You are on page 1of 2

KERTAS KERJA PERMOHONAN

PENYELENGGARAAN PENYAMAN UDARA SEKOLAH


SK GUNONG SENYUM, 28050 KUALA KRAU, TEMERLOH, PAHANG

I. Latar Belakang Projek

• Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum (SKGS) merupakan sebuah sekolah yang


terletak di Kampung Gunung Senyum, sebuah kampung berhampiran Gunong
Senyum dalam Parlimen Temerloh. Sekolah ini ditubuhkan pada beberapa tahun
sebelum merdeka iaitu pada tahun 1953.

• Terdapat beberapa unit penghawa dingin di SKGS yang perlu diselenggara,


namun kekangan kewangan menyebabkan tiada penyelanggaraan dapat dibuat.

Biodata Sekolah

Nama : SK Gunong Senyum


Daerah : Temerloh
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru : 17 orang
Bil. Staf sokongan : 2 orang
Bil. Enrolmen : 136 murid
Bil. Bilik darjah : 7 buah
Sesi : 1 sesi (pagi)
Kawasan : Luar Bandar

Dalam merealisasikan transformasi sistem pendidikan kebangsaan yang selaras


dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia seperti terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melahirkan pelajar-pelajar yang
seimbang dalam pencapaian kurikulum dan kokurikulum. Maka PIBG SK Gunong
Senyum memohon peruntukan supaya penyelenggaraan penghawa dingin dapat
dibuat supaya ia dapat digunakan dengan optimum.

II. Objektif Projek

1. Menyelenggara 11 unit penyaman udara di SKGS.

2. Menyediakan suasana belajar yang selesa buat murid-murid di Pusat


Sumber, surau dan Makmal Komputer.

3. Memberikan kelesesaan bekerja kepada guru-guru dan kakitangan di bilik


guru dan pejabat.
III. Kompenan Projek

1. Kompenan yang dicadangkan adalah terdiri daripada :

i. Menyelenggara 11 unit penyaman udara di SKGS.

2. Status Tanah : Hak Milik Kerajaan

IV. Anggaran Kos Projek

Perincian anggaran kos bagi penyelenggaraan penghawa dingin adalah seperti


berikut :

Bil. Item Kos (RM)


1. Menyelenggara 11 unit penghawa dingin di RM200x11
SKGS

Jumlah RM 2,200

V. Output dan Faedah yang dijangka daripada projek

1. Penghawa dingin yang tidak berfungsi dapat digunakan semula.


2. Murid-murid dan guru lebih selesa belajar dan bekerja.
3. Mengelakkan kerosakan penghawa dingin akibat tidak digunakan.

VI. Justifikasi Projek

1. Penghawa dingin sudah lama tidak diselenggara (setahun lebih).


2. Aircond tidak sejuk apabila dipasang.

VII. Maklumat Tambahan


Lokasi penghawa dingin :

Bil Lokasi Jumlah penghawa dingin


1 Pejabat pentadbiran 2
2 Bilik Guru 2
3 Pusat Sumber 2
4 Makmal Komputer 4
5 Surau 1
Jumlah 11 unit

You might also like