Aya Sejarah

You might also like

You are on page 1of 3

NAMA: Haslindawati binti Che Halid

NO.KP: 711213105238
UMUR: 49 Tahun
ALAMAT: Lot 58, Taman Desa Tanjung, 06000, Jitra, Kedah

Pada 10 Oktober 2020 yang lalu saya telah ke rumah Puan Linda untuk
mendapatkan maklumat. Saya juga telah menemu bual Puan Linda bagi
mendapatkan beberapa informasi.
Temu bual itu adalah seperti berikut:

Saya: Assalamualaikum Puan Linda. Apa khabar?


Puan Linda: Waalaikumussalam. Alhamdulillah saya sihat.
Saya: Kalau tak keberatan, saya ingin menemu bual Puan Linda mengenai
sistem pentadbiran yang sistematik.
Puan Linda: Apa salahnya, In Sha Allah saya akan membantu apa yang saya
mampu.
Saya: Saya mulakan sekarang, ya? Terima kasih kerana sudi ditemu bual.
Puan Linda: Sama-sama baiklah, kamu boleh mulakan sekarang.
Saya: Boleh Puan Linda ceritakan mengenai latar belakang Puan Linda?
Seperti nama penuh, umur, tempat lahir dan tempat belajar Puan.
Puan Linda: Baiklah, nama penuh saya Haslindawati binti Che Halid,
berumur 49 tahun. Saya lahir di Selangor dan saya belajar di Universiti
Teknologi Mara (UiTM).
Saya: Boleh Puan Linda jelaskan sistem pentadbiran di negara kita sebelum
kedatangan British?
Puan Linda: Ya, boleh. Sistem pentadbiran di negara kita sebelum ini
sangat harmoni. Raja-raja di setiap negeri serta pembesar masih
mempunyai kuasa ke atas setiap negeri masing-masing. Kerja-kerja seperti
memungut cukai semuanya dilaksanakan oleh pembesar daerah serta
pengulu bagi setiap kampung.
Saya: Oh, begitu. Bolehkah Puan Linda memberitahu saya tentang ciri-ciri
sistem pentadbiran di negara kita sewaktu penjajahan British?
Puan Linda: Ketika itu, British berusaha untuk menguasai Alam Melayu
untuk kepentingan diri sendiri. Mereka menggunakan pelbagai taktik untuk
mendapat negara kita. Antaranya, mereka berjaya membentuk Negeri-
negeri Selat dan juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Selain itu, British
juga mengambil semua tugas-tugas pembesar dan jugan sultan kecuali
tenatng agama Islam dan adat Melayu.
Saya: Wah, saya tidak sangka begitu sekali apa yang mereka lakukan.
Seterusnya, saya ingin Puan Linda memberitahu tentang pelaksanaan
sistem pentadbiran di negara kita selepas merdeka.
Puan Linda: Alhamdulillah kepada Ilahi negara kita telah merdeka. Banyak
sebenarnya pelaksanaan sistem pentadbiran ini selepas merdeka.
Contohya, perlembagaan di negara kita ini yang merangkumi pentadbiran
di negara kita. Terdapat juga adat yang masih diamalkan di negara kita
walaupun sudah lama adat itu wujud. Ia ialah adat perpatih.
Saya: Saya tidak tahu pulak masih ada adat yang lama masih diamalkan
sehingga sekarang. Akhir sekali, apakah langkah yang Puan Linda boleh
cadangkan untuk mewujudkan sistem pentadbiran yang lebih sistematik
bagi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara kita
Puan Linda: Pihak tertentu perlulah mengemaskini pentadbiran sedia ada
supaya pentadbiran dapat ditambahbaikan agar sistem pentadbiran lebih
licin dan mantap. Hal ini penting bagi memajukan lagi negara kita supaya
lebih berkembang.
Saya: Baiklah, terima kasih kerana Puan telah memberi kerjasama kepada
saya dalam temua bual ini.
Puan Linda: Sama-sama. Jika ada apa-apa boleh saja Tanya saya lagi. Tidak
pun datanglah ke rumah saya ini lagi.
Saya: In Sha Allah, saya akan datang. Selamat tinggal.

Setelah temu bual itu, saya pulang ke rumah untuk menyusun semula
maklumat yang saya dapat daripada Puan Linda.

You might also like