You are on page 1of 1

Aktiviti yang dirancang mesti MENUNJUKKAN CARA OBJEKTIF DICAPAI.

Aktiviti mesti ditulis DENGAN JELAS DALAM AYAT LENGKAP dan BUKAN hanya menulis perkataan:

 Soal jawab
2. Perbincangan
3. Penerangan
4. Latihan

SEPATUTNYA AKTIVITI DITULIS SEPERTI YANG BERIKUT:

1. Murid dan guru bersoal jawab tentang video yang ditonton.


2. Murid dalam kumpulan meneroka maklumat daripada pelbagai sumber berdasarkan kad
arahan melalui aktiviti stesen.
3. Wakil kumpulan membuat pembentangan.
4. Murid dan guru membuat penambahbaikan dan penjelasan lanjut berserta soal jawab.
5. Murid dalam kumpulan menyelesaikan masalah mengikut aras.
6. Murid dan guru membuat semakan dan peneguhan.
(4). KRITERIA KEJAYAAN VS OBJEKTIF
================================

Kriteria kejayaan BUKAN objektif.

Kriteria kejayaan digalakkan untuk ditulis tetapi BUKAN WAJIB KECUALI guru di  SEKOLAH
AMANAH, SEKOLAH TRANSFORMASI & SEKOLAH PROGRAM TRANSFORMASI.

Kriteria kejayaan ialah cara murid tahu mereka MENCAPAI OBJEKTIF yang telah ditetapkan
oleh guru.

Saya kongsikan contoh untuk subjek Bahasa Melayu dan Sains.

Bahasa Melayu
=============

OBJEKTIF:
1. Menulis 1 perenggan isi karangan aktiviti sukan lasak dengan ayat yang gramatis.
KRITERIA KEJAYAAN:
1. Membentangkan 4 isi berserta 1 huraian dalam kumpulan.
2. Menghasilkan 1 perenggan isi dengan 5 ayat yang lengkap.

You might also like