan amal itu?” tanya
Danial kepada Farhana.
Danial memberitahu Encik Zahid
bahawa ibunya berharap agar
projek jualan itu akan memperoleh
keuntungan yang banyak.

Aktiviti
• Membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
Murid membaca dan memahami ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah dalam teks.
Murid membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah berpandukan contoh yang diberikan.
5.3.2 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat.
85
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan Kontekstual – Mengaplikasikan
Bacaan Luas  

Mercy Malaysia
MERCY Malaysia ialah nama singkatan bagi Malaysian Medical Relief Society.
Pertubuhan yang tidak berasaskan keuntungan ini telah ditubuhkan pada tahun 1999
oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Jemilah binti Mahmood. Kini, MERCY Malaysia ditadbir
oleh presidennya, Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ahmad Faizal bin Mohd Perdaus.
Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk memberikan bantuan perubatan
dan kemanusiaan, pembangunan mampan berkaitan dengan kesihatan dan aktiviti
pengurangan risiko untuk komuniti yang mudah terdedah dalam situasi krisis dan
bencana alam di dalam dan di luar negara. Sebagai contoh, MERCY Malaysia tidak
pernah terlepas daripada tanggungjawabnya untuk membantu mangsa banjir
di dalam negeri seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang.
Selain menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa bencana di dalam
negara, MERCY Malaysia juga aktif membantu mangsa bencana alam dan mangsa
krisis di luar negara seperti di Sri Lanka, Filipina, Bangladesh, Afghanistan, Myanmar
dan lain-lain. Misalnya, MERCY Malaysia adalah antara pasukan sukarelawan yang
terawal tiba di Acheh, Indonesia ketika bandar itu dilanda tsunami pada tahun
2004. Di samping memberikan bantuan perubatan dan kit-kit kebersihan, MERCY
Malaysia juga menghulurkan sokongan psikososial kepada mangsa-mangsa
yang terlibat.
Selaras dengan matlamat penubuhan MERCY Malaysia, banyak projek
pembangunan kesihatan telah dilaksanakan baik di dalam mahupun di luar
negara. Contohnya, MERCY Malaysia berjaya menubuhkan klinik vaksinasi bergerak
di Kuala Lumpur, klinik pergigian bergerak di Perak dan klinik bergerak
di pedalaman Sabah dan Sarawak. Di luar negara pula, MERCY Malaysia terlibat
secara langsung dalam projek pembangunan semula
selepas bencana seperti pembangunan hospital
di Sri Lanka, projek penuaian semula air hujan
di Bangladesh, projek pembinaan semula sekolah
di Filipina, dan projek terapi rehidrasi oral di Kemboja.
MERCY Malaysia kini semakin mendapat tempat
di hati masyarakat di Malaysia. Penglibatannya dalam
membantu mangsa krisis dan bencana alam meliputi
lebih 19 buah negara. Prinsip kesukarelawanan yang
menghayati nilai kemanusiaan dengan menabur bakti
tanpa mengira waktu dan sempadan telah melayakkan
MERCY Malaysia menerima Anugerah Inovasi Perdana
Menteri (AIPM) 2013.

86
Penilaian 4
A. Teliti gambar di bawah.

Aktiviti
• Bina ayat yang mengandungi kata majmuk istilah khusus dan
kata majmuk maksud kiasan berpandukan gambar di atas.
• Bincang dan kemukakan pendapat tentang aktiviti lain yang boleh
dijalankan untuk mengeratkan hubungan penduduk di tempat
tinggal kamu.
• Tuliskan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup untuk
karangan yang bertajuk “Bantu-membantu Amalan Mulia”.

87
B. Baca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Terima Kasih Sang Lebah


Di sebuah pulau, tinggal sekeluarga Sang Lebah dan sekeluarga Sang Rama-rama.
Pulau itu sentiasa menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.
Kebanyakan pengunjung tertarik akan kecantikan rama-rama itu. Mereka
menangkap rama-rama itu untuk dijadikan cenderamata. Keadaan ini berterusan
selama beberapa tahun sehinggakan jumlah rama-rama di situ semakin berkurangan.
Pada suatu pagi yang cerah, tatkala kebanyakan rama-rama sedang menghisap
madu, seekor rama-rama yang besar dan cantik kelihatan sedih hinggap pada sehelai
daun. Tidak lama kemudian, datanglah seekor lebah menyapanya.
“Hai, Sang Rama-rama! Mengapakah kamu bersedih?” tanya Sang Lebah.
“Oh, Sang Lebah, kamu tahu keadaan pulau ini sekarang? Banyak sekali
pengunjung yang sengaja mahu menangkap teman-temanku untuk dijadikan
cenderamata. Saya khuatir bilangan kami akan pupus pada suatu hari nanti,” jawab
Sang Rama-rama.
Sang Lebah sedih mendengar cerita Sang Rama-rama. Sang Lebah lalu pulang
memberitahu rakan-rakannya tentang masalah Sang Rama-rama. Mereka pun
berbincang dan mencapai kata sepakat untuk menolong keluarga Sang Rama-rama.
Apabila para pengunjung hendak menangkap rama-rama, maka lebah-lebah
akan terbang mengelilingi rama-rama. Akhirnya, para pengunjung tidak jadi
menangkap rama-rama kerana takut disengat oleh lebah.
Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam kalangan pengunjung. Mereka
mulai insaf dan sedar bahawa mereka harus menjaga alam semula jadi di pulau itu
di samping melestarikan rama-rama di situ.
Keluarga Sang Rama-rama berasa tenang dan gembira. Mereka mengucapkan
terima kasih kepada keluarga Sang Lebah kerana sanggup menolong mereka ketika
dalam kesusahan.

Aktiviti
• Senaraikan ayat aktif dan ayat pasif.
• Senaraikan ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah.
• Tukarkan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah dan ayat cakap
pindah kepada ayat cakap ajuk.

88
TEMA 5 Warisan Bangsa
Adat dijunjung,
budaya disanjung

Hargailah kesenian,
peliharalah warisan

Seni dihayati,
pusaka diwarisi

Murid meneliti gambar dan berbincang tentang makna bahasa berirama.


89
UNIT 13 Uniknya Budaya
Kita
Tema 5:
Warisan Bangsa

Mendengar dan Bertutur


Sirih Junjung Adat Disanjung
Farhana dan Jayanti sedang berbual-bual tentang rencana yang dibaca
oleh Farhana dalam majalah “Warisan Melayu”.
Sirih junjung merupakan simbol adat istiadat Melayu. Dalam majlis perkahwinan dan
perarakan majlis-majlis rasmi, sirih junjung mengepalai hantaran atau sambutan
bagi menyerikan majlis.
Dalam majlis perkahwinan, sirih junjung yang dibawa oleh pihak pengantin lelaki
lebih tinggi berbanding dengan pihak perempuan. Sirih junjung ini melambangkan
peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua atau pemimpin dalam keluarga.
Daun sirih dipilih sebagai bahan utama sirih junjung kerana
daun sirih merupakan perlambangan kepada hati yang mulia
dan rendah diri. Gambir, tembakau, kapur dan pinang pula
diletakkan di celah-celah daun sirih itu. Bahan-bahan tersebut
merupakan ramuan apabila memakan sirih. Rasa kelat, manis
dan pahit daripada campuran sirih, gambir, kapur dan pinang
melambangkan liku-liku kehidupan yang bakal dilalui dalam
kehidupan berumah tangga.

Farhana, siapakah yang


menggubah sirih junjung
semasa majlis perkahwinan
kakak kamu?
Sirih junjung ini
Mengapakah sirih junjung telah digubah oleh
diperlukan dalam majlis mak cik saya.
perkahwinan orang Melayu?

Aktiviti
• Menyebut pelbagai ragam ayat berdasarkan teks dengan betul.
Murid menyebutkan ayat aktif dan ayat pasif yang terdapat dalam teks petikan.
Murid membaca dan mendengar pelbagai ragam ayat.
90 1.2.6 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menganalisis KP – Interpersonal
Membaca
Upacara Minum Teh
Danial tertarik untuk mengetahui kepentingan teh dalam masyarakat
Cina setelah membaca surat yang dikirim oleh sahabatnya yang berada
di Kuching, Sarawak.
14, Jalan Anggerik,
Taman Desa,
93350 Kuching,
Sarawak.
16 Mei 2015.

Apa khabar saudara sekarang? Saya berharap agar saudara sihat-sihat sahaja.
Saya menulis surat ini untuk berkongsi cerita tentang upacara minum teh yang
dilakukan semasa majlis perkahwinan saudara saya. Upacara ini merupakan lambang
penerimaan pasangan pengantin, terutamanya si isteri, dalam keluarga si suami.
Upacara ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dengan ikatan
perkahwinan.
Menurut nenda saya, upacara minum teh dalam masyarakat Cina ini dilaksanakan
dengan cara yang tersendiri. Pasangan pengantin akan berdiri dan melutut sebanyak
tiga kali di hadapan ibu bapa pasangan secara bergilir-gilir. Pengantin perempuan akan
memberikan minuman teh kepada ahli keluarga mengikut peringkat umur.
Upacara ini menyedarkan saya betapa pentingnya sikap hormat-menghormati
dalam kalangan anggota keluarga, terutamanya golongan muda, terhadap golongan
tua. Amalan ini juga penting untuk keharmonian rumah tangga pasangan yang baru
berkahwin.
Setakat ini sahaja buat kali ini. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Foon Keong

Budaya menghidangkan teh merupakan satu acara simbolik untuk


melambangkan sifat hormat-menghormati yang cukup penting dalam
masyarakat Cina. Teh dianggap sebagai satu hadiah atau pemberian
istimewa dalam masyarakat Cina.
Kepentingan teh dalam masyarakat Cina dapat dilihat daripada
upacara minum teh. Teh dikatakan dapat memelihara kesihatan
di samping boleh menenangkan hati dan merangsang semangat.
Peralatan yang digunakan untuk menyediakan teh mestilah
mempunyai elemen persekitaran. Elemen persekitaran tersebut
seperti angin, pohon buluh, salji dan sinaran purnama. Keadaan ini
melambangkan kepentingan keharmonian antara manusia dengan
Aktiviti alam sekitar.
• Kenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan.
Murid membaca petikan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat
dengan lancar, sebutan jelas dan intonasi yang betul.
2.3.2 Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat. 91
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan intensif
Menulis
Kebudayaan Kaum Iban
Danial membaca brosur tentang keistimewaan kaum Iban yang terdapat
di Sarawak.

Kaum Iban atau


Dayak Laut
merupakan Tawak
Peralatan muzik
kaum yang
tradisional Iban
terbesar
terdiri daripada
di Sarawak.
tawak, bendai,
Empat puluh
gendang dan
peratus daripada
sape. Alatan
jumlah penduduk
muzik ini
Sarawak ialah kaum
dimainkan ketika
Iban. Kaum Iban juga merupakan
mengiringi tarian sape bendai
kaum keempat terbesar di Malaysia
ngajat. Selain itu,
selepas kaum Melayu, Cina dan India.
alatan tersebut juga digunakan semasa
upacara perkahwinan, perpindahan
ke rumah panjang yang baharu dan
semasa upacara menamakan anak.
Hari Gawai Dayak
merupakan
perayaan yang
disambut oleh
kaum Iban. Hari Pakaian
Gawai disambut tradisional
pada awal lelaki Iban
bulan Jun setiap terbahagi
tahun. Perayaan ini kepada dua,
menandakan iaitu, Kain Sirat
berakhirnya musim menuai padi. dan Dandong.
Tuai rumah merupakan orang yang Bagi wanita Iban
bertanggungjawab untuk menguruskan pula, mereka memakai pakaian
sambutan yang penting ini. yang mempunyai hiasan dada yang
diperbuat daripada manik.

92
Rumah Iban
Kaum Iban tinggal di rumah panjang yang dihuni hampir
20 buah keluarga. Ketua rumah panjang dipanggil
Tuai Rumah. Rumah panjang kaum Iban dibina mengikut
adat tradisi mereka tanpa dipengaruhi oleh unsur luar.
Rumah Iban tradisional dibina menggunakan sumber
alam yang terdapat di kawasan sekitar.

Tanju – serambi
terbuka untuk Tangga – kayu
menjemur bulat yang ditakik
tanaman. dengan beliung.

Bumbung – daun Tiang – kayu keras


rumbia. yang tidak mudah
reput – kayu belian.

Bahagian dalam rumah


1. Ruai – ruang untuk berkumpul.
2. Bilik – ruang untuk setiap
keluarga asas.
3. Sadau atau peran – bahagian
Ruai Bilik atas tempat penyimpanan bijian
atau dijadikan tempat tidur bagi
anak gadis.

Sadau atau peran

Aktiviti
• Tulis karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam teks.
Murid membaca dan memahami teks dan gambar.
Murid menulis karangan berbentuk imaginatif tentang maklumat yang terdapat dalam teks. Contohnya,
3.7.2 “Aku Sebuah Rumah”. 93
Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Seni Bina
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembang idea
Melagukan dan Memahami Syair

Satu Rasa Pelbagai Budaya

Negara Malaysia diberi nama,


Berbilang bangsa hidup bersama,
Perpaduan rakyat amat utama,
Agar keamanan berkekalan lama.

Pelbagai bangsa pelbagai amalan,


Adat yang baik perlu berkekalan,
Pegangan agama jadi bekalan,
Agar hidup tiada sesalan.

Rumah terbuka tamu diundang,


Aneka juadah sedia terhidang,
Tose, kuih bulan dan juga rendang,
Rakyat seronok untuk bertandang.

Pelbagai bangsa pelbagai budaya,


Dirai bersama setiap raya,
Hidup beradat saling percaya,
Rakyat bersatu negara berjaya.

Aktiviti
• Melagukan syair dan menyatakan maksud.
Murid melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Murid menyatakan maksud syair.
94 4.4.1 Murid memindahkan maklumat kepada bentuk prosa dengan betul.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Sains Kemasyarakatan
Strategi P & P: KB – Menaakul KP – Verbal-linguistik
Kata Nama Am Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak dan
Penjodoh Bilangan
Darwin, rakan Danial, telah pergi ke Pesta Tamu Besar di Kota Belud pada
cuti sekolah yang lalu. Dia menceritakan pengalaman ini di dalam blognya.

http://darwin.blogspot.com

Penunggang Kuda Kaum Bajau


Pada cuti sekolah yang lalu, saya dan beberapa orang rakan telah berpeluang untuk
berkunjung ke Pesta Tamu di Kota Belud, Sabah. Kelihatan beberapa rombongan
pelancong turut berada di situ. Pelbagai acara kebudayaan telah dipertontonkan
kepada pengunjung. Saya dapat menyaksikan keunikan budaya Sabah yang
sememangnya menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara.
Persembahan yang paling memikat hati saya ialah persembahan daripada
sekumpulan penunggang kuda kaum Bajau. Kehebatan mereka menunggang kuda
menjadi tarikan pengunjung. Tidak hairanlah jika mereka digelar sebagai “Koboi Timur”
atau “Koboi Sabah”. Mereka masih mengamalkan semangat dan tradisi berkuda yang
diwarisi sejak turun-temurun.
Kalau di negara Barat, seorang koboi akan memakai sebuah topi dan membawa
sepucuk pistol yang disisipkan di pinggangnya. Koboi di sini pula memakai sigar
yang diperbuat daripada sehelai kain yang dililitkan di kepala sambil membawa
sebilah keris. Masing-masing menunggang seekor kuda yang dihias dengan hiasan
yang menarik dan berwarna-warni. Inilah keunikan masyarakat Bajau yang tiada
di tempat lain.
Selain itu, terdapat juga beberapa deretan gerai yang menjual peralatan
pertukangan besi seperti keris, parang dan pedang. Seni pertukangan besi dari
Kota Belud merupakan satu lagi tarikan kepada pelancong
yang berkunjung ke Pesta Tamu ini kerana dihasilkan secara
tradisional dan amat berkualiti. Pelancong yang datang
ke sini pastinya tidak melepaskan peluang memiliki
beberapa bilah senjata ini.
Sekiranya rakan-rakan ingin merancang percutian
pada penghujung November nanti, saya syorkan
datanglah ke Pesta Tamu, Kota Belud ini.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata nama am tidak hidup bukan institusi
abstrak dan penjodoh bilangan berdasarkan teks dan gambar.
Membaca dan mengenal pasti kata nama am tak hidup bukan institusi dan penjodoh bilangan.
Membina ayat menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan.
5.1.1 Murid menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif. 95
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan luncuran
UNIT 14 Citra Seni
Tema 5:
Warisan Bangsa

Mendengar dan Bertutur


Kesenian Makyung
Makyung merupakan drama tari tradisional Melayu
yang menggabungkan unsur-unsur lakonan dan tarian,
muzik, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan
bersahaja. Persembahan Makyung sering dipersembahkan
di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Keindahan seni drama tari Makyung dapat dilihat dari
segi penyampaian cerita yang menggabungkan tarian,
muzik dan nyanyian. Setiap cerita yang hendak disampaikan akan dimulakan dengan
upacara menghadap rebab.
Semasa upacara ini, watak utama akan bernyanyi secara solo diiringi muzik
rebab. Pelakon-pelakon akan membuat gerak bahu, badan, jari dan mata dengan
gerakan yang lemah gemalai. Kemudian, mereka akan bangun secara perlahan-
lahan dan berdiri tegak sebaik sahaja nyanyian solo selesai.
Setelah itu, mereka akan memulakan cerita dengan memperkenalkan diri melalui
watak dengan pakaian khusus masing-masing.

Farhana, tolong beritahu rakan-rakan kamu


bahawa petang ini kita akan mengadakan Baiklah, Cikgu. Bolehkah
latihan persembahan Makyung. cikgu terangkan sedikit
tentang persembahan
Makyung?
Baiklah, Farhana. Makyung ialah
Terima kasih, cikgu.
Harap kamu dengar muzik
Makyung dengan teliti.

Sila ikut gerakan yang saya


akan lakukan. Mula-mula
kamu perlu

Aktiviti
• Memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat perintah
dengan betul.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid memberikan respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan yang diberikan.
96 1.3.1 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek
dan predikat.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Seni Teater
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental Kontekstual – Menghubungkaitkan
Membaca

Danial membaca brosur dan rencana yang diberikan oleh abangnya


tentang seni pertukangan logam.

Seni Kraf Logam


Seni kraf logam satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal.
Kemahiran pertukangan logam seperti emas, perak dan tembaga dipercayai telah
wujud sejak zaman-berzaman.
Orang Melayu menghasilkan banyak alat yang diperbuat daripada logam. Seni
ukiran pada  alat logam yang dihasilkan oleh tukang Melayu dapat dilihat pada 
senjata tradisional, peralatan rumah  dan perhiasan diri.
Peralatan yang diperbuat daripada logam yang berukir masih digunakan
sehingga kini. Dahulu, kegunaan peralatan yang diperbuat daripada perak, emas
dan tembaga hanya terhad kepada golongan istana. Kini peralatan tersebut dapat
dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja yang berkemampuan.

(Diubah suai daripada majalah Dewan Budaya, Januari 2012)

Dulang tembaga
merupakan hasil seni
kraf logam yang amat Pending ialah pengancing
digemari dalam kalangan tali pinggang. Pending Kerongsang merupakan
orang Melayu. Dulang diraja diperbuat daripada perhiasan yang
tembaga berfungsi emas bertatahkan diperbuat daripada
sebagai bekas serba permata delima dan emas atau perak yang
guna. Kebanyakan di bahagian tengahnya disematkan pada
bahagian tepi dulang terdapat lambang pakaian. Kerongsang
dihiasi dengan corak Kerajaan Persekutuan. yang dihasilkan
motif daun. biasanya mempunyai
motif bunga-bungaan.
Aktiviti
• Ramalkan perkembangan seni kraf logam pada masa akan datang.
• Nyatakan idea utama dan idea sampingan yang terdapat dalam petikan.
Murid membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.
Murid membuat ramalan berdasarkan maklumat yang dibaca.
2.4.1 Murid menulis untuk menyampaikan maklumat dalam bentuk syarahan. 97
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Seni Pertukangan
Strategi P & P: KB – Inferens KMD – Meramal
Mengedit

Kesenian Kain Samping


Kain samping merupakan pelengkap kepada pakaian Melayu. Kain
samping ialah kain sarong yang dipakai selepas memakai baju
melayu. Kain tesebut dinamakan “samping” kerana kain tersebut
merupakan pakaian sampingan yang diikat dibahagian pinggan.
Pemakaian kain samping membuatkan penampilan kaum lelaki
kelihatan lebih begaya.
Tahukah kamu fungsi pemakaian kain samping pada zaman
dahulu. pemakaian kain samping dapat menunjukan perbezaan
derajat dan kedudukan seseorang. perbezaan ini dapat di lihat melalui
pemilihan motif warna dan jenis ikatan samping.
Pada asalnya ikatan pancung merupakan ikatan samping
bagi golongan raja sultan dan kerabat. ikatan kembong pula
digunakan oleh pembesar manakala ikatan lingkup pula digunakan
oleh orang kebanyakkan
Terdapat dua cara mengikatkan kain samping bagi baju Melayu
Cekak Musang. Kain samping diikat diluar baju bagi baju melayu
teluk belanga. Kain samping yang diikat didalam baju pula dikenali
sebagai ikatan dagang.

Ikatan Dagang Ikatan Lingkup Ikatan Pancung Ikatan Kembung

Diubah suai daripada www.hmetro.com.my


Aktiviti
• Mengedit dan memurnikan teks berdasarkan ejaan dan tanda baca.
Murid mengenal pasti kesalahan ejaan dan tanda baca dengan bimbingan guru.
Murid mengedit dan memurnikan teks.
98 3.8.2 Murid membaca secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Menghargai warisan Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB: Bacaan imbasan
Bina Syair
Warisan Seni
Jadi hiasan cantik terperi Ukiran flora memikat diri

Indah dipandang terasa tenteram Buluh diraut aneka ragam

Anugerah adat lambang berjasa Dijadikan orang tempat semayam

Keris senjata pusaka bangsa Seni tempa lahirnya rasa

Tetap kekal sehingga kini

Diukir dibentuk mahirnya tangan, Tikar mengkuang molek dianyam,


Dianyam ditempa molek pandangan,
Warisan bangsa dilupa jangan,
Jadi kebanggaan semua golongan.

Awan larat ukiran berseni, Logam besi bercampur suasa,


Motif pilihan sentiasa diingini,
Jadi bualan di sana sini,


Tembikar tradisional nama diberi,
Tanah liat asal dicari,

Aktiviti
• Membina syair secara terkawal.
Murid membaca frasa yang diberikan.
Murid memahami dan membina syair.
4.4.2 Murid melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
99
Murid menulis syair yang telah dibina.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Kesenian dan Kebudayaan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Kata Nama Khas Hidup Manusia dengan Nama Panggilan
atau Gelaran
Atur Cara Majlis
Malam Kesenian 8.00 malam: Para tetamu mengambil tempat
Gamelan 8.10 malam: Ketibaan tetamu kehormat
Taman Seri Kejora 8.15 malam: Majlis dimulakan
2015 • Bacaan Doa oleh
Tarikh: al- Fadil Ustaz Taufik bin Hashim
• Ucapan Alu-aluan oleh
14 Jun 2015 (Ahad)
Tuan Haji Shafie bin Kasim
8.00 malam
Pengerusi Kelab
Tempat: • Ucapan Perasmian oleh
Dewan Orang Ramai Yang Berbahagia Dato’ Yusuf bin Ahmad
Taman Seri Kejora Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Perasmian oleh: Negeri Perak
Yang Berbahagia 8.45 malam: Persembahan Kebudayaan
Dato’ Yusuf bin Ahmad • Persembahan Gamelan SK Seri Angsana
pimpinan Datin Rosminah binti Ismail
Pengerusi Jawatankuasa
• Persembahan Gamelan SK Seri Purnama
Pendidikan Negeri Perak
pimpinan Puan Aminah binti Ali
Objektif: • Persembahan Gamelan SK Taman Seri Kejora
- Memperkenalkan pimpinan Encik Ismadi bin Othman
dan memartabatkan 10.30 malam: Majlis bersurai
kesenian Gamelan

Gamelan
Gamelan berasal daripada perkataan Jawa ‘gamel’ yang bererti memukul. Gamelan
merupakan kesatuan bunyi yang dihasilkan daripada beberapa alat muzik yang
dimainkan. Kesenian gamelan dapat dilihat pada bunyi yang dihasilkan daripada
pukulan alat gamelan. Bunyi tersebut menghasilkan alunan muzik yang indah.

bonang kenung gambang saron gendang gong

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata panggilan atau gelaran.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menggunakan kata ganti nama khas hidup manusia dengan panggilan atau gelaran yang betul.
100
100 5.1.2 Murid bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Menghargai warisan Ilmu – Seni Persembahan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Mengaplikasikan
Kata Ganti Nama Diri Tanya
Pementasan Wayang Kulit
Danial dan Azam bertanyakan Pak Kamil, bapa saudara Azam, tentang
pementasan wayang kulit. Pak Kamil memang berpengalaman tentang
wayang kulit.
Pak Kamil, Wayang kulit ialah satu seni hiburan yang terkenal
wayang kulit pada masa dahulu. Seninya wayang kulit ini ialah
itu apa? cara persembahannya menggunakan prinsip
cahaya dan bayang. Cahaya dan bayang ini
terhasil daripada patung-patung yang diperbuat
Oh, begitu! Dalam daripada kulit.
pementasan
wayang kulit, yang
Tok Dalang bersama-sama
terlibat siapa,
dengan sekumpulan pemuzik
pak cik?
akan terlibat dalam setiap
pementasan wayang kulit.
Tok Dalang itu
yang mana? Pencerita yang memainkan watak-watak
yang terdiri daripada patung-patung
tertentu dalam cerita yang disampaikan
itulah Tok Dalang.

Apabila Puteri Gerak Petera pulang,


didapati gondangnya kosong. Baginda
pun memarahi Wak Pakil Jenang.
Anak Raja Gondang menceritakan hal
yang sebenar. Maka berdamailah semula
Puteri Gerak Petera dengan
Wak Pakil Jenang. Adapun demikian,
Anak Raja Gondang memohon izin
bondanya untuk berangkat
ke Padang Luas Saujana …

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata ganti nama diri tanya.
Murid membaca dan memahami perbualan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.
Murid membina ayat menggunakan kata ganti nama diri tanya.
5.1.3 PK: Nilai Murni – Bertatasusila Ilmu – Seni Persembahan 101
101
Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Mengaplikasikan
UNIT 15 Keindahan Seni
Tema 5:
Warisan Bangsa

Mendengar dan Bertutur


Pulut Kuning Warisan Berzaman
Farhana memperhatikan neneknya menghias pulut kuning untuk dijadikan
sebagai hantaran pertunangan ibu saudaranya. Farhana bertanya kepada
neneknya tentang pulut kuning tersebut.
Wah, cantiknya hiasan pada
Pulut kuning itu dihias
pulut kuning ini! Apakah tujuan
untuk dijadikan hantaran.
dan peranannya, nenek?
Peranannya
Mengapakah pulut ini
perlu diwarnakan dengan Pulut ini diwarnakan
warna kuning? kuning kerana
Di manakah pulut kuning ini sering dihidangkan?
Apakah keistimewaan pulut kuning dalam
masyarakat Melayu?
Pulut kuning merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu yang
istimewa. Pulut kuning sering dihidangkan dalam majlis berkhatam al-Quran,
majlis perkahwinan dan majlis kenduri. Selain menjadi hidangan istimewa, pulut
kuning juga dijadikan bunga pahar dalam majlis perkahwinan pada masa kini.
Pulut kuning berperanan sebagai lambang kesyukuran bagi sesuatu kejayaan
yang dicapai. Pulut kuning juga menjadi tanda penghargaan dan penghormatan
daripada tuan rumah kepada para tetamu yang hadir dalam majlis yang diadakan.
Pulut kuning diwarnakan dengan warna kuning kerana warna kuning
merupakan warna diraja dan simbol penghormatan yang tertinggi. Menurut cerita
orang tua-tua, pulut kuning menjadi sesuatu yang istimewa
dalam kalangan masyarakat Melayu. Hidangan pulut kuning
merupakan hidangan istimewa golongan bangsawan
pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Oleh itu, tidak hairanlah jika pulut kuning kini mengambil tempat
menggantikan kek dalam majlis tertentu yang diadakan.

