You are on page 1of 16

MESYUARAT PENYELARASAN

BOLA SEPAK (BAWAH 12 TAHUN)


MSSD KINTA SELATAN
TAHUN 2017

TARIKH : 06 APRIL 2017

MASA : 2.30 PETANG

TEMPAT : BILIK GERAKAN SK SERI JAYA, BATU GAJAH.

(Kertas Kerja Terkini bertarikh 11 April 2017)

Page 1 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


KEJOHANAN BOLA SEPAK
MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN
PERINGKAT DAERAH KINTA SELATAN 2017

1. MESYUARAT PENYELARASAN

TARIKH MASA TEMPAT


BILIK GERAKAN,
06 APRIL 2017 2.30 PETANG
SK SERI JAYA, BATU GAJAH

2. AGENDA MESYUARAT

BIL PERKARA
1 Ucapan Pengerusi
2 Ucapan KPPD / Penyelia Sukan PPDKS / Wakil
3 Ucapan PTPS Bola Sepak Daerah Kinta Selatan
4 Taklimat Penyelarasan Pertandingan / kejohanan
5 Hal-hal lain

3. TAKLIMAT PENYELARASAN PERTANDINGAN

3.1 TARIKH CADANGAN :

PERINGKAT : PUSINGAN AWAL 1


TARIKH 25 APRIL 2017
HARI : SELASA
MASA : 8.00 pg – 5.00 ptg
TEMPAT : SK SERI JAYA & SK GUNUNG PANJANG

PERINGKAT : PUSINGAN AWAL 2


TARIKH 26 APRIL 2017
HARI : RABU
MASA : 8.00 pg – 5.00 ptg
TEMPAT : SK SERI JAYA & SK GUNUNG PANJANG

PERINGKAT : PUSINGAN AKHIR DAERAH KINTA SELATAN


TARIKH 27 APRIL 2017
HARI : KHAMIS
MASA : 8.00 pg – 5.00 ptg
TEMPAT : SK SERI JAYA, BATU GAJAH

Page 2 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


3.2 PELAKSANAAN :

: PUSINGAN AWAL 1 & 2


: SUKU AKHIR
: SEPARUH AKHIR
: TEMPAT KE 3 & 4
: AKHIR

3.3 PENYERTAAN : (UNDIAN)

4 KUMPULAN
18 pasukan daripada sekolah-sekolah rendah Daerah Kinta Selatan

KUMPULAN A KUMPULAN B
25 APRIL 2017 (PDG SK SERI JAYA) 25 APRIL 2017 (PDG G.PANJANG)
A1 SK SERI JAYA (A) B1 SK SUNGAI ITEK
A2 SJKT KAMPAR B2 SK KAMPAR
A3 SK TANJUNG TUALANG B3 SK TIWA
A4 SK TRONOH B4 SK SULTAN YUSSUF

KUMPULAN C KUMPULAN D
26 APRIL 2017 (PDG SERI JAYA) 26 APRIL 2017 (PDG G.PANJANG)
C1 SK SERI JAYA (B) D1 SK GUNUNG PANJANG
C2 SK TUALANG SEKAH D2 SK PENGKALAN BAHARU
C3 SK GOPENG TMN. GOPENG D3 SK GOPENG JALAN ILMU
C4 SJKT GOPENG D4 SK SIPUTEH
C5 SK KUALA DIPANG D5 SK BUKIT PEKAN

3.4 HADIAH :

Johan : Piala Pusingan, Sijil & Medal


Naib Johan : Sijil dan Medal
Ketiga : Sijil dan Medal
Keempat : Sijil dan Medal

(12 pemain dan 3 guru pengiring)

3.5 PENGADIL :

Diuruskan dan disediakan oleh PTPS Bolasepak Kinta Selatan

Page 3 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


3.6 JADUAL PERLAWANAN :

(Akan dimaklumkan sebelum hari pertandingan)

4. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : En.Nor Haslan B. Nor Zaman


Penolong Pengarah Kokurikulum, JPN Perak.
Pengerusi : En. Ahmad Khalil b. Mukti
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan
Naib Pengerusi : En. Zainal Abidin b. Hassan
Penolong PPD Hal Ehwal Murid PPD Kinta Selatan
Setiausaha : En. Mohd Kamrul Hisham B. Mohamad
Penyelia Sukan PPD Kinta Selatan

Pengerusi Teknik : En. Ahmad Sukri b. Azit (SMK Sentosa, Kampar)


PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan
Tim. Pengerusi Teknik : En. Yusaini b. Ahmed (SK De La Salle)
Pen. PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan

Bendahari : En. Hamdan B. Yahya


Penyelia Kokurikulum, PPD Kinta Selatan
Jawatankuasa : Guru Besar SK Seri Jaya

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Besar Sekolah-sekolah Dae. Kinta Selatan.

