You are on page 1of 9

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/346678814

Hubungan antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Dengan Pencapaian


Akademik Pelajar UTHM

Chapter · December 2020

CITATION READS

1 13,792

3 authors, including:

Nurazwa Ahmad Nor Kamariah Kamaruddin


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
34 PUBLICATIONS   56 CITATIONS    10 PUBLICATIONS   57 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

A Model for Assessing Technological Capability Readiness for Sustainable Small and Medium Manufacturing Enterprises in Malaysia View project

All content following this page was uploaded by Nurazwa Ahmad on 07 December 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Kajian Kes di Malaysia 2020
ISBN 978-967-2916-62-8

BAB 5

HUBUNGAN ANTARA MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK DENGAN


PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR UTHM

Muhammad Ikmal Rezal Othman1, Nurazwa Ahmad2, Nor Kamariah Kamaruddin3

1,2,3Fakulti
Pengurusan Teknologi dan Perniagaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat,
86400 Johor, Malaysia.

5.1 PENGENALAN

Pencapaian akademik merupakan apa yang dihasilkan atau yang diperolehi oleh seseorang
dalam sesuatu pembelajaran (Idris, 1994). Pencapaian akademik diukur melalui keputusan
yang diperoleh oleh pelajar terhadap subjek melalui sistem gred yang merujuk kepada tahap
yang boleh diukur untuk membezakan tahap-tahap yang dicapai. Menurut Chowdhury dan
Pati (2011), pencapaian akademik boleh ditakrifkan dengan markah peperiksaan, gred yang
diberi oleh guru dan peratus dalam subjek akademik. Dua kategori motivasi iaitu motivasi
intrinsik dan motivasi ektrinsik adalah saling berkaitan dengan pencapaian akademik pelajar.
Ghazala dan Anjum (2011) mendapati bahawa motivasi dan konsep kendiri dengan
pencapaian akademik pelajar mempunyai hubungan yang signifikan. Terdapat pelajar yang
bermotivasi tinggi dan ada pula yang mempunyai motivasi sederhana dalam pencapaian
akademik. Antara masalah-masalah yang menunjukkan kurangnya motivasi dalam kalangan
pelajar ialah faktor kurang minat terhadap sesuatu subjek dan menganggap subjek tersebut
sukar. Tambahan lagi, Andrews, Leonard, Colgrove, dan Kalinowski (2011) menyatakan
kebanyakan pelajar mengalami kesukaran dalam pembelajaran kursus sarjana dikaitkan
dengan peranan pasif yang dimainkan oleh pelajar semasa kuliah. Hal ini sudah jelas
membuktikan bahawa pelajar kurang minat terhadap sesuatu subjek dan bersikap pasif
semasa kuliah. Oleh yang demikian, sesi pembelajaran akan menjadi lebih sukar. Dalam satu
kajian di UiTM, kajian-kajian terdahulu (Naimah & Aini, 2005; Norhayuza, Naimah, Sahabudin,
& Ibrahim, 2004) secara umum menyatakan bahawa pelajar UiTM masih lemah dalam
kemahiran lisan. Seterusnya, dapatan kajian Talib dan Muslim (2007) menunjukkan
kekerapan pelajar tidak hadir ke sekolah menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran
berbanding pelajar lain. Di Malaysia, masalah pencapaian dan kegagalan akademik pelajar
adalah masalah yang menyeluruh. Hal ini telah banyak menyebabkan pihak-pihak yang
berperanan dalam pendidikan berhempas pulas bagi menentukan pencapaian akademik boleh
menjamin masa depan (Talib & Muslim, 2007).

45
2020 Kajian Kes di Malaysia
ISBN 978-967-2916-62-8

5.2 KAJIAN LITERATUR

5.2.1 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem pendidikan.
Menurut Busari (2000), pencapaian akademik ialah pengetahuan dan ilmu yang diperoleh
atau kemahiran yang dibangunkan dalam sesuatu subjek. Madar et al. (2005) mentakrifkan
pencapaian akademik secara operasional melalui suatu ujian berasaskan penilaian guru
dalam sesuatu ujian. Dalam erti kata lain, pencapaian akademik kebiasaannya diukur melalui
keputusan peperiksaan dimana pelajar diuji untuk setiap subjek. Prestasi akademik akan
terjejas secara negatif oleh penglibatan akademik yang rendah, motivasi yang terhad, dan
kelakuan tingkah laku yang pasif (Carter, Lane, Crnobori, Bruhn, & Oakes, 2011). Pencapaian
akademik merupakan salah satu komponen terpenting dalam sistem pendidikan. Menurut
Nor (2004), ibu bapa dan masyarakat memandang pencapaian akademik sebagai elemen yang
penting dalam kehidupan yang berorientasikan pendidikan, intelek dan sikap. Pencapaian
akademik yang baik berfungsi sebagai pasport untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang
lebih tinggi. Kajian terhadap pencapaian akademik adalah sangat penting untuk membantu
pengajar untuk mengenalpasti keadaan di mana pelajar membangun dan berkembang. Oleh
itu, fungsi utama pencapaian akademik ialah sebagai kayu ukur kepada jumlah ilmu yang
diperoleh seseorang.