Aktiviti
• Memberikan respons secara lisan terhadap ayat tanya yang mengandungi
kata tanya dengan betul.
Murid bersoal jawab dan memberikan respons terhadap ayat tanya.
Murid membina dan menulis jawapan berdasarkan ayat tanya dengan betul.
102 1.3.2 PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Peraturan Sosiobudaya
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Membaca
Tempat Warisan
Farhana dan Jayanti ditugaskan memilih tempat yang sesuai untuk dilawati
oleh Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan Seri Kejora berdasarkan
maklumat yang diperoleh. Mereka berbincang tentang keistimewaan
Lembah Lenggong dan Lembah Bujang.

Lembah Bujang
Lembah Lenggong Lembah Bujang yang terletak di negeri
- terletak di bahagian utara negeri Perak, Kedah mempunyai 41 buah tapak
kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh arkeologi. Setiap tapak arkeologi
- diisytiharkan sebagai tapak warisan mengandungi tinggalan sejarah,
dunia UNESCO pada 2012 seperti struktur atau jumpaan artifak.
- terdapat khazanah peradaban Antara artifak yang dijumpai
manusia tertua termasuklah yang berkaitan dengan
- tempat tinggalan kebudayaan arkeologi perdagangan, keagamaan dan struktur
dari Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik bangunan candi.
dan Zaman Logam Artifak yang ditemukan oleh
- Perak Man (kerangka manusia purba ahli arkeologi membuktikan bahawa
paling lengkap) berusia 11 000 Lembah Bujang merupakan pusat
tahun ditemukan perkembangan agama Hindu Buddha
- pelbagai artifak zaman purba ditemukan di Asia Tenggara pada kurun ke-3
dan disimpan di Galeri Arkeologi hingga ke-12 Masihi. Lembah Bujang
Lembah Lenggong juga menjadi pelabuhan antarabangsa
dan pusat perdagangan laut antara
negara di timur dengan di barat sejak
kurun ke-5.
Artifak ini disimpan di Muzium
Arkeologi Lembah Bujang yang terletak
di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah.

http://www.heritage.gov.my
http://www.jmm.gov.my/en/museum/lembah-bujang-
Aktiviti archaeological-museum

• Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam teks untuk


membuat keputusan.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
2.4.2 Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang sesuatu perkara.
AT: Murid menggunakan peta pemikiran untuk membanding beza.
103
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Membuat keputusan Konstruktivisme – Menilai
Menulis
Asal Nama Kuala Kangsar
Farhana telah membaca cerita tentang asal usul beberapa nama
tempat di Perak. Dia amat tertarik akan cerita tentang bagaimana
Kuala Kangsar mendapat nama.
Pada zaman dahulu negeri Perak dipenuhi hutan tebal. Sungai merupakan
jalan perhubungan utama yang digunakan oleh penduduk.

Tersebutlah kisah Sultan Muzaffar Shah Tiba di muara – rombongan


yang merupakan Raja Perak yang berhenti rehat – tempat tidak sesuai
pertama. Baginda telah menyusuri pantai – memudiki Sungai Perak untuk
Selat Melaka bersama pengikutnya mencari tempat baharu –
hingga sampai di muara Sungai Perak
untuk dijadikan tempat bersemayam.

– teruskan perjalanan – jumpa anak – tidak putus asa – meneruskan pelayaran


sungai – anak sungai yang ke-78 – air – hari hampir senja – pengikut kepenatan
jernih – berhenti rehat – tempat tidak – hendak berehat – ternampak kuala
sesuai untuk dijadikan negeri sungai – air sungainya mengalir perlahan
ke Sungai Perak – berlabuh di situ

104
– melawat kawasan
sekitar – nampak bukit
di tebing sungai untuk
dijadikan kubu – tempat
cantik – kawasan rata –
sesuai untuk bercucuk
tanam

Anak sungai yang


ke berapakah ini?
Anak sungai yang
Kalau begitu kita ke-99 Tuanku.
namakan tempat ini
Kuala Kurang Sa.

– baginda berpuas
hati – jadikan tempat
bersemayam –
menamakan tempat
tersebut Kuala Kurang
Sa yang bermaksud
kurang satu kuala untuk
mencukupkan 100

Kawasan kuala sungai itu dibangunkan. Istana Sultan Muzaffar Shah dibina
di atas bukit. Kuala Kurang Sa semakin maju. Kebanyakan penduduk sukar
untuk menyebut Kuala Kurang Sa. Akhirnya, Kuala Kurang Sa menjadi
Kuala Kangsar.
Aktiviti
• Menulis ulasan tentang asal usul Kuala Kangsar berdasarkan jalur komik
menggunakan ayat yang gramatis.

Murid membaca dan memahami cerita.


Murid menulis ulasan tentang cerita yang dibaca dengan jelas dan menggunakan ayat yang gramatis.
3.9.1 AT: Nyatakan ciri-ciri tempat yang sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan. 105
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Mengitlak BCB – Menulis perenggan
Bernyanyi dan Berlakon

Gendang dan Rebana

Marilah kita mari mainkan gendang


Alatan muzik zaman-berzaman 2 kali
Kita palukan kompang rebana
Sambil bernyanyi gelak ketawa 2 kali

Melenggang, hai melenggang, hai tari lenggang gambus


2 kali
Muzik tradisi, harus kita kekalkan

Gambus dan sape nama alatnya


Bunyi dihasil dari talinya 2 kali
Serunai seruling dan nafiri
Perlu ditiup hasilkan bunyi 2 kali
sape

Melenggang, hai melenggang, hai tari lenggang


Muzik tradisi, harus kita kekalkan 2 kali

Gong dan gendang dipalu sama


Mengiringi istiadat istana 2 kali
Istimewa untuk pertabalan raja
Hari keraian dimainkan juga 2 kali

gong
Melenggang, hai melenggang, hai tari lenggang
2 kali
Muzik tradisi, harus kita kekalkan

(Irama Lagu “Joget Pahang”)

Aktiviti rebana ubi

• Menyanyi sambil melakukan gerakan mengikut irama lagu.


Murid menyatakan maksud seni kata lagu.
Murid menyanyikan lagu sambil berlakon.
106 4.1.1 Murid bersoal jawab tentang seni kata lagu.
AT: Murid melayari http://youtube.comwatch?v=SRBCm_sZrfE.
PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Muzik
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kecerdasan Pelbagai – Kinestetik
Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Pasif

Nobat Warisan Istana


Farhana dan kumpulannya telah diberikan tugasan tentang projek
seni muzik tradisional, iaitu nobat. Mereka mendapatkan maklumat tentang
nobat daripada majalah.

Perak merupakan sebuah negeri yang masih


mengekalkan muzik nobat selain Kedah dan
Terengganu. Nobat merupakan kumpulan pemain
diraja sejak zaman-berzaman. Nobat dimainkan
semasa berlangsungnya istiadat pertabalan dan
perkahwinan diraja.
Nobat berasal daripada perkataan Parsi “naubat”
yang bermaksud sembilan jenis alat muzik. Antara
alat muzik yang digunakan dalam Nobat Diraja ialah sebuah gendang saku yang
dikenali sebagai nohara, dua buah gendang nobat, sebatang serunai dan sebatang
nafiri. Nafiri yang digunakan diperbuat daripada perak, manakala serunai diperbuat
daripada gading yang bahagian hujungnya diperbuat daripada perak.
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi oleh pemain nobat.
Antaranya, pemain nobat mestilah mengikut keturunan dan diperturunkan kepada
anak lelaki. Selain itu, pemain nobat perlu memakai pakaian rasmi berwarna
hitam semasa persembahan.
Lagu-lagu yang terdapat dalam nobat terdiri daripada tiga belas buah
lagu. Antara lagu yang sering dimainkan termasuklah “Iskandar Shah”,
“Ibrahim Khalil” dan “Seri Istana”.

nafiri serunai

nohara gendang

(Diubah suai daripada majalah Dewan Budaya, Julai 2012)


Aktiviti
• Membaca dan membina ayat menggunakan kata kerja
aktif transitif dan kata kerja pasif.
Murid menyenaraikan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
Murid membina ayat dengan perkataan yang disenaraikan.
5.1.4 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat. 107
PK: Nilai Murni – Menghargai warisan Ilmu – Kesenian
Strategi P & P KB: Mengenal pasti BCB – Bacaan intensif
Kata Adjektif dan Kata Bantu

Tarian Kuda Kepang


Pernahkah kamu menyaksikan tarian kuda kepang?
Tarian kuda kepang merupakan seni persembahan
tradisional yang masih mendapat tempat dalam
kalangan masyarakat Melayu. Tarian ini amat masyhur
di negeri Johor. Tarian ini dikatakan telah diperkenalkan
oleh pendakwah Islam di Tanah Jawa pada masa
dahulu. Ciri-ciri kebudayaan Jawa dapat dilihat dengan
jelas daripada pakaian yang dipakai oleh penarinya.
Kuda tanpa kaki yang digunakan dalam persembahan kuda kepang
diperbuat daripada anyaman buluh atau kulit binatang. Anyaman ini sungguh unik
dan menarik.
Persembahan kuda kepang akan dimainkan dengan iringan alatan seperti
angklung, gong dan gendang. Biasanya, tarian ini dimainkan di tempat yang luas
dan terbuka.
Semasa membuat persembahan, pemain-pemain kuda kepang mesti dipimpin
oleh seorang Danyang. Danyang akan bertindak sebagai pengarah yang akan
mengarahkan para pemain menari mengikut rentak dengan menggunakan tali tas.
Gerak tari dalam tarian kuda kepang amat istimewa. Penari akan menari dengan
memacu kuda tanpa kaki mengikut gaya yang ditentukan oleh rentak yang dimainkan.
Semakin rancak rentak muzik, semakin tangkas pergerakan penarinya.

Kumpulan pemuzik sedang memainkan Penari-penari itu baru selesai menarikan


alat muzik kuda kepang yang unik. tarian kuda kepang. Persembahan
mereka sungguh hebat sekali.
Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata adjektif dan kata bantu berdasarkan
teks dan gambar.
Murid membaca dan menyenaraikan kata adjektif dan kata bantu dalam teks.
Murid membina ayat dengan perkataan yang disenaraikan.
108 5.1.5 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat.
PK: Nilai murni – Menghargai warisan Ilmu – Seni Tari
Strategi P & P: KB – Mengenal pasti BCB – Bacaan intensif
Penilaian 5
A. Baca dan berikan alasan.

Tarian Inang
Tarian Inang wujud sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Tarian Inang
dikenali juga sebagai tarian Mak Inang
dan Tari Kembang Cina. Tarian ini
sering dipersembahkan dalam majlis
Tarian Dabus keramaian dan perkahwinan.
Tarian Dabus merupakan satu kesenian Tarian Inang perlu ditarikan
rakyat negeri Perak. Dabus merupakan secara berpasangan oleh penari lelaki
tarian Melayu yang dipengaruhi oleh dan perempuan. Penari perempuan
tingkah laku budaya orang-orang Melayu. memakai sepasang baju kebaya,
Tarian ini dipersembahkan bagi berselendang dan bercucuk sanggul.
menunjukkan keberanian pahlawan Perak Penari lelaki pula memakai sepasang
kepada tetamu di istana dan menjadi baju Melayu lengkap bersongkok
tarian warisan keluarga yang masih dan bersamping.
diamalkan sehingga kini. “Inang Selendang”, “Ayam Didik”dan
Dalam kumpulan ini terdapat “Tari Payung” merupakan lenggok tari
seorang ketua dipanggil khalifah. Khalifah yang sering ditarikan. Semasa menari,
inilah orang yang bertanggungjawab para penari biasanya melambaikan
memelihara keselamatan pemain sapu tangan yang berwarna-warni.
daripada sebarang gangguan yang boleh
mencacatkan persembahan.
Tarian Dabus ditarikan dengan
menggunakan gabungan beberapa
bunyi-bunyian seperti gendang dabus dan
gong. Selain itu, alunan zikir dan goyangan
anak dabus yang bergemerencing turut
dilakukan.

Aktiviti http://budaya.jkkn.gov.my
• Kamu diminta membuat persembahan pentas. Antara Tarian Dabus
dengan Tarian Inang, apakah tarian yang akan kamu persembahkan?
Berikan alasan kamu.
• Kenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang terdapat
dalam teks.

109
B. Teliti cerita di bawah.

Bendahara,
Tuanku, apakah
mengapakah kamu
yang tuanku mahu
kelihatan cemas?
Tuanku, patik lakukan?
Kerahkan

– hendak diserang – membina tembok


– kerajaan Beruas – menggunakan kulit kerang

– kota kulit kerang siap dibina – kumpulkan kulit kerang


– kerajaan Beruas menyerang – membina kota
– gagal

Aktiviti
• Memberikan respons terhadap ayat tanya yang mengandungi
kata tanya.
• Menulis pengajaran yang terdapat dalam cerita yang dibaca
dengan betul.

110
TEMA 6 Pertanian dan
Penternakan
di Malaysia

AN PENTE
N I R
NA
A
PERT

K AN

BI
OTE
KNOLOGI

Murid meneliti dan berbincang tentang gambar.


111
16
Tema 6:
Kejayaan Tanaman Pertanian dan
UNIT Penternakan
Kita di Malaysia

Mendengar dan Bertutur


Getah Penjana Ekonomi
Hanis, sudahkah
Sudah, cikgu. Berdasarkan
anggota kumpulan
maklumat yang diperoleh, pokok
kamu mendapat
getah, atau nama saintifiknya
maklumat tentang
Hevea brasiliensis, hidup subur
tanaman pokok getah?
di kawasan Khatulistiwa. Pokok ini
berasal dari negara Brazil. Selain
Baiklah, Hanis. itu, tanaman getah merupakan
Selepas ini, beritahu tanaman kedua terbesar yang
anggota kumpulan turut menjana ekonomi Malaysia.
kamu untuk membuat Yang menariknya, mesin
buku skrap tentang Torehan Getah Automatik
Baiklah, Cikgu.
tanaman getah. yang pertama di dunia dicipta
di Malaysia. Alat ini dapat
memudahkan dan menjimatkan
masa untuk menoreh getah.

Kawan-kawan, Cikgu Razali meminta kita menghasilkan sebuah


buku skrap tentang tanaman getah. Menurut cikgu,
297 mm

A4

210 mm
PENANAMAN
GETAH

saiz buku mencari maklumat isi kandungan menjilid

Aktiviti
• Menyampaikan pelbagai pesanan mengikut urutan berdasarkan gambar.
Murid mendengar dan memahami perbualan.
Murid menyampaikan pesanan mengikut urutan.
112 1.3.3 Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan.
PK: Nilai Murni – Berdikari Ilmu – Ekonomi
Strategi P & P: KB – Membuat urutan Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
Membaca
Hanis penggemar minuman koko. Dia telah membaca risalah dan rencana
tentang penanaman koko di Malaysia.

Penanaman Koko di Malaysia


Koko merupakan tanaman keluaran ladang yang ketiga terbesar
di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Malaysia ialah negara
pengisar koko kelima terbesar di dunia. Sarawak pula merupakan negeri
yang mempunyai keluasan tanaman koko yang terbesar di Malaysia.
Kini, koko mendapat permintaan yang tinggi kerana harga koko
di pasaran cukup tinggi, iaitu RM2.50 sekilo. Di Malaysia, koko buah koko
diusahakan di ladang dan juga di kebun-kebun kecil. Pokok-pokok
koko memerlukan penjagaan yang sistematik untuk memastikan
hasil yang baik. Antaranya, pengurusan pokok pelindung,
pembajaan, kawalan penyakit dan perosak, kawalan rampai,
pemangkasan dan penuaian.
Hasil produk koko seperti lemak koko dapat menghasilkan
pelbagai produk makanan dan bukan makanan. Antara produk
isi koko
makanan termasuklah coklat, kek, biskut dan juga minuman.
Produk bukan makanan pula ialah pelbagai barangan kosmetik
seperti gincu, pelembap muka dan juga bedak.
Koko mempunyai pelbagai khasiat. Lemak koko dapat
merendahkan paras kolesterol di dalam darah. Serbuk
koko pula mengandungi lemak protein, karbohidrat dan
vitamin A, B, D dan E.
produk koko
Aktiviti
• Nyatakan maklumat tersirat daripada maklumat tersurat dan membuat
ulasan berdasarkan teks di atas.

Maklumat tersurat Maklumat tersirat Ulasan

Tanaman koko merupakan pertanian utama menyumbang


tanaman ketiga terbesar kepada ekonomi
di Malaysia. negara

Murid membaca dan memahami maklumat.


Murid berbincang untuk mengenal pasti maklumat tersurat.
2.3.2
2.4.3 Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat dengan tepat. 113
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Geografi
Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif
Menulis

Cikgu Razali telah mengadakan pertandingan mencipta pantun untuk


murid Kelas 5 Teratai. Tema pantun yang diberikan berkaitan dengan
penanaman padi. Dalam pertandingan tersebut, Hanis telah mencipta
beberapa rangkap pantun.

Padi Segenggam Jadi Sepikul Sawah padi ada orang


tabur benih padi

Dari Kemaman ke Kota Bharu,


Duduk meninjau sehingga petang;
Dengan penanaman cara baharu,
Luas menghijau sawah terbentang. Menabur benih

Burung bersarang di pokok gaharu,


Batangnya lurus kayunya tahan;
Dikenal orang teknik baharu,
Tanaman terus jadi pilihan.

Sungai jernih mengikut arus,


Tampak nelayan duduk berakit;
Kaedah benih ditabur terus, Padi menguning
Hasil lumayan umpama bukit.

Orang Kedah pergi ke Daik,


Membawa logam di dalam bakul;
Kalau sudah benih yang baik,
Padi segenggam jadi sepikul.

Menuai padi

Aktiviti

• Menulis rangkap pantun dengan betul dan kemas.


Murid menulis pantun dengan kemas secara mekanis.
Murid melafazkan dan memahami pantun.
114 3.2.6 Murid berbicara tentang maklumat yang terdapat dalam pantun.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Naturalis
Mengubah Suai Seni Kata Lagu

Ladang Nanasku

Memang sungguh luas ladang yang kuada


Ditanam pula dengan pelbagai jenis nanas
Rasa memang manis memang tiada tanding
Dan sudah terbilang
Nanas yang kutanam dibaja dan dijaga
Rajin-rajin usaha nanas tumbuh subur
Berkat kerja gigih ladang maju jaya
Tambah pendapatan
(Korus)
Marilah berbudi di bumi yang bertuah
Nanas yang bermutu banyak yang meminta
Teruslah berbakti tanpa rasa jemu
Demi kejayaan
Memangnya nanasku banyak kegunaan
Pelbagai jenis produk boleh dihasilkan
Usaha berterusan
Takkan kumengalah untuk terus jaya
Nanas memang hebat lagi berpotensi
Jangan kaulepaskan peluang yang ada
Berbakti penuh ikhlas
Usaha sungguh-sungguh ke persada dunia
(ulang Korus)
Irama lagu “Aku Anak Kampung”
Pencipta lagu: Jimmy Palikat

Aktiviti
• Mengubah suai seni kata lagu berdasarkan tanaman tebu mengikut
irama lagu.
Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.
Murid mengubah suai seni kata lagu
4.1.2 Murid bercerita tentang seni kata lagu. 115
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Muzik
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Kinestetik
Kata Hubung Pancangan Relatif
Industri Orkid
Orkid atau anggerik merupakan tanaman hiasan
yang amat popular di Malaysia. Dengan iklim yang
panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia
menjadi tempat taburan hidup orkid liar yang paling
sesuai. Terdapat lebih daripada 808 spesies orkid yang
dikenal pasti di Malaysia.
Kawasan utama untuk penanaman orkid ialah
Johor, diikuti dengan Selangor, Perak dan Pahang.
Kebanyakan orkid yang dihasilkan adalah untuk
pasaran eksport. Antara orkid yang ditanam di Malaysia Orkid
termasuklah Orkid Merpati, Orkid Noorah Aishagoff Pink, Mokara
Orkid Mokara Red, Peacock White dan Orkid Sumala. Red
Orkid yang paling mahal di pasaran ialah jenis Orkid Sumala.
Pasaran orkid tempatan atau dunia terbahagi kepada tiga kategori,
iaitu orkid yang siap dipotong, orkid yang dikacukkan dan orkid yang dijual
dengan pokoknya sekali. Orkid yang dikacukkan menjadi pilihan utama
kerana orkid ini mempunyai warna yang menarik, saiz yang lebih besar,
bentuk serta kelopaknya yang berbeza. Bunganya pula tahan lebih lama
berbanding dengan spesies asalnya.
Bagi sesetengah negara yang tidak mempunyai
tanaman orkid, bunga tersebut dianggap sebagai
tumbuhan yang istimewa, unik dan eksotik. Setiap
hari, spesies orkid baharu ditemukan di Malaysia.
Hal ini berlaku kerana negara kita kaya dengan flora
dan faunanya.
Sekiranya industri ini mampu dibangunkan secara
komersial, Malaysia akan menjadi pengeksport orkid
Orkid Dendrobium yang terbesar dunia pada suatu masa nanti.
(Diubah suai daripada http://animhosnan.blogspot.com/2012/10/
Aktiviti tanaman.orkid html)

• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif tentang


penanaman orkid.
Murid membaca dan memahami ayat.
Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif.
116 5.1.6 Murid bertutur tentang penanaman pokok orkid.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Mengaplikasikan
Kata Hubung Pancangan Komplemen
Kelapa MATAG
Hanis dan rakan-rakannya telah melawat ke ladang kelapa Malaya
Tagnanan Tinggi (MATAG) di Muar, Johor. Mereka diberikan penerangan
tentang kelapa jenis ini. Penerangan itu diberikan oleh Encik Faiz, pegawai
pertanian yang bertugas di situ.

Encik Faiz, apakah


perbezaan kelapa ini Kelapa ini merupakan kacukan
dengan kelapa biasa? antara kelapa rendah Malaya
dengan Tagnanan Tinggi yang
berasal dari Filipina. Ada kajian
menyatakan bahawa kelapa
ini boleh menghasilkan 25 000
hingga 30 000 biji sehektar
setahun berbanding dengan
baka tempatan yang hanya
menghasilkan 2500 biji setahun.

Kelapa ini bersaiz lebih besar daripada


kelapa biasa. Kelapa ini ada yang
berwarna hijau dan ada yang berwarna
kuning. Dapatlah dikatakan bahawa
kuantiti air kelapa ini lebih banyak, isinya
lebih tebal dan rasanya pula lebih enak.

Untuk penyediaan benih kelapa MATAG tidaklah sukar.


Pegawai pertanian menyatakan bahawa debunga jantan
perlu disemburkan kepada debunga betina setiap hari. Untuk
proses pendebungaan ini memerlukan pekerja yang mahir.
Seterusnya, pekerja-pekerja akan membalut mayang kelapa
dengan plastik lut cahaya.
Sumber: Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia (MARDI)
Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan komplemen
berdasarkan maklumat.
Murid meneliti dan memahami maklumat.
Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan komplemen.
5.1.6 Murid bertutur tentang kegunaan pokok kelapa. 117
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Mengaplikasikan
17
Tema 6:
Hasil Ternakan
UNIT Pertanian dan
Penternakan
Kita di Malaysia

Mendengar dan Bertutur

Zarul dan ayahnya, Encik Yahaya, mempunyai minat yang sama. Mereka
suka memancing pada waktu lapang. Selain itu, mereka berdua suka
menonton dokumentari dan membaca majalah perikanan.

Ikan kelah ialah ikan kap dalam keluarga Panduan Penternakan


Cyprinidae bersisik besar. Kelah sangat Ikan Kelah
disukai oleh para pemancing. Ikan ini
lasak, lincah berenang, dan suka hidup • Sediakan persekitaran
di celah-celah batu. kolam seperti
Ikan kelah ialah haiwan omnivor yang habitatnya
memakan alga, serangga, katak dan juga - berbatu-batu dan
buah-buahan. Terdapat lebih daripada 19 aliran air yang laju
spesies ikan kelah di dunia. Di Malaysia, - air kolam yang
terdapat tiga jenis spesies ikan kelah sahaja, bersih dan jernih
iaitu ikan kelah merah, ikan empurau dan • Masukkan rumpai,
ikan semah. Ikan kelah merah terdapat daun dan lumut
di Semenanjung Malaysia, manakala ikan - pokok keladi bunting
empurau dan ikan semah pula terdapat - pasir sungai
di Sarawak. • Berikan makanan
Ikan ini amat bernilai kerana rasanya yang sesuai
yang sedap, rupanya cantik dan hebat - udang halus, ulat
bertarung ketika dipancing. Oleh yang dan pelet
demikian, ikan ini digelar “Raja Sungai”.

Selamat pagi, Encik Kamal. ikan kelah merah


Saya Hanis. Saya ingin bertanya
kepada encik tentang ikan kelah
dan cara menternaknya. ikan empurau

Aktiviti
ikan semah
• Bertutur tentang ternakan ikan menggunakan ayat yang gramatis secara
bertatasusila berdasarkan teks dan gambar.
Murid bertutur menggunakan ayat yang gramatis dalam situasi formal secara bertatasusila berdasarkan
teks dan gambar.
1.4.1 Murid meneliti teks dan gambar untuk mendapatkan maklumat.
118 Murid berlakon berdasarkan dialog.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Membaca

Aku Pengusaha Puyuh

Akan kuusahakan engkau puyuh


Bersungguh-sungguh kerja berpeluh
Kerana rezeki tiada mengeluh

Akan kubela engkau puyuh


Jika ingin produktiviti terbaik
Tempatmu reban yang selesa
Nun jauh dari hiruk-pikuk

Akan kujaga engkau puyuh


Makanan terbaik kuberikan
Agar tumbesaranmu memuaskan
Daging dan telur yang berkhasiat

Akan kuternak engkau puyuh


Khasiatmu tidak ternilai
Darah dilancarkan, tulang dikuatkan
Hidup sihat keluarga sejahtera

Akan kuniagakan engkau puyuh


Usaha dikayuh jangan rapuh
Pendapatan diraih
Keringatku berbalas sudah
Ekonomi keluargaku terus terserlah

Aku
pengusaha
Aktiviti
puyuh
• Murid menyatakan maksud setiap rangkap
sajak menggunakan peta bulatan.

Murid mendeklamasikan sajak.


Murid menyatakan maksud setiap rangkap sajak.
2.5.1 Murid menjawab soalan kefahaman yang disediakan oleh guru. 119
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Ekonomi
Strategi P & P: KB – Menaakul Konstruktivisme – Menerangkan
Menulis
Ayam Kampung Organik
Zarul dan kawan-kawannya baru pulang bercuti dari kampung datuk
Zarul. Datuknya memelihara banyak ayam kampung secara organik.
Yu Jin, rakan Zarul amat berminat untuk mengetahui maklumat tentang
ayam kampung ini.

