You are on page 1of 1

SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI AL HIKMAH

NO. 39, JALAN KOTA RAJA H27/H, PUSAT BANDAR HICOM, SEKSYEN 27,
40400 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: 03 – 5192 2429 / 2434 Faks: 03 – 5103 4441 EMail:ppah14@yahoo.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SR/HEM/ALS 2001/22
Tarikh : 09 Februari 2022
07 Rejab 1443 H

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركا ته‬

Kepada:
Ibu bapa/ penjaga murid tahun 6 Huffaz

PEMBATALAN AKTIVITI REHLAH TAHUN 6 HUFFAZ 2022

Merujuk perkara di atas, seperti yang tuan/puan maklum berkenaan kes Covid - 19 yang semakin meningkat
terutama di negeri Selangor sepanjang minggu ini telah memberi kesan kepada aktiviti yang telah dirancang
oleh pihak sekolah.

2. Sehubungan dengan itu, aktiviti Rehlah Tahun 6 Huffaz yang akan diadakan pada 12 dan 13
Februari ini di Sungai Besar, Selangor akan dibatalkan atas sebab kesihatan dan keselamatan. Pihak
sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang sudi memberi kerjasama dan
maklum balas untuk mengisi borang kebenaran sebelum ini.

3. Sebarang kesulitan amatlah dikesalkan dan kami dahului dengan ribuan kemaafan daripada ibu
bapa/penjaga. Mohon ibu bapa/ penjaga untuk sentiasa merujuk pada whatsapp sekolah (011-1289 3025),
channel telegram sekolah dan facebook sekolah untuk maklumat terkini.

Keprihatinan dan Kerjasama daripada ibu bapa/ penajaga dalam mengambil maklum akan perkara di atas
amatlah kami hargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

’BERILMU, BERIMAN & BERTAQWA’

Yang menjalankan tugas,

............................................................
(SALASIAH BINTI MOHD SALLEH)
Guru Besar,
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Hikmah Shah Alam.

Sk : Pentadbiran
: Jabatan Pengurusan Sekolah

You might also like