You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

PROGRAM KESEDARAN HENTI BULI PERINGKAT


SEKOLAH 2022

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0          PENGENALAN
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah aspek utama membantu pengurusan sekolah. Ia
bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh
membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta mencapai visi dan misi
sekolah ke arah kegemilangan dan kemenjadian sahsiah murid. Bagi mencapai
sekolah sejahtera dengan murid merasa selamat dan sihat dari aspek seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan memerlukan  perancangan. Salah satu daripadanya ialah
elemen selamat dari dibuli dan sejahtera emosi dari membuli orang lain.  

2.0          MATLAMAT
Mempromosikan aktiviti henti buli agar murid –murid merasa selamat dan
sejahtera.

3.0          TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 4 Julai 2022

 
4.0        SASARAN
Semua murid  

5.0      OBJEKTIF
1)  Mempromosikan aktiviti – aktiviti yang membantu terhadap
meningkatkan keprihatinan murid terhadap kawalan disiplin diri,
penjagaan sahsiah diri dan menghentikan aktiviti buli.           

6.0      KPI INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME

Output Semua warga sekolah mendapatkan maklumat melalui aktiviti kesedaran


henti buli

Outcome Tiada kes buli yang berlaku di sekolah atau di asrama

7.0      PERUNTUKAN KEWANGAN
          BIL PERKARA JUMLAH

1. BUNTING PERASMIAN KEMPEN TIADA BULI RM35.00

2. POSTER BULI DAN VANDALISME RM 65.00

3. HADIAH PERTANDINGAN MINGGU ANTI BULI

TAHAP 1 8 X RM10.00 RM80.00

TAHAP 2 6 X RM10.00 RM60.00

4. JUMLAH RM 240.00

Sumber Kewangan di ambil daripada PCG Unit Bimbingan dan Kaunseling.

  

8.0      AHLI JAWATANKUASA

          Pengerusi                : Puan Salina Bt Abdul Manaf

                                          Penolong Kanan Pentadbiran

          Naib Pengerusi        :Puan Hamimah Bt Shamsuddin

                                            Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

          Setiausaha              : Puan Nurhaiza Binti Che Mat

          Naib Setiausaha      : Puan Norhawida Azihan Bt Hamzah

 
          SENARAI TUGAS AJK KERJA

AJK Bacaan Doa En Khairol Nizam Bin Menyediakan murid untuk bacaan
Anuar doa yang bersesuaian dengan
program henti buli

AJK Jemputan Puan Norhawida Azihan Bt Menghubungi pihak polis dan


Hamzah menyediakan cenderamata dari
pihak sekolah

Puan Norfaizah Binti Menyediakan murid untuk bertindak


Mohamad selaku juruacara
AJK Juruacara

AJK Ikrar Raja Noraziyanti Bt Raja Menyediakan teks ikrar untuk dibaca
Ahmad oleh ketua pengawas

AJK Buku Puan Rosmaliza Binti Che Menyediakan buku program


Program Ibrahim

AJK Kawalan Menjaga disiplin murid dalam


Disiplin perhimpunan
En M.Ravinthiran

En Karunanithi a/l
Thanapalan

Dr Chun Cheng Cuan

AJK Jurugambar Puan Norhazlin Binti Mengambil gambar dan meletakkan


Mohd Nazar dalam bentuk kolaj untuk
dokumentasi

AJK Penilaian Puan Loh Chin Ying Menyediakan penilaian program

AJK Puan Nurhaiza Binti Che Menyediakan dokumentasi


Dokumentasi
Mat
 

9.0      STRATEGI PERLAKSANAAN

          9.1      URUSETIA

                     Unit Disiplin

                     Unit Bimbingan Dan Kaunseling

                                            

          9.2      JADUAL PERLAKSANAAN

4 Julai 2022

7.30 pagi - Ucapan Aluan

- Bacaan Doa

- Ceramah dari Pegawai Polis Perhubungan

- Ikrar murid

10.0    PENGURUSAN RISIKO

 
           

Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab

Cuaca hujan dan Hujan Menyediakan Setiausaha


menyebabkan lebat perkongsian di
perhimpunan tidak dalam kawasan
dapat dijalankan bangunan sekolah

11.0    KAEDAH PEMANTAUAN

           PEMANTAUAN PERLAKSANAAN PROGRAM

          Borang Pemantauan Program Oleh Penolong Kanan HEM

           

PEMANTAUAN PENCAPAIAN OUTCOME

Borang Penilaian Program

12.0     PENUTUP

 
Diharapkan agar program ini berjaya direalisasikan untuk mencapai objektif
menyebarkan sebanyak mungkin maklumat mengenai henti buli  kepada
warga sekolah khususnya murid sekolah untuk mencapai KPI tiada kes buli
berlaku sama ada di sekolah mahu pun di asrama.
 

 
 

Disediakan oleh: Disemak oleh:

(NURHAIZA BINTI CHE MAT) (HAMIMAH BINTI SHAMSUDDIN)

Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan Tadbir Dan Kurikulum

SMK Seri Bintang Selatan SMK Seri Bintang Selatan

Tarikh : Tarikh:

You might also like