Aktiviti
• Menulis ayat dalam perenggan dalam bentuk tulisan berangkai.
Murid membaca teks dan meneliti bentuk tulisan berangkai.
Murid menulis ayat dengan betul dan kemas.
120 3.2.7 Murid membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Berdikari Ilmu – Sains Pertanian
Strategi P & P: KB – Menganalisis KP – Visual-ruang
Mengujarkan Cerita
PERTANDINGAN CERITA
PERINGKAT ZON UTARA
Cerita Penternak Arnab
29 OGOS 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hai, senangnya dalam hati!
Punya ladang yang luas
Pelbagai jenis arnab
Kuternak di sini
Hai, kawan-kawan!
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
“Penternak Arnab yang Berjaya”.

Di pinggir bandar Besut, Terengganu, tinggal sepasang


suami isteri, iaitu Encik Rahmat dan Puan Salbiah. Mereka
mengusahakan sebuah ladang ternakan arnab. Mereka
menternak arnab tempatan dan juga arnab yang
diimport dari luar negara.

– kawasan penternakan yang luas


– memiliki 30 000 ekor arnab pedaging daripada
baka tempatan
– arnab hiasan daripada baka luar negara, iaitu
New Zealand, Amerika Syarikat, Sepanyol
– arnab hiasan comel kerana mempunyai pelbagai
warna, saiz dan bulu

– memberi arnab makan dengan penuh kasih sayang


– mengusap badan dan memeluk
– memberikan pelet

– sebagai pembekal daging segar


– menghasilkan pelbagai jenis produk baharu
– sosej, sate, burger dan daging salai
– eksport ke Asia Tenggara
– destinasi utama pelancong

Kawan-kawan, pengajaran yang kita peroleh daripada


Aktiviti cerita di atas ialah…

• Mengujarkan cerita berdasarkan frasa dengan bahasa badan


yang kreatif.
Murid meneliti dan memahami frasa.
Murid bercerita berdasarkan frasa.
4.2.2 Menulis karangan naratif yang bertajuk “Penternak Arnab yang Berjaya”. 121
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Keusahawanan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Kata Nafi dan Kata Pembenar

Ternakan Kupang kupang


Aiman : Betulkah ayah kamu sedang mengusahakan penternakan kerang, Zarul?
Zarul : Ayah saya ____ mengusahakan penternakan kerang tetapi mengusahakan
penternakan kupang.
Lina : Rasanya sudah hampir dua tahun ayah kamu mengusahakan penternakan
ini, Zarul.
Zarul : ____, Lina. Ayah saya telah mengusahakan penternakan ini hampir
dua tahun.
Lina : Saya dapati kawasan penternakan kupang ayah kamu agak luas juga. Tentu
ayah kamu mempunyai ramai pekerja yang dapat membantunya.
Aiman : Memang ____, Lina. Ayah Zarul mempunyai 20 orang pekerja tempatan
yang mahir.
Lina : Bagaimanakah proses menghasilkan kupang ini, Zarul?
Zarul : Begini, Lina. Ayah saya hanya meletakkan benih kupang ke dalam air.
Kemudian, kupang itu dibiarkan membesar dengan sendiri. Apabila sudah
matang, kupang-kupang itu akan dikutip.
Lina : Saya melihat ayah kamu meletakkan tali ke dalam air. Mengapakah
begitu Zarul?
Zarul : ____, Lina. Ayah saya menggunakan sistem rawai untuk menternak kupang.
Aiman : ____kah kupang biasanya diternak secara sistem rakit?
Zarul : Menurut kata ayah saya, menternak kupang dengan cara sistem rawai lebih
murah kosnya daripada sistem rakit.
Aiman : Tentu ayah kamu memperoleh pendapatan yang lumayan kerana harga
kupang di pasaran agak tinggi.
Zarul : ____ juga, Aiman. Kadang-kadang, kami juga mengalami kerugian kerana
kupang-kupang ini sering gugur dari rawai sebelum cukup matang. Selain
itu, pukulan ombak yang kuat juga akan merosakkan ternakan ini.
Lina : Janganlah kamu sekeluarga berputus asa. Teruskan usaha untuk
menghasilkan kupang yang berkualiti.
Zarul : Baiklah, Lina, Aiman. Terima kasih atas sokongan kamu berdua.

Aktiviti
• Menggunakan kata nafi dan kata pembenar
untuk melengkapkan perbualan.
Murid meneliti dan memahami perbualan.
Murid melengkapkan perbualan.
122 5.1.7 Murid membaca perbualan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Kata Bilangan dan Kata Arah
Pada hari Sabtu yang lalu, Zarul sekeluarga telah menonton teater
bertajuk “Muzikal Gamat” di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Di sekolah, dia
menceritakan teater muzikal yang ditonton kepada rakan-rakannya.

Kawan-kawan, teater “Muzikal Gamat” yang saya tonton mengisahkan suka duka
kehidupan di dalam laut yang dihuni oleh beberapa hidupan laut. Antara watak yang
terdapat dalam teater ini ialah ibu gamat yang diberi nama Ibu Mat dan anak gamat
yang dipanggil Mat.
Pada suatu hari, Mat, Si Ketam Bunga dan Si Tapak Sulaiman berhasrat bermain
di Taman Laut Plankton. Sebelum keluar rumah, Ibu Mat telah berpesan kepada Mat.
“Sentiasa berwaspada kerana di luar sana sangat berbahaya,” kata Ibu Mat.
Apabila sampai di taman itu, ketiga-tiga sahabat itu leka bermain dan
berenang ke arah utara sehingga mereka telah tersesat berhampiran dengan
kawasan Karang Cenang.
Di Karang Cenang, kelihatan sepertiga penghuninya sedang menderita kesakitan
kerana penyakit kulit akibat pencemaran alam sekitar. Ketua mereka, Si Kurita,
mengarahkan semua pengikutnya yang diketuai oleh Si Obor-obor mencari ibu gamat,
iaitu Ibu Mat untuk mendapatkan lendirnya bagi mengubati penyakit mereka. Mereka
telah mengepung Mat yang berada berdekatan dengan Karang Cenang itu.
Malangnya, Si Obor-obor telah tersalah tangkap. Dia telah menangkap Mat yang
disangkanya ibu gamat, Ibu Mat. Mat berasa kasihan melihat penghuni taman itu
menderita kesakitan. Dia pun membantu mereka dengan menggunakan lendirnya
untuk mengubati penyakit penghuni di taman itu.
Ibu Mat risau apabila menyedari kehilangan anak tunggalnya itu. Dia pun mencari
anaknya ke sana dan ke sini. Dia menuju ke Karang Cenang. Akhirnya, dia berjaya
menemui Mat di situ. Penghuni di situ mengucapkan terima kasih kepada Mat dan
ibunya kerana membantu mereka.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata bilangan dan kata arah
berdasarkan gambar.
Murid mengenal pasti kata bilangan dan kata arah berdasarkan cerita.
Murid membina ayat menggunakan kata bilangan dan kata arah.
5.1.7 Murid menceritakan cerita yang telah dibaca. 123
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Menghubungkaitkan
18
Tema 6:
Era Biodiversiti dan
UNIT Pertanian dan
Penternakan
Bioteknologi
Mendengar dan Bertutur

Mengapakah Pak Lang


Pak Lang berasa risau
kelihatan risau?
kerana pokok cempedak
Pak Lang tidak menghasilkan
Pak Lang, Cikgu Fauzi ada buah yang baik pada
menerangkan bahawa tahun ini.
keseimbangan alam perlulah
dikekalkan agar manusia,
Betul tu, Pak Lang.
haiwan dan tumbuhan dapat
Terdapat banyak faktor
hidup dengan baik.
yang menyebabkan
pokok cempedak rosak,
Yang Mulia Raja Azlina binti Raja Ahmad, antaranya
pegawai kawalan alam sekitar, telah
menerangkan cara mengekalkan
keseimbangan alam semasa diwawancara.
Wartawan: Apakah langkah-langkah yang Yang Berbahagia
boleh diambil untuk mengekalkan Datuk Dr. Abdul
keseimbangan alam? Razak bin Razali telah
Raja Azlina: Langkah-langkah yang boleh membuat kajian
diambil, antaranya mengawal tentang hasil tanaman
pencemaran udara dan yang tidak menjadi
menanam pokok-pokok yang atau mati. Antara puncanya
sesuai semula. termasuklah masalah jerebu
yang melanda negara.
Fenomena ini telah menghalang
Facebook berlakunya proses fotosintesis.
Tumbuh-tumbuhan tidak dapat
Abang Johari membuat makanannya sendiri.
Marilah kita sama-sama menjaga
hutan yang mempunyai pelbagai
khazanah bumi agar udara Aktiviti
sentiasa bersih dan sihat. Keadaan
ini sangat berharga buat manusia, • Berbual menggunakan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. kata gelaran secara
bertatasusila berdasarkan
maklumat.
Murid membaca dan mengenal pasti kata gelaran.
Murid berbual berdasarkan maklumat dengan kata gelaran yang sesuai.
124 1.4.2 Murid mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Membaca
Zarul dan rakan-rakannya sedang menonton dokumentari tentang
terumbu karang. Dokumentari itu dimulakan dengan persembahan pantun.

Terumbu Karang
Atas para si kacang parang,
Tumbuh rendah sulur berpaut;
Minta pelihara terumbu karang,
Agar indah alam laut.
Kacang sepat lebat bercadung,
Memanjat lukah menjalar tanah;
Karang tempat habitat berlindung,
Usah diserakah jangan dimusnah.
Pacak taut pikat si tapah,
Umpan bersaksi si burung bayan;
Di karang laut rezeki melimpah,
Baik dikongsi bersama nelayan.
Ikan parang si ikan bawal,
Selar papan disambar helang;
Cemar karang tidak dikawal,
Kelak hidupan tinggal menghilang.
Ke sana ke sini bergerak perlahan,
Tampak alga cantik terkesan;
Terumbu ini anugerah Tuhan,
Baik dijaga sebagai warisan.

Aktiviti

• Senaraikan kelebihan terumbu karang.


• Terumbu karang di perairan negara semakin pupus. Nyatakan
cara-cara melindungi terumbu karang tersebut.
Murid melafazkan dan memahami pantun.
Murid menyatakan kelebihan terumbu karang.
2.5.2 Murid berbicara tentang maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan pantun. 125
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis
Lembu Brakmas
Pada hujung minggu lalu, Zarul dan rakan-rakannya telah dibawa
oleh Cikgu Zainal ke sebuah ladang penternakan. Setiap murid telah
diberi tugasan. Zarul ditugaskan untuk menemu ramah pegawai
di ladang tersebut.
Zarul : Selamat sejahtera, Encik Aman. Apa khabar?
Encik Aman : Selamat sejahtera. Khabar baik.
Zarul : Banyak sungguh lembu di sini, encik. Apakah jenis baka lembu ini?
Encik Aman : Lembu-lembu ini ialah lembu pedaging baka Brakmas.
Zarul : Bolehkah encik terangkan lembu pedaging Brakmas ini?
Encik Aiman : Lembu pedaging baka Brakmas ialah lembu yang terhasil daripada
pengacukan benih lembu jantan baka Brahman dari Australia dengan
benih lembu betina tempatan. Kami telah menggunakan kaedah
bioteknologi untuk menghasilkan baka baharu lembu pedaging.
Zarul : Oh, begitu! Apakah kelebihan lembu yang dikacukkan dengan
menggunakan kaedah bioteknologi?
Encik Aman : Lembu pedaging baka Brakmas ini mempunyai daya tahan daripada
pelbagai jenis penyakit serta boleh menyesuaikan diri dengan iklim
di Malaysia.
Zarul : Saya lihat semua lembu ini bersaiz besar, Encik Aman.
Encik Aman : Ya, Zarul. Lembu-lembu ini mempunyai 50 peratus lebih daging
daripada lembu tempatan. Selain itu, lembu ini
cepat membiak dan membesar.
Zarul : Oh, begitu! Barulah saya faham. Terima kasih
kerana sudi memberikan penerangan.
Encik Aman : Sama-sama.
http://www.mardi.gov.my/the-brakmas-beef-breed
Aktiviti
• Jawab soalan di bawah.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan lembu pedaging baka Brakmas?
2. Nyatakan kelebihan lembu pedaging baka Brakmas.
3. Huraikan perbezaan antara lembu pedaging baka Brakmas dengan
lembu tempatan dengan menggunakan peta buih berganda.
4. Bincangkan maksud bioteknologi dengan merujuk Internet.
5. Berikan pendapat tentang masa depan penternakan lembu
pedaging baka Brakmas.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan dialog.
126 3.3.3 Murid berbual tentang teks secara bertatasusila.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Penternakan
Strategi P & P: KB – Membandingkan dan membezakan BCB – Bacaan intensif
Menulis
Stevia Pemanis Semula Jadi
Pendahuluan
Pada minggu lepas, Zarul telah membawa kawan-kawannya ke ladang stevia
bapa saudara Zarul. Pelbagai maklumat telah diperoleh oleh mereka.

Isi 1
Apakah pokok stevia?
• tumbuhan herba daripada keluarga matahari
• nama saintifik – Stevia rebaudiana
• berbatang lembut, menghasilkan bunga kecil
berwarna putih

Isi 2- Cara membuat gula ekstrak

memetik mengering mengisar membancuh menikmati


Isi 3 Khasiat Daun Stevia
• daun berkhasiat sebagai pemanis
• tidak mengandungi kalori dan tidak bertoksik
• membantu untuk mengawal penyakit kronik – obesiti, kencing
manis dan darah tinggi

Penutup

Aktiviti sihat dan ceria

• Membina kerangka karangan berdasarkan gambar dan maklumat.


Murid meneliti maklumat dan gambar.
Murid membina kerangka berdasarkan gambar.
3.3.4 Murid menulis karangan yang bertajuk “Stevia Pemanis Semula jadi”. 127
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Memindahkan maklumat
Imbuhan Apitan Kata Kerja MempeR- dan Sisipan
Tanaman Organik
Zarul membantu datuk memperkebuni tanah di belakang rumah dengan
menanam pokok herba.

Situasi: Kebun Herba

Wah, segarnya pokok herba


Ya, Zarul. Pokok-pokok ini segar
yang datuk tanam!
kerana tanah-tanih di sini subur.
Bukankah dahulu tempat ini datuk tanam
daun-daun kering dan sampah sarap? Betul, Zarul. Sekarang sampah
sarap itu telah menjadi baja organik.
Datuk juga menggunakan baja
Sekarang datuk hendak tanam pokok
semula jadi yang datuk peroleh
apa? Biar Zarul tolong datuk.
daripada tinja ayam.

Datuk hendak tanam pokok cekur.


Tolong datuk keluarkan anak pokok
cekur dari beg poli dan letakkannya
di atas telapak tangan kamu.
Berhati-hati dengan akarnya.

Selepas ini, Zarul akan menolong


datuk menebas rumput yang panjang Eloklah begitu, Zarul. Sebelum itu,
ini kerana ada banyak kemuncup. tolong datuk buangkan daun-daun
yang sudah kering itu.
Sebahagian pagar yang
bergerigi ini juga patut dibaiki Yalah, cu. Selain itu, datuk bercadang untuk
agar pokok-pokok datuk tidak mempertingkatkan kualiti herba datuk. Datuk
dimakan oleh haiwan. bercadang untuk menggunakan penggalak
akar tumbuhan yang tiada bahan kimia.

128
Situasi: Ladang Herba
Tanaman Herba
Datuk telah mengajak Zarul ke Ladang Rempah-ratus dan Herba Nasuha
di Muar, Johor. Datuk hendak melihat ladang tanaman herba di sana bagi
mempertingkatkan tanaman herbanya.

- dipertemukan dengan pegawai ladang


- mendengar taklimat
- ladang herba ketiga terbesar di Asia Tenggara
- keluasan 3 200 ekar – menanam lebih 108 spesies
- diselenggara – bersistem menggunakan teknologi terkini
- diusahakan secara organik

- melawat ladang – diperingatkan – tidak memetik daun


dan mencabut pokok
- kelihatan cerucuk – menyokong anak-anak pokok
- pokok herba yang ditanam – pokok mengkudu, pecah
beling, kulit kayu manis, kembang semangkuk, gora,
dan asam gelugur
- pelbagai khasiat – pegaga – mempertingkatkan
daya ingatan
pokok buah pala

buah asam
gelugur
- sebelum pulang dari kilang rempah-ratus
- diberi makan tengah hari – Nasi Beriani Herba
- bangga dan teruja – ladang diusahakan
dengan cemerlang
- produk herba yang bermutu

Aktiviti
• Membina ayat dalam perenggan menggunakan imbuhan apitan
kata kerja dan imbuhan sisipan.

Murid membaca dan mengenal pasti imbuhan apitan kata kerja dan sisipan.
Murid membina ayat dengan imbuhan apitan kata kerja dan sisipan.
5.2.1 Murid menulis karangan yang bertajuk “Lawatan ke Ladang Herba Organik”. 129
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Pertanian
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Mengaplikasikan
Bacaan Luas
Pameran Pertanian
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA)
merupakan satu usaha kerajaan untuk meningkatkan sektor pertanian
di Malaysia. MAHA merupakan pameran pertanian yang dianjurkan
oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Pameran ini
berlangsung di lokasi Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Selangor
Darul Ehsan, Malaysia.
Pameran MAHA yang pertama berlangsung pada bulan Julai
1999 yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada masa itu. Pameran tersebut telah diadakan
di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pada MAHA 2002, satu
keputusan telah dicapai agar MAHA dijadikan program dwitahunan.
MAHA menyediakan pusat setempat khusus untuk aktiviti promosi
dan jualan produk keluaran usahawan perindustrian kecil dan sederhana
(PKS) tempatan dalam sektor pertanian. Oleh itu, MAHA merupakan satu
platform untuk mereka memasarkan dan mengembangkan perniagaan
dalam sektor pertanian dengan para pengeluar serta pedagang dari
dalam dan luar negara.
Pameran MAHA terbahagi kepada beberapa sektor, iaitu sektor
perikanan, pertanian, hortikultur dan ternakan. Terdapat beberapa
laman yang turut menarik perhatian pengunjung, iaitu Laman Sayur,
Laman Ternakan, Laman Perikanan dan Laman Florikultur. Antara tarikan
semasa MAHA ialah labu paling besar, ikan hiasan arowana yang
termahal, lelongan haiwan ternakan dan sayur-sayuran segar serta
pelbagai jenis orkid yang cantik.
Sejak penganjuran pameran bertaraf antarabangsa, MAHA berjaya
menarik lebih tiga juta pengunjung dari dalam dan luar negara untuk
berkunjung ke pameran ini.
(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani )

130
Penilaian 6
A. Teliti dan fahami poster.

1 Gunakan baja yang sesuai


untuk daun, bunga dan buah. 2 Amalkan menanam
tanaman anda
menghala ke arah
matahari naik untuk
mengelakkan kesan
lindungan cahaya
matahari pada
tanaman.

3 Sekiranya ingin
memindahkan anak pokok,
lakukannya pada awal PA NDUA N
4 Kebanyakan tanah
di Malaysia tergolong
dalam kumpulan tanah
pagi atau lewat petang TA NA M A N masam (berasid).
untuk mengelakkan Oleh itu, pengapuran
kehilangan air yang akan amat diperlukan bagi
merencatkan pertumbuhan memulihkan tanah
anak pokok tersebut. tersebut untuk tujuan
pertanian.

5 Kawalan Perosak Tanaman melalui kaedah Pertanian Organik.




Kawalan Hamama dan Afid
i. 10 – 12 biji cili api
ii. Kisar dan tapis
iii. Campur 1 liter air
iv. Sembur pada bawah daun pada waktu tengah hari.

Aktiviti
• Berbual tentang poster dengan ayat yang gramatis.
• Nyatakan kepentingan panduan tanaman seperti yang dinyatakan
dalam poster.
• Bina lima ayat dengan kata hubung pancangan komplemen dan kata
hubung pancangan relatif berdasarkan poster.

131
B. Teliti dan fahami gambar.
Lawatan ke Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Sebelum

TAKLIMAT
Semasa

taklimat galeri

kedai buku kilang proses tapak semaian


Selepas

Aktiviti
• Bina kerangka karangan menggunakan peta pokok.
Lawatan ke MARDI

132
TEMA 7 Patriotisme dan
Kewarganegaraan

Negara Kita
Negara kita Malaysia
Yang indah nan permai
Rakyat hidup aman damai
Berkat jasa pemimpin.
Sayangi negara kita
Rela korban apa sahaja
Biar terkenal di seluruh dunia
Majulah, oh Malaysia.
Marilah, mari, oh rakyat Malaysia
Berganding bahu berpadu tenaga
Makmurkan Malaysia
Tanah air kita
Marilah kita semaikan
Bakti untuk pertiwi.
Irama lagu “Inilah Barisan Kita”
(http://www.youtube.com/watch?
V=OrgifQptcs)

Murid menyanyikan dan memahami seni kata lagu.


133
19 Tokoh Sanjungan
Tema 7:
Patriotisme dan
UNIT Kewarganegaraan

Mendengar dan Bertutur


Bapa Perpaduan Malaysia
Situasi 1
Mari kita bergambar “Toleransi beragama, semangat muhibah dan hidup
bermasyarakat dengan harmoni sentiasa wujud

di hadapan poster itu, ayah. dalam kalangan rakyat dan penduduk berbilang
kaum dan berbilang agama di Malaysia. Ini rahsia
kemajuan, keamanan dan kemakmuran negara kita”
Tun Hussien Onn, 14 Januari 1980
http://www.arkib.gov.my

Sebelum itu, cuba


Wah, nampaknya baca mutiara kata
Tun Hussein Onn sungguh WN J 3417
Tun Hussein Onn.
mementingkan
semangat muhibah! Ya, Zarul. Sebab itulah, beliau
diberi gelaran Bapa Perpaduan.

Situasi 2

Di manakah boleh
kami dapatkan
buku , puan?
Encik boleh dapatkannya di kedai
cenderamata yang terletak
di situ. Buku sangat menarik.
Kata-kata Tun Hussein Onn dalam
perenggan , “Saya bukanlah
Ayah, marilah beli buku orang penting dalam negara, tetapi
Biografi Tun Hussein Onn ini. yang penting ialah apa yang saya
ingin mengetahui lebih buat untuk negara” menunjukkan
lanjut tentang beliau. betapa mementingkan negara
dalam apa-apa jua tindakan yang
Aktiviti diambil
• Berbual dengan menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti
nama tunjuk.
Murid berbual tentang teks dengan menggunakan kata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk dengan betul.
Murid meneliti dan memahami perbualan.
134 1.4.3 Murid membaca pelbagai ragam ayat dalam teks secara mekanis.
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Membaca
Zarul amat kagum akan tokoh pendidikan dan pejuang bahasa,
Allahyarham Profesor Tan Sri Dr. Awang Had bin Salleh. Bersempena
dengan program Semarak Bahasa di sekolahnya, dia telah
mendeklamasikan sajak tentang tokoh sanjungannya itu.

Tokoh Sepanjang Zaman


Sejarah merakam jasamu
Kerana dikau tokoh terbilang
Khidmatmu sepanjang zaman
Untuk anak watan
Dunia pendidikan kaupacu
Ke persada dunia
Jadilah kita murid gemilang
Minda kita kelas pertama
Dikau pejuang bahasa
Bahasa Melayu wadah pembelajaran
Menapak dari tadika
Meniti ke menara gading
Tinta emas melakar
Dikau penulis tersohor
Novel, cerpen dan puisi
Cintamu pada dunia persuratan Melayu
Takkan terpadam
Namamu terukir indah
Awang Had bin Salleh

Contoh dalam Bentuk Prosa:


Awang Had bin Salleh merupakan tokoh pendidikan yang terkenal.
Jasa khidmatnya terhadap anak bangsa tercatat dalam sejarah.

Aktiviti
• Membaca, memahami dan menaakul puisi untuk memindahkan
maklumat kepada bentuk prosa.
Murid membaca, memahami dan menyatakan makna perkataan yang dicetak berwarna.
Murid menaakul dan memindahkan maklumat dalam setiap rangkap puisi kepada bentuk prosa.
2.5.3 Murid menulis ulasan tentang teks puisi dengan menggunakan ayat yang gramatis. 135
PK: Nilai Murni – Menghargai jasa Ilmu – Kesusasteraan
Strategi P & P: KB – Menaakul Kontekstual – Memindahkan
Menulis
Tokoh Ilmuwan Bahasa
Daripada: hanis05@yahoo.com
Kepada: rajan05@gmail.com
Perkara: Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji Omar

Arial 10
Sahabatku,
Apa khabar? Saya baru menyiapkan folio tentang tokoh sanjungan
saya, iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji Omar. Di sini,
saya ingin berkongsi maklumat tentang tokoh sanjungan saya ini.
Kepakaran Profesor Emeritus Dato’ Dr. Asmah binti Haji
Omar dalam bidang tatabahasa serta perancangan bahasa
Melayu memang tidak dapat disangkal oleh siapa-siapa pun.
Sepanjang penglibatan beliau dalam dunia akademik, beliau telah terlibat dalam
berbagai-bagai usaha untuk mengangkat martabat bahasa Melayu di dalam dan
di luar negara.
Beliau telah menghasilkan beratus-ratus karya termasuk ensiklopedia, buku,
artikel, karya terjemahan dan kertas kerja. Beliau turut terlibat dalam kerja-kerja
penyelidikan bahasa, misalnya bahasa-bahasa peribumi seperti bahasa Iban
di Sarawak, bahasa Kentakbong di Kedah dan bahasa Mah Meri di Selangor. Selain
itu, beliau juga mengetuai pasukan penyelidikan untuk program “Jejak Bahasa”
terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan TV3 dan Semarak Bahasa
di Australia (2002), Thailand (2013) dan Kemboja (2013) untuk terbitan RTM1.
Sumbangan beliau amat besar kepada negara. Beliau telah dianugerahi
Anugerah Cemerlang Sepanjang Zaman Kategori Semenanjung Malaysia
pada perhimpunan 55 Tahun Merdeka oleh Perdana Menteri Malaysia,
Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Pada tahun 2011, beliau dianugerahi Tokoh Akademik Negara oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Selain itu, beliau juga dianugerahi Tokoh Ilmuwan Bahasa
Kebangsaan bersempena dengan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010.
Dalam sesi temu bual selepas majlis gilang-gemilang itu, tokoh bahasa ini telah
menekankan kepentingan bahasa kebangsaan dalam usaha mengangkat martabat
bahasa Melayu ke persada dunia.
Demikianlah, semangat jati diri yang dimiliki oleh seorang wanita yang
lemah lembut tetapi berjiwa kental ini. Semangat juang tokoh ilmuwan bahasa ini harus
diberikan pujian dan perlu menjadi contoh kepada muda-mudi hari ini.

