Sejarah SMK Agama Slim River

You might also like

You are on page 1of 1

SEJARAH SMK AGAMA SLIM RIVER

Idea penubuhan SMKA mula timbul semasa Ustaz Mahyuddin bin Musa menjadi Ketua
Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam tahun 1975/76. SMKA
Slim River adalah yang ke 36 di Malaysia dan kedua di negeri Perak. SMKA mula dibina pada
tahun 1991 di tepi lebuh raya Slim River- Kuala Lumpur iaitu 6 kilometer ke selatan Slim River.
Syarikat pembinaan AL-MATAB iaitu sebuah Syarikat Bumiputra yang beribu pejabat di Kuala
Lumpur telah diberi tanggungjawab membinanya.

Pada pertengahan tahun 1993, beberapa bangunan yang telah siap secara berperingkat-
peringkat diserahkan kepada JPN Perak iaitu asrama 4 blok, dewan makan, kantin dan
bangunan sekolah 3 blok. Pengetua yang pertama ialah Tuan Haji Ahmad bin Haji Abdul Hamid
dan beliau mula menjalankan tugasnya pada 1.12.1992.

Buat pertama kalinya pelajar-pelajar tingkatan satu yang ditawarkan belajar di sini diminta
melapurkan diri pada 20 Jun 1993 dan pelajar tingkatan 4 pula pada 4 Julai 1993.

Pengambilan pelajar kali pertama ialah pada 20 Jun 1993. Ketika itu, jumlah pelajar tingkatan 1
ialah 129 orang yang merangkumi 4 buah kelas. Manakala pengambilan pelajar tingkatan 4
bermula pada 4 Julai 1993 iaitu seramai 167 orang yang merangkumi 6 buah kelas. Aliran
pengajian yang ditawarkan bagi menengah atas ialah aliran Sains dan Sastera Ikhtisas.
Manakala kelas tingkatan 6 hanya ditawarkan sehingga tahun 1998 sahaja. Ini berikutan pihak
JAPIN mahu memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengambil aliran Teknikal.
Perubahan daripada dua aliran kepada tiga aliran dikhususkan bagi tingkatan 4 dan 5 iaitu aliran
Pengajian Islam dan Sains Tulen, Sains, Pend. Islam dan Teknikal dan Sastera Ikhtisas. 

You might also like