You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA

JLN TARUKA OFF JLN DATIN HALIMAH


80350 JOHOR BAHRU, JOHOR.

JPNJ.PI.600-5/1/8Jld.4 (73)
RUJUKAN BIL

BORANG LAPORAN / MINIT CURAI

NAMA PEGAWAI : AFIFAH BINTI HASSAN AL ASHARI JAWATAN : PPPS DG44

PERKARA : MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA IHTIFAL LUGHAWI SEKOLAH-SEKOLAH (ILSS)


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 BERMULA 8 HINGGA 11 OGOS 2022

TARIKH : 25 JULAI 2022 MASA : 2.00 – 4.30 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Mohd
Khalid, Johor Bahru

ANJURAN : Pengarah Pendidikan Negeri Johor

PENGERUSI : Pengarah JPN Johor

BAHAN – BAHAN YANG DIEDARKAN : Minit Mesyuarat 18 Julai 2022 berbentuk ‘Soft Copy’

CATATAN MINIT :

1. Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis : Terima kasih kehadiran semua AJK terlibat

2. Ucapan Pengarah : Tn Md Said Bin Daimon. Jangan membebankan guru. Yang mana boleh diswastakan, swastakan. Guru
Pelaksana PDPc. Setiap aktiviti mesti diukur outcome. Semoga majlis ini dipermudahkan.

3. Ucapan KPM :Tahniah atas persiapan Negeri Johor.

4. Penyelaras Program : Ustaz Hanafi . Penerangan program tentang setiap tindakan yang telah diambil oleh setiap AJK.

Ingatan mesra daripada Pengarah JPN: Tindakan dan keputusan mestilah dimaklumkan dan diputuskan oleh penyelaras program.
Bahagian makanan dan persiapan tempat makan hendaklah selaras untuk tidak berlaku kesilapan. Pengetua SMK Mohd Khalid Pn
Anita memaklumkan keluasan dewan sekolah boleh menampung sehingga 25 set meja bulat. Sekiranya tidak mencukupi,
hendaklah usahakan menyewa khemah untuk para hadirin. AJK Penginapan hendaklah menjaga Kebajikan Peserta dan Jemaah
Juri.

5. Mesyuarat AJK yang berkaitan akan dilaksanakan pada 2 Ogos 2022. Surat akan menyusul kemudian.

6. Mesyuarat bersurai pada jam 4.30 petang.


TINDAKAN SUSULAN OLEH KETUA JABATAN :

Menyediakan guru / AJK / Tenaga bagi mengangkat dan menyusun kerusi , meja serta memasang hiasan dan peralatan di pentas.

TANDATANGAN PEGAWAI TANDATANGAN DAN COP JABATAN

………………………………………….. ………………………………………………
( ) ( )

You might also like