Aktiviti
• Mengambil imlak pelbagai jenis kata ganda.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid mengambil imlak pelbagai jenis kata ganda dengan ejaan yang tepat mengikut bacaan guru.
136 3.4.1 Murid menyenaraikan kata ganda berentak dan kemudian membina ayat dengan kata tersebut.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Bahasa
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan imbasan
Mengujarkan Ayat

Aku Budak Kampung


Datuk Mohd Nor bin Khalid, atau lebih dikenali sebagai Lat,
merupakan kartunis yang tersohor di negara kita. Beliau dilahirkan
pada 5 Mac 1951 di Kota Baru, Perak. Beliau memulakan kerjaya
sebagai wartawan akhbar. Namun, disebabkan minat yang
mendalam terhadap bidang lukisan, beliau bertukar kerjaya
menjadi kartunis bermula tahun 1974.
Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 jilid kartun
sepanjang kerjayanya. Kebanyakan karya Lat menggambarkan
kehidupan sosial masyarakat Malaysia. Karyanya yang paling
terkenal ialah “Kampung Boy” yang diterbitkan pada tahun 1979.
Karya ini mengisahkan pengalaman hidup Lat pada zaman Kulit buku
kanak-kanaknya dengan kepelbagaian ragam rakan, jiran dan “Kampung Boy”
orang kampung di sekelilingnya. Karya ini telah dialihbahasakan
dalam banyak bahasa dan diterbitkan di beberapa negara di
dunia. “Kampung Boy” kemudiannya diadaptasi untuk dijadikan
siri televisyen sebanyak 26 siri pada tahun 1997. Baru-baru ini,
karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun untuk
dijadikan bahan membantu mengajar untuk pelajar pengajian
Asia Tenggara di Tokyo University of Foreign Studies (TUFS).
Pada tahun 1994, Lat dikurniai gelaran Datuk oleh Sultan Perak
semangat
sebagai menghargai jasa beliau dalam usaha memupuk semangat
perpaduan
keharmonian sosial melalui karya yang dihasilkan. Beliau juga
telah menerima anugerah daripada
pihak luar, antaranya termasuklah
“Hadiah Budaya Asia Fukuoka” dan
Anugerah Kewartawanan Petronas
(Anugerah Khas Juri) pada tahun 2002.
Sememangnya, jati diri sebagai budak
kampung jelas terpancar dalam hasil
karya tokoh ini.

permainan
jati diri bangsa tradisional
Aktiviti
• Mengujarkan ayat berpandukan gambar dengan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul serta laras bahasa yang
4.2.1 sesuai dengan bercerita berdasarkan gambar. 137
Murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dan deskriptif dengan betul.
PK: Nilai Murni – Menghargai jasa Ilmu – Pendidikan Seni Visual
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Verbal-linguistik
Kata Ganda Berentak

Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan


Perbualan dalam Talian
Facebook Perlumbaan di Velodrom
Masih aku ingat keadaan di velodrom
ketika itu. Semasa masing-masing
sedang asyik kejar-mengejar, keadaan
di situ tiba-tiba menjadi hingar-bingar.
Pada pusingan terakhir telah berlaku
Zarul kemalangan yang tidak diduga. Aku
Saya mendengar desas-desus dan dua orang peserta yang lain jatuh
bahawa abang terlibat dalam tersungkur. Ketika itu, para pegawai
kemalangan ketika acara keirin kelam-kabut memasuki velodrom untuk
akhir Siri Piala Dunia Klasik membantu kami.
di Manchester. Terima kasih yang tidak terhingga
Azizul Hasni Awang aku tujukan kepada pegawai-pegawai
Oh, kisah itu masih segar-bugar yang bertungkus lumus menyelamatkan
dalam ingatan. Syukurlah berkat diriku dan peserta-peserta lain. Parut
doa saudara-mara, sahabat-handai pada betis akibat tusukan serpihan kayu
dan rakyat Malaysia, abang masih sepanjang 9 sentimeter kini menjadi
berdaya meneruskan perlumbaan. tanda kenangan dan akan sentiasa
bersemadi dalam ingatanku.
Zarul
Aku berasa sangat bersyukur.
Apakah sebab-musabab abang
Walaupun dalam keadaan kecederaan,
bangkit meneruskan perlumbaan
aku masih berjaya merangkul pingat
selepas kemalangan walaupun
gangsa. Kejayaan ini menghilangkan
dalam keadaan kaki incang-incut?
rasa bimbang dan gundah-gulana
Azizul Hasni Awang disebabkan kemalangan itu.
Semasa kejadian, abang langsung Aku juga berjaya membuktikan
tidak terasa akan kesakitannya. semangat “Malaysia Boleh”
Abang tidak menghiraukan suasana di hadapan jutaan penonton
kelam-kabut ketika itu. Tumpuan seluruh dunia.
abang hanya satu, iaitu mahu
meraih pingat untuk negara. Abang
tidak mahu menghampakan Aktiviti
harapan rakyat Malaysia.
• Membina ayat dengan kata
ganda berentak.
Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata ganda berentak dalam teks.
Murid membina ayat dengan menggunakan kata yang disenaraikan.
138 5.2.2 Murid membaca dan memahami bahan bukan sastera untuk memperkaya laras bahasa.
PK: Nilai Murni – Ketabahan Ilmu – Pendidikan Jasmani
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan luncuran
Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan
Sinar dalam Kegelapan
Zarul perlu menyiapkan tugasan tentang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia.
Dia hendak menulis tentang Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin
Md. Salleh. Dia bercadang untuk menjalankan sesi temu bual dengan balu
kepada Allahyarham, iaitu Yang Berbahagia Datin Hasnah binti Wahab.
Temu bual dengan Waris Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh
Assalamualaikum, Datin. Saya amat berbesar hati kerana Datin sudi berkongsi
cerita tentang Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh. Saya
kagum akan kesungguhan Allahyarham untuk membela masa hadapan
golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Sudah pasti segala jasa Allahyarham
akan dikenang oleh semua lapisan masyarakat.

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi mengetengahkan sumbangan


Allahyarham kepada masyarakat. Semasa hayatnya, Allahyarham tidak
pernah berputus asa untuk mengangkat martabat orang kurang upaya
supaya masa hadapan mereka terbela. Malahan, Allahyarham pernah
mengadakan satu kongres khas bagi mencari jalan untuk mengatasi pelbagai
masalah yang dihadapi oleh golongan OKU.

Bacaan Rencana dalam Majalah


Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh merupakan insan yang luar
biasa. Meskipun cacat penglihatan, beliau berotak cair dan terang hati. Beliau bijak
mengatur langkah kehidupannya sehingga berjaya melangkah ke menara gading.
Beliau mampu menyambung pengajian sehingga peringkat Sarjana dan Doktor
Falsafah dalam bidang ekonomi.
Beliau lantang menyuarakan buah fikiran tentang kedudukan ekonomi dan
sosioekonomi masyarakat Melayu. Sumbangan beliau banyak bersangkut paut
dengan golongan OKU. Bapa kepada enam orang cahaya mata ini melakar
sejarah sebagai Senator pertama daripada golongan OKU pada tahun
2007. Hasil usahanya, bilangan prasarana untuk golongan OKU semakin
meningkat, khususnya di tempat awam.
Semangat juang Allahyarham Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh
wajar dicontohi oleh generasi muda. Beliau telah membuktikan bahawa
kecacatan bukan alasan untuk tidak berjaya dalam kehidupan.

Aktiviti
• Membina ayat dengan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk
maksud kiasan.
Murid menyebut kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk yang mengandungi maksud kiasan.
Murid membina ayat dengan kata-kata tersebut.
5.2.3 Murid membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan bertumpu yang dikemukakan oleh guru. 139
PK: Nilai Murni – Kegigihan Ilmu – Jati diri
Strategi P & P: KB - Menganalisis BCB – Bacaan imbasan
20
Tema 7:
Negara yang Patriotisme dan
UNIT Kewarganegaraan
Kusayangi
Mendengar dan Bertutur
Cintai Malaysia

Murid-murid, tolong senyap


dan berikan perhatian
terhadap tayangan video ini. Harap cikgu dapat membantu
kami membuat persembahan
Baiklah, Hanis. Sila edarkan bicara berirama bersempena
skrip ini kepada semua yang dengan sambutan Bulan
terlibat. Minta mereka hafal dan Kemerdekaan nanti.
hayati skrip itu. Inilah caranya untuk kami
menunjukkan rasa sayang
kepada negara.

Terima kasih, cikgu. cikgu


tidak jemu untuk memberikan
tunjuk ajar kepada kami.

Skrip Bicara Berirama


Skrip Peranan
Mereka berkata ...
tak kenal, maka tak cinta. Ramai-ramai
Wah, cinta? Solo
Ya, cinta. Baris 1
Cintai agama Baris 2 (kanan)
Cintai bangsa Baris 2 (kiri)
Cintai sekolah Baris 3
Sama-sama. pastikan semua Oh, lagi? Solo
orang hafal skrip ini sebelum Cintai negara. Baris 1
menghadiri latihan esok. Tentu sekali! Baris 3 (kiri)
Kita cinta akan negara. Baris 3 (kanan)
Kita mencintai Malaysia. Ramai-ramai
Aktiviti
• Menyatakan permintaan secara bertatasusila.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menyatakan permintaan dengan menggunakan ayat yang gramatis serta bahasa badan yang
140 1.4.4 sesuai dalam situasi formal secara bertatasusila.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Kenegaraan dan Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Membaca
Program Bulan Kemerdekaan
Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos,
pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan oleh pihak sekolah. Hanis dan
Adrina tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan.
Hanis telah menyertai pertandingan mengarang sajak manakala
Adrina pula mengarang cerpen.
Aku Anak Merdeka
“Banyak benar jasa para pahlawan yan
Aku Anak Malaysia kerana mempertahankan negara kita,” kata Pak
g gugur
Halim
Aku anak Malaysia sam bil mer enu ng repl ika Tug u Keb ang saa
n yan g
Jiwaku merdeka dibuat oleh Zamri.
Hatiku membara Matanya kelihatan sayu kerana terkenan
g akan
Ingin kuangkat martabat perjuangan dirinya di perbatasan suatu ketika
dahulu.
Bumi pertiwi “Datuk berharap agar kamu tidak mensia-s
iakan
kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, cu,”
Aku anak Malaysia kata
Pak Halim kepada Zamri.
Takkan kutakut “Oh, datuk tidak perlu risau tentang itu! Sem
Takkan kugentar angat
juang datuk akan saya warisi,” kata Zamri den
Takkan kugusar gan
penuh semangat.
Takkan kumengalah Dia sering mendengar cerita datuknya
Demi bangsa tentang
kese ngs araa n hidu p raky at jela ta ketik a
Demi tanah air tercinta zam an
penjajahan dahulu. Cerita datuknya menimbu
lkan
Aku anak Malaysia kese dara n dala m diri Zam ri. Mes kipu n
han ya
Kutitipkan doa berusia sebelas tahun, dia sedar akan kewajipa
nnya
Moga negaraku seb aga i gen eras i mud a untu k mem pert aha
nka n
Terus terbela kemerdekaan negara.
Terus merdeka “Datuk, saya berjanji sebagai anak merdeka
, saya
Terus berjaya akan menghayati erti kemerdekaan melalui
amalan
Dulu, kini dan saya. Buat permulaan, saya akan menuntu
t ilmu
selama-lamanya setinggi mungkin. Ilmulah yang akan memban
tu saya
untuk mencurahkan khidmat terhadap agama,
bangsa
dan negara,” kata Zamri dengan bersemanga
t.
“Baguslah, cu. Mudah-mudahan akan seja
hteralah
neg ara kita sela ma- lam any a,” bala s Pak
Hali m
Aktiviti dengan perasaan bangga.

• Nyatakan persamaan idea yang terdapat dalam penulisan


kedua-dua teks.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menyatakan persamaan idea yang terdapat dalam hasil penulisan Hanis dan Adrina.
2.6.1 Murid membina dan menulis jawapan pemahaman untuk soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. 141
PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan intensif
Menulis

WUQ 3989

Sirih Pulang ke Gagang


Zarul berbual-bual dengan abangnya, Zahari, di dalam bilik. Zahari baru
menamatkan pengajian di negara Jepun. Zarul tertarik akan buku catatan
yang cantik di sebelah katil abangnya. Dia pun meminta kebenaran
abangnya untuk membaca buku catatan tersebut.

Khamis, 30 Julai 2015


Aku bersyukur kerana berjaya
menamatkan pengajian. Aku
rasanya hendak berjumpa tidak sabar-sabar
dengan ibu, ayah, adik-berad
dan sahabat handai di tanah ik, saudara-mara
air. Aku sungguh merindui sua
di kampung halaman. Aku rin sana aman damai
du akan bunyi kicauan bebu
lupa bunyi kokokan ayam jan rung. Aku juga tidak
tan pada waktu pagi.
Azamku hanya satu. Aku
mahu memanfaatkan ilmu ya
matahari terbit ini untuk mema ng ditimba di negara
jukan anak-anak bangsaku. Ak
membangunkan negaraku jika u yakin aku dapat
aku bersungguh-sungguh.
Ahad, 2 Ogos 2015
Aku amat teruja ketika kakik
u menuruni anak-anak tan
Benar kata pepatah, “hujan em gga pesawat MAS.
as di negeri orang, hujan batu
Walaupun berada lima tahun di negeri sendiri”.
di rantau orang, namun kasih
tetap pada bumi Malaysia. dan taat setiaku
Jalur Gemilang berkibar-
kibaran megah di sepanjan
menyambut kepulanganku. Ak g jalan, seolah-olah
u sedar bulan ini bulan Ogos,
negaraku. Bangunan-bangun bulan kemerdekaan
an pencakar langit serta ken
arus melambangkan kepesa deraan yang bertali
tan pembangunan di negarak
u.
Isnin, 17 Ogos 2015
Hatiku melonjak-lonjak gemb
ira. Aku berasa sungguh baha
untuk bekerja di sebuah sya gia. Permohonanku
rikat elektronik di ibu kota tela
kurealisasikan cita-citaku untuk h berjaya. Akan
berbakti kepada negara tercin
ta.

Aktiviti
• Menulis frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda
secara imlak.
Murid membaca dan mengenal pasti kata ganda yang terdapat dalam petikan.
Murid mengambil imlak frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai jenis kata ganda yang dibaca oleh
3.4.2 guru dengan ejaan dan tanda baca yang tepat.
142 Murid membaca bahan bukan sastera untuk meningkatkan daya fikir secara kritis.
PK: Nilai Murni – Hormat-menghormati Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Mendengar dengan cekap
Bercerita
Sewaktu sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolahnya, Zarul telah
mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita. Ceritanya berkisar
tentang seorang pak cik tua yang bernama Haji Bahari. Beliau
mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Pada setiap tahun Haji Bahari
tidak pernah ketinggalan untuk menyertai sambutan hari kemerdekaan.
Semangat Cinta akan Negara

Bunyi kokokan ayam mengejutkan sekumpulan kanak-kanak – mengekori


Haji Bahari. Beliau bingkas menyiapkan – hairan melihat – bersemangat
diri. Haji Bahari tidak mahu ketinggalan – Orang Kurang Upaya (OKU)
menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan.

Aktiviti
• Mengujarkancerita menggunakan bahasa yang indah untuk
menyampaikan idea dengan bahasa badan yang kreatif.
Murid meneliti dan memahami gambar dan maklumat.
Murid mengujarkan cerita berpandukan gambar.
4.2.2 Murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk imaginatif dengan kreatif berpandukan gambar. 143
PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Kesusasteraan
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Verbal-linguistik
Ayat Cakap Ajuk dan Ayat Cakap Pindah
Berkhidmat demi Negara
Lawatan ke Muzium Tentera Darat
Ketibaan Hanis dan rombongan sekolahnya ke Muzium Tentera Darat,
Bandar Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, disambut mesra oleh
Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib bin Hussein, anggota yang bertugas
pada hari itu.
“Selamat datang ke Muzium Tentera Darat,” kata Pegawai Waran Dua
Abdul Mutalib. Hanis dan rakan-rakannya serta guru pengiring mereka
menyambut mesra sapaan itu.
Pegawai Waran Dua Abdul Mutalib memberitahu bahawa beliau
akan menjadi jurupandu kepada rombongan mereka pada hari itu. Beliau
pun mengiringi mereka melihat pameran dari satu galeri ke satu galeri
di Muzium Tentera Darat.
Ketika di Galeri Sumbangan Tentera Darat, Hanis terpegun apabila
melihat gambar-gambar kejayaan Tentera Darat Malaysia di dalam dan
di luar negara.
Adakah anggota tentera darat turut
berkhidmat di luar negara, tuan?

Ya, betul. Anggota Tentera Darat Malaysia


terlibat dengan pelbagai misi pengaman
dan pemerhati di luar negara.
Menurut PWD Abdul Mutalib, misi pengaman dan pemerhati Kontinjen
Tentera Darat Malaysia telah sampai ke beberapa buah negara seperti
di Congo, Kemboja, Somalia, Bosnia Herzegovina dan Lubnan.
“Wah, hebatnya!” Hanis dan rakan-rakannya berkata serentak sambil
bertepuk tangan.
Hanis dan rakan-rakannya diberitahu oleh PWD Abdul Mutalib
bahawa Tentera Darat Malaysia mempunyai imej yang tinggi di mata
dunia. Menurutnya lagi, pasukan mereka sering menjadi contoh,
khususnya dalam kalangan Negara-negara Dunia Ketiga.

144
Berkongsi Pengalaman
“Kami mendapat banyak maklumat tentang peranan Tentera Darat
Malaysia terhadap keselamatan dan pembangunan negara,” kata Adrina
kepada Izara yang tidak dapat mengikuti rombongan mereka ke Muzium
Tentera Darat, Bandar Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dia berkata bahawa melalui penjelasan jurupandu yang bertugas,
barulah mereka sedar bahawa peranan anggota tentera darat bukan
sekadar di medan peperangan sahaja tetapi juga dalam aktiviti
kemasyarakatan.
Jurupandu MTD di situ memberitahu kami bahawa
terdapat beberapa kor dalam Tentera Darat Malaysia. Apakah maksud kor itu?

Kor ialah pasukan-pasukan utama dalam Tentera Darat Malaysia yang berfungsi
mengikut peranan masing-masing. Antara kor itu ialah Kor Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD), Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Kor Kesihatan Diraja (KKD).
Seterusnya, Hanis menerangkan bahawa Kor Kesihatan Diraja
menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti untuk
seluruh warga angkatan tentera. Mereka juga diberitahu bahawa kor ini
turut terlibat dalam misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan bantuan
kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.
“Wah, menarik sungguh menjadi anggota angkatan tentera! Kalau
begitu, saya mahu menjadi anggota tentera darat apabila saya dewasa
nanti,” kata Izara yang tertarik akan penjelasan rakan-rakannya.
“Bolehlah saya menyumbangkan khidmat bakti kepada agama,
bangsa dan negara,” kata Izara dengan penuh semangat.

Aktiviti
• Membina ayat cakap ajuk dan ayat cakap pindah dengan betul.
Murid membina ayat cakap ajuk berdasarkan ayat cakap pindah yang terdapat dalam teks.
Murid membina ayat cakap pindah berdasarkan ayat cakap ajuk yang terdapat dalam teks.
5.3.2 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat dalam teks untuk membuat ulasan 145
tentang peranan Tentera Darat Malaysia.
PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan
21
Tema 7:
Tanggungjawab Patriotisme dan
UNIT Kita Kewarganegaraan

Mendengar dan Bertutur


Tahun Melawat Malaysia

Cikgu, kawan baik


ayah saya dari
Jepun akan melawat Baguslah, Izara.
Malaysia pada Lagipun, tahun ini
minggu hadapan. ialah Tahun Melawat
Malaysia. Tahukah
kamu bahawa kita
Ya, cikgu. Kita harus perlu bersama-sama
mempamerkan sikap menjayakan Tahun
yang baik kepada para Melawat Malaysia ini?
pelancong.

layanan mesra bersopan santun

menjaga kebersihan

Aktiviti
• Bercerita berdasarkan gambar dan rangkai kata.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid bercerita tentang peranan mereka untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia.
146 1.5.1 Murid membina ayat dengan kata kerja transitif aktif yang terdapat dalam teks.
AT: Membuat buku skrap tentang destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia.
KP: Nilai Murni – Hemah Tinggi Ilmu – Pelancongan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Mendengar dan Bertutur
Kenali Kelantan Darul Naim
Sahabat pena Hanis, Dayang Yasmin dari Brunei, ingin mengunjungi
negeri Kelantan Darul Naim. Hanis rasa bertanggungjawab untuk
memperkenalkan keindahan negeri Kelantan kepada sahabat penanya
itu. Dia pun mengirimi sahabatnya itu beberapa keping gambar tentang
keindahan negeri Kelantan.

– perusahaan batik – Pasar Besar


– melestarikan Siti Khadijah,
warisan budaya Kota Bharu
– memasarkan hasil
tempatan

– Masjid Jubli Perak


Sultan Ismail Petra,
Rantau Panjang
– tunjang kerohanian

– Istana Jahar Muzium Adat Istiadat


Diraja Negeri Kelantan, Kota Bharu
– memperkenalkan sejarah – Pantai Irama, Bachok
kesultanan negeri Kelantan – pasir pantai memutih
– kebersihan terpelihara
Aktiviti
• Menceritakan perkara yang dialami berpandukan gambar dan frasa.
Murid meneliti dan memahami gambar dan frasa.
Murid menceritakan pengalaman melawat negeri Kelantan.
1.5.2 Murid menghasilkan penulisan kreatif berbentuk deskriptif dengan betul.
AT: Membuat buku skrap tentang industri pelancongan di Malaysia. 147
PK: Nilai Murni – Menghargai Ilmu – Geografi
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kontekstual – Mengalami KP – Verbal-linguistik
Membaca
Hobi Hanis mengemaskinikan blognya di Internet yang diberikan nama
“Blog Suara Hati Hanis”. Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Hanis
telah memuatnaikkan satu esei, hasil karyanya.

Selamat datang ke Blog


Suara Hati Hanis
Aku Anak Malaysia
Sabtu, 1 Ogos 2015
Negaraku, Malaysia
Beberapa hari lagi, 31 Ogos 2015 bakal menjelang, menandakan sudah 58 tahun
negaraku merdeka. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang
aman damai.
Terima kasih aku ucapkan khusus kepada para pemimpin negara yang
terdahulu kerana kesungguhan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan negara
kita. Selain itu, terima kasih juga kepada pemimpin kini. Pembangunan negara pada
hari ini berkat usaha mereka. Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah
berpadu tenaga untuk menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh
para pemimpin.

Pengisian kemerdekaan negara sesungguhnya bergantung pada keharmonian,


keamanan, keselamatan dan kedaulatan tanah air. Oleh itu, sebagai rakyat yang
cinta akan negara, kita mesti bersatu padu tanpa mengira agama dan keturunan. Hal
ini berlaku kerana permuafakatan dan perpaduan menjadi landasan muhibah dan
kedamaian nasional.
Malaysia negara berdaulat merupakan lambang keutuhan semua rakyat.
Di sinilah tempat tumpah darah kita. Kata pepatah, “di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung”. Apakah yang harus kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada
negara? Tepuk dada, tanyalah selera.
Akhir kata, Malaysia ialah milik dan tanggungjawab kita bersama. Kitalah yang
akan menentukan hala tuju negara kita. Oleh yang demikian, marilah kita bersatu hati
memacu negara ke arah kecemerlangan.

148
Onita, sahabat Hanis yang berada di Sandakan, Sabah sentiasa mengikuti
perkembangan blog Hanis. Setelah membaca blog Hanis, dia terus
menghubungi Hanis melalui perisian Viber dalam talian telefonnya.

< Onita
dalam Talian 25-08-2015

Tahniah! Isi blog kamu sungguh menarik.

Terima kasih. Semoga suara hati saya dapat


memberikan kesedaran kepada warga Malaysia
tentang tanggungjawab masing-masing untuk
mempertahankan kedaulatan negara.

Jika semua rakyat Malaysia berfikiran seperti


kamu, tentu negara kita akan kekal aman
dan harmoni.

Yang penting, kita sebagai masyarakat


majmuk mesti bersatu padu.

Betul tu. Banyak faedahnya jika kita bersatu


padu. Kita dapat bersama-sama membangunkan
negara demi kesejahteraan semua.

Yang penting, negara kita tidak akan dipandang


rendah oleh negara-negara maju yang lain.
Maaf ya, saya hendak ke sekolah untuk latihan
Ambang Merdeka.

Baiklah, Hanis. Selamat menjalani latihan.


Salam kemerdekaan.

Hantar

Aktiviti
• Membaca dan menyatakan maksud teks yang dibaca.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid mencari makna rangkai kata yang dicetak berwarna.
2.6.2 Murid membina ayat dengan kata adjektif yang terdapat dalam teks. 149
PK: Nilai Murni – Patriotisme Ilmu – Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Menaakul BCB – Bacaan intensif
Menulis
PERMOHONAN KAD PENGENALAN (MYKAD) KANAK-KANAK 12 TAHUN
WARGANEGARA
SYARAT PERMOHONAN
• Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun.
• Pemohon mestilah hadir bersama-sama dengan:
- ibu atau bapa; atau
- penjaga (penjaga ialah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa
saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun)

Izara dan ayah serta kakaknya, Edora, pergi ke Jabatan Pendaftaran


Ipoh. Ayah Izara membimbing Edora tentang tatacara membuat
kad pengenalan atau MyKad.
1 2 3

mengambil melengkapkan menunggu angka


angka giliran borang pendaftaran gilirannya dipanggil
4 5 6

memindahkan dan mengimbas cap jari mengambil gambar


mengesahkan maklumat
Setelah selesai semua urusan, Encik Zahid berkata kepada Edora,
“Kamu mesti menjaga MyKad kamu dengan baik. Kad itu penting
untuk pelbagai urusan kelak.”
“Ya, ayah. Saya akan ingat pesanan ayah dan menjaga MyKad
saya dengan baik,” jawab Edora dengan penuh perasaan tanggungjawab.

Aktiviti
• Mencatat maklumat yang betul mengikut urutan berpandukan gambar
dan frasa.
Murid membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam bahan grafik.
Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan berdasarkan gambar dan frasa.
150 3.5.2 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk
membuat ulasan yang betul.
PK: Nilai Murni – Bertanggungjawab Ilmu – Kewarganegaraan
Strategi P & P: KB – Membuat urutan Kontekstual – Memindahkan maklumat
Kata Nama Tak Hidup Bukan Institusi Abstrak dan
Penjodoh Bilangan
Bandar Diraja Johor
Hanis dan dua orang rakannya berada di sebuah meja bulat di perpustakaan.
Di hadapan mereka terdapat sebuah komputer riba, beberapa helai kertas dan
beberapa naskhah buku rujukan. Mereka hendak mencari maklumat tentang Bandar
Diraja Johor, iaitu Muar. Maklumat itu bagi membantu mereka membuat slaid tentang
Bandar Diraja Muar.

Bandar Diraja Tempat-tempat Menarik


• Bandar Diraja Johor ialah Muar Dataran Tanjung Emas
• Asal usul nama Muar daripada • Mercu tanda bandar Muar
perkataan ‘Muara’, iaitu, kuala • Terletak di persisiran Sungai Muar
sungai kerana petempatan
awalnya di muara Sungai Muar Bangunan Sultan Abu Bakar
• Bandar ini dinamakan • Pusat pentadbiran daerah Muar
Bandar Maharani bersempena • Mempunyai reka bentuk yang
dengan kehadiran permaisuri menarik
Sultan Abu Bakar ke upacara
perasmian bandar Muar pada Masjid Sultan Ismail II
tahun 1887. Pada ketika itu, • Seni bina Inggeris
sultan menggunakan gelaran • Kedudukannya bertentangan
Maharaja. dengan Masjid Jamik Sultan Ibrahim
di seberang sungai

Hanis dan rakan-rakannya meneliti beberapa keping slaid menggunakan komputer.


“Hanis, kita harus memasukkan maklumat tentang raja yang menjadi lambang
perpaduan rakyat berbilang kaum di negara kita dalam persembahan slaid kita,”
kata Adrina.
“Ya, saya setuju, Adrina. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, kita mesti
menyayangi dan menghormati raja kita,” jawab Hanis.
Mereka meneruskan perbincangan. Mereka menambahkan beberapa keping
slaid dan baris ayat tentang peranan raja sebagai ketua agama serta ketua adat
istiadat negeri.