5.2.2 Motivasi

Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan. Ia berkait rapat dengan
tingkah laku, sikap dan norma seseorang individu. Terdapat banyak pandangan melalui kajian
lepas terhadap definisi motivasi. Motivasi adalah tingkah laku individu dalam melaksanakan
keinginan dan tujuan mereka sendiri. Berdasarkan pernyataan tersebut, motivasi dianggap
sebagai cara-cara seseorang individu dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan tugasan. Setiap
individu mempunyai cara tersendiri dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Cara dan tingkah
laku dalam melakukan sesuatu pekerjaan sering dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti faktor
motivasi dan seterusnya mempengaruhi hasil daripada pekerjaan tersebut. Menurut Slameto
(2013), motivasi merupakan proses yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu.
Motivasi dilihat sebagai satu tertib atau langkah-langkah yang teratur untuk mempengaruhi
seseorang individu dalam menjalankan tugasan. Othman dan Ismail (2012) menjelaskan
motivasi sebagai satu elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang
sempurna. Selain itu, dalam kajian lain pula motivasi adalah proses dalaman, personal, proses
sukarela dan tidak memaksa, serta mengarahkan keupayaan intelektual dan mental
(Seebaluck & Seegum, 2013). Motivasi berkaitan dengan mental seseorang individu. Ia mampu
mempengaruhi pemikiran seseorang bergantung kepada situasi dan faktor-faktor yang lain.
Motivasi mampu membantu mencapai keberhasilan dalam suatu organisasi (Rich, 2010).
Motivasi mampu untuk mengubah hasil dalam sesuatu tugasan sama ada baik atau tidak.

46
Kajian Kes di Malaysia 2020
ISBN 978-967-2916-62-8

Walaubagaimanapun, hasil ini bergantung kepada individu itu sendiri. Motivasi memainkan
peranan yang sangat penting dalam setiap pencapaian termasuklah pencapaian akademik di
kalangan pelajar.

5.2.3 Komponen Motivasi

Menurut Ryan dan Deci (2009), motivasi sebahagian besarnya boleh dibahagikan kepada tiga
komponen iaitu, motivasi intrinsik, ekstrinsik, dan amotivasi. Amotivasi ialah satu faktor
motivasi yang negativ. Amotivasi ialah dimana apabila seseorang individu kurang motivasi
sebagai contoh apabila seseorang individu tersebut tidak berminat langsung untuk mengambil
bahagian dalam sesuatu tugasan. Terdapat pelbagai cabaran terhadap jenis-jenis motivasi
iaitu motivasi intrinsik dan ektrinsik yang menimbulkan persoalan motivasi terhadap penilain
kepuasan seseorang individu. Motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik mempunyai sifat yang
berlawanan. Faktor intrinsik iaitu, terlibat dalam aktiviti demi kepentingan sendiri
memberikan keputusan akademik yang lebih positif daripada faktor ektrinsik iaitu, terlibat
dalam aktiviti sebagai satu cara untuk berakhir (Ryan & Deci, 2009). Hal ini menunjukkan
bahawa motivasi adalah sangat penting kerana motivasi mampu membantu untuk
mempengaruhi pencapaian akademik dalam kalangan pelajar supaya menjadi lebih baik.
Kajian ini memfokuskan kepada dua jenis motivasi ini sama ada motivasi-motivasi ini
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

