You are on page 1of 4

PENGURUSAN BUKU REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa perlu memiliki Buku Rekod
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang tersendiri. Semua aktiviti yang
dikendalikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa sama ada bimbingan
atau kaunseling individu atau kelompok hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Begitu juga dengan aktiviti lain seperti
menghadiri mesyuarat, membuat tinjauan dan penyelidikan, pengurusan bilik dan fail,
memberi ceramah atau taklimat, perbincangan profesional dan sebagainya hendaklah
juga direkodkan dalam buku tersebut. Pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling adalah wajib dan perlu sentiasa dikemaskini.

Pengrekodan semua aktiviti tersebut adalah sangat penting kerana ia :


a. Menjadi bahan dokumentasi kerja dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa.
b. Memudahkan kerja-kerja Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh masa untuk
merujuk semula semua aktiviti yang telah dilaksanakan terutama bagi perkhidmatan
Sesi Bimbingan dan Kaunseling.
c. Memudahkan pihak Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Bahagian serta pihak Pengurusan
Sekolah menjalankan penyemakan dan penyeliaan terhadap tugas-tugas yang telah
dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling.
d. Memudahkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang akan bertukar
menyerahkan tugas kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa yang
baru.
e. Memudahkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa merumuskan aktiviti
yang telah dilaksanakan mengikut mingguan, bulanan dan tahunan.

Dalam Buku Rekod terdapat beberapa bahagian yang perlu dilengkapkan seperti:
1. Profil Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
4. Falsafah, Tujuan, Rasional dan Objektif Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling
5. Carta Organisasi
6. Senarai Tugas
7. Fokus Perkhidmatan
8. Rancangan Tahunan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
9. Anggaran Perbelanjaan Unit Bimbingan dan Kaunseling
10. Jadual Peperiksaan Awam dan Jadual Persekolahan
11. Jadual Persendirian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
12. Rekod Harian Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
13. Analisis Mingguan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
14. Analisis Bulanan Jumlah Murid Menghadiri Sesi Bimbingan /Kaunseling dan
Program
15. Rumusan Tahunan Jumlah Murid Menghadiri Sesi Bimbingan / Kaunseling dan
Program
16. Senarai Nama Murid Program Kaunseling Berfokus
17. Rekod Pergerakan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM)

PANDUAN MENULIS NO RUJUKAN PADA REKOD HARIAN


Bagi rekod harian sesi bimbingan atau kaunseling perlu diletakkan nombor rujukan
Berdasarkan buku panduan pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah rendah dan menengah keluaran 2009. Panduan menulis nombor rujukan adalah
seperti berikut:
BIMBINGAN/KAUNSELING INDIVIDU:
KI A 001
Kaunseling Abjad pertama Merupakan nombor siri mengikut
individu bagi nama klien bilangan yang keberapa pada huruf
abjad pertama nama klien
Contoh rekod daftar bimbingan / kaunseling individu
Bil Nama Klien Ting Tarikh Masa No Nama GBK
rujukan
1 Ali Bin Ahmad 5 4/ 1/20 9.00 am KI/A/001 Zubaidah
2 Rahim B. Isa 2 4/1/20 12.00p KI/R/001 Sari Yanti
m
3 Ariff B. Saad 4 5/1/20 11.00a KI/A/002 Sari Yanti
m
4 Shanty Anak 3 5/1/20 1.00pm KI/S/001 Zubaidah
Li
BIMBINGAN/KAUNSELING KELOMPOK
KK A 001
Kaunseling Abjad pertama Merupakan nombor siri mengikut
kelompok bagi nama ketua bilangan yang keberapa pada huruf
kelompok abjad pertama nama ketua kelompok.
Contoh rekod daftar bimbingan / kaunseling kelompok
Bil Nama Klien Ting Tarikh Masa No Nama GBK
rujukan
1 Ali Bin 5 4/ 1/20 9.00 am KK/A/001 Zubaidah
Ahmad(k)
9.00 am Zubaidah
2 Rahim B. Isa 5 4/1/20 KK/A/001
9.00 am Zubaidah
3 Ariff B. Saad 5 4/1/20 KK/A/001
9.00 am
4 Shanty Anak Li 5 4/1/20 KK/A/001 Zubaidah
PANDUAN MENULIS REKOD HARIAN
REKOD HARIAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Tarikh : 6 JULAI 2020 Hari : ISNIN
SESI BIMBINGAN / KAUNSELING
Lelaki Perempuan Fokus Perkhidmatan
Masa No. Rujukan M C I LL M C I LL PPS PD PK PKM
10.00 KI/A/022 1 /

PROGRAM
Masa Fokus Program / Aktiviti Sasaran
6.30 PS MENYAMBUT PELAJAR DI PINTU PAGAR

7.30 PS MENGENDALIKAN SLOT MOTIVASI 5S3/ B


-8.15

8.15 PP MEMBUAT ANALISIS SENARAI SEMAK PEMBUKAAN SEKOLAH


-10.00 MENGIKUT NORMA BAHARU

10.00 KI SESI KAUNSELING KI/A/022


-11.30
11.30 B KELAS GANTI: 5AS1
-12.30 MENJALANKAN MODUL PASCA PKP (MODUL 4)

1.30 PP MESYUARAT ASRAMA


-3.30

Petunjuk :

PPS : Pembangunan & Perkembangan Sahsiah Diri Murid PD : Peningkatan Disiplin Diri Murid
PK : Pengurusan Kerjaya Murid PKM : Psikososial & Kesejahteraan Mental Murid

You might also like