Aktiviti
• Menyenaraikan dan membina ayat dengan kata nama am tak
hidup bukan institusi abstrak serta penjodoh bilangan yang terdapat
dalam teks.
Murid membaca dan menyenaraikan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan
yang terdapat dalam teks.
5.1.1 Murid membina ayat dengan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak serta penjodoh bilangan tersebut.
Murid bercerita tentang bandar diraja dengan tepat.
AT: Murid menyediakan slaid tentang bandar diraja yang lain. 151
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Geografi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Bacaan luncuran
Kata Nama Khas Hidup Manusia dengan Nama Panggilan
atau Gelaran
Ilmu Tidak Mengenal Usia
Selamat sejahtera daripada saya dari Kampung Parit Baru,
Sabak Bernam, Selangor. Apa khabar, Hanis?

Selamat sejahtera, Zarul. Saya sihat-sihat sahaja. Kampung


datuk kamu sudah ada capaian Internet?

Ya. Penduduk kampung di sini amat bertuah. Menurut ketua kampung,


Tuan Haji Kamal bin Haji Hasan, orang kampung mendapat kemudahan
itu atas usaha wakil rakyat, Yang Berhormat Datuk Seri Raja Hasan bin
Raja Basir. Beliaulah yang mengetengahkan Kampung Parit Baru ini
untuk Program Kampung Tanpa Wayar.

Seingat saya, program itu untuk mewujudkan lebih ramai generasi


digital atau penduduk celik komputer.

Betul. Masyarakat celik komputer penting bagi membantu pembangunan


negara kita agar seiring dengan negara maju yang lain.

Sebab itulah kerajaan mewujudkan pelbagai kemudahan untuk orang


ramai mempelajari teknologi maklumat. Pak Long, Pak Ngah dan
Mak Ngah saya pun sedang giat menimba ilmu komputer di Pusat
Internet Desa. Banyak pengetahuan baharu yang diperoleh oleh
mereka daripada Cik Aida, tenaga pengajar di pusat itu.

Kita pun harus meningkatkan ilmu kita. Jangan pula kita gunakan
kemudahan Internet untuk permainan video dan hiburan semata-mata.

Saya setuju. Minggu hadapan, kita berjumpa dengan Puan Hajah Esah,
guru penasihat Kelab Komputer untuk mendaftarkan nama sebagai
anggota kelab komputer di sekolah.

Aktiviti
• Membina ayat dengan menggunakan kata nama khas hidup manusia
dengan nama panggilan atau gelaran.
Murid mengenal pasti kata nama khas hidup manusia dan nama panggilan atau gelaran yang terdapat
dalam teks dialog.
5.1.2 Murid membina ayat menggunakan kata nama khas hidup manusia.
152 Murid membaca teks yang mengandungi pelbagai ragam ayat.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal
Penilaian 7

A. Teliti gambar di bawah.

 
  Tahun 2009  
Tahun 2008 Rakyat Didahulukan, Tahun 2010
Tahun 2007 Perpaduan Teras Pencapaian 1 Malaysia:
Malaysiaku Gemilang Kejayaan Diutamakan Menjana Transformasi

 
Transformasi Berjaya
Rakyat Sejahtera  
Tahun 2011   Tahun 2013 Tahun 2014
1 Malaysia: Tahun 2012 Malaysiaku Berdaulat: Malaysia...
Transformasi Berjaya Janji Ditepati Tanah Tumpah Di Sini Lahirnya
Rakyat Sejahtera Darahku Sebuah Cinta

Aktiviti

1. Menceritakan persiapan yang dilakukan untuk menyambut


Hari Kemerdekaan dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
menggunakan ayat yang mengandungi laras bahasa yang sesuai.
2. Membina kata ganda yang sesuai berpandukan gambar.
3. Membina ayat dengan kata ganda tersebut.

153
B. Baca dan fahami.

Negara Milik Kita


Malaysia
Bumi bertuah
Tanah air tumpahnya darahku
Akan kucintai selamanya
Selagi hayat dikandung badan
Terima kasih, wahai pemimpin
Berkat jasamu
Negaraku terus maju
Di kota juga di desa
Di bawah naungan Raja berdaulat
Malaysia
Harum mengukir nama
Pelbagai bidang kitalah juara
Tentera kita bersama
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Mendamaikan negara bersengketa
Sejarah lama jadi panduan
Tatkala negara dibelenggu
Derita rakyat biarlah jadi kenangan
Ayuh, kita kuatkan tekad
Bersatu membangunkan pertiwi
Negara kita milik bersama

Aktiviti
1. Menyatakan maksud frasa yang berwarna.
2. Membincangkan maksud setiap rangkap sajak dan grafik.
3. Menulis sajak dalam bentuk prosa.

154
TEMA 8 Ekonomi Malaysia
Ekonomi
Malaysia

Perniagaan Usahawan Bijak Mengurus


di Malaysia Berjaya Wang

OH
NT
CO

Murid meneliti dan berbincang tentang gambar dengan rakan.


155
UNIT 22 Perniagaan
di Malaysia
Tema 8:
Ekonomi Malaysia

Mendengar dan Bertutur


Perniagaan dalam Talian

Perniagaan dalam Talian


• jualan barangan melalui Internet
• pembayaran secara perbankan Internet
• mudah dan menjimatkan masa
• harga lebih murah
• barangan ada jaminan
• barangan yang dibeli mungkin tidak
sama dengan barangan yang diiklankan
Wah, cantiknya baju
kamu! Di manakah kamu
membelinya, Zarul?
Terima kasih, Azam.
Ayah saya membeli
Apakah maksud
baju ini melalui
pembelian dalam
pembelian dalam talian.
talian dan
kelebihannya?

Aktiviti
• Menceritakan maklumat dengan tepat tentang perniagaan dalam talian.
Murid meneliti dan memahami maklumat.
Murid menceritakan perniagaan dalam talian.
1.5.2 Murid mencatatkan maklumat yang betul mengikut urutan.
156 AT:Murid mencari maklumat tambahan berkaitan dengan perniagaan dalam talian menggunakan Internet.
PK: Nilai Murni – Kesederhanaan Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Verbal-linguistik
Membaca
Kecemerlangan Perniagaan
Ayah Zarul, Encik Yahaya, telah menghadiri
Bengkel Kecemerlangan Perniagaan. Beliau
memberikan majalah yang diperoleh semasa
bengkel tersebut kepada Zarul. Beliau juga
memperdengarkan rakaman ucapan semasa
bengkel tersebut kepada Zarul.
Wartawan : Ba
gaimanakah e
nci
mengembangka k
n
perniagaan pa
Encik Zubir : U ka ian? Hadirin yang saya kasihi,
ntuk mengemb
angkan
perniagaan, sa Perniagaan merupakan bidang yang
ya
menggunakan saya minati sejak di prauniversiti lagi.
kemudahan
multimedia sep Semasa menjadi mahasiswa, saya
Wartawan : Ba e rti Internet.
gaimanakah e mula berjinak-jinak dalam bidang ini.
ncik
menjanakan p Saya mengikuti pelbagai program
endapatan
sehingga men perniagaan yang telah dianjurkan
dapat
keuntungan be di kampus.
rlipat ganda
dalam masa y Saya bukanlah sesiapa. Demi
Encik Zubir : Sa ang singkat?
ya mengamalk mengejar cita-cita untuk bergelar
an tatacara
perniagaan ya jutawan, saya memberanikan diri
ng berhemah.
Selain itu, bara untuk menceburi bidang perniagaan
ngan perlulah
berkualiti. Tata dalam talian ini. Ternyata pilihan
susila dalam
perhubungan ju saya tidak salah.
ga perlu kita
jaga agar pela Hadirin yang budiman,
nggan berasa
selesa apabila
berurusan Untuk menjadi usahawan yang
dengan kita.
berjaya, kita tidak boleh bersikap
antikemajuan. Sikap berani mencuba
Ayat : Saya menggunakan kemudahan dan tidak berputus asa merupakan
multimedia seperti Internet. prasyarat untuk berjaya.
Maksud: Saya menggunakan kemudahan
pelbagai media seperti Internet .
Aktiviti
• Nyatakan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan
pinjaman.
• Jelaskan cara untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Murid membaca dan mengenal pasti ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman.
Murid menyatakan maksud ayat yang mengandungi perkataan berimbuhan pinjaman.
2.2.3 Murid menjawab soalan pemahaman yang dikemukakan oleh guru. 157
PK: Nilai Murni – Keberanian Ilmu – Keusahawanan
Strategi P & P: KB – Menaakul BCB – Bacaan imbasan dan luncuran
Menulis
Beli Barangan Buatan Malaysia
Murid Tahun 5 Pintar telah diminta oleh Cikgu Nawawi berkongsi maklumat
tentang kepentingan membeli barangan buatan Malaysia berdasarkan slaid
yang dipaparkan.

Kempen Belilah Barangan Buatan


Malaysia merupakan langkah kerajaan
bagi membangunkan ekonomi negara.
Terdapat pelbagai barangan buatan
Malaysia seperti makanan, perhiasan
dan peralatan elektrik.

RM 80.00
Perbezaan Harga
RM 40.00
- menjimatkan perbelanjaan
- harga lebih murah
- barangan berkualiti
baju-T import baju-T tempatan

Peningkatan Ekonomi
- memajukan industri tempatan
- meningkatkan pengeluaran
- memenuhi permintaan

Peningkatan Taraf Kehidupan


- mewujudkan peluang pekerjaan
- menjanakan pendapatan
- mengurangkan kadar kemiskinan

BELI BARANGAN MALAYSIA


Peranan Kerajaan
- menyokong usaha kerajaan
- meningkatkan ekonomi negara
- kebanggaan kita
BUATAN MALAYSIA
PILIHAN BIJAK

Aktiviti
• Menulis karangan berdasarkan bahan yang diberikan untuk
menyampaikan maklumat.
Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.
Murid menulis karangan untuk menyampaikan maklumat berdasarkan maklumat di atas.
158 3.6.1 Murid membaca maklumat yang ditulis.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Kemahiran Hidup
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Mengujarkan Dialog
Laut Penjana Ekonomi
Cikgu Nawawi meminta Zarul, Yu Jin dan Kumar untuk mengujarkan dialog
yang diberikan sewaktu pengajarannya.

Si Penyu : Wah, cantik dan bersihnya kawasan ini!


(dengan nada teruja)
Si Batu Karang : Hai, Si Penyu! Bilakah kamu sampai?
Si Penyu : Baru sebentar. Sudah lama saya tinggalkan tempat ini. Nampaknya
keadaan di sini semakin indah.
Si Batu Karang : Sejak menjadi Taman Laut Purnama, keadaan semula jadi
di sini terus terpelihara. Pelancong yang datang juga terpegun
akan keindahan tempat kita. Badan aku ini pun dibelai, dijaga dan
tidak lagi dipatah-patahkan sesuka hati.
Si Udang : Bukan itu sahaja, Si Penyu. Ada yang sanggup menyumbangkan
tukun untuk pembiakan sumber makanan kita. Kamu ajaklah
kawan-kawan kamu dari seluruh dunia datang ke sini. Tentu mereka
teruja menikmati keindahan taman laut kita ini.
Si Kuda Laut : Kehadiran pelancong juga akan bertambah kerana terdapatnya
spesies akuatik yang pelbagai.
(Si Batu Karang mengangguk-anggukkan kepalanya)
Si Batu Karang : Lagi ramai yang datang berkunjung ke tempat kita, lagi baik. Hal ini
dapat meningkatkan pendapatan taman ini. Tempat kita ini akan
dapat dimajukan dan diselenggarakan dengan baik.
Si Penyu : Aku rasa bertuah kerana masih berpeluang untuk kembali ke sini
dan merasai kemakmuran yang ada. Aku amat berharap agar
tempat kita ini semakin maju dan makmur.
Si Batu Karang : Kalau begitu, ayuhlah kita menjaga
khazanah yang ada ini, agar kekal
untuk generasi akan datang.

Aktiviti
• Mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul melalui lakonan.

Murid membaca dan memahami dialog.


Murid mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dalam lakonan.
4.3.1 PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Keusahawanan 159
Strategi P & P: KB – Membuat gambaran mental KP – Interpersonal
Kata Ganti Nama Diri Tanya
Zarul berbual dengan rakannya Azam tentang brosur yang diberikan
oleh abangnya.
Agropelancongan Pengangkutan
Pakej Percutian Agro Batu Papan - bas
Gua Musang, Kelantan - kereta sewa
Aktiviti Bayaran
- lawatan - ke kebun buah-buahan Jeli 20 orang – RM60.00 seorang
- ke ladang getah 30 orang – RM55.00 seorang
- ke Gua Madu 40 orang – RM45.00 seorang
- pertunjukan persembahan
- dikir barat
- sukaneka dan riadah
di Sungai Batu Papan
- memancing
- berkayak
Kemudahan
- penginapan
- minuman pagi dan kudapan
- makan tengah hari
- masakan Kelantan
- peralatan untuk beriadah disediakan

Zarul, agropelancongan
itu apa? Seingat saya, agropelancongan itu
ialah pelancongan yang menawarkan
Oh, begitu! Kamu pelbagai aktiviti berdasarkan
terima brosur ini sosiobudaya dalam pertanian.
daripada siapa?
Brosur ini saya terima
Aktiviti yang paling kamu gemari, daripada abang saya.
yang mana Zarul?
Aktiviti lawatan ke kebun buah-buahan
yang paling saya gemari. Kamu pula
pilih yang mana?
Aktiviti
• Membina ayat dengan menggunakan kata ganti nama diri tanya
mengikut konteks yang betul.
Murid membina ayat menggunakan kata ganti nama diri tanya.
Murid membaca dan memahami dialog.
160 5.1.3 PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Geografi
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan intensif
Kata Kerja Aktif Transitif
Perkhidmatan Dobi Layan Diri
Zarul mengikut ayahnya pergi ke kedai dobi untuk mencuci pakaian semasa
ketiadaan ibunya. Kedai dobi tersebut beroperasi 24 jam. Kedai tersebut
baru dibuka dua bulan yang lalu.
Zarul melihat banyak mesin basuh di situ.
Mesin pengering pakaian dan mesin sabun juga
disediakan bagi pengguna yang tidak membawa
sabun pencuci. Selain itu, terdapat juga mesin
penukaran wang syiling untuk memudahkan
pengguna menggunakan perkhidmatan yang
disediakan. Perkhidmatan wi-fi percuma juga
disediakan.
Beberapa keping wang syiling yang berjumlah
RM6.00 dimasukkan oleh ayah Zarul untuk cucian
biasa bagi mesin basuh 14 kilogram. Kemudian, Zarul
membantu ayahnya memasukkan pakaian ke dalam
mesin tersebut.
“Ayah, tentu tuan punya kedai ini memperoleh
keuntungan yang lumayan. Zarul lihat banyak orang
yang menggunakan perkhidmatan ini,” kata Zarul.
“Benar, Zarul. Perkhidmatan yang disediakan
di sini sememangnya memuaskan hati pelanggan.
Tuan punya kedai ini pun seorang yang sentiasa berusaha
untuk mencari peluang bagi mengembangkan
perniagaannya. Kedai dobi ini merupakan kedai
dobi pertama di kawasan kita yang menjalankan
perkhidmatan layan diri,” kata ayah Zarul lagi.

Aktiviti

• Membaca dan membina ayat menggunakan


kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif yang
terdapat dalam teks.

Murid membaca dan mengenal pasti kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
Murid membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
5.1.4 Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan
161
predikat secara mekanis dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Sains dan Teknologi
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan
UNIT 23 Keusahawanan
Tema 8:
Ekonomi Malaysia

Mendengar dan Bertutur


Usahawan Cemerlang
Izara memperoleh maklumat tentang Tokoh Usahawan Muda Berjaya
2011, iaitu Dato’ Wan Mohammad Sani bin Dato’ Salleh daripada majalah.
Dia berkongsi maklumat tersebut dengan Zarul.

Nama : Dato’ Wan Mohammad Sani bin Dato’ Salleh


Lahir : 24 Januari 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu
Pendidikan : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
Jawatan : Pengarah Urusan Kumpulan Sani United Berhad.
Pencapaian : Anugerah Usahawan Berjaya Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April 2009)
dan Tokoh Usahawan Muda Berjaya 2011
oleh Persatuan Perdagangan dan Pengusaha Melayu Malaysia
(Perdasama).
Kejayaan : Sikap berani mencuba dan sentiasa bersedia untuk belajar serta gigih
melakukan sesuatu membuat beliau berjaya;
– memiliki 31 buah bas dua tingkat yang eksklusif.
– memiliki wisma sendiri yang bernilai lebih tujuh juta ringgit dan
mempunyai 300 orang kakitangan.
– mempunyai perniagaan perhotelan di Kuala Lumpur.

Wah, hebatnya! Dalam usia


yang masih muda beliau Itulah yang dikatakan,
telah dinobatkan sebagai “berakit-rakit ke hulu
Usahawan Berjaya. berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu
Izara, apakah rahsia bersenang-senang kemudian”.
kejayaan Dato’ Sani?

Aktiviti
• Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat
berdasarkan bahan yang dibaca secara bertatasusila.
Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat daripada teks.
Murid membaca dan mencari maklumat yang terdapat dalam teks.
162 1.6.1 Murid mencatat maklumat yang betul mengikut urutan daripada pelbagai sumber.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Perniagaan
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea BCB – Perbincangan
Membaca
Usahawan Gigih
http://www.mohdshahdasin.com

Usahawan Nanas Berjaya


Kata pepatah, “Berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya”. Itulah yang dilakukan oleh
Encik Mohd Shah bin Dasin, usahawan nanas yang berjaya di Johor. Beliau mengusahakan
tanaman nanas jenis Moris dan Josapine.
Pada awalnya usaha Mohd Shah menanam nanas hanyalah sekadar hobi. Beliau
mengusahakan tanah milik kedua-dua ibu bapanya yang seluas dua ekar secara
sambilan sahaja.
Beliau mendapat idea untuk mengusahakan tanaman nanas Moris dan Josapine
secara komersial apabila mendapati tiada pengusaha di kampungnya yang berbuat
demikian. Tanah milik beberapa orang penduduk kampung telah disewa untuk
merealisasikan impiannya. Hasratnya hanya satu, iaitu menjadi peladang nanas jenis
baharu yang terawal, yang berjaya di kampungnya.
Pada peringkat awal, hasrat Mohd Shah untuk mengusahakan nanas secara
besar-besaran diragui oleh banyak pihak. Berkat kegigihan dan keazaman yang tinggi,
beliau berjaya mengusahakan tanaman nanas seluas 20 hektar.
Kejayaan demi kejayaan terus dicapai oleh beliau. Kini, Mohd Shah telah
mempelbagaikan kegiatan dalam kerjayanya dengan menceburi bidang penternakan
lembu dan penanaman pokok pisang.

Penternak Jaya Wanita


Hasil kerja keras selama lima tahun kini membuahkan hasil. Puan Ruziah binti Ralimun
telah menerima anugerah Penternak Jaya Wanita dalam kategori baka lembu bersempena
dengan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Perak. Kejayaannya ini
membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu menjadi penternak yang berjaya.
Dengan bermodalkan RM3 000.00, Puan Ruziah memulakan usahanya menternak
tiga ekor lembu dan tiga ekor kambing di kawasan rumahnya. Impian beliau untuk menjadi
penternak yang berjaya telah membuatkan beliau berusaha gigih untuk menambahkan
jumlah ternakan yang sedia ada.
Anak kedua daripada lapan orang adik-beradik ini telah bertekad untuk berusaha
bersungguh-sungguh tanpa mengira penat lelah untuk terus berjaya dalam kerjayanya.
Kini, beliau mempunyai lebih seratus ekor lembu dan kambing di kawasan seluas
0.4 hektar yang dimilikinya sendiri.

Aktiviti
• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
Murid membaca dan mengenal pasti pelbagai ragam ayat dalam teks.
Murid mendengar, menyebut dan memahami pelbagai ragam ayat.
2.3.1 AT: Murid membuat perbandingan antara penternak dan petani berjaya menggunakan peta buih berganda. 163
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Keusahawanan
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Bacaan imbasan
Menulis
Perkhidmatan Penyajian Makanan
Puan Sarinah binti Hussin ialah ibu saudara Zarul. Beliau pengusaha
katering. Zarul dan keluarganya telah diundang ke Majlis Sambutan
Ulang Tahun Kesepuluh syarikatnya. Pada malam itu, Puan Sarinah telah
ditemu ramah oleh wartawan tentang kemajuan perniagaannya.

i n g S a r inah,
Kater , Taman
Jaya
/1
, Jalan 32 Kelantan.
N o . 2 1 4
ru,
Kota Bha 4118765
16030 9-
0 1 4 - 91 87655, 0 a kanan un
tuk:
pa h a n m
atan tem angan,
Perkhidm rkahwinan, pertun
pe in.
• Majlis m a jl is-majlis la , lori, van,
d a n i, meja
tahlil ah, kerus
• Se w a k h e m
e la m in , andaman
p
g-barang ompang.
baran n dan kumpulan k
nti
penga

Wartawan : Selamat sejahtera, puan. Sejak bilakah puan mula berkecimpung


dalam perniagaan perkhidmatan penyajian makanan ini?
Puan Sarinah : Selamat sejahtera. Saya mula melibatkan diri dalam perniagaan ini
sejak 10 tahun yang lalu. Pada mulanya memang sukar, namun bak
kata pepatah, “alah bisa tegal biasa”.
Wartawan : Puan, apakah faktor yang menyebabkan puan melibatkan diri dalam
perniagaan penyajian makanan?
Puan Sarinah : Dorongan daripada keluarga dan teman-teman yang menyebabkan
saya melibatkan diri dalam bidang ini. Pada awalnya, saya berniaga
secara sambilan di rumah dengan mengambil tempahan daripada
rakan-rakan sahaja. Namun lama-kelamaan, tempahan semakin
banyak dan memerlukan saya mengambil pekerja. Pepatah orang
tua-tua ada mengatakan, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya”. Atas sebab inilah saya membuka syarikat penyajian
makanan ini.

164
Wartawan : Sepanjang 10 tahun ini, puan tentu pernah mengalami pengalaman
pahit maung sebagai seorang usahawan penyajian makanan.
Bolehkah puan berkongsi pengalaman itu bersama-sama
dengan kami?
Puan Sarinah : Pengalaman pahit maung dalam perniagaan itu sememangnya
lumrah. Oleh sebab itu, sebagai pengusaha, kita perlu sentiasa
berhati-hati.
Wartawan : Oh, begitu! Bolehkah puan kongsikan rahsia kejayaan puan dalam
bidang penyajian makanan untuk dijadikan panduan bagi bakal
usahawan yang ingin menceburi bidang ini?
Puan Sarinah : Dalam dunia perniagaan ada banyak cabarannya. Untuk menjadi
usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah bersedia dari segi
mental dan fizikal serta berani menghadapi kesusahan.
Wartawan : Selain kesediaan mental dan fizikal, apakah lagi ciri yang perlu ada
pada seorang usahawan?
Puan Sarinah : Sebagai usahawan kita tidak boleh mudah berputus asa jika ingin
berjaya. Kita juga perlulah berani bertindak dan perlu pandai mencari
peluang untuk meningkatkan perniagaan. Pengusaha juga seharusnya
mempunyai sikap bertolak ansur dan sentiasa mendahulukan
pelanggan. Kita perlu sentiasa beringat bahawa tanpa pelanggan,
perniagaan kita tidak bermakna.
Wartawan : Terima kasih, puan, kerana sudi memberikan kerjasama. Saya
berharap agar perniagaan puan akan terus berkembang.
Puan Sarinah : Sama-sama.

Ciri
Usahawan
Berjaya

Aktiviti
• Lengkapkan peta pemikiran berdasarkan bahan yang dibaca.
• Menulis karangan berbentuk syarahan, ucapan atau pidato
berdasarkan maklumat.
Murid memahami teks.
Murid menulis karangan berbentuk syarahan, ucapan atau pidato.
3.6.2 Murid membaca bahan yang mengandungi pelbagai ragam ayat. 165
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Keusahawanan
Strategi P & P: KB – Mensintesis Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Kata Adjektif dan Kata Bantu

Kreativiti Menjanakan Pendapatan


Puan Rohana binti Sulaiman, ibu saudara Hanis, mengusahakan perniagaan
kedai kraf tangan. Hanis berkongsi maklumat tentang perniagaan
mak ciknya itu dengan rakan-rakannya.

Puan Rohana, yang sudah mengusahakan perniagaan


kraf tangan hampir lapan tahun, merupakan seorang
usahawan yang gigih. Selain menjual kraf tangan,
beliau aktif menjalankan perniagaan perkhidmatan
pembungkusan cenderamata. Beliau juga menggubah
hantaran perkahwinan dan pertunangan.

kreatif unik harus


Puan Rohana seorang yang dan sentiasa bermotivasi.
Beliau berpendapat bahawa pembungkusan hadiah
ditampilkan dengan keunikan seni kraf. Hasil kerja
tangannya yang amat digemari oleh pelanggannya.

- mesti tekun
- tidak pernah jemu
- dapat memikat hati
- bungkusan yang cantik

- perlu rajin
- mahu lebih maju

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata adjektif
dan kata bantu berdasarkan gambar.
Murid membaca teks dan mengenal pasti kata adjektif dan kata bantu.
166 5.1.5 Murid membina ayat menggunakan kata adjektif dan kata bantu berpandukan teks dan gambar.
Murid mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul semasa bercerita.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Kreativiti dan Inovasi
Strategi P & P: KB – Menganalisis Konstruktivisme – Menghubungkaitkan
Kata Hubung Pancangan Relatif dan Kata Hubung
Pancangan Komplemen
Pewaris Songket Melayu
Izara terpegun melihat keindahan tenunan kain songket yang terdapat
di gerai-gerai pameran sempena Hari Kraf Tangan Sedunia yang
diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Untuk mendapatkan
maklumat berkaitan dengan perusahaan tersebut tidaklah sukar.

http://www.kosmo.com.my

Songket keluaran pengusaha terkenal, Puan Noriah binti Ashari,


sememangnya tidak asing bagi peminat songket tenunan
dari Terengganu.
Keistimewaan songket keluaran syarikat Puan Noriah ialah
kepelbagaian warna serta rekaan corak yang eksklusif. Songket
keluaran syarikatnya juga menjadi pilihan kerabat diraja dan
golongan atasan kerana kualitinya yang tinggi.
Beliau memberitahu bahawa songket memberikan pengaruh
yang besar dalam hidupnya. Kegigihan ibunya menghasilkan dan
memasarkan songket menjadi pendorong kepada beliau. Untuk
mengusahakan perusahaan songket secara besar-besaran
tidaklah mudah. Perusahaan tersebut dinamakan bersempena
dengan nama ibunya iaitu, Allahyarhamah Atikah binti Mohd.
Beliau juga menyatakan bahawa pada peringkat awal,
beliau menjalankan perniagaan dari rumah. Selepas 10
tahun beroperasi dari rumah, perniagaannya semakin maju.
Kini, beliau telah membuka sebuah kedai di Kuala Lumpur,
manakala adik-beradiknya mengendalikan kedai masing-masing
di Terengganu.
Sebagai peniaga, beliau juga menyatakan bahawa beliau telah mempelbagaikan
fungsi songket. Selain dijadikan pakaian, tenunan songket juga dijadikan hiasan
dalaman, tas tangan, kasut wanita dan cenderamata korporat.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata
hubung pancangan komplemen.
Murid membaca dan mengenal pasti kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan
komplemen berpandukan teks.
5.1.6 Murid membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan komplemen.
Murid membina dan menjawab soalan kefahaman berdasarkan soalan bertumpu dan bercapah secara
kritis dengan betul.
167
PK: Nilai Murni – Berdikari Ilmu – Keusahawanan
Strategi P & P: KB – Menganalisis Konstruktivisme – Mengaplikasikan
UNIT 24 Pengurusan
Kewangan
Tema 8:
Ekonomi Malaysia

Mendengar dan Bertutur


Bijak Mengurus Wang
Daripada: faisal02@gmail.com
Kepada: zarul@yahoo.com
Perkara: Bijak Mengurus Wang

Arial 10
Salam sejahtera, adik Zarul. Ada beberapa cara untuk mengurus kewangan.
• Rancang Perbelanjaan
Perbelanjaan yang dirancang menjamin masa hadapan yang cerah seperti kata
pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”.
• Belanja dengan Bijak
Perlulah mengetahui cara-cara untuk membelanjakan wang dengan bijak. Kata
orang, “jimat cermat amalan mulia”.
• Pastikan Mempunyai Wang di Tangan Setiap Masa
Elakkan berbelanja sehingga wang di tangan kehabisan.
• Menyimpan Wang di Tempat Selamat
Baki wang perlulah direkodkan dan disimpan di tempat yang selamat.
Baiklah, adik. Inilah buah fikiran yang dapat abang berikan. Abang rasa adik
tentu dapat mengamalkan langkah-langkah yang abang nyatakan. Ingatlah
adik, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Siapakah yang menghantar


e-mel ini, Zarul? E-mel ini dihantar oleh abang
Faisal untuk memberitahu
saya tentang cara untuk
Apakah cara merancang merancang kewangan.
kewangan yang diberitahu
kepada kamu?
Menurut abang Faisal
Aktiviti
• Berbicara tentang cara mengurus kewangan berdasarkan pengalaman
dan pembacaan menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.
Murid meneliti dan memahami teks.
Murid berbicara untuk menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.
168 1.6.2 Murid membaca maklumat yang tersurat dan tersirat dan membuat ulasan dengan betul.
PK: Nilai Murni – Kesederhanaan Peraturan Sosiobudaya – Peribahasa
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Verbal-linguistik
Membaca
Simpanan Masa Hadapan
Cikgu Nawawi meminta Zarul dan kumpulannya mencari maklumat
tentang simpanan untuk pendidikan. Tujuannya adalah sebagai
persediaan untuk kuiz kewangan yang akan diadakan di sekolah mereka.
Mereka mendapatkan maklumat daripada brosur dan keratan majalah.

