You are on page 1of 1

SMJK KWANG HUA

TAMAN ENG ANN, 41150 KLANG

KERTAS CADANGAN AKTIVITI

TAJUK AKTIVITI : BENGKEL TEKNIK MENJAWAB NOVEL SPM


PEGAWAI MEJA : Panitia Bahasa Melayu
KOD : -

1. TUJUAN
Kertas Cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :
a. Menjalankan aktiviti menjawab soalan novel SPM 2019 yang tidak dikuasai oleh murid-murid 5A4,5A5 dan 5A6.

2. LATAR BELAKANG
a. Merujuk kepada mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil 1/2019 memutuskan untuk melaksanakan aktiviti mengesan
aspek kelemahan menguasai novel memandangkan bahasa Melayu dijadikan subjek wajib di sekolah dan murid-murid perlu
lulus wajib subjek ini pada peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

3. OBJEKTIF
a. Menulis sinopsis novel dan mengenalpasti kelemahan yang dilakukan oleh 120 orang murid dalam kumpulan sasaran.
b. Menganalisis jenis kesalahan menguasai novel dan menjawab soalan novel yang dilakukan oleh murid-murid berdasarkan
kekerapannya.
c. Membuat bandingan tentang jumlah kekerapan kesalahan menguasai novel yang dilakukan oleh murid-murid dalam
kumpulan sasaran.

4. ASAS PERTIMBANGAN
a. Minat terhadap subjek serta keyakinan dalam diri murid perlu dipertingkatkan.
b. Menguasai jalan cerita novel dan pelbagai soalan berdasarkan latihan ditulis oleh murid di dalam kelas selama 25 minit.
c. Menjawab soalan novel berdasarkan pelbagai latihan yang ditulis di rumah dalam masa yang tidak dihadkan, tetapi mesti
diserahkan pada keesokan hari.

5. KUMPULAN SASARAN
a. Semua murid 5A4,5A5 dan 5A6

6. IMPLIKASI KEWANGAN
Tiada peruntukan kewangan bagi melaksanakan program ini.

7. JAWATANKUASA AKTIVITI
Penasihat : Pengetua, En Law Choon Lee
Pengerusi : Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Low Bee Hon
Naib Pengerusi : GKMP Bahasa, Pn Tan Chooi Yim
Penyelaras : Ketua Panitia BM, Cik Shamala Ramachandran
Fotografi dan Laporan : Guru subjek Pn Pavani a/p Vesuvanathan
AJK : Murid-murid 5A4,5A5 dan 5A6

8. STRATEGI PELAKSANAAN /Skop kajian


a. Membentuk beberapa kumpulan murid dan merangka isi-isi untuk soalan novel perbandingan 10 minit.
b. Perbincangan kumpulan
c. Melengkapkan sinopsis novel dengan mengisi tempat kosong dalam masa 20 minit
d. Penyemakan teliti dilakukan oleh guru-guru di bilik seminar

9. PELAN PENGURUSAN RISIKO

Bil Perkara Perancangan


1 Tarikh Pelaksanaan 24 April 2019 (Rabu)
2 Masa 7.50 – 9.00 pagi

3 Tempat Bilik Seminar

10. KAEDAH PEMANTAUAN


a. Pelaporan jawatankuasa b. Maklum balas murid.

11. PENUTUP
Kertas Cadangan untuk mengadakan aktiviti mengesan dan menganalisis keupayaan murid-murid menjawab soalan novel SPM
dengan menguasai novel /dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

12. SYOR
Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;
a. Mengadakan aktiviti mengesan dan menganalisis kesalahan bahasa dalam karangan murid-murid 5SA

PERMOHONAN INI DIPERSETUJUI / TIDAK DIPERSETUJUI *

………………………………
(LAW CHOON LEE)
Pengetua
SMJK Kwang Hua, Klang

Tarikh :

You might also like