You are on page 1of 3

KERTAS KERJA EKSPEDISI MENDAKI BUKIT BANGKONG ANJURAN KELAB 

KEMBARA SJK(T)
VAANMUGIL

1.0  TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan program serta
bantuan kewangan dari pihak sekolah untuk menjayakan Ekspedisi mendaki Bukit Bangkong.

2.0  PENGENALAN

Ekspedisi pendakian dan penerokaan alam merupakan program kali pertama dibuat oleh Kelab
Kembara SJKT Vaanmugil. Ianya merupakan satu usaha bagi meningkatkan kesedaran kepada murid-
murid tentang penjagaan alam sekitar serta memberi satu alternatif kepada murid-murid tentang
gaya hidup sihat. Seperti yang telah sedia maklum, para pelajar biasanya telah banyak meluangkan
masa dalam meningkatkan akademik mereka sehingga mereka terlupa untuk mengamalkan gaya
hidup sihat sehingga memberi alasan bahawa amalan gaya hidup sihat satu perkara yang
melecehkan dan membosankan. Di samping itu juga, masih ramai yang tidak sedar bahawa
pencemaran alam sekitar sering sahaja berlaku termasuklah di kawasan-kawasan pelancongan di
Malaysia. Sehubungan dengan itu, program ini  mahu mendedahkan kepada pelajar tentang
kesedaran perihal alternatif yang menyeronokkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat serta
pentingnya penerokaan alam secara berhemah.

3.0  MISI
Membentuk dan menyemai budaya dan gaya hidup sihat yang menyeronokkan serta kepentingan
penerokaan alam secara berhemah kepada murid-murid sekolah.

4.0  MATLAMAT
Untuk membina semangat gaya hidup sihat dalam diri murid dengan melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang dirangka oleh Kelab Kembara SJK(T) Vaanmugil sebagai badan yang bertanggungjawab
menjaga kebajikan para murid dan seterusnya melahirkan murid-murid yang mampu hidup dengan
lebih aktif dalam suasana yang harmoni untuk semua pihak.
5.0 OBJEKTIF
 Pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai: antaranya ialah,
5.1       Melatih murid-murid dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban. Tingkah laku
bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam sekitar dan kepekaan dan
kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.
5.2       Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme.
Menunjukkan tingkah laku profesional sesuai dengan etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab
dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap kesukarelawanan.
5.3 Mendedahkan kepada murid-murid kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan. Menjadi
pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukanuntuk mencapai
maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.
6.0 ANJURAN
       Kelab Kembara SJK(T) VAANMUGIL
6.0  TARIKH,TEMPAT DAN MASA
Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh :28 Februari 2018
Hari : Rabu
Masa : 7.00 Pagi – 4.00 Ptg
Tempat: Bukit Bangkong, Chemor
7.0  PENGLIBATAN AHLI MURID DAN GURU
24 Orang murid-murid yang terdiri daripada ahli Kelab Kembara
1      Guru pembimbing

8.0  STRUKTUR ORGANISASI

NAMA DAN JAWATAN BIDANG TUGAS


Penaung
Krishna Kumar A/L Varatharaj Meluluskan kertas kerja
Guru Besar SJKT Vaanmugil
Penasihat  Menyemak kertas kerja dan memantau
Agilandeshwari A/P Rama lingam perjalanan program
Priyatarsini A/P Othayakumaran
                      Pengerusi Memberi garis panduan dan menentukan
               Anusha A/P Ramu program yang dijalankan
                    Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam memastikan
Sanggetha A/P Nathan program berjalan dengan lancar.
                  Setiausaha Membuat surat, laporan setiap gerak kerja
 Turkga A/P Sinnasamy yang dijalankan berkaitan program
                   Naib Setiausaha Membantu setiausaha dalam melakukan
Lavania A/P Uthayakumar gerak kerja berkaitan program
                   Bendahari Membuat perbelanjaan berdasarkan
Thevalozheny A/P Ramalu kewangan program yang telah diberi serta
membuat catatan pengeluaran wang yang
digunakan.

AJK PROTOKOL
-Rathiarasi A/P Ramasamy
-Keerthana A/P Balakrishnan
AJK PENGANGKUTAN
      -Yogeswary A/P Veerasamy
      -Mishalini A/P Palanisamy
AJK MAKANAN
       -Sharmila Devi A/P Nagendran
       - Kanagapriya A/P Manimaran

AJK PERALATAN
        -Athavan A/L Sukumaran
        -Maha Veera Prasad A/L Kuppan

9.0 TENTATIF PROGRAM


MASA AKTIVITI
6.00 Pagi Pendaftaran pelajar
6.15 Pagi Sarapan pagi
6.35 Pagi Taklimat mengenai keselamatan semasa mendaki
bukit
7.00 Pagi Pengagihan kumpulan
7.10 Pagi Senaman ”waming up”
7.30 Pagi Mendaki bukit
10.30 Pagi Mencapai puncak bukit dan melakukan aktiviti riadah
12.30 Petang Menurun bukit
3.30 Petang Melengkapkan pendakian bukit
3.45 Petang Melakukan senaman “cooling down”
4.00 Petang Balik ke sekolah

10.0       BELANJAWAN
11.0       PENUTUP
Ahli jawatankuasa Kelab Kembara SJKT Vaanmugil berharap bahawa program ini dapat dijalankan
secara sistematik dan teratur tanpa sebarang halangan. Penyertaan murid dan juga para guru amat
digalakkan untuk menjayakan program ini. Kami juga berharap program ini dapat memberi impak
yang positif dalam peserta yang menyerta program ini. Suatu mesyuarat ‘’post-mortem’’ akan
diadakan untuk membincangkan kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam program ini.

Disediakan oleh,

_______________________________
(TURKGA A/P SINNASAMY)
Setiausaha
Program Ekspedisi Mendaki Bukit Bangkong
Kelab Kembara SJKT Vaanmugil

Disemak oleh,                                                            

_________________________________________ 
(ANUSHA A/P RAMU)         
Pengerusi Ekspedisi Mendaki Bukit Bangkong                                            
Kelab Kembara SJK(T) Vaanmugil

Disahkan oleh,

(KRISHNA KUMAR A/L VARATHARAJ)


Guru Besar SJKT Vaanmugil

You might also like