You are on page 1of 4

LAPORAN AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU

Sesi Akademik 2023/2024


Pengenalan:

Sepanjang sesi akademik 2023/2024, pelbagai aktiviti yang dirancang telah


dilaksanakan dengan jayanya. Semua ahli Panitia Bahasa Melayu telah memberi
sokongan dan komitmen yang padu.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan ialah:

01. Mesyuarat Panitia sebanyak 3 kali

02. Pengagihan buku-buku rujukan.

03. Mengemas kini sudut Panitia Bahasa Melayu di kawasan tangga ke pejabat.

04. Program Nilam bersama Pusat Sumber Sekolah.

05. PLC panitia (mengikut keperluan)

06. Program Bijak Membaca

07. Dialog Prestasi Panitia Bahasa Melayu setiap kali selepas pentaksiran dijalankan.

08. Bengkel penandaan kertas pentaksiran.

09. Crosscheck penandaan kertas soalan UASA.

10. “PROGRAM 5 MINIT BIJAK BAHASA” selepas rehat pada hari Ahad – guru
bertugas mengikut jadual.

11. Melaksanakan aktiviti Bijak Membaca Bahasa Melayu bagi Tahun 1 hingga 5 yang
masih tidak menguasai kemahiran membaca.

12. Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat sekolah

13. Menghantar murid menyertai Karnival Bahasa Melayu Peringat Daerah Kulai dan
Negeri

Laporan disediakan oleh; Disahkan oleh,

……………….…………………….....… .............................................
MOHD ADHA BIN ABD WAHAB AIDA SUZANA BINTI ISMAIL
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa Melayu
SK Putra Utama SK Putra Utam
LAPORAN PROGRAM 5 MINIT BIJAK BAHASA

Nama Program : 5 MINIT BIJAK BAHASA

Sasaran : Semua murid

Masa : Selepas waktu rehat

Tempat : Dewan

Cara Pelaksanaan :

1. Murid-murid akan berkumpul di dewan selepas waktu rehat.

2. Guru akan membuat aktiviti bahasa bersama murid sebelum murid masuk ke
dalam kelas.

3. Aktiviti yang dicadangkan ialah kuiz, pantun, sajak, tatabahasa dan aktiviti-
aktiviti lain yang difikirkan sesuai.

4. Guru bertugas akan menjalankan aktiviti mengikut jadual penggiliran yang telah
ditetapkan.

5. Hadiah / token diberikan kepada murid yang berjaya menjawab soalan atau
membuat persembahan.

Keberkesanan Program

1. Program ini membantu murid memahami sesuatu topik dengan lebih santai.

2. Murid-murid ternanti-nanti aktiviti yang akan dijalankan pada setiap minggu.

LAPORAN PROGRAM BIJAK MEMBACA


Nama Program : Bijak Membaca

Sasaran : Murid yang belum menguasai kemahiran membaca

Masa : Waktu rehat / mengikut kesesuaian

Cara Pelaksanaan :

1. Murid-murid akan disaring bagi menentukan tahap penguasaan kemahiran membaca


masing-masing.

2. Murid yang tidak melepasi saringan akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
dalam dua hingga tiga orang.

3.

4. Guru membimbing murid membaca mengikut kesesuaian masa. Masa yang dicadangkan
adalah pada waktu rehat.

Keberkesanan Program

1. Program ini telah banyak membantu meningkatkan tahap penguasaan membaca


dalam kalangan murid.

2. Bilangan murid yang masih belum boleh membaca telah dapat dikurangkan.

You might also like