You are on page 1of 1

Abd Halim Bin Murad

Lot 58 Desa Tanjung, Jalan Istana,


06000 Jitra,
Kedah Darulaman.

Tuan Pengetua SMK Jitra


Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
06000 Jitra,
Kedah Darulaman.
UP: Puan Nor Edah Binti Muda
Penyelaras Tingkatan 4 SMK Jitra Tarikh: 24 Januari 2021

Tuan,
PERMOHONAN PERTUKARAN ALIRAN TINGKATAN 4
Merujuk perkara di atas, saya Abd Halim Bin Murad, bapa kepada Adreana Hanim Binti
Abd Halim yang merupakan pelajar kelas 4 Pearl di sekolah tuan. Saya ingin memohon
pertukaran kelas anak saya dari kelas 4 Pearl ke kelas 4 Topaz. Saya berterima kasih
sekiranya tuan pengetua mengizinkan anak saya untuk menukar kelas.
2. Untuk pengetahuan tuan, anak saya tidak berminat dalam subjek sains tulen. Anak
saya juga berasa sukar dan tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran dalam subjek
sains tulen. Oleh itu, anak saya mengambil keputusan untuk belajar serta lebih berminat
untuk berada di dalam kelas sains sosial.
3. Sehubungan itu, saya berharap permohonan anak saya dapat dipertimbangkan oleh
pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

Abd Halim Bin Murad

You might also like