You are on page 1of 10

Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak.

Udara
yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan
mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang
terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi
dalam pertuturan.
Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada
hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi. Kita sedia memaklumi
bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur,
mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi
yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau
organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal,


konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan
dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat
atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan
bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai  vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan
sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan
udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali
sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang
bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi
vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan
luas [a] dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].

1
Bunyi
Bahasa

Penggolongan Bunyi Bahasa

Huruf Konsonan

Huruf kosonan turut dinamakan huruf mati mengikut bunyi tradisional. Bunyi
kosonan terbahagi kepada dua, iaitu mungkin bersuara atau tidak bersuara.Bunyi konsonan
juga turut mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan dan semasa menghasilkan bunyi
kosonan ini, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran,
sama ada yang terdapat di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung.  Bunyi konsonan juga
terbahagi kepada dua kategori, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman

 Bunyi konsonan Melayu Asli

Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli,iaitu:

[p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara.

[b] Konsonan letupan dua bibir bersuara.

[t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara.

[d] Konsonan letupan gusi bersuara.

[k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara.

[g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara.

2
[?] Hentian glotis.

Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara.

Konsonan letusan lelangit keras bersuara.

[s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara.

[r] Konsonan getaran gusi bersuara.

[h] Konsonan geseran glotis bersuara.

[l] Konsonan sisian gusi bersuara.

[m] Konsonan sengau dua bibir bersuara.

[n] Konsonan sengau gusi bersuara.

Konsonan  sengau lelangit lembut bersuara.

Konsonan sengau gusi – lelangit keras bersuara.

[w] Separuh vokal dua bibir bersuara.

[j] Separuh vokal lelangit keras bersuara.

b.    Bunyi  konsonan Melayu pinjaman.

Terdapat lapan bunyi konsonan Melayu pinjaman.

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara.

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara.

Konsonan geseran gigi tidak bersuara.

Konsonan geseran gigi bersuara.

[z] Konsonan geseran gusi bersuara.

3
Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara.

[x] Hentian geseran lelangit lembut tidak bersuara.

Konsonan geseran lelangit lembut bersuara.

a) Konsonan gaseran bibir gigi tidak bersuara [ f ] dan [ v ]

Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengancara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas
supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan
sempitan bibir bawah dengan gigi atas.
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar.
Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara, iaitu f. Tetapi jika
glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran
bibir – gigi bersuara, v.

Konsonan gaseran bibir gigi tidak bersuara [ f ]

4
Konsonan gaseran bibir gigi tidak bersuara [ v ]

Berikut adalah contoh bagi Konsonan gaseran bibir gigi tidak bersuara [ f ] dan [ v ]

Konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f].

awalan pertengahan akhiran

[feri] [safari] [mualaf]

[fasa] [kafir] [alaf]

Konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v].

awalan pertengahan

[van] [larva]

[violin] [kanvas]

5
Konsonan Geseran Gigi - [ th ] dan [ dh ]
Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas
dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus
udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan di daerah gigi.
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak
bergetar, konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara, yang
dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf, iaitu th. Jika glotis dirapatkan
dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara, yang
dilambangkan dengan dh. Dalam ejaan Rumi baharu, th dan dh telah diubah menjadi s dan d.

Konsonan Geseran Bersuara [ z ]

Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan
dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus
udara dari pura – pura keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah
pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

6
Contoh bagi Konsonan Geseran Bersuara [ z ]

awalan pertengahan akhiran

[zikir] [nazak] [lafaz]

[zaman] [azimat] [hafaz]

Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [ x ].

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat satu sempitan. Lelangit lembut
sendiri dinaikkan ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-
paru dibiarkan, bergeser pada sempitan di daerah lelangit lembut dengan bahagian belakang
lidah tersebut, sambil pita suara tidak digetarkan.

Contoh Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [ x ].

awalan pertengahan akhiran

[xianat] [maxluk] [tarix]

[xamis] [axbar] [marix]

7
Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ]
Konsonan gusi–lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang
depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut
dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru–paru keluar melalui
rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara depan lidah dengan
sempadan gusi–lelangit keras. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Dalam
ejaan Rumi, bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf,sy.

Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ]

Contoh Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ]

awalan pertengahan akhiran

[sama] [nasi] [kipas]

[silap] [asap] [tulus]

8
Konsonan Geseran Lelangit Lembut – [ kh ] dan [ gh ]

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah
lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru
– paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara
belakang lidah dengan lelangit lembut.

Konsonan Geseran Lelangit Lembut – [ kh ] dan [ gh ]

Contoh konsonan pinjaman

[f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara. [ # fikir # ] ( fikir )

[ # lafaz # ] ( lafaz )

[ # ma?af # ] ( maaf )

[v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara. [ # variasi # ] ( variasi )

[ # novel # ] ( novel )

9
[ž] Konsonan geseran gusi bersuara. [ # žohor # ] ( dhohor )

[ # hažir # ] ( hadhir )

[ # haiž # ] ( haidh )

[š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak [ # šubuht # ] ( subuh )


bersuara.
[ # ašar # ] ( asar )

[ # xaš # ] ( khas )

[x] Hentian geseran lelangit lembut tidak bersuara. [ # abar # ] ( khabar )

[ # xianat # ] ( khianat )

[ # tarix # ] ( tarikh )

[‫]ץ‬ Konsonan geseran lelangit lembut bersuara. [ # ‫ץ‬aib # ] ( ghaib )

[ # lo‫ץ‬at # ] ( loghat )

[ # bali‫ ץ‬# ] ( baligh )

10

You might also like