You are on page 1of 2

Ruj Kami : SKKS.

700-7/1/1(13)
Tarikh : 15 Ogos 2022

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium,
05604 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Melalui

Ketua Penolong Pengarah,


Pusat Kokurikulum Negeri Kedah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah,
08400 Merbok,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN PENGANJURAN KEM KEPEMIMPINAN MURID SEKOLAH RENDAH PERINGKAT


NEGERI KEDAH 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah Kebangsaan Kampong Setar berhasrat untuk
menganjurkan Kem Kepemimpinan Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah seperti Ketetapan berikut:

2.1 Perbincangan Tempahan Tempat Penganjuran - 31 Mei 2022


2.2 Pembinaan Kertas Kerja Cadangan Kem Kepemimpinan - 14 Jun 2022
2.3 Permohonan Mengadakan Kem ke JPN dan Pusat Kokurikulum Negeri - 31 Julai 2022
2.4 Pelarasan Kertas Kerja dan Jawatankuasa Induk - 1 Ogos 2022
2.5 Taklimat Penetapan Pelaksanaan Program Kem Kepemimpinan - 25 Ogos 2022
2.6 Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana - 14 September 2022
2.7 Pelaksanaan Kem Kepemimpinan Peringkat Negeri Kedah - 11- 13 Oktober 2022
2.8 Penghantaran Laporan Untuk Pengiktirafan - 27 Oktober 2022

3. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan program sebagai rujukan tuan.

4. Sehubungan itu, kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan kelulusan bagi permohonan
ini.

5. Sebarang pertanyaan pihak tuan bolehlah menghubungi Puan Siti Rodiah Abdul Aziz PK Hal
Ehwal Murid SK Kampong Setar.

6. Kerjasama daripada pihak tuan dalam menjayakan aktiviti ini amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………….

(ROSIAH BINTI RAMLI)

Guru Besar
SK Kampong Setar

You might also like