Insurans Pendidikan Skim Simpanan Pendidikan


Nasional (SSPN)
Insurans pendidikan merupakan
satu cara tabungan pendidikan. Kos pengajian tinggi kian meningkat.
Dana pendidikan akan membiayai Kebanyakan ibu bapa menghadapi
sebahagian daripada perbelanjaan m as al ah k ewangan apabi l a
pendidikan tinggi anak anda. Ibu bapa anak-anak melanjutkan pengajian
atau penjaga merupakan pemegang ke institusi pengajian tinggi. Untuk
polisi bagi insurans perlindungan anak. mengatasi masalah ini kerajaan
telah menubuhkan Skim Simpanan
Mengapakah Perlu Menabung Pendidikan Nasional (SSPN).
untuk Pendidikan Anak? SSPN ialah skim simpanan
Kos pen didi kan sem akin men ingk at. yang dijamin oleh kerajaan. Faedah
Pera nca nga n kew ang an lebi h perlindungan insurans dan khairat
awa l perl u bag i men yed iaka n kematian juga disediakan secara
peru ntuk an secukupnya. Wang anda percuma kepada semua pendeposit
akan lebih banyak jika anda membeli yang layak.
insurans lebih awal. Anak-anak anda Sekiranya anda melabur
akan mendapat pendidikan tinggi dan dalam SSPN, anak anda berhak untuk
membantu untuk mencapai matlamat memohon pinjaman Perbadanan
hidup mereka. Renungkan, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
apakah yang akan (PTPTN). Pinjaman ini perlu bagi
berlaku jika tiada dana membiayai pengajian dengan kadar
pendidikan ini? pembayaran balik 1 peratus.
Skim ini ialah dana pendidikan
termurah di Malaysia. Bertindaklah
dengan bijak demi pendidikan dan
Layarilah (http://www.insuranceinfo.com.my) masa depan anak-anak.
untuk maklumat lanjut.

Aktiviti Diubah suai daripada Buletin Ringgit

• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi


yang betul.
Murid membaca dan mengenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat yang
terdapat dalam teks.
2.3.2 Murid membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. 169
Murid menulis jawapan pemahaman yang dikemukakan oleh guru.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Kewangan
Strategi P & P: KB – Menganalisis KMD – Meramal
Menulis
Agihan Bijak
Pendahuluan
Azam gembira kerana telah mendapat tempat pertama dalam
pertandingan Pidato Piala Diraja yang disertainya. Dia telah menerima
sekeping cek berjumlah RM500.00 sebagai hadiah kemenangannya. Dia
merancang untuk menggunakan wang tersebut bagi memenuhi keperluan
dan kehendaknya dengan sebaik-baik yang mungkin.
Isi
menderma memenuhi kehendak
- membantu mereka yang kurang - tidak membebankan ibu bapa
berkemampuan untuk memenuhi kehendak

10% 20%

30% 40%

membeli alatan persekolahan simpanan


- untuk kemudahan persekolahan - untuk simpanan pendidikan
- meringankan bebanan ibu bapa - untuk kegunaan semasa kecemasan

Penutup
- menggunakan wang secara berhemat

Aktiviti
• Menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam
penulisan kreatif dengan betul berdasarkan kerangka yang diberikan.
Murid berbincang tentang gambar dan teks.
Murid menghasilkan draf perenggan pendahuluan, isi dan penutup dalam penulisan kreatif.
170 3.7.1 Murid menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
PK: Nilai Murni – Berhemat Ilmu – Matematik
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis
Majlis Jamuan Perpisahan
Zarul dan rakan-rakan hendak mengadakan jamuan perpisahan untuk
kelas mereka. Mereka berbincang tentang anggaran perbelanjaan bagi
melaksanakan program tersebut.

Majlis Jamuan Perpisahan Kelas Tahun 5 Pintar

Tempat Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Purnama


Tarikh 13 November 2015
Masa 10.30 pagi

Tujuan - mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan


murid yang belajar di kelas Tahun 5 Pintar.
- menghargai guru-guru yang mengajar di kelas
Tahun 5 Pintar.

Anggaran Perbelanjaan:
1. Makanan dan minuman RM6.00 X 40 orang = RM240.00
2. Cenderamata dan hadiah RM100.00
3. Hiasan Kelas RM50.00
4 . Perbelanjaan lain RM30.00

Anggaran Pendapatan:
1. Tabungan kelas RM270.00
2. Kutipan khas RM5.00 X 30 murid = RM150.00

Harapan:
Majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mengeratkan kemesraan
yang wujud dalam kalangan murid dan juga guru-guru yang mengajar.

Aktiviti
• Menulis karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif berdasarkan teks.

Murid berbincang tentang maklumat dalam gambar.


Murid menghasilkan karangan berbentuk imaginatif dan deskriptif berdasarkan teks.
3.7.2 Murid menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif. 171
PK: Nilai Murni – Rasional, kerjasama Ilmu – Matematik
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Menghubungkaitkan
Kata Nafi, Kata Pembenar, Kata Arah dan Kata Bilangan
Kad Debit
Zarul dan ayahnya membeli barang di pasar raya yang berhampiran
dengan rumah mereka.
Di manakah kaunter Selamat petang, encik. Encik
pembayaran, Zarul? hendak membayar secara tunai?

, saya menggunakan kad debit.

kadnya, encik. Sila datang lagi. Ayah, adakah kad


debit itu pengganti
wang tunai?

, terima kasih. , Zarul.

Ayah, apakah kad debit? Kad debit ialah sejenis produk kewangan
yang dikeluarkan oleh bank sebagai
Adakah orang boleh pengganti tunai. Baki dalam akaun
memiliki kad debit? tabungan akan dikurangkan serta-merta
mengikut jumlah urus niaga yang dibuat.

, Zarul. Kad ini hanya


boleh dimiliki oleh yang
memenuhi syarat yang
ditetapkan oleh pihak bank.
Aktiviti
• Menulis dialog menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah
dan kata bilangan.
• Layari www.bnm.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang
kad debit.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menulis dan melengkapkan dialog menggunakan kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata
172 5.1.7 bilangan mengikut konteks dengan betul.
Murid mendengar dan memberikan respons terhadap ayat tanya.
PK: Nilai Murni – Berhemah tinggi Ilmu – Pendidikan Moral
Strategi P & P: KB – Mengecam Kontekstual – Menghubungkaitkan
Imbuhan Apitan dan Imbuhan Sisipan
CONTOH
Situasi: Ruang Tamu Rumah
Zarul dan keluarga sedang memperkatakan percutian mereka pada cuti
CONTOH
sekolah nanti. Ayah Zarul mengeluarkan beberapa wang kertas dari
dompetnya. Tiba-tiba, dompet itu terjatuh. Wang yang ada di dalam
dompet itu berselerakan di lantai. CONTOH
Zarul : Ayah, ini wang apa?
Ayah : Inilah wang dari beberapa buah negara yang telah ayah jelajahi.
Zarul : Wah, banyaknya! Menggeletar tangan Zarul memegang wang sebanyak ini
Bolehkah Zarul memperdagangkan wang ini?
Ayah : Tidak boleh, Zarul. Wang ini untuk kegunaan di luar Malaysia. Yang banyak itu,
Rupiah, wang Indonesia. Nilai mata wangnya lebih rendah berbanding dengan
nilai mata wang kita. Ini pula Baht, mata wang Thailand dan yang ini Dollar, mata
wang Singapura.
Zarul : Adakah kita akan bercuti ke negara-negara tersebut?
Ayah : Tidak, Zarul. Pada cuti kali ini, kita akan ke Langkawi. Kamu akan diperuntukkan
wang sebanyak RM100.00 sahaja. Ayah berharap kamu dapat berbelanja
dengan berhemat.
Zarul : Terima kasih, ayah.
Situasi: Pekan Kuah, Langkawi
Ketika berada di Pekan Kuah, Zarul mengikut ayahnya ke sebuah bank untuk mengeluarkan
wang, Ketika menunggu giliran Zarul diperlihatkan oleh ayahnya tentang paparan nilai
pertukaran mata wang asing yang terdapat pada dinding.
Kemudian, Zarul bersama-sama dengan keluarganya pergi ke sebuah tempat
beli-belah. Lagu-lagu tradisional diperdengarkan kepada pengunjung sebaik sahaja
mereka memasuki kawasan kompleks beli-belah itu. Ayah Zarul mengingatkan
keluarganya agar berbelanja dengan bijak dan tidak tergesa-gesa ketika membuat
pembelian bagi mengelakkan pembaziran.
Keluarga Zarul mempergunakan kesempatan masa yang ada untuk
membeli-belah. Ibu Zarul telah memperuntukkan sebahagian daripada wang yang
dibawa untuk membeli set pinggan mangkuk yang bercorak kelopak bunga mawar
di situ. Abang Zarul membeli seruling yang diperbuat daripada buluh. Zarul pula membeli
sebuah topi yang diperbuat daripada kulit, manakala ayahnya membeli sebatang tongkat
daripada kayu kemuning.
Bau wangian harum semerbak sebaik sahaja Zarul dan keluarganya melangkah
masuk ke kedai minyak wangi. Ayah Zarul membeli beberapa botol minyak wangi
di kedai itu.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja dan imbuhan
sisipan yang terdapat dalam teks.
Murid mengenal pasti imbuhan apitan kata kerja memper-...-kan, memper-...-i, diper-...-kan, diper-...-i dan
imbuhan sisipan.
5.2.1 Murid membina ayat menggunakan imbuhan apitan kata kerja dan imbuhan sisipan.
173
Murid membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk.
PK: Nilai Murni – Berhemah tinggi Ilmu – Kewangan
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan luncuran
Bacaan Luas

Buku Wang Saku


Sejak tahun 1999, Bank Negara Malaysia telah menerbitkan
“Buku Wang Saku” untuk kegunaan murid di Malaysia. Buku
tersebut diterbitkan sebagai satu usaha untuk meningkatkan
kesedaran rakyat tentang kepentingan perancangan
kewangan dan pengurusan kewangan peribadi.
“Buku Wang Saku” telah diilustrasikan oleh Yang
Berbahagia Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih
dikenali sebagai Datuk Lat. Buku tersebut diedarkan
ke sekolah-sekolah melalui bank-bank perdagangan,
Bank Simpanan Nasional, AgroBank (dahulunya Bank
Pertanian Malaysia) dan Bank Kerjasama Rakyat (M)
Berhad di bawah Program Sekolah Angkat.
Buku ini merupakan satu alat pendidikan kewangan
yang memberi pendedahan kepada murid tentang tatacara
merancang, mencatat dan mengurus wang di tangan. Buku tersebut direka
khas untuk mendidik murid supaya berhemat ketika berbelanja.
Penggunaan buku ini dapat mendidik murid agar mengawal penggunaan
wang tunai di tangan setiap hari. Murid boleh membuat keputusan sama ada
ingin memegang wang tersebut, membelanjakannya atau menyimpan
sebahagian atau kesemua daripada lebihan setelah berbelanja.
“Buku Wang Saku” mudah digunakan. Murid hanya perlu memulakan
catatan mengikut tarikh dan hari sebelum mencatatkan jumlah wang saku
yang diterima sama ada secara harian, mingguan ataupun bulanan daripada
ibu bapa dan punca-punca lain seperti pemberian saudara-mara dan hadiah.
Mereka juga perlu mencatatkan setiap perbelanjaan harian mereka dalam
buku tersebut.
Murid juga harus mencatatkan lebihan wang saku yang telah dapat
dijimatkan untuk disimpan. Catatan ini boleh dilakukan sama ada secara
harian, mingguan atau bulanan. Pada penghujung setiap bulan, murid perlu
menjumlahkan wang yang diterima, perbelanjaan yang dilakukan dan juga
wang yang dijimatkan untuk disimpan. Murid digalakkan menyimpan wang
yang telah dapat dijimatkan itu di institusi kewangan.

Sumber: http://www.duitsaku.com

174
Penilaian 8
A. Teliti poster dan jawab soalan.

Karnival Keusahawanan
Peringkat Daerah Kota Bharu
Anjuran:
Majlis Perbandaran Kota Bharu, Kelantan
Tarikh:
17 dan 18 Oktober 2015
Masa:
8.30 pagi – 10.00 malam
Tempat:
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan
dirasmikan oleh:
Yang Berhormat Datuk Ahmad bin Yakob
Exco Perancangan Ekonomi dan Kewangan
Pelbagai aktiviti menarik disediakan, antaranya:
- jualan produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- jualan buah-buahan tempatan dengan harga lelong
- pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma
- pertandingan nyanyian
- sukaneka
- cabutan bertuah
Datanglah beramai-ramai untuk membeli sambil menderma.

Aktiviti
1. Berbicara untuk mendapatkan maklumat berdasarkan poster.
2. Tulis karangan berbentuk deskriptif berdasarkan poster.

175
B. Baca dan fahami.

Bank Simpanan Nasional


Bank Simpanan Nasional (BSN) dilancarkan oleh kerajaan
pada 1 Disember 1974. Bank ini merupakan institusi
simpanan utama dalam salah satu usaha kerajaan bagi
memupuk tabiat berjimat cermat dalam kalangan rakyat.
BSN juga diwujudkan oleh kerajaan untuk mengawal inflasi
bagi mempercepat proses pembangunan negara.
Pada tahun pertama pengoperasiannya, BSN menumpukan
usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang baik kepada
penyimpan. Agihan kuasa pusat pentadbiran dan kawalan aktiviti telah
dilakukan dengan menubuhkan pejabat perhubungan dan pemasaran
di seluruh negara, termasuk menggunakan khidmat pejabat pos.
Bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang awam tentang
kepentingan melakukan penyimpanan, kempen publisiti secara intensif
telah dilakukan di seluruh negara. Pegawai promosi BSN melawat
ke sekolah-sekolah dan pusat niaga untuk menarik lebih ramai penyimpan.
Mereka mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak bank.
BSN juga telah memperkenalkan Skim Sijil Simpanan Premium pada
tahun 1978. BSN merupakan satu-satunya bank yang menawarkan
skim tersebut. Sijil Simpanan Premium ini merupakan sijil bernombor
yang dikeluarkan oleh BSN. Pemilik sijil tersebut berpeluang memenangi
hadiah-hadiah lumayan menerusi cabutan berkala yang diadakan oleh
bank. Pemilik sijil juga layak menerima dividen pada penghujung tahun.
Bagi mempelbagaikan perkhidmatannya, BSN telah memperkenalkan
Perkhidmatan Ejen Bank Berdaftar (EBB). Orang ramai boleh membuat
transaksi perbankan asas seperti pengeluaran, deposit, pengeluaran wang
tunai, pembayaran bil, pembelian Sijil Simpanan Premium, pembayaran
tanpa tunai dan tambah nilai prabayar telefon. Perkhidmatan ini juga dapat
memberikan peluang kepada pemilik premis perniagaan untuk menjanakan
pendapatan sampingan dengan menjadi Ejen Bank Berdaftar BSN.

Aktiviti
1. Membaca teks yang mengandungi pelbagai ragam ayat dengan
lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
2. Membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata
kerja pasif.

176
TEMA 9 Lestarikan Bumi Kita

Alam Sekitar dan Manusia


Bumi yang menghijau
Dihiasi pohon subur
Diserikan sinar mentari
Air mengalir jernih bak permata
Langit kebiru-biruan menenangkan jiwa
Udara segar menyamankan
Mengapakah manusia tiada perasaan?
Pohon-pohon menyembah bumi
Musnah sudah khazanah hutan
Udara menyesakkan nafas
Akibat pembangunan pesat
Entah ke mana sisa disalurkan
Pemandangan dan bau turut tercemar
Jika sisa dikitar semula
Nescaya hidup lebih bermakna
Sedarlah, wahai insan
Kesan negatif aktiviti manusia
Ayuh, pulihara alam ini
Amalan “Masa Bumi” penyelamat alam
Makmurkanlah bumi yang dititipkan
Untuk generasi yang mendatang

Mendeklamasikan dan memahami sajak.


177
25
Tema 9:
Aktiviti Lestarikan
UNIT Mesra Alam Bumi Kita

Mendengar dan Bertutur

Gaya Hidup Mesra Alam


Keluarga Hanis sentiasa mengamalkan gaya hidup mesra alam dalam
aktiviti harian mereka. Mereka mengamalkan sikap dan cara hidup yang
bersih dan selamat untuk kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar.

WNR 4911

• menggunakan pancuran ketika mandi dan elakkan menggunakan air takungan


• mengumpulkan kertas dan surat khabar terpakai dan dihantar ke pusat
kitar semula
• menggunakan bekas kaca dan plastik semula untuk menyimpan barang
• menggunakan lampu cekap tenaga
• memandu kereta yang menggunakan biodiesel

178
Zarul dan rakan-rakannya berbual tentang risalah Amalan Mesra Alam
yang diperoleh daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Amalan Mesra Alam


• Barang-barang yang diperbuat daripada kaca dan plastik tidak boleh dilupuskan.
Amalan ini akan mengurangkan jumlah sisa buangan.
• Kumpulkan kertas, surat khabar dan bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan
tidak digunakan ke pusat kitar semula.
• Semasa memberus gigi, gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan
biarkan air paip mengalir berterusan.
• Mandi menggunakan alat pancuran dapat mengurangkan penggunaan air.
• Kenderaan yang menggunakan biodiesel berupaya mengurangkan masalah
pencemaran udara.

Selamat pagi, Yu Jin.


Apa khabar? Apakah pendapat
kamu tentang amalan mesra
alam di rumah?
Selamat pagi, Zarul. Saya
sihat. Saya berpendapat
Betul, Yu Jin. Berdasarkan amalan bahawa amalan mesra
keluarga Hanis daripada risalah ini, saya alam ini sangat baik untuk
berpendapat jika kita menggunakan bekas menjaga kesejahteraan
kaca dan plastik, sisa buangan akan dapat bumi kita.
dikurangkan. Barang-barang kaca dan
plastik tidak boleh dilupuskan.

Aktiviti
• Berbincang untuk mengemukakan pendapat secara kritis tentang
gambar dan maklumat secara bertatasusila.
Amalan Sebab Kesan
Gunakan mentol Menjimatkan elektrik menjimatkan tenaga
cekap tenaga elektrik dan wang

Murid meneliti gambar dan maklumat.


Murid berbincang untuk mengemukakan pendapat.
1.7.2 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat. 179
PK: Nilai Murni – Berhemat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menilai Kontekstual – Menghubungkaitkan
Membaca
Lambaian Malar Hijau
Daneng anak orang asli merupakan seorang murid yang pintar dalam pelajaran.
Tetapi dia enggan meneruskan pelajarannya. Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng
sanggup meredah hutan untuk memujuk Daneng.
“Tentu sekali! Hutan ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa
berubah. Manusia sentiasa mengejar kemajuan. Jika tidak, manusia itu menempah
kepupusan.” Cikgu Jo berhenti seketika dan kemudian menyambung.
“Setiap kali cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi
kampungmu, cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.”
Daneng mengerut keningnya yang lebat. Dia menarik nafas panjang.
“Daneng, kamu terlalu sayang akan hutan ini, bukan?” tanya Cikgu Jo.
“Janganlah pisahkan saya dan hutan ini, cikgu,” rayu Daneng.
“Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini
memerlukan kamu.” kata Cikgu Jo.
“Apa maksud cikgu?” tanya Daneng.
“Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan.
Sindiket yang gila akan duit menceroboh serta membunuh flora dan fauna di kawasan
hutan simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di seluruh dunia
juga terancam.” kata Cikgu Jo.
“Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya dan meranti tembaga
di kawasan hutan simpan, 20 kilometer dari sini sudah tiada lagi cikgu,” kata Daneng
terputus-putus.
“Apakah yang dapat saya lakukan? Apabila kami tiba di sana,
mereka sudah tiada, pokok-pokok itu juga sudah tiada.”
“Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Dengan ilmu
yang kamu peroleh, mungkin hutan akan terselamat. Masa
depan pohon tualang pujaanmu juga terjamin,” hujah Cikgu Jo.
(Dipetik dan diubah suai daripada cerpen
“Lambaian Malar Hijau” oleh Saroja Theavy a/p Balakrishnan
dalam Antologi “Anak Laut”, Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 94-96)
TANAN
TAKLIMAT PERHU

Aktiviti

• Membuat ramalan dengan tepat berdasarkan bahan yang dibaca.


Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat.
Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.
180 2.4.1 Murid melengkapkan cerita “Lambaian Malar Hijau”.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Meramal KP – Naturalis
Mengedit
Kelab Pencinta Alam
Kelab Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Seri Purnama mempunyai
laman sesawang untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan
Kelab Pencinta Alam sekolah yang lain.

http://www.skseripurnama.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG


KELAB PENCINTA ALAM
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PURNAMA
Kami ahli Kelab Pencinta Alam mengalu-alukan kedatangan
anda ke laman sesawang kami.

Pengenalan
Kelab ini ditubuhkan ialah untuk menanam semangat cintakan alam yang
bersih, indah dan mendamaikan. Walaupun begitu, kami masih tidak menolak
pembangunan yang telah berjalan.
Kelab ini juga menyemat semangat cintakan alam di hati ahli-ahlinya
sehingga dewasa kelak. Semangat ini akan menghindarkan kita daripada
supaya melakukan sesuatu perkara yang tidak akan merosakkan yang kita
cintai keindahan alam ini.
Perancangan
Pelbagai program-program telah diatur sepanjang tahun ini. Antaranya,
termasuklah menyediakan kelab ini papan kenyataan seawal bulan Februari.
Untuk bulan Mac, kelab bercadang untuk membina Taman Sains Pelangi dan
Taman Herba Kasih.
Kini, akan dijalankan aktiviti program kitar semula sepanjang bulan Jun.
Program terakhir untuk tahun ini adalah Hari Alam Sekitar selama 1 minggu iaitu
pada bulan September.
Ribuan terima kasih diucapkan pada semua orang yang memberi sokongan
dan kerjasama di dalam membangunkan semua projek kelab ini.

Aktiviti

• Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata
dan struktur ayat.
Murid membaca dan mengesan kesalahan.
Murid mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata dan struktur ayat.
3.8.2 Murid bertutur tentang aktiviti Kelab Pencinta Alam di sekolah. 181
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan
Mengujarkan Dialog
Kempen Hari Alam Sekitar
Hanis dan keluarganya baru pulang dari menyertai Kempen Hari
Alam Sekitar di Sekolah Kebangsaan Seri Purnama. Semasa program
berlangsung pelbagai aktiviti telah disertai oleh mereka sekeluarga.

Ibu : Letih betul kamu hari ini, Hanis? ( sambil memegang


bahu Hanis)
Hanis : Ya, ibu. Walaupun letih, saya berasa gembira. Kita bertiga
bagaikan aur dengan tebing apabila menyertai semua
aktiviti yang disediakan. Ayah, bagaimanakah perasaan
ayah setelah menyertai program yang dianjurkan?
Ayah : Tentulah ayah berasa seronok kerana banyak ibu bapa yang
hadir. Hal ini menunjukkan bahawa ibu bapa sangat prihatin
terhadap alam sekitar. (mempamerkan riak wajah ceria)
Hanis : Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu dan ayah
kerana sudi terlibat. Saya melihat ayah gembira semasa majlis
pelancaran kempen. (matanya memandang mata ayah)
Ayah :

PELANCARAN
KEMPEN HARI
ALAM SEKITAR

PAMERAN ALAM SEKITAR


TAPAK
PERKHEMAHAN
ALAM SEKITAR

Aktiviti
• Berlakon berdasarkan dialog menggunakan bahasa yang indah.
Murid meneliti dan memahami gambar.
Murid menghasilkan dialog dan melakonkan dialog tersebut.
182 4.3.2 Murid memahami maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan gambar.
PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Menghubungkaitkan
Kata Ganda Berentak
Nikmat Alam
Ekspedisi Berbasikal
Pada minggu lepas, Sekolah Kebangsaan Seri Purnama telah mengadakan
ekspedisi berbasikal. Program ini diadakan bersempena dengan sambutan
Hari Alam Sekitar. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid berhempas-pulas berkayuh sepanjang
10 kilometer.
Tujuan program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada warga
sekolah bahawa dengan berbasikal kita dapat mengurangkan pencemaran udara.
Basikal tidak mengeluarkan asap atau bau-bauan yang boleh merosakkan bumi.
Sepanjang ekspedisi, mereka melalui jalan yang bersimpang-siur dan sibuk.
Mujurlah gerak-geri mereka diawasi oleh beberapa orang anggota polis. Ekspedisi
mereka lebih mencabar apabila melalui kawasan yang agak berbukit. Apabila
tiba di situ, mereka berehat sebentar. Udara di atas bukit itu nyaman. Udara
di sini membuatkan badan mereka kembali segar-bugar. Setelah hampir dua jam,
ekspedisi pun berakhir.

Hari Keluarga
Pada hari Ahad yang lalu, ayah Hanis telah mengadakan Hari Keluarga
di Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Saudara-mara dan ipar-duai sebelah
ayahnya telah hadir.
Mereka membawa kuih-muih yang lazat serta lauk-pauk yang enak. Mereka
menggunakan bekas makanan untuk mengisi makanan tersebut. Hal ini akan
mengurangkan penggunaan polistirena yang tidak dapat dilupuskan.
Setelah mandi-manda, anggota keluarga Hanis dan saudara-maranya
menikmati makanan yang dibawa. Dalam masa sejam, makanan yang dihidangkan
licin-licau. Sebelum matahari terbenam, mereka berkemas-kemas untuk pulang.
Mereka bergotong-royong mengutip sampah sarap di tepi pantai agar kebersihan
pantai terus terpelihara.

