You are on page 1of 5

SJKT KUALA LIPIS

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BILANGAN


1/2021

Mesyuarat : Panitia Bahasa

Melayu Tarikh: 15 April 2021

Masa : 1.00 – 3.00 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat SJKT Kuala Lipis

Pengerusi : Cik Norhafizah Binti Ahmad Kamal

Kehadiran :

1. Cik Norhafizah Binti Ahmad Kamal – Ketua Panitia BM

2. Puan Puvaneshwary A/P Karuppiah

3. Thamil Selvi Supramaniam

4. Encik Mohd Heilmie Bin Hasim

1.1 Ucapan Pengerusi

1.2 Ketua Panitia Bahasa Melayu selaku pengerusi mengucapkan selamat datang dan

terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Bil

1/2021.

1.3 Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan tentang keperluan dalam

melaksanakan program-program di bawah panitia Bahasa Melayu serta membuat

kata putus tentang modul pemulihan Bahasa Melayu yang sesuai mengikut tahap

pencapaian murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Pengesahan minit mesyuarat lalu oleh Puan K. Puvaneshwary

2.2 Disokong oleh S. Thamil Selvi

3.0 Isu-Isu Berbangkit

3.1 Tiada isu berbangkit

4.0 Perkara Yang Dibincangkan:

4.1 Pelantikan ajk panitia Bahasa Melayu 2021

Pengerusi: Cik Norhafizah binti Ahmad Kamal

Setiausaha: Puan K. Puvaneshwary

Bendahari : S. Thamil Selvi

AJK : Encik Mohd Heilmie

4.2 Semua guru perlu menyediakan dan melengkapkan rancangan pengajaran

harian, dskp dan rancangan pengajaran tahunan.

4.3 Penetapan Buku Tulis

A) Tahap 1 sebanyak 4 biji (kefahaman, penulisan, tatabahasa, tulisan)

B) Tahap 2 sebanyak 3 biji (kefahaman, tatabahasa, penulisan)


4.4 Semakan Buku Latihan Murid

Penetapan 2 kali seminggu untuk menyemak buku latihan dan buku kerja murid.

Guru-guru perlu menggunakan penandaan yang telah ditetapkan, serta ruang

pembetulan perlu disediakan untuk penambahbaikan murid.

4.5 Program Nilam

• Guru-guru bahasa melayu perlu membawa murid ke pusat sumber untuk

menjalankan program ini. Waktu yang ditetapkan berdasarkan jadual yang telah

diedarkan mengikut kelas

• Guru pusat sumber akan menyediakan jadual penggunaan pusat sumber.

• Murid yang tiada buku nilam boleh membeli buku nilam dengan guru pusat sumber

• Guru perlu menerangkan kepada murid-murid cara penggunaan buku nilam tersebut

dengan jelas.

4.6 Penetapan buku kerja- bilangan latihan kepada murid minimum 5 latihan seminggu

atau mengikut kemampuan murid-murid.

4.7 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian

• Perlu mengikut aras dan tahap kemampuan murid.

• Guru menulis objektif pdp pada papan putih atau kad manila.

• Penulisan refleksi/ impak adalah wajib

• Penulisan refleksi mestilah ditulis dalam bentuk bilangan murid yang menguasai

dan tidak menguasai.

4.8 Program PLC 2021- untuk meningkatkan kualiti pdp guru akan diteruskan.
Program ini menggalakkan perkongsian idea dan bertukar-tukar pendapat untuk

kepentingan guru-guru.

4.9 Papan Kenyataan Bahasa Melayu

• Cadangan menyediakan sudut bm di bahagian belakang kelas. Topik yang

disediakan perlu sentiasa dikemaskini

5.0 Modul Murid Pemulihan

5.1 Modul yang digunakan untuk murid tahun 1 akan berfokus kepada huruf dan suku

kata. Semua murid tahun 1 terlibat dalam menggunakan modul tersebut.

5.2 Modul yang digunakan untuk murid tahun 2 akan berfokus kepada suku kata dan

ayat yang mudah dengan merujuk buku Bacalah Sayang 1. Dua orang murid tahun

2 terlibat dalam menggunakan modul tersebut.

5.3 Modul yang digunakan untuk murid tahun 3 akan berfokus kepada suku kata dan

ayat yang mudah dengan merujuk buku Bacalah Sayang 2. Tiga orang murid tahun

2 terlibat dalam menggunakan modul tersebut.

5.4 Modul yang digunakan untuk murid tahun 4 akan berfokus kepada kaedah membina

ayat yang mudah. Dua orang murid tahun 4 terlibat dalam menggunakan modul

tersebut.

5.5 Modul yang digunakan untuk 3 orang murid tahun 5 akan berfokus kepada kaedah

membina ayat yang mudah. Seorang murid tahun 5 pula akan diberikan modul yang

memfokuskan suku kata dan ayat yang mudah dengan merujuk buku Bacalah

Sayang 2.
5.6 Modul yang digunakan untuk murid tahun 6 akan berfokus kepada kaedah membina

ayat, membuat ulasan, dan karangan. Semua murid tahun 6 terlibat dalam

melaksanakan modul ini

6.0 Perbincangan takwim dan aktiviti di bawah panitia Bahasa Melayu sepanjang tahun

2021

7.0 Hal-Hal Lain

7.1 Harapan pengerusi agar semua cikgu dapat berkongsi pendapat dan masalah

bersama-sama secara tidak langsung dapat meningkatkan peratus prestasi akademik

murid-murid

Mesyuarat ditangguh pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.................................................. ...................................................
(K. Puvaneshwary) (Norhafizah Ahmad Kamal)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu
Ketua Panitia Bahasa Melayu

You might also like