Page 4 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


5. JAWATANKUASA PENGELOLA
Penasihat : En. Ahmad Khalil b. Mukti, Tim. PPD Kinta Selatan
Pengerusi : Pn Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim,
Guru Besar SK Seri Jaya
Naib Pengerusi I : En. Ahmad Zafian Ridzuan B. Zakaria
PK Pentadbiran, SKSJ
Naib Pengerusi II : En. Roslan Bin Rohani, PK HEM SKSJ
Pengurus Kejohanan : En. Farizam Bin Ali, PK Kokurikulum SKSJ

Pengerusi Teknik : En. Ahmad Sukri b. Azit (SMK Sentosa, Kampar)


PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan
Tim. Pengerusi Teknik : En. Yusaini b. Ahmed (SK De La Salle)
PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan

Penyelaras : En. Mohd Saiful B. Said, SKSJ


Setiausaha : En. Mohd Rizalme B. AK Sani, SKSJ
Pen. Setiausaha : Pn. Nor Amiza Bt Zainal, SKSJ
Bendahari : Pn. Bashadiah Bt Tayid @ Ahmad Taib
(PT Kewangan, SKSJ)

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru-Guru SK Seri Jaya

: (Rujuk Lampiran I)

6. JAWATANKUASA PEMILIHAN PEMAIN


Penasihat : Pengerusi – pengerusi Zon Daerah Kinta Selatan
Pengerusi : Pn Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim,
Guru Besar SK Seri Jaya
Pengurus Kejohanan : En. Farizam Bin Ali
Penolong Kanan Kokurikulum SK Seri Jaya

Pengerusi Teknik : En. Ahmad Sukri b. Azit (SMK Sentosa, Kampar)


PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan
Tim. Pengerusi Teknik : En. Yusaini b. Ahmed
Pen. PTPS Bola Sepak Kinta Selatan

Penyelaras : En. Mohd Saiful Bin Said


Jurulatih : Semua pasukan yang terlibat

Page 5 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


7. KEWANGAN

PENDAPATAN
Bil Butiran Kuantiti Kos
.
1. Yuran Penyertaan Sekolah RM 190 x 18 buah RM 3,420.00
JUMLAH DAPATAN RM 3,420.00

PERBELANJAAN *
Bil Butiran Kuantiti Kos
.
1. Persiapan Padang/Tandas 2 padang X RM 100 RM 200.00
2. Khemah 3 x RM 200.00 RM 600.00
3. PA System Set ( 2 hari X RM100) RM 200.00
4. Kepengadilan
Pengadil + Pembantu Pengadil RM 880.00 [744 (62)]

5. Minuman :
Pegawai Drinking / Mineral Water RM 100.00
Pemain Ais Batu / Perisa RM 150.00
6. Piala Pusingan RM 0.00
Sijil Penyertaan & Penghargaan PPDKS (100.00)
Medal 12 x 4 x 8 RM 384.00
7. Kecemasan & Kotigensi RM 100.00
8. Kem Latihan Alit Berpusat & RM 600.00
Kontinjen ke MSSPk
9. JPAM stand by RM 200.00
10 Lain-lain / Photostat RM 21.00
.
JUMLAH ANGGARAN MENGURUS ** RM 3,535.00
KEKURANGAN RM 115
* *Diluar budget kejohanan / sasaran peroleh selepas selesai pertandingan. Akan
ditanggung oleh sekolah tuan rumah.

Page 6 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


* Tertakluk pada perubahan.

8. YURAN PENYERTAAN

Dipersetujui bersama,
* Yuran penyertaan bagi setiap sekolah adalah berjumlah RM 190.00
(Ringgit Malaysia : Seratus Sembilan Puluh sahaja)

Perlu dijelaskan SEBELUM atau PADA 19 APRIL 2017 (RABU)


Yuran penyertaan boleh dibayar atas nama “GURU BESAR SK SERI JAYA” ,
No. akaun : 5081 1380 1493 ( MALAYAN BANKING BERHAD – B.GAJAH )

Yuran penyertaan boleh menggunakan Wang Peruntukan Kokurikulum atau SUWA.


Sila bayar menggunakan Cek sahaja.

