Professional Documents
Culture Documents
1.0 PENGENALAN
Bulan Kesenian ini diadakan di bawah kelolaan Panitia Kesenian
SK.Labuan yang merangkumi subjek Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni
Visual. Bulan Kesenian ini bertujuan untuk mencungkil dan mengembangkan
bakat dalam diri murid-murid dalam bidang muzik dan seni visual. Tema
Bulan Kesenian tahun 2022 ialah tema Semangat Patriotik Hari Kemerdekaan
Malaysia.
Aktiviti kesenian yang dipilih adalah berdasarkan Projek Seni Muzik
yang ada dalam sukatan pelajaran Pendidikan Kesenian. Projek Seni Muzik
merupakan aktiviti yang memberi fokus kepada persembahan muzik.
Persembahan muzik merupakan gabungan aktiviti PdP yang telah dipelajari
seperti nyanyian, gerakan, permainan alat muzik serta penciptaan.
Berlandaskan aktiviti PdP ini, murid akan menjayakan Projek Seni Muzik
berdasarkan sesuatu tajuk. Murid akan bersama-sama rakan dan guru
menjana idea bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang.
1
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
Berikut merupakan objektif-objektif yang ingin dicapai dalam Program Bulan
Kesenian ini:
i. Mencungkil bakat dalam Seni Visual dan Muzik.
ii. Meningkatkan keyakinan diri murid, semangat kerjasama dan
bertanggungjawab.
iii. Memupuk semangat patriotisme murid dan mempelajari fakta tentang
kemerdekaan Malaysia.
iv. Mengeratkan hubungan sillaturahim antara ahli keluarga murid semasa
proses menghasilkan karya seni dan persediaan persembahan.
v. Memupuk nilai-nilai murni, cinta kepada Tuhan, menyayangi alam sekitar
dan kerendahan hati.
vi. Kemahiran menggunakan teknologi, kreativiti dan kecekalan dalam
kegiatan seni visual.
vii. Melahirkan semangat bersatu padu, kesabaran dan bertimbang rasa
dalam aktiviti berkumpulan.
2
4.0 JAWATANKUASA PROGRAM
PENAUNG
PN. SINON LONGGUYU
GURU BESAR SK.LABUAN
PENASIHAT 1
EN. MASRAL ABDUL RAHMAN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
PENASIHAT 2
PN.ZAITON HJ.SIDUN
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
PENYELARAS
PN. EMILY MAIKAT
KETUA PANITIA KESENIAN
SETIAUSAHA
PN. IZZATI IKKI SARI BINTI KUSHAIRI
BENDAHARI
NUR IZZATI BINTI KADIR
AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU PANITIA
3
5.0 SENARAI AKTIVITI SEPANJANG BULAN KESENIAN
BIL AKTIVITI PENGURUS JURI
.
01 PERTANDINGAN NYANYIAN PN. ROSSELLE PN.AIDAH
KOIR DAN PAMERAN JALUR HJH. HASNAH
GEMILANG: TAHUN 1-3 PN.NORHAYATI
4
6.0 JADUAL PELAKSANAAN
MINGGU 1 DAN 2 (15-26 OGOS 2022)
KELAS AKTIVITI PSV AKTIVITI MUZIK
PRA- (IBUBAPA) MURID NYANYIAN LAGU
SEKOLAH MENYEDIAKAN PAKAIAN PATRIOTIK
PALING PATRIOTIK
TAHUN 1-3 MELUKIS/MEWARNA/MEMBUAT LATIHAN NYANYIAN
POSTER JALUR GEMILANG KOIR LAGU PATRIOTIK
*TERPULANG KEPADA GURU *LAGU PILIHAN GURU
PSV. P.MUZIK SENDIRI.
TAHUN 4-5 MURID MERANCANG DAN MURID MERANCANG
MEMBINA MODEL RUMAH DAN BERLATIH
KAMPUNG PALING PATRIOTIK PERGERAKAN
KREATIF/SENAMROBIK
LAGU PATRIOTIK
5
SEPANJANG BULAN KESENIAN:
PEMILIHAN SEORANG MURID TOKOH PATRIOTIK
6
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL AKTIVITI HADIAH ANGGARAN
. PERBELANJAAN
(RM)
01 PERTANDINGAN NYANYIAN NO.1: RM25 60
KOIR DAN PAMERAN JALUR NO.2: RM20
GEMILANG: TAHUN 1-3 NO.3: RM15
7
8.0 PENUTUP
Sebagai penutupan, Bulan Kesenian ini diharap dapat mencungkil bakat-
bakat murid dalam bidang seni visual dan muzik. Kerjasama dari pentadbir
dan semua guru dan AKP akan menjadi pemangkin kepada kejayaan Bulan
Kesenian ini. Semoga semua objektif program dapat tercapai disamping
memberi kegembiraan kepada murid-murid dalam menjalani aktiviti-aktiviti
yang disediakan. Selain itu, diharapkan semangat patriotisme dikalangan
warga SKEL dapat dipupuk dan dihayati bersama.
Disediakan oleh,
___________________
(EMILY MAIKAT)
Ketua Panitia Kesenian
SK.Labuan, Kota Belud
Disahkan oleh,
___________________
(PUAN SINON LONGGUYU)
Guru Besar
SK.Labuan, Kota Belud