You are on page 1of 2

8/2/22, 10:51 PM Zaman Logam di Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Zaman Logam di Malaysia


Rencana ini mungkin mengandungi penyelidikan asli.
Perbincangan yang berkenaan mungkin boleh didapati di dalam
laman perbincangan. Sila memperbaikinya (https://ms.wikipedia.
org/w/index.php?title=Zaman_Logam_di_Malaysia&action=edit)
dengan mengesahkan dakwaan yang dibuat dan menambah
rujukan. Kenyataan yang mengandungi penyelidikan asli sahaja
patut dikeluarkan. (September 27)
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila
bantu dalam memperbaiki rencana ini (https://ms.wikipedia.org/
w/index.php?title=Zaman_Logam_di_Malaysia&action=edit)
dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh
dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai
dan dipadam. (September 20) (Ketahui cara dan masa untuk
membuang pesanan templat ini)

Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke sax

teknologi logam. Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 3000 tahun dahulu. Pada
zaman ini manusia telah mencipta alat daripada gangsa dan besi.

Isi kandungan
Ciri-ciri penempatan
Kegiatan dan peralatan
Kepercayaan
Lokasi di Malaysia
Lihat juga

Ciri-ciri penempatan
Pada zaman ini mereka hidup menetap di sesuatu tempat tidak berpindah-randah dari suatu
tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tinggal berhampiran dengan sungai, di atas pokok,
kawasan tanah tinggi dan ada yang masih tinggal di dalam gua.Bahan binaan rumah pada zaman
ini ialah batu,tanah liat dan juga kayu.

Pada mereka ini mereka mula mempunyai adat resam mereka yang tersendiri.

Kegiatan dan peralatan


Mereka menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Mereka juga bercocok tanam,
menangkap ikan, memburu binatang liar di hutan, menternak binatang ternakan, dan
menjalankan perniagaan secara tukar barang yang dikenali sebagai sistem barter.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Logam_di_Malaysia 1/2
8/2/22, 10:51 PM Zaman Logam di Malaysia - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Contoh alat yang digunakan pada zaman ini ialah kapak, sabit, pisau, tulang mawas, dan lembing.

Kepercayaan
Sepanjang Zaman Logam, mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.

Pada zaman ini mayat biasanya ditanam secara memanjang bersama beberapa barang kiriman
seperti tembikar dan alat perhiasan diri.

Mereka juga turut menjalankan upacara pengebumian menggunakan kepingan batu. Kepingan
batu atau granit ini akan diletakkan pada kedudukan tersusun supaya batuan ini akan tercerun ke
bahagian dalam kubur. Manakala, batuan granit yang lebih berat akan diletakkan dibahagian atas
sebagai struktur bumbung. Batu-batu digunakan untuk mestabilkan kubur. Antara barang kiriman
yang ditemui di dalam kubur batuan ialah alat logam, tembikar tanah, barang perhiasan, manik,
serpihan kaca dan beberapa batuan berharga, seperti carnelians, dan batu kristal. Berdasarkan
penemuan barang kiriman ini, dijangkakan kubur batuan ini dibina untuk golongan berpangkat
tinggi

Mereka juga pandai menghasilkan keranda yang berbentuk perahu.

Lokasi di Malaysia
Sungai Tembeling, Pahang
Gua Harimau, Perak
Changkat Menteri, Perak
Lembah Bernam, Selangor
Sungai Muar, Johor
Sungai Langat, Selangor

Lihat juga
Prasejarah Malaysia
Zaman Paleolitik di Malaysia
Zaman Neolitik di Malaysia

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Zaman_Logam_di_Malaysia&oldid=5433605"

Laman ini kali terakhir disunting pada 04:50, 20 Januari 2022.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkin
digunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Zaman_Logam_di_Malaysia 2/2

You might also like