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata ganda berentak dalam pelbagai
situasi.

Murid menyenaraikan kata ganda berentak berdasarkan teks.


Murid membina ayat dengan kata ganda berentak.
5.2.2 Murid bercerita tentang amalan mesra alam keluarga mereka.
183
AT– Murid mencari maksud kata ganda berentak dengan merujuk kamus.
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan
26 Isu Alam Sekitar
Tema 9:
UNIT Lestarikan
Bumi Kita

Mendengar dan Bertutur

Lindungilah Flora dan Fauna

Zarul, flora dan fauna di negara kita


sedang mengalami kepupusan. Ya, Hanis. Maklumat tentang
Oleh sebab itu, kita perlu memelihara kepupusan flora dan fauna ini
dan memulihara flora dan fauna. Kita telah banyak saya peroleh.
tidak boleh memusnahkan khazanah Antaranya, dianggarkan
berharga ini. hanya 10 000 ekor orang utan
yang masih tinggal di hutan
Oleh yang demikian, kita dan di negeri Sabah.
juga pihak berkuasa perlu
mengambil langkah-langkah
untuk mengatasinya.

– memelihara hutan – mewujudkan taman laut – melestarikan santuari

Aktiviti
• Menyebut pelbagai ragam ayat dengan betul dalam perbualan.
Murid mendengar dan menyenaraikan pelbagai ragam ayat .
Murid menggunakan pelbagai ragam ayat dalam perbualan.
184 1.2.6 Murid menulis maklumat secara kohesi dan koheren berdasarkan gambar dan teks.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P : KB – Mengecam KP – Interpersonal
Membaca
Kawasan tempat tinggal Zarul telah dilanda fenomena jerebu. Setiap hari
Zarul akan membaca surat khabar untuk mengetahui perkembangan
kualiti udara di seluruh negara.

Kualiti Udara
KUALA LUMPUR, 25 Jun-Kualiti udara di beberapa kawasan di Johor dan Melaka terus
merosot. Dua kawasan di kedua-dua negeri ini telah mencatat Indeks Pencemaran
Udara (IPU) yang melepasi tahap bahaya, iaitu 301.
Menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, punca
kemerosotan kualiti udara dipengaruhi oleh jerebu yang merentas sempadan.
Dato’ Halimah binti Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata
kualiti udara di Petaling Jaya mencatat bacaan berbahaya, dipercayai akibat
pembakaran terbuka.
Pemantauan pihak JAS pagi ini mengesan lebih 83 tompokan panas
di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah digunakan sebagai petunjuk untuk


menggambarkan kualiti udara negara ini. Indeks ini mengukur tahap pencemaran
berdasarkan beberapa kandungan yang terdapat dalam udara.
Rajah 1 : Indeks Pencemaran Udara Malaysia Petunjuk
Masa IPU Status
Negeri Kawasan
7.00 pagi 11.00 pagi 5.00 petang 0 - 50 Baik
Negeri Sembilan Port Dickson 335 295 193 51-100 Sederhana
Selangor Petaling Jaya 296 228 319 101-200 Tidak sihat
Terengganu Kemaman 249 253 197 201-300 Sangat tidak sihat
Sabah Sandakan 50 50 51 301-500 Berbahaya
Kelantan Kota Bharu 108 114 114 Melebihi 500 Darurat
Sumber: Jabatan Alam Sekitar
Aktiviti
• Jawab soalan berikut.
1. Bagaimanakah keadaan IPU di Petaling Jaya berdasarkan jadual?
2. Bandingkan kualiti udara di Terengganu dengan Sabah.
3. Apakah yang akan berlaku sekiranya kualiti udara berada pada
paras berbahaya?
• Berikan ulasan kualiti udara di Malaysia berdasarkan teks dan jadual.
Murid membaca dan memahami bahan.
Murid menjawab soalan untuk memahami maklumat yang tersurat dan tersirat.
2.4.3 Murid menjawab soalan pemahaman. 185
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Geografi
Strategi P & P: KB – Menilai BCB – Bacaan imbasan
Menulis

Encik Nawawi, guru Bahasa Malaysia kelas Hanis, mendeklamasikan


sebuah sajak sebelum memulakan pengajarannya.

Sungai Kita
Sungai kita
Mengalir indah menyusuri desa
Membelai tebing, mengocak arus
Tempat bermain mergastua
Berkicau riang dan ceria
Hargailah pusaka warisan kita
Lihatlah fauna dan flora
Hidup subur di tebing sungai
Kekalkan warisan alam ini
Permaikanlah sungai usah dicemari
Kekalkanlah warisan alam ini
Sayangilah sungai kita
Tanpa pencemaran di sana sini
Tanpa sarap yang berleluasa
Engkau tetap gemilang seperti dahulu
Lindungilah sungai milik kita bersama
Ayuhlah
Hargailah nikmat warisan ini
Bersama-sama berganding bahu
Ikhlaslah di hati
Sayangilah sungai kita

Aktiviti
• Menulis ulasan tentang nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak.
Murid menulis ulasan berdasarkan sajak.
Murid berbicara tentang maksud sajak.
186 3.9.1 Murid mendeklamasikan sajak.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menilai Kontekstual – Menghubungkaitkan
Menulis
Aku dan Alam
Hatiku menjadi gelisah. Aku sesat dan keseorangan di dalam hutan yang
dilitupi flora dan fauna. Aku menyesal kerana tidak mengikut nasihat
guruku agar tidak merayau-rayau di dalam hutan seorang diri semasa
mencari kayu api.
Aku tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Keadaan hutan ini
terlalu tebal. Udaranya pula terlalu sejuk. Nyamuk dan serangga halus
bermaharajalela di sini. Badanku menggigil dan berasa gatal-gatal.
Langit pula kelihatan gelap menandakan hujan lebat akan turun pada
bila-bila masa. Sudah tentu aku akan basah kuyup kerana aku terlupa
membawa baju hujan.

1 2 3

4 5 6

Aktiviti

• Menulis karangan imaginatif dengan betul berdasarkan peta alir.


Murid membaca dan memahami bahan.
Murid menulis karangan imaginatif.
3.7.2 Murid bercerita tentang gambar. 187
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Naturalis
Kata Majmuk Istilah Khusus dan Kata Majmuk Maksud Kiasan
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seri Purnama
telah menanam pokok di sekolah. Program ini bersempena dengan
“Kempen Hijaukan Bumi: 1Warga 1Pokok”. Program ini telah diadakan
serentak di seluruh negara.
Ucapan Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir pada hari ini.
Saya amat berbesar hati kerana ramai yang dapat hadir pada pagi ini.
Hal ini menunjukkan bahawa anda semua begitu ambil berat tentang
alam sekitar. Pada hari ini, kita akan berganding bahu untuk menanam
hampir 100 batang pokok. Saya bersyukur kerana akhirnya program
ini berjaya juga diadakan.
Untuk makluman hadirin, sehingga pagi ini saya masih menerima
Sekolah
Kebangsaan
Seri Purnama
sumbangan. Oleh itu, saya, bagi pihak sekolah, mengucapkan terima
kasih daun keladi kepada semua pihak yang sudi menghulurkan
sumbangan, sama ada dalam bentuk anak pokok, baja organik
mahupun bantuan tenaga dengan tulang empat kerat.
Dialog
Zarul telah ditugaskan untuk menemu ramah guru besar tentang “Kempen Hijaukan
Bumi” yang telah dijalankan di sekolah. Temu ramah ini akan dimuatkan dalam
majalah sekolah.
Zarul : Selamat pagi, Encik Musa. Apakah pendapat cikgu tentang
“Kempen Hijaukan Bumi” yang dilancarkan serentak di seluruh
negara pada hari ini?
Guru besar : Kempen ini sangat bermanfaat kepada warga sekolah dan juga
seluruh penduduk di kawasan ini dalam pemuliharaan alam sekitar.
Kami dapat melaksanakan tanaman semula pelbagai jenis pokok.
Selain itu, kempen ini dapat memupuk semangat cinta akan
kehijauan tumbuh-tumbuhan dan memberikan keselesaan serta
kesejahteraan dalam kehidupan manusia.
Zarul : Bagaimanakah perjalanan kempen pada hari ini?
Guru besar : Pada hari ini, kempen berlangsung dengan lancarnya. Saya sangat
gembira kerana mereka ringan tulang dan bermandi peluh menjalankan
tugas masing-masing. Semua yang hadir juga bekerja seperti
lipas kudung untuk memastikan semua pokok dapat ditanam.
Aktiviti
• Membina ayat dengan kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk
maksud kiasan.
Murid membaca teks secara mekanis.
Murid menyenaraikan dan membina ayat menggunakan kata majmuk istilah dan kata majmuk kiasan.
188 5.2.3 Murid berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis tentang “Kempen Hijaukan Bumi”.
PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Mensintesis Konstruktivisme – Mengaplikasikan
Ayat Tunggal dengan Peluasan Subjek dan Predikat

Sisa Bermanfaat
Artikel
Cikgu Nawawi meminta murid-muridnya membaca artikel yang bertajuk
“Sisa Bermanfaat”.
Sisa Bermanfaat
Sisa buangan dari rumah dan ladang yang tidak digunakan lagi boleh
diproses. Sisa buangan yang telah diproses ini amat bermanfaat
kepada manusia dan alam sekitar.
Sisa buangan dari rumah dapat menghasilkan baja organik.
Baja ini amat bermanfaat untuk menyuburkan tanah dan tumbuhan.
Sisa buangan dari ladang seperti kelapa sawit dan tebu dapat
menghasilkan tenaga biogas. Tenaga ini lebih murah dan lebih mesra
alam. Hal ini dapat mengurangkan pencemaran alam serta dapat
mengelakkan pemanasan global.
Sisa buangan mempunyai nilai yang tinggi jika diurus dengan
baik. Sisa bermanfaat ini juga dapat meningkatkan pendapatan serta
dapat melestarikan alam.

Dokumentari
Cikgu Nawawi membawa murid-murid ke bilik media untuk menonton
dokumentari tentang penghasilan tenaga biogas.

- sisa kelapa sawit - memakai pakaian - menutup tangki - gas yang terbentuk
dihancurkan keselamatan agar tiada udara disalurkan ke kilang
dengan pengisar semasa yang masuk
memasukkan sisa
Aktiviti
• Membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan peluasan subjek dan
predikat berdasarkan teks dan gambar.
Murid mengenal pasti ayat tunggal berdasarkan teks dan gambar.
Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar.
5.3.1 Murid bertutur tentang bahan. 189
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains
Startegi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan
27
Tema 9:
Selamatkan Lestarikan
UNIT Bumi Kita
Bumi Kita
Mendengar dan Bertutur
Amalan Hijau
Tidak digalakkan Digalakkan

menyimpan makanan dalam menyimpan makanan dalam


kuantiti yang terlalu banyak kuantiti yang sederhana

menggunakan kertas dan menggunakan media elektronik


sampul surat untuk menghantar untuk menghantar maklumat
maklumat

menyiram pokok menggunakan menyiram pokok menggunakan


air daripada pili air tadahan

Aktiviti Nota Bahasa


• Menceritakan aktiviti amalan hijau Amalan Hijau – Amalan
berdasarkan gambar menggunakan harian manusia yang dapat
laras bahasa yang sesuai. menyelamatkan alam sekitar.

Murid meneliti dan memahami gambar.


Murid bercerita berdasarkan gambar.
190 1.5.1 Murid memberikan contoh amalan hijau.
AT: Murid bercerita tentang amalan hijau lain berdasarkan keadaan dahulu, kini dan akan datang.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Kajian Masa Depan
Membaca
Sempena “Hari Bumi”, pelbagai gegantung dipamerkan di kawasan
sekolah. Zarul tertarik untuk membaca gegantung ini.

Hutanku
Hutanku,
Terusik hati memandang
Flora yang menghiasi bumi
Sungguh indah
Tiada tandingan
Alam ciptaan-Mu
Hutanku,
Banyak fungsimu
Suhu bumi engkau kawal
Menjadi habitat flora dan fauna
Udara segar engkau salurkan
Hutanku,
Denganmu Aktiviti
Tanah runtuh dapat dicegah • Menyatakan isi penting
Sumber perubatan semakin terserlah yang terdapat dalam
Ekopelancongan menjadi pilihan sajak berdasarkan soalan
Punca rezeki untuk kami 1. Apakah fungsi hutan?
Hutanku, 2. Nyatakan cara kita
Sebagai penjaga bumi memelihara hutan.
Sebatang pokok aku tanam 3. Bagaimanakah
Kitar semula diamalkan kesannya kepada
Agar engkau kekal menghijau alam sekitar jika hutan
tidak dipelihara?
Wahai warga bumi, 4. Pada pendapat kamu,
Kekalkan kehijauan kami bagaimanakah keadaan
Agar kami tidak menangis lagi hutan di negara kita
pada masa hadapan?

Murid membaca dan memahami sajak.


Murid menyatakan isi penting yang terdapat dalam sajak.
2.5.1 Murid mendeklamasikan sajak. 191
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Mensintesis Konstruktivisme – Menerangkan
Menulis
Cikgu Nawawi, guru Bahasa Malaysia kelas Zarul. Beliau telah meminta
murid-muridnya mencari maklumat untuk menulis karangan yang bertajuk
“Cara-cara Mengatasi Pemanasan Global”.
Pendahuluan Definisi Pemanasan Global – peningkatan suhu purata
atmosfera bumi menyebabkan perubahan pada pola
cuaca mengakibatkan bencana seperti kemarau, banjir
dan lain-lain.
Isi

• didedahkan • pembelajaran
pendidikan • kempen
sejak bangku
tentang alam sekolah • risalah
sekitar
• tanggalkan
Cara-cara plag wayar
• usaha dilakukan
Mengatasi daripada soket
oleh sekolah,
Pemanasan kesedaran diri masyarakat dan
• pembakaran
terbuka
Global negara
• penanaman
pokok

penguatkuasaan • tindakan • denda atau


undang-undang undang-undang saman
yang tegas • mengawal
pengeluaran
lesen
Penutup menjaga alam sekitar dan bumi pembalakan
– kelangsungan generasi
Aktiviti
• Menulis karangan yang bertajuk “Cara-cara Mengatasi Pemanasan
Global” dalam bentuk syarahan, ucapan atau pidato.
Murid berbincang tentang peta minda dan gambar untuk menulis karangan.
Murid menulis karangan.
192 3.6.2 Murid bercerita tentang gambar dengan tepat, betul dan jelas.
AT: Murid mengakses Internet untuk mendapatkan maklumat tentang pemanasan global.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Menulis
Lestarikan Bandar Teknologi Hijau
Zarul dan keluarga bercuti di Bandaraya Melaka Bersejarah yang
kerajaannya menetapkan sasaran Melaka sebagai “Bandar Teknologi
Hijau” menjelang tahun 2020. Di sana, Zarul dapat melihat dan
memperoleh maklumat tentang “Bandar Hijau”.

• bandar yang terpelihara alam sekitarnya


– kualiti udara yang baik dan bersih
– tahap kesihatan meningkat
– memelihara ekosistem

• penduduk yang mesra alam


– masyarakat yang mengamalkan gaya hidup
yang sihat
– menanam pokok di kawasan yang
masih lapang

• menggunakan sumber tenaga yang


mesra alam
– sumber tenaga yang tidak mencemarkan
alam sekitar
– menggunakan tenaga suria di rumah
– menggunakan tenaga biogas daripada
sisa buangan

• pengangkutan yang mesra alam


– menjimatkan tenaga – mengurangkan
pencemaran udara
W 1005 H
– kenderaan biodiesel dan kenderaan hibrid

Aktiviti
• Menulis karangan deskriptif yang bertajuk “Lestarikan Bandar
Teknologi Hijau”.
Murid meneliti dan memahami bahan.
Murid menulis karangan deskriptif.
3.7.2 Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang “Bandar Teknologi Hijau”. 193
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengembangkan idea
Melagukan Syair

Insan dan Laut


Indahnya alam milik pencipta,
Untuk insan alam semesta,
Lautan terbentang khazanah kita,
Jagalah dengan sesungguh kata.
Alam laut sumber dinikmati,
Sikap manusia ikutkan hati,
Jika laut terus dikhianati,
Hidupan asal pastinya mati.
Lautan biru indah kelihatan,
Warisan bangsa khazanah watan,
Bersatu kita lindungi lautan,
Kekal tumpuan tempat lawatan.
Marilah kawan marilah saudara,
Hidupan laut jangan dicedera,
Amanah alam wajar dipelihara,
Kekal indah masyhur negara.
Pulang nelayan mudiklah sampan,
Gembira hati dengan tangkapan,
Bulatkan azam penuh harapan,
Demi generasi masa hadapan.

Aktiviti
• Huraikan maksud syair.
• Jelaskan cara memelihara laut.
Murid melagukan syair dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
194 4.4.1 Murid menghuraikan maksud syair.
Murid memindahkan maklumat kepada bentuk prosa dengan betul.
PK: Nilai Murni – Semangat bermasyarakat Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Merumus KP – Verbal-linguistik
Kata Hubung Pancangan Relatif dan Kata Hubung
Pancangan Komplemen

Sayangi Bumi Selamatkan Generasi


Kesan rumah hijau merupakan kesan yang berkait rapat dengan
pencemaran udara. Penghasilan karbon dioksida oleh kilang-kilang secara
berlebihan merupakan punca kesan rumah hijau. Pelepasan gas seperti
metana, klorofluorokarbon (CFC) dan nitrogen dioksida menyebabkan
pemanasan bumi yang tidak terkawal.
Pegawai alam sekitar menerangkan bahawa antara akibat daripada
kesan rumah hijau ini ialah kepupusan flora dan fauna. Kesan rumah
hijau ini menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar yang
mengakibatkan pelbagai penyakit. Selain itu, kesan rumah hijau ini seperti
menyebabkan berlakunya bencana alam seperti ribut dan kemarau.
Untuk menangani masalah ini bukanlah sesuatu yang sukar.
Semua pihak perlu bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha
menangani masalah ini. Pihak berwajib, khususnya Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi
melindungi bumi.

• mengatasi kesan
• penebangan hutan tanpa • mengelakkan rumah hijau
kawalan pencemaran • mengadakan kawasan
• pembalakan haram perlu • menggunakan petrol tadahan hujan
dibanteras tanpa plumbum

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan
kata hubung pancangan komplemen berdasarkan gambar.
Murid membaca dan mengenal pasti kata hubung berdasarkan teks dan gambar.
Murid membina ayat dengan menggunakan kata hubung.
5.1.6 Murid berbicara tentang teks dengan tepat. 195
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menganalisis Kontekstual – Mengaplikasikan
Ayat Majmuk dengan Peluasan Subjek dan Predikat

Sambutan “ Masa Bumi ”

facebook
Matikan suis
Hanis 19:0
5

Yu Jin
Wah, seronoknya! Rugi saya tidak
bersama-sama dengan kamu di sana.
Hanis
Ya. Saya dan kakak sangat gembira di sini.
Zarul
Mengapakah diadakan program ini?
Hanis
“Masa Bumi” Malaysia yang diadakan
20:00
setiap tahun adalah untuk mengajak serta
menghimpunkan seberapa banyak penduduk
untuk menjayakan program yang dapat
menyelamatkan bumi kita.
Zarul
Bagaimanakah program ini disambut?
Hanis
Semua penduduk Malaysia disarankan
supaya mematikan lampu dan peralatan
20:30
elektrik yang digunakan selama sejam.
Yu Jin
Saya dan keluarga yang sentiasa menyayangi
bumi akan turut serta apabila program ini
diadakan lagi.
Hanis
Syabas, saya suka akan semangat kamu!
“Masa Bumi” merupakan acara tahunan
yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia
dan disambut pada hari Sabtu terakhir dalam
bulan Mac.
Aktiviti
Zarul
Terima kasih atas maklumat yang diberikan. • Membina ayat majmuk
dengan peluasan subjek
dan predikat.
Murid mengenal pasti ayat majmuk.
Murid membina ayat majmuk.
196 5.3.1 Murid bertutur tentang teks dan gambar.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan
Penilaian 9
A. Baca dan fahami grafik.
Bagaimanakah Sampah Dibuang?

• kawasan yang rata dan


mempunyai lubang
• luas kawasan antara
50 – 60 hektar
• jauh dari kawasan
tapak kepadatan penduduk
pengumpulan 5 – 10 kilometer
sampah

• tempat pengumpulan
barangan kitar semula
• pusat pemprosesan
barangan kitar semula
• asingkan sampah
mengikut jenis
pusat kitar semula

• loji insinerator untuk


memproses sampah
• sisa pepejal akan dibakar
• boleh melupuskan
semua barangan yang
tidak boleh lupus seperti
plastik dan kaca
loji insinerator

Aktiviti
• Pembuangan sampah menimbulkan pelbagai kesan. Bincangkan cara
kita dapat mengatasi masalah ini.
• Bina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa yang berikut:
- pembuangan sampah
- pencemaran alam
- pembersihan sungai
- pengamalan kitar semula

197
B. Teliti dan fahami.

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Pendahuluan Isi penting Penutup

• alam sekitar alam • perlu memelihara alam sekitar


di sekeliling kita daripada pencemaran
- memelihara - alam sekitar yang terpelihara
keseimbangan alam merupakan hadiah yang tidak
- alam sekitar yang bersih – ternilai kepada generasi akan
kehidupan kita lebih baik datang.
- Sayangi dan selamatkan alam
sekitar

• keperluan hidup • ekonomi


- sungai sumber air - menarik kedatangan
- lautan sumber pelancong
makanan - memajukan sektor
perniagaan

• keseimbangan alam • kesihatan


- tumbuhan memberikan oksigen - hutan – mengurangkan
- hutan – habitat pelbagai jenis pencemaran
haiwan - menghasilkan ubat-ubatan

Aktiviti

• Tulis karangan dalam bentuk syarahan, ucapan atau pidato berdasarkan


kerangka karangan.

198
TEMA 10 Jelajah Alam Sains
dan Ciptaan

pelangi jam tangan


pintar

rangka manusia
SAINS
Vabotik
TEKNOLOGI
DAN
INOVASI

mesin aiskrim goyang


e-buku

basikal lipat bantal panas


karpet berlagu
Murid meneliti dan berbicara tentang gambar.
199
28
Tema 10:
Jelajah Alam
UNIT Alam Sains Sains dan Ciptaan

Mendengar dan Bertutur


Indahnya Pelangi
Hanis telah mendapat maklumat tentang pelangi melalui ensiklopedia. Dia
juga telah melakukan uji kaji cara membuat pelangi. Dia telah diminta oleh
Cikgu Nawawi untuk bercerita tentang pelangi.
Apakah itu pelangi?
Definisi Warna Jenis Pelangi
cahaya titisan
hujan

40º
42º

spektrum
cahaya
Jenis pelangi – pelangi lingkaran,
Cahaya dibiaskan oleh merah, jingga, pelangi sekunder, pelangi merah
titisan air menghasilkan kuning, hijau, biru,
spektrum cahaya. indigo, ungu Sumber: http://www.baca-blog spot.com

Mari membuat pelangi

bahan-bahan yang diperlukan kemudian, letakkan besen arah cahaya


– masukkan air

seterusnya, masukkan akhir sekali, memegang kertas


Aktiviti cermin – pelangi terbentuk

• Menceritakan pembentukan pelangi berdasarkan uji kaji menggunakan


laras bahasa yang sesuai.
Murid meneliti dan berbincang tentang gambar.
Murid menceritakan pembentukan pelangi.
200 1.5.2 Murid menulis draf perenggan berdasarkan gambar.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Mengaplikasikan Pembelajaran berasaskan projek – Mempersembahkan dapatan
Membaca
Ramalan Cuaca
Kuala Lumpur
Hari ini Selasa Rabu Khamis
20 November 21 November 22 November 23 November

mendung hujan sementara ribut petir cuaca baik


di beberapa tempat di beberapa tempat

Suhu minimum 24ºC Suhu minimum 25ºC Suhu minimum 25ºC Suhu minimum 24ºC
maksimum 31ºC maksimum 32ºC maksimum 34ºC maksimum 34ºC

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Para penonton yang saya hormati,


Tinjauan kaji cuaca pada sebelah pagi ini menunjukkan keadaan cuaca
cerah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Di Semenanjung pada ketika ini,
keadaan cuaca cerah di kebanyakan kawasan, kecuali terdapat kelompok awan
di perairan Selat Melaka. Oleh yang demikian, keadaan cuaca adalah mendung
di kawasan pesisir pantai Perak dan Selangor. Sementara itu, di Sabah dan Sarawak,
keadaan cuaca cerah.
Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengeluarkan amaran angin
kencang dan laut bergelora di perairan Wilayah Persekutuan Labuan bermula
hari ini. Dijangkakan Angin Timur Laut akan bertiup kencang dengan kelajuan
40 hingga 50 kilometer sejam. Ombak akan bergelora sehingga 3.5 meter. Keadaan
ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Aktiviti
• Cari maksud perkataan yang berikut dengan merujuk kamus:
cuaca, cerah, mendung, meteorologi, perairan, bergelora
• Jelaskan cuaca di Kuala Lumpur sepanjang minggu ini.
Murid membaca dan memahami bahan.
Murid menyatakan maksud perkataan.
2.6.2 Murid berbicara tentang ramalan kaji cuaca. 201
AT: Cari maklumat lanjut tentang ramalan kaji cuaca daripada laman sesawang http://www.met.gov.my.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Geografi
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan BCB – Membuat rujukan
Mengedit
Zarul gemar membaca buku dan majalah tentang alam sains. Dia telah
mengumpulkan fakta tersebut dalam buku koleksi sainsnya.

Tulang Manusia
Manusia dapat berdiri tegak dengan adanya tulang di dalam tubuh. Tanpa
tulang, manusia tidak mampu berdiri tegak kerana otot dan urat manusia tidak
mampu menyukung berat badan.
Semasa bayi, kita mempunyai 300 tulang. Tetapi setelah dewasa kita hanya
mempunyai 206 tulang sahaja. Apakah ini bermakna kita kehilangan 94 tulang.
Sebenarnya tidak. Ketika kita membesar beberapa tulang akan bercantom dan
membentuk satu tulang yang lebih kuat.
Tulang di dalam tubuh kita sebenarnya hidop dan dibuat dari bahan
yang kuat terdiri daripada bertan-tan sel yang membantu ia hidup dan untuk
memperbaiki diri masing-masing. Tulang bergantung pada darah untuk hidup.
Tulang melindungi beberapa organ penting seperti tulang dada melindungi
paru-paru. Tulang tengkorak pula melindungi otak manusia dengan
mengelilinginya hampir sepenuhnya.
Selain itu, tulang merupakan tempat melekatkan otot pada satu tempat
yang kukuh bagi membolehkan pergerakan. Tanpa tempat bagi otot untuk
berpegang, kita tidak mampu menggerakkan dengan mudah tangan atau
kaki. Tulang juga merupakan tempat menyimpan sum-sum yang bertugas
menghasilkan darah. Sum-sum tulang bertugas menghasilkan sel darah
yang baru bagi menggantikan sel darah yang telah dilupuskan oleh badan.
Bahan galian yang diperlukan oleh badan kita juga terdapat
dalam tulang. Oleh itu bagi mereka yang tidak mendapat galian yang
secukupnya, tubuh manusia akan menggunakan sebahagian dari tulang
untuk menggantikan galian tersebut. Keadaan ini boleh mendorong
kepada penyakit osteoporosis. Oleh itu amat penting bagai kanak-kanak
dan ibu yang menyusukan anak bagi mengambil galian tambahan seperti
kalsium agar tulang sentiasa kuat dan sihat.

