You are on page 1of 3

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA DAERAH KUALA SELANGOR


KALI KE-26 TAHUN 2021

Tarikh : 8 April 2021 (Khamis)


Masa : 2:30 - 5:30 petang
Tempat : Dewan Dato’ Sri Hj Abu Hassan Omar, Bangunan UMNO, Kuala
Selangor
Kehadiran (Bilangan) : Lampiran
Kehadiran : Lampiran

Agenda Mesyuarat:
1.0 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Mengalu-alukan kehadiran pemimpin ke mesyuarat agung kali ke-26,2021
1.3 Mengucapkan Terima kasih kepada semua kerana dapat berkumpul untuk
mesyuarat agung Persatuan Pandu Puteri daerah Kuala Selangor.

2.0 UCAPAN PESURUHJAYA PPDKS


2.1 Ucapan selamat datang kepada semua pemimpin sekolah dan AJK yang hadir.
2.2 Tahun 2020, tiada Mesyuarat Agung Tahunan yang dijalankan secara bersemuka
memandangkan bermulanya PKP pada 18 Mac 2020
2.3 Program Kasih Prihatin dijalankan bagi membantu asnaf yang terkesan dengan
wabak COVID-19 di Maran, Pahang.
2.4 Tahniah dan Syabas kepada pihak sekolah yang telah membuat pendaftaran Pandu
Puteri Tunas melalui laman web. Pihak Pandu Puteri Kebangsaan mewajibkan
semua ahli Pandu Puteri Tunas yang terlibat dengan aktiviti pandu puteri yang
dijalankan berdaftar di laman web Pandu Puteri Malaysia dan mempunyai nombor
keahlian.
2.5 Pada tahun 2021, antara projek yang akan dilaksanakan pada masa terdekat ialah
Program Tadarus Al-Quran peringkat antarabangsa yang meliputi peserta dari 14
buah negeri di Malaysia dan 6 buah negara. Sasaran untuk program ini adalah
seramai seratus ribu orang peserta.Tarikh yang dipilih ialah pada 4 Mei 2021
TINDAKAN : MAKLUMAN
3.0 MEMBENTANG MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-25 DAN LAPORAN
AKTIVITI TAHUN 2020
3.1 Setiausaha Kehormat PPDKS, Puan Monasuhana binti Haji Mahphoz
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PPDKS kali ke-25 serta laporan aktiviti
2020
3.2 Ahli mesyuarat sebulat suara menyokong dan mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung Tahunan 2020
3.3 Cadangan minit disahkan oleh : Puan Ramlah binti Zain (SMK Seri Tanjung)
3.4 Pengesahan cadangan minit oleh : Puan Rohazaliza binti Abd Aziz (SMK Sultan
Sultan Sulaiman Shah)
TINDAKAN : MAKLUMAN

4.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN TAHUN 2020


4.1 Puan Fatimah binti Muhammad, Bendahari Kehormat membentangkan penyata
penerimaan dan pembayaran berakhir 31 Disember 2021
4.2 Cadangan minit disahkan oleh : Puan Norazlinda binti Ab Aziz (SMK Puncak
Alam 3)
4.3 Pengesahan cadangan minit oleh : Puan Joliah bt Tumiran ( SMK Sultan Sulaiman
Shah)
TINDAKAN : MAKLUMAN
5.0 PERLANTIKAN AJK 2020-2024
5.1 Terdapat AJK baru yang dilantik bagi melancarkan lagi operasi Pandu Puteri
Daerah Kuala Selangor
5.2 AJK terkini PPPMDKS adalah seperti di dalam lampiran.
TINDAKAN : MAKLUMAN
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Etika pemakaian rasmi baju Pandu Puteri Malaysia mestilah mengikut piawaian
standard yang telah ditetapkan oleh pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
TINDAKAN : MAKLUMAN

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


7.1 Pesuruhjaya mengucapkan ribuan Terima kasih kepada barisan AJK dan guru-
guru penasihat Pandu Puteri sekolah yang telah menghadiri Mesyuarat Agung
Tahunan ini.
7.2 Beliau memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam
mengendalikan mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5:30 petang.

Urus Setia
Persatuan Pandu Puteri Malaysia
Daerah Kuala Selangor

19 April 2021

You might also like