You are on page 1of 2

Meteoroid, Meteor, Meteorites

Meteroid ialah partikel yang bersaiz sebesar pasir sehingga sebesar


batu yang terdapat dalam Sistem Suria. Tafsiran terkini daripada
Kesatuan Astronomi Antarabangsa menyatakan bahawa meteoroid
ialah “objek bentuk pepejal yang bergerak di dalam ruang antara planet,
yang mana saiznya boleh jadi lebih kecil daripada asteroid dan lebih
besar daripada atom. Contohnya sebarang zarah debu atau bahagian
batu yang terapung di angkasa lepas.

Ada juga para astronomi menyatakan bahawa meteoroid berasal


daripada asteroid atau komet namun majority meteoroid adalah
merupakan serpihan atau merupakan bahagian asteroid.

Apabila meteoroid memasuki atmosfera bumi pada kelajuan yang tinggi,


disebabkan oleh daya tarikan gravity Bumi, geseran berlaku
menyebabkan ketulan jisim angkasa lepas ini terbakar dan terbentuk
jalur bercahaya yang panjang dan halus yang dipanggil meteor. Meteor
juga dikenali sebagai ‘shooting star’ atau ‘falling star’ yang mana boleh
dilihat dengan jelas mata kasar, ketika langit tidak berawan. Jika
meteoroid tidak terbakar secara lengkap, serpihan ini akan menghentam
permukaan Bumi dan serpihan ini akan tertinggal selepas hentaman,
dan ini dikenali sebagai meteorit.

Kata asal meteor berasal daripada prkataan Greek iaitu meteoros, yang
bermaksud “tinggi di langit”. Kebanyakan meteor yang munul selang
beberapa saat dan minit antara satu sama lain dipanggil sebagai hujan
meteor.

You might also like