You are on page 1of 4

LATIH TUBI RBT TINGKATAN 1

TAJUK : PROSES REKA BENTUK

1 Antara berikut manakah merupakan definisi projek brief?


A Satu proses perancangan produk reka bentuk yang teliti dan sistematik
B Satu proses perbincangan awal antara dua pihak, iaitu pengurus projek dengan
pelanggan
C Satu proses pengurusan produk reka bentuk yang melibatkan perbincangan
bersama pelanggan
D Satu proses perbincangan reka bentuk untuk memastikan hasil produk memenuhi
kriteria yang dikehendaki

2 Antara berikut pernyataan manakah yang betul tentang perancangan dalam pengurusan
projek?
A Memberikan gambaran awal bentuk dan fungsi produk yang akan dihasilkan
B Mengandungi dua perkara penting, iaitu kajian reka bentuk produk dan kajian
pasaran
C Merangkumi skop projek, kos pengeluaran, masa, perancangan jadual kerja dan
pembentukan kumpulan kerja
D Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dari segi pengurusan projek dan gambaran
awal produk yang ingin dihasilkan

3 Andrew ingin menghasilkan sebuah mock-up kapal terbang.


Antara berikut bahan manakah yang boleh digunakan untuk menghasilkan mock-up
tersebut?
I Kayu
II Dawai kasa
III Foam
IV Plastik sampah
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
4 Antara berikut pernyataan manakah yang betul mengenai mock-up?
I Dikenali sebagai model blok
II Dikenali sebagai model olokan
III Dibina mengikut saiz atau tanpa ukuran sebenar
IV Dibina menggunakan bahan dan kaedah cantuman yang sebenar
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

5 Antara berikut yang manakah merupakan contoh model separa berfungsi?

A B

C D
6 Antara berikut manakah merupakan faktor penting untuk mengukur tahap keberkesanan
produk?
I Ketetapan rupa bentuk
II Mematuhi kehendak produk
III Mematuhi kriteria projek brief
IV Memenuhi kriteria pertimbangan utama
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

7 Berikut merupakan maklumat mengenai analisis kajian.

Perbandingan produk sedia ada dalam pasaran dari segi reka


bentuk, fungsi dan ciri-ciri moden.

Apakah jenis analisis kajian tersebut?


A Kajian pasaran
B Kajian fungsi produk
C Kajian ciri-ciri produk
D Kajian reka bentuk produk

8 Antara berikut manakah merupakan kegunaan ruang catatan pada borang projek brief?
A Idea atau pendapat pengurus projek berkenaan penyataan masalah yang
dikemukakan oleh pelanggan
B Menyenaraikan penyataan masalah iaitu persoalan yang perlu diambil perhatian
oleh pengurus projek
C Menyatakan dan menerangkan kriteria pertimbangan utama yang disenaraikan oleh
pengurus projek
D Jawapan kepada penyataan masalah yang disenaraikan di dalam jadual senarai
semak kriteria pertimbangan utama
9 Berikut merupakan maklumat mengenai sejenis model.

• Dikenali sebagai model blok


• Dihasilkan secara berskala atau saiz sebenar

Apakah jenis model tersebut?


A Mock-up
B Prototaip
C Model separa berfungsi
D Model berfungsi sepenuhnya

10 Apakah pengujian yang boleh dilakukan pada mock-up produk?


I Keseimbangan
II Kestabilan
III Kefungsian
IV Kekuatan cantuman
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

You might also like