5.2.3.1 Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik dapat dilihat apabila seseorang individu melakukan aktiviti untuk kepuasan
diri sendiri (Brown, 2007). Manakala dalam konteks pembelajaran, motivasi intrinsik sering
dikaitkan dengan tujuan dari diri pelajar itu sendiri dan minat yang tersendiri terhadap
sesuatu subjek atau aktiviti tersebut. Apabila seseorang menikmati pekerjaan atau aktiviti,
melihatnya sebagai peluang untuk belajar dan mengambil bahagian tanpa ganjaran luar, dapat
diandaikan bahawa individu tersebut termotivasi secara intrinsik (Coon & Mitterer, 2010).
Dalam satu kajian lain, menurut Suwatno (2011) motivasi intrinsik adalah motif-motif yang
fungsinya tidak perlu dirancang dari luar, kerana dalam diri setiap individu sudah ada
dorongan untuk melakukan sesuatu. Terbukti bahawa, motivasi intrinsik berkait dengan diri
individu itu sendiri dan tidak wujud daripada pengaruh luar. Antara ciri-ciri pelajar yang
dipengaruhi oleh motivasi intrinsik seperti lebih berhati-hati dalam menyiapkan sesuatu
tugasan dan mereka menitikberatkan tentang kualiti kerja dan tugasan. Di samping itu mereka
akan lebih bertenaga, berdikari, berdaya saing, dan mendapati diri mereka sendiri minat
dalam pengajian berbanding pelajar-pelajar yang termotivasi oleh motivasi ektrinsik. Condry
dan chambers (1978) berpendapat bahawa apabila pelajar menjalankan projek dan tugasan,
pelajar yang termotivasi oleh motivasi intrinsik ini lebih baik dalam membuat keputusan, dan
mengumpul data berbanding pelajar yang termotivasi oleh motivasi ektrinsik. Garavalia dan
Gredler (2002) secara umumnya mengatakan pelajar yang mempunyai matlamat yang efektif,

47
2020 Kajian Kes di Malaysia
ISBN 978-967-2916-62-8

menggunakan strategi pembelajaran yang sesuai dan menilai keperluan pembelajaran,


cenderung untuk mencapai tahap prastasi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lain.
Berdasarkan perbincangan ini, hipotesis dibina seperti berikut:
H1: Motivasi intrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik
pelajar.

5.2.4.2 Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik ditakrifkan sebagai kecenderungan untuk melakukan aktiviti atau tugas
untuk mendapatkan ganjaran sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologi dalam
persekitaran semula jadi (Brown, 2007). Motivasi ekstrinsik adalah pendorong kerja yang
berasal dari faktor luar dari diri individu untuk melaksanakan tugasan secara maksima. Dalam
erti kata lain, motivasi ektrinsik ialah sikap dan tingkah laku seseorang individu yang
dipengaruhi oleh faktor luar seperti ganjaran-ganjaran sebagai contoh berbentuk wang
ringgit, kemashuran, gred yang baik dan pujian. Faktor-faktor pendorong kepada motivasi ini
ialah daripada luar dan bukannya wujud dari dalam diri seseorang individu. Konsep motivasi
ekstrinsik bertentangan dengan motivasi intrinsik. Dari perspektif akademik, Karsenti dan
Thibert (1995) menyatakan motivasi ektrinsik ialah, tingkah laku pelajar dibentuk oleh faktor
luaran seperti ganjaran dan hukuman. Pelajar yang termotivasi oleh motivasi ektrinsik ini
cendorong untuk melaksanakan tugas dirinya sendiri (Ormrod, 2011). Dengan memberikan
ganjaran dapat meningkatkan motivasi di kalangan pelajar, tetapi pemberian ganjaran yang
berlebihan akan melemahkan motivasi intrinsik di kalangan pelajar. Selain itu, sesetengah
pelajar tidak mempunyai minat untuk belajar dan mereka hanya belajar atas alasan untuk
mendapatkan kerja yang baik dan khuatir tidak mendapat pekerjaan yang baik. Perkaitan
antara motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik dijelaskan oleh Boggiano et al. (1987)
yang mendapati motivasi ekstrinsik adalah penting untuk pencapaian akademik. Berdasarkan
perbincangan ini, hipotesis dibina seperti berikut:
H2: Motivasi ekstrinsik mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik
pelajar.

