You are on page 1of 2
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA ‘OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA [ARAS 4 BLOK E2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK £2 COMPLEXE PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN ; Ta: +€02.8804 9902 FEDERAL GOVERNMENT ADMINS TRATIYE CENTRE oumion MALAYSIA Website :htp:fwwwmoe.gov.my/ Ruj. Kami: KPM.100-1/7/2 Jid. 6 (26) Tarikn —:4{ Januari 2019 Semua Ketua Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan, PENGURUSAN KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa mengambil berat hal ehwal kebersihan, kesihatan dan keselamatan di sekolah bagi menyediakan persekitaran yang kondusif kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius dan tidak boleh dikompromi oleh pihak pentadbir sekolah. 3. Pada masa kini, pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan diuruskan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh KPM manakala urusan pemantauan, kawal selia dan pengesahan prestasi perkhidmatan tersebut diurus oleh pihak sekolah. Dalam hal ini, KPM mendapati bahawa urusan tersebut telah menjejaskan tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. 4. Sehubungan dengan ini, KPM memutuskan agar semua urusan pemantauan, kawal selia dan pengesahan prestasi perkhidmatan tersebut hendakiah diurus sepenuhnya oleh pengetua/guru besar atau Guru Penolong Kenan Pentadbiran. Hal ini bertujuan untuk memastkan guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melaksanakan tugas PdP mereka di samping dapat membimbing murid-murid dalam mengamalkan budaya kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Jabatan pendidikan negeri (JPN) hendaklah membuat pemantauan bagi memastiken arahan ini dipatuhi. 5. Dalam hal ini juga, pink sekolah hendaklah mengadakan aktiviti-aktiviti bagi membudayakan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan di peringkat sekolah masing-masing. Pihak JPN, pejabat pendidikan daerah (PPD) pula perlu membantu dan menyokong usaha-usaha tersebut melalui pemantauan dari semasa ke semasa tanpa Penggunaan borang tambahan dan tiada unsur pertandingan yang diselaraskan di peringkat masing-masing. 6. YBhg. Datuk/Datin/Tuan/Puan hendeklah mengambil tindakan memaklumkan kandungan surat ini kepada pegawai yang bertanagungjawab di bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Datin/tuar/puan. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ‘Saya yang a amanah, a ‘SHAARI BIN OSMAN Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru merangkap Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) Kementerian Pendidikan Malaysia sk 1, Menteri Pendidikan Malaysia a Timbalan Menteri Pendidikan 3. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 4, Ketua Pengarah Sektor Pengajian Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia 6. _Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 7. Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia 8. Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 9. Penasihat Undang-undang Kementerian Pendidikan Malaysia 10. _ Ketua Komunikasi Korporat Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like