You are on page 1of 3

MODUL B’INTERAKc

16 OGOS- 18 OGOS 2022


HOTEL MEGA VIEW KUANTAN
SMAN DAN SMAMUIP
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PAHANG

CONTOH KARANGAN CEMERLANG


SOALAN BAHAGIAN B

Patriotisme merupakan dedikasi dan pengorbanan rakyat demi mempertahankan negara


daripada anasir luar atau dalaman. Langkah mengibarkan Jalur Gemilang melambangkan
semangat patriotik, perpaduan yang kukuh dan kesetiaan kepada negara.
Sumber : Internet

Selain langkah yang dinyatakan dalam petikan, nyatakan langkah-langkah lain yang boleh
dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara?

Jalur Gemilang di bawah naunganmu


Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Lirik lagu Jalur Gemilang ini melambangkan semangat patriotik, perpaduan


yang kukuh dan kesetiaan kepada negara. Semangat patriotik boleh ditakrifkan
sebagai perasaan dan ekspresi cinta kepada negara asal. Perasaan ini
menggambarkan rasa bangga, berbakti dan kecintaan kepada tanah air. Hal ini
bertepatan dengan peribahasa Melayu seikat bak sirih, serumpun bak serai. Sebagai
contoh, Perdana Menteri Malaysia telah menetapkan tema hari kebangsaan pada
tahun ini ialah Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Persoalannya sebagai rakyat
Malaysia, apakah langkah-langkah lain yang boleh dilakukan untuk menunjukkan
rasa cinta akan negara?
Langkah perdana yang dilakukan untuk menunjukkan rasa cinta akan negara
adalah dengan membeli barangan buatan Malaysia. Rakyat Malaysia perlu
memberikan sokongan sepenuhnya terhadap barangan tempatan berbanding
barangan keluaran negara lain. Tambahan pula, barangan tempatan mempunyai
kualiti yang boleh dibanggakan. Hal ini dikatakan demikian kerana kualiti dan
jenama barangan tempatan mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa.
Contohnya, kereta nasional keluaran Proton seperti Exora telah dipasarkan di
negara ASEAN. Hal ini bertepatan dengan peribahasa berdiri sama tinggi duduk
sama rendah. Usaha murni ini secara langsung dapat meningkatkan pendapatan
negara sekali gus dapat membangkitkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat
Malaysia. Tuntasnya, rakyat Malaysia perlu membeli barangan buatan Malaysia
sebagai lambang rasa cinta akan negara.
(104 patah perkataan)

Meninjau dari perspektif yang lain, langkah untuk menunjukkan rasa cinta
akan negara adalah menghormati lambang kebesaran negara.. Setiap warganegara
perlu berdiri tegak semasa lagu Negaraku dinyanyikan. Setiap individu perlu
menghayati bait-bait lirik lagu Negaraku bagi meningkatkan rasa cinta akan
negara.. Setiap acara rasmi perlu dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku sebagai
tanda kecintaan kepada negara. Sebagai contoh, rakyat perlu menghormati institusi
beraja di negara kita. Secara analoginya masyarakat yang menghormati lambang
kebesaran negara umpama lebah yang taat dan hormat mengumpul madu untuk
ratunya. Impaknya, akan lahir warganegara yang mempunyai jati diri yang kukuh
dan utuh terhadap negara. Jelaslah bahawa menghormati lambang kebesaran
negara merupakan langkah pragmatik menunjukkan rasa cinta akan negara. (110
PP)
Kesimpulannya ,semangat patriotisme perlu dipupuk dalam kalangan
masyarakat Malaysia dan kita harus berganding bahu dalam melahirkan
masyarakat yang cinta akan negara. Sememangnya semangat patriotik haruslah
dihayati kerana merupakan teras pada pemacu perpaduan negara. Oleh itu, kita
perlu menyuburkan kembali jiwa patriotik yang sebenar dengan nikmat
kemerdekaaan yang dikecapi kini. Kita perlu bergerak maju dan pada masa yang
sama menghapuskan saki-baki penjajah yang masih lagi bersarang dalam jiwa
masyarakat. Semoga negara dan bangsa Malaysia akan terus maju dengan
semangat patriotisme sejati. Oleh itu, janganlah kita menjadi seperti telur
sesangkak pecah sebiji pecah semua. Sekiranya masyarakat kurang menerapkan
nilai patriotisme maka hasrat kerajaan untuk mempertahankan perpaduan sukar
direalisasikan.

You might also like