You are on page 1of 2

NAMA: Mohammad Haekal Bin Nasir

NOMBOR PENDAFTARAN: A189246

REFLEKSI 3
Pencemaran alam sekitar dalam bentuk pencemaran sisa pepejal, pencemaran air dan
pencemaran udara adalah faktor utama yang menyumbang kepada isu-isu alam sekitar di
Malaysia dan juga di peringkat global. Dengan mengambil sisa plastik sebagai contoh,
pencemaran silang boleh berlaku di antara ketiga-tiga bentuk pencemaran tersebut.
Perihalkan perkaitan di antara pencemaran sisa pepejal dengan pencemaran udara dan air
serta cadangkan pendekatan yang realistik untuk Malaysia menangani masalah alam sekitar
yang berpunca daripada pencemaran.
(15 markah)

Definisi sisa pepejal adalah apa – apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi
rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana – mana
premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, termasuklah sisa taman. Pembuangan sisa
pepejal yang tidak terkawal kerap berlaku di negara kita. Seiring dengan peningkatan
penduduk, sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia
yang tidak lagi digunakan atau bernilai seperti barang yang pecah, lusuh, tercemar dan rosak.
Pembuangan sisa pepejal ini telah memberikan kesan yang buruk terhadap udara dan air,
namun terdapat beberapa langkah yang boleh mengatasi masalah ini.

Yang pertama, udara akan tercemar disebabkan oleh sisa domestik di tapak pelupusan
sampah. Sebagai contoh, pembakaran kertas dan plastik di tapak pelupusan sampah akan
menghasilkan bahan kimia yang bahaya dan seterusnya akan terkumpul sehingga boleh
menyebabkan penipisan lapisan ozon dan memudaratkan kesihatan masyarakat. Seterusnya,
kesan kepada air. Air yang tercemar dari tapak pelupusan sampah mengakibatkan
pencemaran sumber yang serius. Sisa kimia seperti kimia organik yang tidak terurai boleh
membawa maut dan mempunyai kesan yang serius jika disentuh dan dihidu. Dari segi
kesihatan manusia, akan membawa kepada wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan
seperti tikus, lipas dan lalat.

Antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah kitar semula sisa pepejal tersebut.
Perkara ini sangat dekat dengan diri masyarakat, mereka boleh menghasilkan pelbagai
kegunaan alternatif seperti plastik yang telah dihancurkan menjadi fiber halus boleh
menghasilkan kain beg dan baju hujan, dan tayar buruk boleh dijadikan sebagai tukun tiruan
di laut. Selain itu, setiap masyarakat perlu sedar dan bijak berbelanja dalam membeli barang
keperluan. Elakkan dari membeli barang yang dipakai buang setelah menggunakanya untuk
jangka waktu yang singkat, kerana pelbagai produk mesra alam yang sudah tercipta seperti
bag dan peralatan elektronik untuk mengatasi masalah ini. Elakkan pembaziran dalam
membeli barang yang boleh menjadi sampah yang berbentuk pepejal.

Kesimpulanya, tindakan bijak yang dilakukan pada hari ini tidak memberikan kesan
secara langsung, namun telah memberi kesan pada masa akan datang. Oleh itu, setiap
masyarakat hendaklah berganding bahu dalam memastikan perkara tidak menjadi lebih
serius.

You might also like