9. MAKLUMAT

Segala maklumat dan minit mesyuarat akan diedarkan menerusi medium elektronik
email/telegram kepada semua wakil-wakil sekolah yang akan dan bersetuju untuk
menyertai kejohanan ini.

Syarat-syarat pertandingan kejohanan ini adalah seperti lampiran II.

Pegawai yang boleh dihubungi ;

Pn. Hajah Nareeta Bt Mohd Hashim (Guru Besar SK Seri Jaya) 012 – 5540876
En. Farizam Bin Ali (PKKO SK Seri Jaya) 011 – 24319721
En. Yusani b. Ahmed ( PTPS Bola Sepak K.Selatan) 018 – 2581443

Disediakan oleh ;

FARIZAM

(FARIZAM BIN ALI)

Penolong Kanan Kokurikulum,

Page 7 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


SK Seri Jaya, Batu Gajah, Perak.

(Lampiran I)

SENARAI JAWATANKUASA KECIL PELAKSANA


KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN
MSSD KINTA SELATAN 2017

Penasihat : En. Khalil Bin Mukti, Tim. KPPD Kinta Selatan


Pengerusi : Pn. Hjh Nareeta Bt Mohd Hashim,GB SK Seri Jaya,
Naib Pengerusi I : En. Ahmad Zafian Ridzuan B. Zakaria,
PK Pentadbiran, SKSJ.
Naib Pengerusi II : En. Roslan B. Rohani, PK HEM SKSJ
Pengurus Kejohanan : En. Farizam B. Ali, PK Kokurikulum SKSJ
Pengerusi Teknik : En. Ahmad Sukri b. Azit (SMK Sentosa, Kampar)
PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan

Pen. Pengerusi Teknik : En. Yusaini b. Ahmed (SK Air Hitam Labu)
Pen. PTPS Bola Sepak MSSD Kinta Selatan
Setiausaha : En. Mohd Saiful B. Said, SKSJ
Pen. Setiausaha : En. Mohd Rizalme B. AK Sani, SKSJ.
Bendahari : Pn. Bashadiah Bt Tayid @ Ahmad Taib
(PT Kewangan, SKSJ

Ahli Jawatankuasa : Guru-Guru SK Seri Jaya

Page 8 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


Ahli Jawatankuasa : Guru-Guru SK Seri Jaya

Pendaftaran Pengurus Peserta di Padang SKSJ

1. Pn. Nor Amiza Bt Zainal 1. En. Mohd Rizalme B. AK sani


2. Pn. Hjh Hasliza Bt M.Hassan

Brosur Papan Keputusan (Scoreboard)

1. Cik Sarfinah Bt Sharifuddin 1. Pn. Nor Amiza Bt Zainal


2. Pn. Faridah Hanim Bt Ismail 2. Pn. Hjh Hasliza Bt M.Hassan

PA Sistem Juruacara Kejohanan

1. Ustaz Hishamuddin B.Ibrahim 1. Ustaz Hishamuddin B. Ibrahim


2. Pn. Norasiah Bt Yusop

Sijil & Hadiah Keselamatan / Kebajikan/ Minuman

1. Cik Sarfinah Bt Sharifuddin 1. En. Yaakob B. Ngah Yahya


2. Pn. Faridah Hanim Bt Ismail 2. Pn. Mahizon Bt Mahmood
3. Murid-murid Pengakap SKSJ

Pegawai SKSJ di SK Gunung Panjang

1. En. Mohd Ramizu B. Ab Rahim

Kepengadilan / Pegawai Teknikal Padang

PTPS & Pen. PTPS Bola Sepak K.S. 1. SK Seri Jaya & SK Gunung Panjang

Page 9 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


( Lampiran II)

KEJOHANAN BOLA SEPAK (BAWAH 12 TAHUN)


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KINTA SELATAN
2017

MAKLUMAT KEJOHANAN

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH BAWAH 12


TAHUN MSS DAERAH KINTA SELATAN

1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Sepasukan Bawah Umur 12 tahun MSSD Kinta
Selatan 2017.

2. PENGELOLA
Dianjurkan oleh Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan dan dikelolakan
oleh SK Seri Jaya, Batu Gajah, Perak.

Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah di bawah Jawatankuasa


Pertandingan yang tertakluk kepada arahan Jawatankuasa Pengelola

3. PERATURAN UMUM
Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MSSM.

4. PERATURAN TAMBAHAN
Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak
meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat
penganjuran aktiviti Karnival MSSD Kinta Selatan.

5. KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Seseorang pemain yang terdiri daripada murid berumur 12 tahun dan ke bawah
Tahun 2017 layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

5.2 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum


sesebuah pasukan itu turun bermain seperti berikut :-

5.2.1 Salinan Sijil Kelahiran yang disahkan oleh Guru Besar


Atau Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan.
Page 10 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS
5.2.2 Borang R01 dan R02 yang diperakui oleh Guru Besar
Atau Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan.

5.2.3 Sebarang pertelingkahan atas hak status mana-mana pemain akan


diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

5.2.4 Bagi mana-mana pasukan yang menarik diri (‘walk over’) semasa
pertandingan akan digantung penyertaan pada tahun berikutnya, dan
semua keputusan pada pertemuan sebelumnya itu akan dibatalkan.

6. PENDAFTARAN PEMAIN
6.1 Setiap sekolah boleh menghantar satu pasukan dan setiap pasukan hendaklah
mengandungi tidak lebih dari 12 orang pemain termasuk pemain simpanan.

6.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan


borang R01 dan R02 yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya
pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

6.3 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus


pasukan yang akan diadakan sebelum pertandingan.

6.4 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi memulakan perlawanan ialah 7
orang. Setelah perlawanan dimulakan ,pasukan yang bermain kurang daripada 5
orang pemain dalam sesuatu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan
dikira kalah. Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang akan
diberi kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 3 - 0.

6.5 Tiga (3) orang pemain gantian dibenarkan untuk ditukarkan pada bila-bila masa
sepanjang permainan termasuk masa tambahan. Pemain yang telah diganti
dibenarkan bermain semula di dalam perlawanan yang sama. (rolling substitute)

6.6 Pasukan yang telah berdaftar akan tetapi menarik diri setelah jadual pertandingan
dikeluarkan, WAJIB bagi pasukan berkenaan membayar yuran yang telah
ditetapkan.

6.7 Jadual pertandingan akan dikeluarkan oleh pihak pengelola, selewat-lewatnya 7


hari daripada tarikh pertandingan akan dilangsungkan.

Page 11 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


7. FORMAT PERTANDINGAN
7.1 Kejohanan ini adalah di antara pasukan dijalankan secara liga dalam kumpulan
yang telah diundi ketika pertemuan semua pengurus pasukan sekolah masing-
masing.

7.2 Namun dipertimbangkan dengan budi bicara Tuan Pengerusi kejohanan sekiranya
ada penyertaan bagi sekolah seluruh Daerah Kinta Selatan ini yang tidak hadir
ketika pertemuan pertama dijalankan..

8. PERATURAN TENDANGAN PENALTI


8.1 Pengadil akan memilih gol sebagai tempat tendangan penalti akan diambil.
Tendangan akan diambil dari tanda penalti yang ditetapkan.

8.2 Tendangan pertama akan diambil oleh pasukan yang menang undi dengan cara ‘
toss of coin’. Tiga (3) tendangan hendaklah diambil secara berselang-seli oleh
pemain-pemain dari kedua-dua pasukan.

8.3 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada lawannya akan dikira
sebagai pemenang.

8.4 Sekiranya setelah mengambil ketiga-tiga tendangan penalti, kedua-dua pasukan


menjaringkan bilangan gol yang sama atau tidak menjaringkan sebarang gol,
maka tendangan penalti tambahan hendaklah diteruskan mengikut giliran yang
sama sehingga keputusan diperolehi.

8.5 Hanya pemain-pemain yang bermain sehingga tamat masa tambahan, boleh
mengambil tempat penjaga gol semasa tendangan penalti diambil.

8.6 Kecuali pemain-pemain yang akan mengambil tendangan penalti serta kedua-dua
penjaga gol, semua pemain hendaklah berada ditempat yang ditentukan oleh
pengadil.

9. PEMAIN YANG DIBERI AMARAN / BUANG PADANG


9.1 Mana-mana pemain yang menerima dua amaran bertulis (kad kuning) dalam masa
perlawanan / kejohanan, adalah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu
perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran bertulis kedua.

Page 12 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


9.2 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) akan digantung
dua perlawanan.
9.3 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-
kata atau menunjukkan isyarat-isyarat tidak tertib dengan tidak mengira beliau
menerima amaran bertulis sebelum ini atau tidak, akan digantung tiga perlawanan.