5.3 METODOLOGI

Motivasi Pencapaian
• Intrinsik Akademik
• Ekstrinsik

Rajah 5.1: Kerangka Kajian

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif bertujuan untuk menentukan hubungan di antara
pemboleh ubah yang mempengaruhi iaitu motivasi dan pembolehubah yang dipengaruhi iaitu
pencapaian akademik seperti dalam Rajah 5.1. Populasi kajian adalah pelajar yang sedang
menuntut di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Jumlah pelajar UTHM ialah

48
Kajian Kes di Malaysia 2020
ISBN 978-967-2916-62-8

seramai 15,000 orang pelajar. Penentuan sampel kajian ini menggunakan jadual Krejcie dan
Morgan (1970) iaitu sebanyak 375 orang responden dalam kalangan pelajar UTHM. Borang
soal selidik mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, B, dan C. Bahagian A terdiri dari enam
soalan berkenaan maklumat demografi dan latar belakang responden. Bahagian B terdiri dari
34 soalan motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik. Item motivasi ini diadaptasi dari kajian
Ouyang (2008). Di Bahagian C pula adalah berkenaan dengan pencapaian akademik pelajar
untuk mengukur tahap pencapaian akademik responden yang mengandungi 9 item soalan dan
diadaptasi dari kajian Herbert (2005) dan Martha (2010). Item di Bahagaian A merupakan
data nominal dan ordinal. Manakala data bagi item di Bahagian B dan C adalah data berbentuk
interval dan diukur menggunakan skala Likert 5-mata dari 1=sangat tidak setuju hingga
5=sangat setuju. Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 23.0) digunakan untuk
analisis data seperti analisis diskriptif, analisis kebolehpercayaan, dan analisis korelasi. Kadar
pemulangan kajian ini adalah 57.3% iaitu sebanyak 215 respon yang dikembalikan dan
digunakan untuk analisis. Jadual 5.1 menunjukkan rumusan profil demografi responden yang
diterima.

Jadual 5.1: Profil Demografi Responden


Demografi Kekerapan (n=215) Peratusan (%)
Jantina
Lelaki 79 36.7
Perempuan 136 63.3
Umur
18-20 48 22.3
21-23 127 59.1
24 ke atas 40 18.6
Bangsa
Melayu 169 78.6
Cina 28 13.0
India 5 2.3
Lain-lain 13 6.0
Tahun pengajian
Tahun 1 55 22.6
Tahun 2 15 7.0
Tahun 3 48 22.3
Tahun 4 97 45.1
Lepasan akademik
Diploma 45 20.9
Kolej matrikulasi 107 49.8
STPM/STAM 49 22.8
Asasi 14 6.5
Fakulti
FPTP 90 41.9
FPTV 13 6.0
FKASS 45 20.9
FSKTM 24 11.2
FKEE 24 11.2
FKMP 19 8.8

49
2020 Kajian Kes di Malaysia
ISBN 978-967-2916-62-8

5.4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan keputusan analisis kebolehpercayaan, pemboleh ubah yang mendapat nilai


kebolehpercayaan tertinggi ialah bagi pembolehubah motivasi intrinsik iaitu α = 0.927 yang
berada pada tahap yang sangat baik. Seterusnya nilai untuk pemboleh ubah motivasi ektrinsik
iaitu α = 0.824 pada tahap yang baik. Pembolehubah yang terakhir iaitu pencapaian akademik
pula pada mulanya mendapat nilai α = 0.418 di mana tahapnya ialah tidak boleh diterima. Oleh
itu, langkah pembuangan item soalan daripada pemboleh ubah pencapaian akademik. Satu
soalan telah dipadam iaitu soalan C2=“Sejak memulakan pengajian universiti saya tidak
pernah gagal peperiksaan” menjadikan nilai Cronbach Alpha 0.704. Kesemua pemboleh ubah
mencapai tahap kebolehpercayaan yang baik dan digunakan untuk analisis seterusnya. Skor
min bagi pembolehubah motivasi intrinsik ialah M=3.58 iaitu pada tahap sederhana dan skor
min bagi pembolehubah motivasi ekstrinsik ialah M=3.42 iaitu pada tahap sederhana.
Berdasarkan analisis ujian normaliti bahawa jika keputusan Kolmogorov tidak signifikan
(p>0.05) maka andaian data bertabur normal ditepati (Chua, 2008). Ujian normaliti ini telah
dilakukan terhadap ketiga-tiga pemboleh ubah iaitu motivasi intrinsik, motivasi ektrinsik dan
pencapaian akademik. Hasil analisis mendapati ketiga-tiga pemboleh ubah mempunyai nilai
yang signifikan (p<0.05) bagi ujian normaliti. Taburan data bagi ketiga-tiga pemboleh ubah ini
adalah bertaburan secara tidak normal. Oleh itu ujian korelasi Spearman digunakan untuk
mengukur hubungan antara pemboleh ubah.

