You are on page 1of 10

LAPORAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN MASJID SULTAN YAHYA PETRA

MACHANG 1443H

1.0 TARIKH , HARI DAN TEMPAT PROGRAM YANG DILAKSANAKAN

TARIKH : 3 APRIL 2022 – 1 MEI 2022 / 1 - 29 RAMADHAN 1443H


HARI : SEPANJANG RAMADHAN 1443H
TEMPAT PROGRAM : MASJID SULTAN YAHYA PETRA MACHANG

2.0 AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN 1443H


2.1 Solat Sunat Taraweh 20 Rakaat + 3 Rakaat Witir
2.2 Halaqah Tadarus Al-Quran Sepanjang Ramadhan ( Selepas Solat Sunat Taraweh)
2.3 Talaqqi Al-Quran bersama Imam bertugas (Subuh, Zohor dan Asar )
2.4 Kuliah Subuh Setiap Jumaat & Sabtu
2.5 Kuliah Dhuha Muslimat ( Setiap Isnin ,Jam 9.00 Pagi )
2.6 Kuliah Dhuha Jumaat ( Setiap Jumaat , Jam 9.30 Pagi )
2.7 Tazkirah Sebelum Jumaat
2.8 Iftor Jama’ie Sepanjang Ramadhan
2.9 Tahlil Sebelum Iftor ( 15 Minit Sebelum Iftor )
2.10 Tadarrus Al-Quran Selepas Solat Taraweh ( 10 orang )
2.11 Tadarrus Al-Quran Selepas Subuh ( 70 orang )
2.12 Qiyamullai - 10 Akhir Ramadhan
2.13 Sahur Jama’ie - 10 Akhir Ramadhan
2.14 Solat Sunat Tasbih ( Malam Raya )
2.15 Sumbangan Duit Raya kepada Asnaf
2.16 Majlis Jamuan Hari Raya - 30 Syawal 1443H
3.0 KEWANGAN
LAPORAN PERBELANJAAN KEWANGAN IHYA RAMADAN 1443H
MASJID SULTAN YAHYA PETRA MACHANG

BIL. PERKARA JUMLAH CATATAN


1. BAYAR KATERER IFTOR DAN RM 7560.00 RM12 X 100 ORANG
SAHUR RM 2520.00 RM12 X 105 ORANG X
KU YAH KATERING 2 HARI
2. BAYAR KATERER IFTOR DAN RM 7360.00 RM12 X100 ORANG &
SAHUR RM 3600.00 RM160 BAGI 5
AZLAN HASSAN ORANG
RM12 X100 ORANG X
3 HARI SAHUR
3. BAYAR KATERER IFTOR RM 4800.00 RM12 X 100 ORANG X
ZARINAH BINTI MD ZAIN 4 HARI
2 HARI PERCUMA
4. BAYAR KATERER IFTOR DAN RM 7800.00 RM12 X 100 ORANG 5
SAHUR RM 2400.00 HARI & 150 X 1 HARI
RUSMAN ABDUL RASHID RM12 X 100 ORANG X
2 HARI
5. BAYAR KATERER IFTOR DAN RM 7200.00 RM12 X 100 ORANG X
SAHUR RM 2400.00 6 HARI
AYU NASI BAJET
6. SAGUHATI IMAM TERAWIH RM 10,000.00 2 ORANG
RM5,000 X 2
7. SAGUHATI BILAL TERAWIH RM1200.00 2 ORANG
RM600 X 2
8. SAGUHATI IMAM QIAMMULLAI 10 RM1800.00 3 ORANG
MALAM RM 200 X 9
9. SAGUHATI ASNAF FAKIR MISKIN RM 10,000.00 100 ORANG
RM100 X 100
10. SAGUHATI KAKITANGAN MSYPM RM3600.00 5 ORANG P.S.M
3 ORANG JAGA
(RM300) X 12
3 IMAM RAWATIB
1 BILAL RAWATIB
11. SAGUHATI PESERTA TADARUS AL- RM 2000.00
QURAN SELEPAS TERAWIH (RM200) X 10
12. SAGUHATI DUIT RAYA KANAK- RM2500.00 RM5 X 500 ORANG
KANAK
13. HADIAH KEPADA RM 2420.00 74 HELAI KAIN
STAFF,KAKITANGAN,AJK KERJA PELIKAT
DAN PESERTA TADARUS AL-QURAN 36 KAIN BATIK
14. JAMUAN KUIH MUIH HARI RAYA RM3100.00
15. KATERIR MINUMAN JAMUAN HARI RM 497.00
RAYA
JUMLAH RM 82,757.00
4.0 LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1443H

SOLAT SUNAT TARAWIH 20 RAKAAT + 3 RAKAAT WITIR


HALAQAH TADARRUS AL-QURAN SEPANJANG RAMADHAN
( SELEPAS SOLAT SUNAT TARAWEH )
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN TADARRUS &
KHATAM AL –QURAN
MAJLIS SUMBANGAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA ASNAF
FSKIR & MISKIN MASJID SULTAN YAHYA PETRA MACHANG
AGIHAN DUIT RAYA KEPADA KANAK-KANAK PADA PAGI 1 SYAWAL
1443H
5.0 CADAGAN PENAMBAHBAIKAN / POST MORTEMS

5.1 KEKUATAN

1 . Penglibatan Jemaah dan komitmen yang tinggi untuk menyertai


program-program ihya’ Ramadhan walaupun dalam suasana endemik
covid- 19.
2. Kerjasama dan sokongan padu daripada pihak pengurusan AJK
Masjid Sultan Yahya Petra Machang walaupun dalam keadaan berpuasa
di bulan Ramadhan.

5.2 KELEMAHAN

1. Jumlah Jemaah yang menghadiri ke masjid masih lagi dalam kuantiti yang
tidak memuaskan oleh kerana ruang solat masih lagi banyak kekosongan
sewaktu solat-solat fardhu mahupun solat sunat taraweh
2. Banyak aktiviti – aktiviti terpaksa di tangguh kerana patuh terhadap arahan
kerajaan berkenaan SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan.

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Membuat kempen atau ceramah-ceramah pada siri ambang Ramadhan bagi


meningkatkan keimanan dan kesedaran terhadap masyarakat tentang
kelebihan dan fadhilat mengimarahkan masjid lebih-lebih lagi pada bulan
Rmadhan.
2. Memperbanyakkan lagi aktivit-aktiviti dan pengisian rohani terhadap
masyarakat dan Jemaah Masjid bagi menimbulkan ‘izzah’ dan manis dalam
beribadat bukan dalam bulan Ramadhan sahaja tetapi dalam bulan-bulan
yang lain juga.

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, Program Ihya’ Ramadhan 1443H Tahun ini berjalan dengan baik
seperti yang dirancang walaupun menghadapi sedikit kekangan dalam bentuk norma
baharu di mana jumlah Jemaah yang mengadiri ke masjid sedikit berkurang dari tahun-
tahun sebelum virus covid-19 melanda dunia. Semoga penyertaan Jemaah dan
masyarakat menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan dan
meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada allah SWT.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(MOHAMAD HADI QUSYAIRI BIN RAMLI) ( ROSLEE @ MOHAMAD BIN ISMAIL )


Setiausaha Imam Tua/ Timbalan Pengerusi
Masjid Sultan Yahya Petra Jajahan Machang Masjid Sultan Yahya Petra Jajahan
Machang

You might also like