9.4 Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain-pemain yang
diperintah keluar padang kerana bergaduh akan digantung bermain sepanjang
tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil di hadapkan kepada Jawatankuasa
Tatatertib untuk tindakan tatatertib yang sewajarnya. Keputusan Jawatankuasa
Tatatertib bersabit dengan kesalahan ini akan dipanjangkan kepada sekolah (yang
beliau wakili) dan untuk tindakan selanjutnya.

9.5 Mana-mana pengurus atau jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di
luar padang semasa pasukan sedang bermain adalah dianggap melakukan di
dalam padang.

10. “ OFFSIDE ” DAN SEPAK PENJURU


Peraturan offside tidak digunapakai dalam kejohanan ini.

11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN


11.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format
berikut :-

Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

11.2 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau lebih
didapati memperolehi jumlah mata sama, maka susunan penentuan berikut akan
diambil kira untuk menentukan pemenang :-

a. Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara


jaringan gol masuk dengan jaringan gol kena akan menduduki tempat yang
lebih tinggi.

b. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang
paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

c. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan
awal akan dikira sebagai pemenang.

Page 13 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


d. Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri maka Jawatankuasa
Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara
lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

e. Jika masa tidak mengizinkan, Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan


pemenang melalui tendangan penalti mandatori atau “ toss of coin ”.

12. MASA PERTANDINGAN

12.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah
ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola.

12.2 Setiap perlawanan mempunyai dua separuh masa. Tempoh permainan bagi setiap
separuh masa adalah 10 minit dan 3 minit untuk pertukaran tempat (15-5-15)
pada peringkat awal dan tempoh permainan bagi setiap separuh masa adalah 20
minit dan 5 minit untuk pertukaran tempat (20-5-20) pada peringkat separuh
akhir dan akhir.

12.3 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada dan bersedia di
sekitar gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

12.4 Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain


kepada pengadil rasmi 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.

12.5 Pasukan yang gagal berada hadir di padang permainan pada masa yang
dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat
tempoh masa yang diberikan pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap
telah memberi kemenangan percuma dan semua keputusan perlawanan pasukan
tersebut sebelumnya akan dibatalkan. Pasukan tersebut juga tidak akan
dibenarkan meneruskan baki perlawanan jika ada.

12.6 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberikan


kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia Kejohanan akan
mengambil tindakan dengan mengenakan denda yang telah ditetapkan .

Page 14 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


13. PENANGGUHAN PERLAWANAN
Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang di-
tangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambilkira.

13.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan Jawatankuasa
Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka
keputusan perlawanan akan ditentukan cara sistem tendangan penalti tanpa
mengambil kira sebarang jaringan yang telah diperoleh oleh kedua-dua pasukan
dalam separuh masa pertama.

13.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan Jawatankuasa
Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan lagi maka
jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan
diambilkira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol akan dianggap
pemenang. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-
dua pasukan terikat dengan kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan
ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti.

14. JERSI
14.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 2 set jersi berlainan
warna dan bernombor. Pasukan yang dicatatkan terdahulu di dalam jadual
pertandingan akan dikehendaki menukar jersi sekiranya berlaku persamaan
warna.

14.2 Penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang berbeza daripada pemain-
pemain lain dan juga pengadil.

14.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang
kejohanan ini.

14.4 Semua ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri
jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut
hendaklah diserahkan kepada pemain yang mengambil alih sebagai Ketua
Pasukan.

15. PERALATAN PERTANDINGAN


15.1 Setiap pasukan dikehendaki membawa sebiji bola pertandingan

Page 15 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS


16. PENGADILAN
16.1 Setiap sekolah dikehendaki membawa seorang pembantu pengadil .

17. BANTAHAN
17.1 Sebarang bantahan boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan hendaklah
dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau
Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dalam tempoh 30 minit setelah tamat
perlawanan. Surat bantahan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengurus
Pasukan berserta dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia :
Dua Ratus) secara tunai. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan tersebut gagal atau ditolak.

17.2 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan
Tatatertib adalah muktamad.

18. JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /Wakil

Ahli : Pengelola Pertandingan/Wakil


Pengerusi Teknikal Permainan (PTPS)
Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil
Seorang pengurus pasukan berkecuali. (Lantikan
Pengelola)

19. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR


Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan
yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

20. PERINTAH AM
Sepanjang kejohanan diadakan pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada
Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Jawatankuasa pengelola
atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua
Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang
melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang
berkenaan.

Disediakan oleh
Pengerusi Teknikal .
Pejabat Pendidikan Kinta Selatan.

Page 16 of 16 SK SERI JAYA@BOLA SEPAK MSSD KS

You might also like