Hubungan kolerasi boleh dibahagi kepada empat tahap iaitu, r<0.20 (lemah), r<0.20-0.39
(rendah), r=0.40-0.69 (sederhana), r=0.70-0.89 (tinggi) dan r=0.90-1.00 (sangat tinggi). Nilai
korelasi antara motivasi intrinsik dan pencapaian akademik ialah r=0.573 pada tahap yang
sederhana, manakal nilai korelasi antara motivasi ektrinsik dan pencapaian akademik ialah
r=0.295 pada tahap yang rendah. Kedua-dua nilai korelasi adalah signifikan pada p<0.01. ini
membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara motivasi dan
pencapaian akademik pelajar. Dapatan ini disokong oleh kajian Othman dan Ismail (2012)
yang menjelaskan motivasi sebagai satu elemen yang penting dalam menghasilkan
pembelajaran yang sempurna. Dapatan ini juga disokong oleh (Garcia & Pintrich, 1996) yang
membuktikan bahawa motivasi intrinsik mampu menghasilkan pembelajaran dan pencapaian
yang lebih baik. Kebanyakan responden berpendapat bahawa motivasi intrinsik atau faktor
dalaman daripada dalam diri lebih memberi kesan terhadap cara pembelajaran dan
pencapaian mereka. Garavalia dan Gredler (2002) menyatakan bahawa mana pelajar yang
mempunyai matlamat yang efektif, menggunakan strategi pembelajaran yang sesuai dan
menilai keperluan pembelajaran, cenderung untuk mencapai tahap yang lebih tinggi
berbanding dengan pelajar lain. Motivasi ekstrinsik mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pencapaian akademik pelajar. Hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua
pemboleh ubah ini disokong oleh dapatan daripada Boggiano et al. (1987) yang mendapati
motivasi ekstrinsik adalah penting untuk pencapaian akademik. Kajian lepas membuktikan
bahawa motivasi ektrinsik memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar.

50
Kajian Kes di Malaysia 2020
ISBN 978-967-2916-62-8

5.5 RUMUSAN

Kesimpulannya, motivasi dilihat mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam kehidupan


setiap individu malah dalam setiap lapisan masyarakat. Motivasi intrinsik ini sering dikaitkan
dengan tujuan dari diri pelajar itu sendiri dan minat yang tersendiri terhadap sesuatu subjek
atau aktiviti tersebut. Motivasi ektrinsik pula ialah sikap dan tingkah laku seseorang yang
dipengaruhi oleh faktor luar seperti ganjaran-ganjaran sebagai contoh seperti wang, gred yang
baik dan pujian. Keputusan daripada data analisis menunjukkan setiap individu mempunyai
tahap motivasi yang berbeza dan kebanyakan mereka berasa mereka berada pada tahap
motivasi yang sederhana. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara motivasi
intrinsik, motivasi ektrinsik dan pencapaian akademik pada tahap yang yang sederhana.
Kajian ini mengharapkan pihak-pihak yang terlibat serta setiap individu dapat memainkan
peranan masing-masing dalam meningkatkan kecemerlangan dalam akademik.

RUJUKAN

Andrews, T., Leonard, M., Colgrove, C., & Kalinowski, S. (2011). Active learning not associated with
student learning in a random sample of college biology courses. Life Sciences Education, 10(4), pp.
394-405.
Boggiano, A. K., Barrett, M., Weiher, A. W., McClelland, G. H., & Lusk, C. M. (1987). Use of the maximal-
operant principle to motivate children’s intrinsic interest. Journal of Personality and Social
Psychology, 55(5), pp. 866-879.
Brown, H. D. (2007). Principles of Language Learning and Teaching. (5th ed.). New York: Pearson
Education.
Busari, A. O. (2000). Stress inoculation training and self statements monitoring techniques in the
reduction of test anxiety among adolescent underachievers in Ibadan metropolis, Nigeria.
Unpublished Ph.D. thesis, University of Ibadan.
Carter, E. W., Lane, K. L., Crnobori, M. E., Bruhn, A. L., & Oakes, W. P. (2011). Self-determination
interventions for students with and at risk for emotional and behavioral disorders: Mapping the
knowledge base. Behavioral Disorders, 36, pp. 100-116.
Chowdhury, A., & Pati, C. (1997). Effect of Selected Family Variables on Social Preference, Academic
Achievement and Self‐Concept of Elementary School Children. Early Child Development and Care,
137(1), pp. 133-143.
Chua, Y. P., (2008). Asas statistik penyelidikan: analisis data skala ordinal dan skala nominal. Kuala
Lumpur, Malaysia.
Condry, J., & Chambers, J. (1978). Intrinsic Motivation and the Process of Learning. In the Hidden Costs of
Reward, edited by M.R. Lepper and D. Greene. 61-84. Hillsdale, New Jersey: Lawrence Erlbaum
Associates, Inc.
Coon, D. & Mitterer, J. O. (2010). Introduction to psychology: Gateways to mind and behavior with concept
maps. Belmont, CA: Wadsworth.
Garavalia, L. S. & Gredler, M. E (2002), An Exploratory Study of Academic Goal Setting, Achievement
Calibration and Self-Regulated Learning, Journal of Instructional Psychology, 29(4), pp. 221-231.
Garcia, T., & Pintrich, P. R. (1996). Assessing students’ motivation and learning strategies in the
classroom context: The Motivated Strategies for Learning Questionnaire. In Alternatives in