Aktiviti
• Mengedit dan memurnikan teks dari aspek ejaan, tanda baca, kosa kata
dan struktur ayat.
Murid membaca dan mengesan kesalahan.
Murid mengedit dan memurnikan teks.
202 3.8.2 Murid membaca dan memahami maklumat tentang kedua-dua teks.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menganalisis BCB – Bacaan imbasan
Mengujarkan Dialog

Mesin Awal

kapak

batu
batu pemotong
pengisar

Zarul : Yu Jin, cuba kamu lihat replika ini. (sambil menuding jari ke arah replika).
Yu Jin : Oh, ini replika orang zaman batu! Mereka melakukan kerja-kerja harian
hanya menggunakan tangan.
( Zarul dan Yu Jin menghampiri replika untuk melihatnya dengan lebih
dekat lagi)
Zarul : Mereka tentu tidak dapat memotong daging hanya dengan tangan. Oleh itu,
mereka menggunakan batu yang tajam.
Yu Jin : Bolehkah kita namakan batu tajam itu sebagai mesin?
Zarul : Ya, Yu Jin. Batu tajam itu merupakan mesin awal. Selain itu, mereka juga
menggunakan tombak untuk berburu dan kepingan kayu beralaskan
pengguling untuk menggerakkan objek-objek yang berat.
Yu Jin : Bagaimanakah pula mereka menggerakkan batu-batu yang besar
itu, Zarul?
Zarul : Mereka menggunakan sebatang rod panjang dengan batu kecil untuk
menggerakkan batu yang besar. Mesin ringkas ini dinamakan tuas.
Yu Jin : Oh, ya, baru saya teringat! Pada minggu lepas, Cikgu Ainul ada mengajar
kita tentang tuas. (sambil memegang kepalanya)
Zarul : Sekiranya mesin ringkas tuas ini tidak dicipta pada zaman dahulu, sudah
tentu mereka sukar untuk melakukan kerja-kerja yang berat.
Yu Jin : Baiklah, Zarul. Marilah kita ke bahagian lain pula.

Aktiviti
• Mengujarkan dialog melalui lakonan dengan bahasa badan yang kreatif.
Murid membaca dan memahami bahan.
Murid berlakon dengan mengujarkan dialog.
4.3.1 Murid menyenaraikan dan membina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif.
203
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sejarah
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan KP – Interpersonal
Kata Kerja Aktif Transitif dan Kata Kerja Pasif
Beku Tanpa Elektrik
Pasar malam di kawasan perumahan Hanis beroperasi pada setiap hari
Rabu. Hanis dan adiknya akan ke pasar malam tersebut. Hanis amat tertarik
akan cara seorang penjual aiskrim membuat aiskrim goyang.
Mengapakah abang
meletakkan garam Untuk pengetahuan adik,
di dalam ais dan garam ini abang letakkan
menggoyangkan ke dalam air supaya air
mesin ini? cepat menjadi beku.
Takat beku ais akan menjadi
lebih rendah, iaitu kurang
daripada 0o C. Aiskrim yang
abang hasilkan akan
menjadi lebih halus apabila
abang goyangkan mesin.

Cara Membuat Aiskrim Goyang


1 2 3

bahan-bahan masukkan garam masukkan ais


4 5 6

susunkan acuan tuang air berperisa goyangkan ke kiri dan


ke kanan
Aktiviti
• Membina ayat tentang cara membuat aiskrim goyang menggunakan
kata kerja aktif transitif dan kata kerja pasif dalam satu perenggan.

Murid meneliti dan memahami bahan.


Murid membina ayat berdasarkan peta alir.
204 5.1.4 Murid bercerita tentang cara membuat aiskrim goyang.
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menghubungkaitkan Konstruktivisme – Mengaplikasikan
Kata Adjektif dan Kata Bantu
Organ Deria Kita
Zarul sedang mempersembahkan hasil perbincangan beliau dengan
rakan-rakan tentang organ deria penglihatan.
Dari kerana mata
Assalamualaikum dan selamat pagi, kawan-kawan.
kita dapat melihat
Kumpulan saya akan membentangkan tugasan
oh, ...
yang bertajuk “Organ Deria Penglihatan”. Deria
Aku bersyukur - 2X
penglihatan ialah deria yang dapat mengesan
rangsangan cahaya. Mata ialah organ deria
penglihatan yang penting bagi manusia dan mesti
dijaga. Mata manusia terletak di dalam soket
tengkorak. Rajah ini menunjukkan organ mata dan
fungsinya yang patut diketahui.
Bahagian Mata

anak mata mengecil anak mata membesar

rabun jauh guna kanta rabun dekat guna


cekung kanta cembung
Cara Menjaga Mata

menonton televisyen pada melindungi mata lebihkan makanan yang


jarak lebih daripada 2 meter daripada pancaran mengandungi vitamin A
matahari yang terik
Aktiviti
• Bina ayat menggunakan kata adjektif dan kata bantu berdasarkan
gambar rajah.
Murid berbincang tentang gambar.
Murid menyenaraikan kata adjektif dan kata bantu berdasarkan gambar.
5.1.5 Murid menulis karangan yang bertajuk “Mata dan Penjagaannya”. 205
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Sains
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengembangkan idea
29
Tema 10:
UNIT Teknologi dalam Jelajah Alam
Sains dan Ciptaan
Kehidupan
Mendengar dan Bertutur

http://www.skseripurnama.com.my

Selaut Budi, Sejunjung Kasih


Warga sekolah dialu-alukan untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada
Tuan Haji Ramlan bin Alwi, Guru Besar kita, bersempena dengan persaraan beliau.
Penghargaan boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk semasa majlis khas
yang akan diadakan pada 8 November 2015.

Hanis, sudahkan kamu


baca pesanan dalam blog
sekolah kita?
Belum, Adrina.
Apakah pesanan itu?

Kalau begitu, marilah kita membuat


Bolehlah kita gunakan aplikasi persembahan multimedia yang
Movie Maker dalam komputer. istimewa untuk beliau. Saya
Kita gabungkan gambar beliau cadangkan
untuk membuat klip video tentang
sejarah perkhidmatan beliau di
Bagus cadangan kamu, Adrina.
sekolah kita. Saya yakin
Saya yakin bahawa klip video
Marilah kita itu amat bermakna kepada
mulakan projek ini Tuan Haji Ramlan dan warga
dengan segera. sekolah kerana
Aktiviti
• Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat.
Murid berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat berdasarkan
maklumat dalam teks.
206 1.6.1 Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk membuat ulasan.
AT: Murid melayari Internet untuk mencipta e-kad yang sesuai untuk individu yang berkenaan.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal
Membaca
Pencuci Kereta Automatik
Hanis mengikut ayahnya ke kedai cuci kereta. Kali ini, ayahnya singgah
di kedai cuci kereta automatik. Kesibukan di tempat kerja menyebabkan
ramai orang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan cuci kereta di situ.
Tambahan pula, perkhidmatannya cepat dan murah.
Akhirnya, tiba giliran kereta ayah Hanis untuk dicuci. Mula-mula,
badan kereta itu disembur dengan air bertekanan tinggi serta air sabun.
Kemudian, beberapa orang pekerja membersihkan badan kereta tersebut.
Selepas itu, ayah Hanis memandu keretanya ke arah mesin automatik. Dia
melepaskan gear kereta. Keretanya meluncur perlahan-lahan memasuki
mesin automatik yang berbentuk seolah-olah sebuah terowong kecil.
Dalam masa tidak sampai lima minit, kereta ayah Hanis sudah siap dicuci.

1 2 3

kereta disembur dengan badan kereta dicuci pergerakan kereta


air dikawal secara automatik
ketika di dalam mesin
4 5 6

kereta dicuci oleh kereta siap dicuci kereta dilap kering oleh
berus automatik di kiri – bergerak melepasi pekerja
dan di kanan mesin penghadang

Aktiviti
• Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat untuk
membuat ulasan tentang perkhidmatan cuci kereta secara automatik.
Murid membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat yang terdapat dalam teks.
Murid membuat ulasan tentang perkhidmatan cuci kereta secara automatik.
2.4.3 Murid menulis ulasan tentang bahan sastera yang didengar, ditonton atau dibaca dengan jelas dan 207
menggunakan ayat yang gramatis.
PK: Nilai Murni – Kebersihan Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Mengitlak Konstruktivisme – Menilai
Menulis
Vakum Robotik untuk Ibu
Hari ulang tahun kelahiran ibu Hanis semakin hampir. Ayah Hanis ingin
menghadiahi ibu Hanis sebuah vakum robotik. Dia meminta Hanis
membantunya mencari maklumat tentang vakum robotik yang sesuai.
Hanis memperoleh maklumat yang berikut daripada Internet.

http://www.robotvacuumcleaner.cn/product-41-41html

Anda Mencari Vakum Robotik yang Sesuai?


Vabotik ialah jawapan kepada masalah kerja rumah anda. Dengan
Vabotik, anda dapat membereskan banyak tugasan pada satu masa.

Keistimewaan Vabotik
• Dilengkapi alat kawalan jauh • Dapat kembali ke tapak pengecas
• Dapat mengesan kawasan bateri apabila selesai kerja
berdebu secara automatik dan pembersihan atau ketika bateri
membersihkannya sehingga memerlukan pengecasan semula
benar-benar bersih • Mempunyai bentuk yang nipis
• Dilengkapi dengan alat penapis udara dan ringan untuk memudahkan
untuk mengenyahkan bakteria kerja pembersihan di kawasan
• Mempunyai pelarasan automatik dari yang sukar contohnya, di bawah
permaidani ke permukaan keras katil atau di bawah perabot
• Jadual pembersihan boleh ditetapkan • Mempunyai sentuhan penampan
secara berselang hari atau pada hari yang lembut untuk melindungi
yang ditetapkan perabot dan dinding
Kunjungilah bilik pameran kami yang terdekat
dengan kadar segera.

Aktiviti
• Jawab soalan-soalan berikut:
1. Jelaskan tiga keistimewaan Vabotik.
2. Mengapakah Vabotik dapat meningkatkan tahap kesihatan pengguna?
3. “Vabotik ialah jawapan kepada masalah kerja rumah anda”. Huraikan
maksud penyataan ini.
4. Jelaskan perbezaan antara Vabotik dengan vakum biasa.

Murid membaca dan memahami teks.


Murid menjawab soalan bertumpu dan bercapah berdasarkan teks.
208 3.3.3 Murid membaca dan memahami maklumat dalam teks, kemudian membuat keputusan tentang pembelian
vakum robotik.
PK: Nilai Murni – Kebersihan fizikal dan mental Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Mensintesis BCB – Bacaan intensif
Mengujarkan Dialog
Jam Tangan Pintar
Hanis mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaannya.
Sebagai ganjaran, ibu dan ayahnya telah menghadiahkan sebuah jam
tangan pintar untuknya.
Hanis : Terima kasih, ayah dan ibu. (sambil mencium tangan ayah dan ibu).
Saya bersyukur kerana mendapat jam tangan ini. Saya akan menjaganya
dengan cermat.
Ayah : Sama-sama. Hanis perlu rajin mengatur jadual untuk belajar dengan
menggunakan jam tangan ini. (tersenyum memandang Hanis).
Hanis : (mengangguk-anggukkan kepala). Baiklah, ayah. Saya akan
Ibu : Hanis juga boleh manfaatkan jam
itu untuk mendapatkan pelbagai
maklumat yang berguna.
Hanis : Ya, ibu. Saya

mengatur jadual menepati masa maklumat sahabatku

melayari Internet 10:00

mencari lokasi

menguji minda menenangkan fikiran

menghantar pesanan

menghubungi orang tersayang


Aktiviti
• Mengujarkan dialog untuk menyampaikan nilai murni berdasarkan
gambar dan frasa.

Murid meneliti dan memahami gambar.


Murid mengujarkan dialog berdasarkan gambar untuk menyampaikan nilai murni dengan menggunakan
4.3.2 bahasa yang indah dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan. 209
Murid bercerita tentang pengalaman mereka mendapat hadiah.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea KP – Interpersonal
Kata Nafi, Kata Pembenar, Kata Arah dan Kata Bilangan
Papan Pintar
Hanis dan beberapa orang rakannya ke belakang dewan. Mereka
mendapati satu kumpulan guru dan murid sedang berkumpul di situ. Ketika
menghampiri kumpulan itu, mereka mendapati bahawa para guru dan
murid sedang melihat demonstrasi penggunaan papan pintar.

Papan pintar tidak sama dengan papan putih.


Papan ini memerlukan komponen seperti monitor,
CPU, papan putih dan projektor.

Memang benar anggapan bahawa papan pintar


ibarat satu layar komputer yang besar. Semua
kabel perlu bersambung sebelum papan ini
dapat berfungsi.

Pen khas disediakan di bawah papan. Pen ini


bukan sebarang pen biasa. Pen ini berfungsi
seperti papan kekunci.

Ya, pengguna dapat menulis atau menggerakkan


tulisan atau gambar yang dilukis di atas
papan pintar.

Memang betul, semua catatan pada papan ini


dapat disimpan seperti penyimpanan fail dokumen
dalam komputer.

Aktiviti
• Membina ayat dengan kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata
bilangan.
Murid membaca, memahami dan menyenaraikan kata nafi, kata pembenar, kata arah dan kata bilangan
yang terdapat dalam teks.
5.1.7 Murid membina ayat dengan kata-kata tersebut.
210 Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang penggunaan papan pintar dalam pengajaran
dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.
PK: Nilai Murni – Kesyukuran Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengaplikasikan
Imbuhan Apitan
E-buku
Pusat Sumber Sekolah
Hanis, kamu sedang Oh, kamu rupanya, Adrina! Saya sedang
baca apa?
membaca rencana tentang e-buku.
Marilah kita baca bersama-sama.

E-buku atau buku elektronik merujuk buku yang dipersembahkan dalam bentuk digital.
Pembaca boleh membaca melalui komputer atau telefon pintar. Hal ini bermakna capaian
Internet diperlukan untuk memperoleh maklumat yang terdapat dalam e-buku.
E-buku sebesar telapak tangan ini memperlihatkan banyak kelebihan jika diperbandingkan
dengan buku cetakan biasa. Sebagai contoh, e-buku mempersembahkan kandungan teks
dalam bentuk imej dan warna yang menarik. Selain itu, muzik boleh diperdengari sambil
pembaca menyelak helaian muka surat. Kelebihan ini akan mempertingkatkan minat dan
tumpuan pembaca.
Semua maklumat dalam e-buku berbentuk digital. Secara purata, maklumat untuk
100 naskhah buku dapat diperturunkan dalam satu e-buku. Kelebihan ini memudahkan
pembaca memperhalus kandungan e-buku ini di mana-mana sahaja.

Sekolah Kebangsaan Seri Purnama,


Kota Bharu, Kelantan

Majlis Penyerahan E-buku 13 Oktober 2015

Majlis Penyerahan
E-Buku

Adrina, inilah e-buku yang sering


diperkatakan oleh orang ramai. Khabarnya, Kalau begitu, nampaknya selepas
kerajaan akan memperkenalkan e-buku ini, guru-guru dan murid-murid
ke semua sekolah. perlu mempergunakan ilmu tentang
e-buku ini.
Sebenarnya, banyak maklumat
Betul. Saya bersetuju dengan
diperkatakan dalam e-buku. Kita
kata-kata kamu, Hanis.
hanya perlu menaipkan kata kunci bagi
Malahan, sesuatu teks dalam
mendapat maklumat tersebut.
e-buku boleh diperhalus
secara rujuk silang dengan
Aktiviti menggunakan aplikasi khas.

• Membina ayat dengan kata kerja berimbuhan apitan mempeR-...-kan,


mempeR-...-i, dipeR-...-kan dan dipeR-...-i.
Murid membaca dan memahami teks.
Murid menyenaraikan perkataan berimbuhan apitan dalam teks, kemudian membina ayat dengan
5.2.1 perkataan tersebut. 211
Murid berbincang dan mengemukakan pendapat tentang e-buku.
PK: Nilai Murni – Rasional Ilmu – Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Strategi P & P: KB – Mensintesis Kontekstual – Mengaplikasikan
30
Tema 10:
UNIT Kreativiti dalam Jelajah Alam
Sains dan Ciptaan
Ciptaan
Mendengar dan Bertutur

Basikal Lipat
Zarul dan keluarganya
bersiar-siar di sekitar bandar
Kota Bharu, Kelantan.
Semasa mereka sedang
menikmati makanan di
sebuah restoran, tiba-tiba,
pandangan Zarul tertumpu
pada papan iklan digital
atau LED screen yang
terdapat di tepi jalan. Papan
iklan digital itu memaparkan
iklan basikal yang boleh
dilipat. Terdapat pelbagai
keistimewaan pada basikal
ini berbanding dengan
basikal yang sedia ada.

Ayah, cuba lihat iklan pada


papan iklan digital itu. Seronok
juga mencuci mata melihatnya.
Oh, itu ialah basikal lipat,
Ya, ibu. Basikal itu banyak iaitu satu inovasi Tentu kamu sudah
keistimewaannya. Saya ada hati daripada basikal biasa. jatuh hati dengan
untuk membelinya. Kalau saya kelebihan basikal itu.
dapat memilikinya, tentulah bagai
bulan jatuh ke riba. Basikal ini agak mahal tetapi kualitinya
baik, alah membeli menang memakai.
Aktiviti
• Kemukakan pendapat tentang perbandingan basikal lipat dengan
basikal biasa menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.
Murid memahami gambar untuk menyampai maklumat.
Murid berbicara tentang basikal lipat.
212 1.6.2 Murid mencatat maklumat yang betul menggunakan peta buih berganda.
PK: Nilai Murni – Hemah tinggi Peraturan Sosiobudaya – Peribahasa
Strategi P & P: KB – Membanding dan membezakan KP – Interpersonal
Membaca

Inovasi
Pembersih Kipas Siling

Buat pertama kalinya, kami telah diperkenalkan dengan Pembersih Kipas Siling. Alat
ini merupakan alat pembersih bilah kipas yang menjimatkan masa, mudah dan efektif.
Alat ini dicipta oleh sekumpulan pelajar yang diketuai oleh Amir Afuan bin
Nordin, Chan Yew Ning, Muhammad Zaki bin Mohammad Salleh, Fetty Zuraini binti
Mohammad, Mohd Shidiq bin Dillah dan Lorenzo Fellippe Belare. Mereka pelajar dari
Politeknik Mukah, Sarawak.
Menurut ketua kumpulan ini, projek tersebut mengambil masa selama 10
minggu untuk dihasilkan. Dalam tempoh tersebut, mereka hanya melakukan kerja
inovasi selama lima jam seminggu. Kerja-kerja penambahbaikan selepas analisis dan
dapatan beberapa uji kaji juga dilakukan dalam tempoh ini.
Menyentuh kelebihan pembersih kipas siling ini, Amir Afuan menjelaskan bahawa
alat ini mempunyai lima kebaikan seperti yang berikut:
i. mampu dimiliki oleh setiap pengguna
ii. mudah dikendalikan
iii. berupaya membersihkan debu pada bilah kipas dengan mudah
iv. dapat mengawal debu yang berterbangan sewaktu pembersihan
v. menjimatkan masa, mudah dan efektif
Menurut Amir Afuan lagi, idea mencipta alat ini berdasarkan pemerhatian
terhadap perubahan sikap penduduk Malaysia yang inginkan sesuatu yang mudah
dan efektif dalam kehidupan harian.

Aktiviti
• Membaca teks dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi
yang betul.
Murid mengenal pasti dan membaca ayat tunggal dan ayat majmuk berbilang subjek dan predikat.
Murid membaca teks dengan sebutan yang jelas.
2.3.2 Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan bimbingan guru. 213
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kreativiti dan Inovasi
Strategi P & P: KB – Mengecam BCB – Bacaan intensif
Menulis
Karpet Berlagu

“Karpet Berlagu” ini boleh digunakan untuk mewujudkan


suasana ceria setiap masa. Di samping itu, karpet ini
mempunyai ciri audio yang dapat mengeluarkan bahasa
santun seperti ucapan selamat datang.
Karpet ini berfungsi dengan menggunakan bateri
yang perlu ditukar dua kali setahun. Lagu akan kedengaran
apabila karpet ini dipijak. Karpet ini perlu dipijak antara tiga
hingga lima saat sahaja.
“Karpet Berlagu” ini telah dicipta oleh Marina
Aqilah binti Marzuki, Lim Fong Mei dan Kresha Vasuthevan.
Mereka ialah murid-murid dari Sekolah Rendah St. Francis
Convent (M), Kota Kinabalu, Sabah.

Cara membuat dan menggunakannya


papan
karpet
pita
pelekat

bateri
pembesar suara
bahan-bahan sediakan litar balut litar dengan karpet

letakkan hiasan tempatkan di hadapan


pintu Selamat datang dan
selamat sejahtera
Aktiviti
• Mencatat cara membuat dan menggunakan “Karpet Berlagu” mengikut
urutan dengan betul.
Murid memahami maklumat dan gambar.
Murid mencatat cara membuat “Karpet Berlagu” mengikut urutan.
214 3.5.2 Murid bercerita tentang cara membuat “Karpet Berlagu”
PK: Nilai Murni – Kerjasama Ilmu – Kemahiran Hidup
Strategi P & P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Kata Hubung Pancangan Relatif dan Kata Hubung Pancangan
Komplemen
Semasa melawat ke Pameran Inovatif, ayah Hanis yang merupakan
seorang jurutera sangat tertarik akan inovasi pada papan tanda.
Papan Tanda Fleksibel
Papan Tanda Fleksibel merupakan satu alternatif bagi papan
tanda yang digunakan oleh para pekerja penyenggara
jalan raya. Papan tanda ini dapat mengelakkan berlakunya
kemalangan.
Papan tanda ini dicipta oleh Encik Mohd Fazli bin Abdul
Rahman dan Cik Izyani binti Kaliwon dari Jabatan Kejuruteraan
Awam, Politeknik Merlimau, Melaka. Ciptaan ini pernah mendapat pengiktirafan.
Mereka menjadi johan “Pertandingan Projek Terbaik” bersempena dengan Hari Inovasi
dan Keusahawanan Politeknik.
Encik Mohd Fazli menjelaskan bahawa Papan Tanda Fleksibel yang telah
dihasilkan ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Untuk mencipta alat ini
sememangnya memerlukan kreativiti.

– boleh dilipat – disimpan – mudah dipasang – mudah diubahkan


– kenderaan kecil – menggunakan kedudukannya
ruang yang minimum

– ringan – mudah disenggarakan – menggunakan pemantul berkualiti


– pengguna dan pekerja jalan raya – berkesan pada waktu malam

Aktiviti
• Membina ayat menggunakan kata hubung pancangan relatif dan kata
hubung pancangan komplemen berdasarkan gambar dan frasa.
Murid membaca dan memahami bahan.
Murid mengenal pasti kata hubung dalam teks dan frasa.
5.1.6 Murid membina ayat menggunakan kata hubung. 215
PK: Nilai Murni – Kerajinan Ilmu – Kemahiran Hidup
Strategi P&P: KB – Menjanakan idea Kontekstual – Menghubungkaitkan
Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk dengan Peluasan Subjek
dan Predikat
Di Klinik
Hanis cucu sulung Puan Rogayah. Dia telah menemani neneknya mendapatkan
rawatan di sebuah klinik. Neneknya sering kali sakit pada badan.
Hanis : Selamat pagi, doktor.
Doktor : Selamat pagi. Mak cik apa khabar?
Nenek : Mak cik kurang sihat hari ini. Sejak belakangan ini, mak cik selalu berasa sakit
pada leher dan bahu.
Doktor : Adik, adakah nenek kamu ini melakukan kerja-kerja berat di rumah?
Hanis : Nenek saya sudah tua dan berumur 60 tahun. Dia tidak berdaya untuk
melakukan kerja yang berat.
Doktor : Baiklah, biar saya periksa mak cik dahulu.
Hanis: Bagaimanakah keadaan kesihatan nenek saya?
Doktor : Setelah diperiksa, saya dapati kesihatan nenek kamu tiada masalah. Saya
rasa nenek tidak perlu diberikan ubat tahan sakit. Saya suka mencadangkan
agar nenek kamu menggunakan bantal yang sesuai semasa tidur. Sekarang,
terdapat pelbagai inovasi pada bantal yang sesuai untuk mengurangkan
rasa sakit.
Hanis : Baiklah, saya akan ikut nasihat doktor.

Di Farmasi
Bantal Terapi
- bantal terapi yang baik – melindungi
tulang leher
- sangat sesuai – meningkatkan aliran
oksigen ke otak dan ke jantung
- agar dapat tidur selesa dan tenang

Bantal Panas
- sangat baik untuk kesihatan
sekeluarga
- diperbuat daripada bahan antikuman
- melegakan sakit kepala, lenguh bahu
- alat pemanas badan
Aktiviti
• Membina ayat tunggal dan ayat majmuk peluasan subjek dan predikat
berdasarkan frasa.
Murid membaca dan memahami bahan.
Murid membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan frasa.
216 5.3.1 Murid bertutur tentang bantal inovasi menggunakan ayat yang gramatis.
PK: Nilai Murni – Kasih sayang Ilmu – Pendidikan Kesihatan
Strategi P & P: KB- Menjanakan idea Konstruktivisme – Mengaplikasikan
Penilaian 0
A. Teliti gambar dan maklumat.
Murid-murid, proses penyejatan air banyak digunakan dalam aktiviti harian.
Penyejatan ialah proses perubahan cecair menjadi gas pada sebarang suhu
di bawah takat didih. Kadar penyejatan air bergantung pada pergerakan udara,
suhu di sekeliling dan luas permukaan. Cuba lihat gambar pada layar putih ini.

• udara • tenaga haba


– menjemur pakaian – membantu ibu mencari rezeki
– permukaan pakaian – membuat pisang salai untuk
terdedah dijual
– udara yang bergerak – pisang akan kering apabila
menyejatkan air didedahkan pada haba panas

• cahaya matahari • tenaga elektrik


– membeli makanan laut – membersihkan karpet
– makanan laut – proses – karpet kering dengan
penyejatan air – cepatnya apabila didedahkan
mikroorganisma tidak dapat kepada haba daripada
hidup tanpa air – tahan lama tenaga elektrik

Aktiviti
• Berbicara tentang gambar dan maklumat di atas secara bertatasusila
dengan menggunakan ayat yang mengandungi peribahasa.
• Nyatakan kepentingan penyejatan dalam kehidupan harian.
217
B. Teliti maklumat dan bincangkan gambar.
Diorama ialah binaan tiga dimensi yang mengandungi
pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang
sebenar. Objek-objek tersebut hendaklah diletakkan
di dalam satu kotak yang ditebuk supaya dapat dilihat
dari hadapan ataupun sisi.
Contoh diorama

Alatan

gunting gam pencungkil gigi warna air

Bahan

plastisin

kotak
plastik
pembalut gambar-gambar haiwan,
buku orang dan pokok
Aktiviti

1. Berdasarkan bahan di atas, cipta satu diorama yang kreatif tentang


alam kita. Tulis cara menghasilkan inovasi untuk menyediakan
diorama mengikut urutan dengan menggunakan kata kerja aktif
transitif dan kata kerja pasif.
2. Ujarkan dialog berdasarkan watak atau objek yang terdapat dalam
diorama tersebut.

218

You might also like