You are on page 1of 6

BISMILLAH

ASSALAMUALAIKUM..

YANG DIRAIKAN,PUAN UMI KALTHOM BINTI PUTEH DAN SUAMI, CIKGU MOHD HAIDZIR BIN MOHD
AKIL

YANG BERUSAHA

EN. SAIFUDDIN BIN HARUN

PENGETUA SMK PADANG PIOL

YANG BERUSAHA

PN HABIBAH BINTI ABDUL RAHMAN

GPK PENTADBIRAN DAN KURIKULUM

GURU-GURU DG 54

BARISAN KETUA BIDANG

GURU-GURU

YDP PIBG, ENCIK------------------------

BARISAN STAF DAN AKP

SETERUSNYA HADIRIN YANG DIKASIHI SEKALIAN

SEBELUM MEMULAKAN ACARA, MARILAH SAMA2 KITA MENADAH TANGAN MEMOHON


KEBERKATAN.
UNTUK ITU MAJLIS MEMPERSILAKAN AL FADIL USTAZ ARIF BIN ABDUL HAMID UNTUK
MEMBACAKAN DOA.

***AMIN……..TERIMA KASIH ATAS BACAAN DOA ITU TADI

HADIRIN SEKALIAN

MAJLIS KITA HARI INI ADALAH UNTUK MERAIKAN USTAZAH UMI YANG BAKAL MENINGGALKAN KITA.
BELIAU BAKAL MENERUSKAN PERJUANGAN DITEMPAT BARU IAITU DI???.

Ada kalian pembawa seri

Seloroh seloroh kalian memecah sunyi

Namun perjalanan masa bakal menoktahkan keterbiasaan Bersama.

Tirai majlis sudah dibuka, tiba masa untuk mendengar ucapan daripada wakil guru lelaki, buat yang
dirai.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput ustaz Mohd Hanafiah bin Yusof untuk
menyampaikan ucapan.

***terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil guru perempuan, buat yang dirai.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput cik che faridah binti bedullah untuk
menyampaikan ucapan.

***terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan

Seterusnya, Majlis menjemput wakil daripada pihak pentadbir, buat yang diraikan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput pn Habibah binti abdul rahman untuk
menyampaikan ucapan.

***terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan


Tidak dikeluh segala onak

Ranjau ditempuh penuh semangat

Arus ditongkah meruntun kudrat

Hela nafas bernadi kasih keramat

Kini, Tibalah masa ucapan daripada yang diraikan

Majlis menjemput pn umi kalthom binti puteh untuk mennyampaikan ucapan, dipersilakan

***terima kasih diucapkan………

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada rakan-rakan seperjuangan buat yang dirai…

Majlis menjemput pn shahizan rahimi Bersama rakan-rakan utk menyampaikan sebuah lagu yg
bertajuk….

Para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yg telah disediakan sambil diiringi persembahan..

Dipersilakan….

********terima kasih diucapkan

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderahati sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

*********rujuk senarai hadiah

Kita telah pun berada di hujung acara.

Untuk Pn. Umi Kalthom....

***************************************

Santun pekertinya bagai air mengalir dilembah

sejukkan hati tanpa mengguris namun tetap mengusik fikrah

Dalam mengolah tugas ada senda gurau yang mampu mencuit hati kala gundah

Jalan berliku dakian Tahan

Bekalan terhempas diakar kepayang

Bukan dayaku untuk menahan

Hendak dilepas terasa saying


Dengan ini, Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pada kesempatan ini juga, kami (wakil darpada AJK kelab guru dan staf smk padang piol, ingin
memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami menganjurkan Majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh
Adanya pembawa seri

Tegurnya penuh berisi

Selorohnya memecah sunyi

Begitulah tamsilan satu sosok yang menjadi kaunselor terbaik SMK Padang Piol.

Namun perjalanan masa bakal menoktahkan keterbiasaan bersama

**************************************

***********************************

Tumbuh subur pohonan telang

Bunganya tergantung tampak berseri

Budi di tabur tidak terbilang

Tidak terhitung dek jari jemari


Siang malam silih berganti

Hujan panas musim berganjak

Jerih payah mengatur gerak

Idea dilontar pencetus rentak

Tidak dikeluh segala onak

Ranjau ditempuh penuh semangat

Arus ditongkah meruntun kudrat

Hela nafas bernadi kasih keramat

***************************************

Santun pekertinya bagai air mengalir dilembah

sejukkan hati tanpa mengguris namun tetap mengusik fikrah

Dalam mengolah tugas ada senda gurau yang mampu mencuit hati kala gundah

**********************************

Tinggal lah puan tinggalkan kami

Tinggalkan kasih berbekas budi

Ingatlah ingatlah kami

secangkir kasih kenangan abadi

**********************************

Jalan berliku dakian Tahan

Bekalan terhempas diakar kepayang

Bukan dayaku untuk menahan

Hendak dilepas terasa sayang

You might also like