You are on page 1of 1

MEMO

Tarikh : 4 Julai 2022

Perkara : Makluman Perubahan Harga Produk

Kepada : Semua Usahawan/Pelanggan Eng’s Popcorn

Untuk makluman, syarikat secara langsung terkesan dengan krisis kekurangan makanan global yang
melanda. Krisis ini menyebabkan kenaikan harga bahan mentah secara mendadak.

Sehubungan itu, syarikat telah mengambil pelbagai langkah sepanjang beberapa bulan lepas untuk
bertahan bagi mengekalkan harga sedia ada kepada semua usahawan dan pelanggan Eng’s Popcorn.
Namun, disebabkan kenaikan harga bahan mentah yang tidak menentu dan terus meningkat
menyebabkan syarikat tidak dapat lagi menganggung kos bahan mentah yang tinggi.

Ini merupakan satu keputusan yang sangat tidak mudah untuk syarikat. Dengan berat hati, syarikat
terpaksa melakukan perubahan harga produk untuk mengekalkan dan memberikan kualiti yang terbaik
kepada semua usahawan dan pelanggan Eng’s Popcorn berkuatkuasa 1 Ogos 2022.

Sebarang makluman perubahan lanjut, akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sekian, Terima Kasih.

ENGS LEGACY SDN BHD,

Mohamad Shazarul bin Ismail


Pengarah

You might also like