51
2020 Kajian Kes di Malaysia
ISBN 978-967-2916-62-8

assessment of achievements, learning processes and prior knowledge, pp. 319-339.


Ghazala, N. & Anjum, N. (2011). A study of relationship between achievement motivation, self concept
and achievement in English and Mathematics at secondary level. International Education Studies.
4(3). Pp. 72-79.
Herbert, K. (2005). The influence of discipline management by head Teachers on students’academic
performance in selected private secondary schools of Busiro county in wakiso district
Idris, A. (1994). Satu tinjauan Mengenai Masalah Pencapaian Akademik Bekas Pelajar Pelajar SPMV
Yang Sedang Mengikuti Kursus Diploma Di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Skudai, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia
Karsenti, T. & Thibert, G. (1995). What Type of Motivation Is Truly Related to School Achievement? A
Look at 1428 High-School Students. [On-line] Dicapai pada September 2010, dari
http://www.eric.ed.gov/PDFS/ED391783.pdf
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
Psychological Measurement, 30, pp. 607-610.
Madar, A. R. & Kamaruddin, N. A., Puteh, S. (2005) Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
pelajar dalam menguasai mata pelmaran kejuruteraan di politeknik-politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia
Martha, K. (2010). Factors affecting academic performance of undergraduate students at Uganda
Christian University. Caribbean Teaching Scholar, 1(2), pp. 79-92.
Naimah, A., & Aini, A. (2005). Kajian tentang persepsi pelajar UiTM terhadap kepentingan bahasa ketiga
di UiTM. Unpublished manuscript, Shah Alam.
Nor, E. Z. (2004). Faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar Tingkatan 4 di sekolah
menegah daerah Bentong, Pahang. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya.
Norhayuza, M., Naimah, A., Sahabudin, S., & Ibrahim, A. (2004). Kajian penilaian Modul BA UiTM
peringkat ijazah. Institut Penyelidikan, Pembangunan & Pengkormesialan UiTM.
Othman, M. S. & Ismail, M. F. (2012). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
pengajaran & pembelajaran bahasa Arab: satu tinjauan di SMAP Kajang. dalam: Persidangan
Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012, 19 May 2012, Port Dickson, Negeri
Sembilan. pp. 173-189.
Ouyang, L. (2008). Motivation, cultural values, learning processes, and learning in chinese students.
Faculty of Education, Queen's University Kingston, Ontario, Canada
Rich, Y., & Z. Shiram. (2010). Perceptions of Motivation among School Counselors and Teachers. The
Journal of Educational Research, 98(6).
Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2009). Promoting self-determined school engagement: Motivation, learning, and
well-being. Handbook on motivation at school, pp. 171-196.
Seebaluck, A. K., & Seegum, T. D. (2013). Motivation among Public Primary School Teachers in
Mauritius. International Journal of Educational Management, 27(4), pp. 446-464.
Slameto (2013), Utilizing ICT to Improve Influential Cooperative Learning toward Student’s
Achievement in Satya Wacana Christian University Salatiga, International Journal of e-Education,
e-Business, e-Management and e-Learning, 3(4), pp. 330-332.
Suwatno H. (2011). Manajemen SDM dalam Organisasi Publik dan Bisnis, Cetakan kesatu. Bandung:
Alfabeta.
Talib, J., & Muslim, N. (2007). Bagaimana kanak-kanak Orang Asli gagal di sekolah? MALIM: Jurnal
Pengajian Umum Asia Tenggara, 8, pp. 51-76.

52

View publication stats

You might also like