You are on page 1of 4

Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana mereka tidak perlu ke sekolah

untuk belajar. Selain cuti hujung minggu, pelajar juga mempunyai cuti pertengahan semester
dan cuti semester selain cuti umum negara. Pelbagai pihak sudah memberikan pandangan
mereka tentang cara yang baik untuk memenuhi masa cuti pelajar ini. Jadi, wujud banyak
aktiviti yang berfaedah buat pelajar ketika cuti mereka itu.
Satu aktiviti yang baik ialah aktiviti yang mamu meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Contohnya, mereka boleh menghadiri kelas tambahan di pusat tuisyen, membuat ulang kaji
pelajaran di rumah dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru sebelum cuti
tersebut. Semua aktiviti ini mampu merangsangkan minda pelajar untuk terus berfikir
walaupun mereka masih bercuti untuk meninggikan prestasi pelajaran mereka kelak. Oleh itu,
aktiviti yang berkaitan dengan pelajaran perlu dilakukan oleh pelajar ketika mereka bercuti
ini.
Selain itu, aktiviti yang dapat menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar juga boleh
dilakukan ketika cuti sekolah ini. Antara aktiviti itu ialah pelajar menghadiri seminar
motivasi atau membantu ibu bapa di kebun, ladang dan sebagainya yang baru buat diri pelajar
itu sendiri. Semua aktiviti ini pasti memberikan satu pengalaman yang berguna kepada
pelajar lalu boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka sebagai pelajar pula nanti. Maka,
pelajar boleh melibatkan diri dalam aktiviti yang memberikan mereka satu pengalaman baru
dan berguna dalam kehidupan ketika cuti sekolah.
Mungkin juga pelajar boleh melakukan aktiviti yang berupaya untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan. Pelajar boleh pergi melancong bersama-sama keluarga, pulang ke kampung
halaman dan berkunjung ke rumah sanak-saudara ketika mereka tidak ke sekolah itu. Ketika
melakukan aktiviti ini sudah pasti interaksi dan hubungan lebih akrab akan terjalin antara
pelajar dengan keluarga mereka terutama ayah dan ibu pula. Sesungguhnya, pelajar boleh
melakukan aktiviti yang mampu menjalin hubungan erat antara ahli keluarga mereka ketika
tidak ke sekolah itu.
Selain melancong, belajar dan mendapatkan pengalaman baru, pelajar juga boleh
menggunakan masa cuti itu untuk bekerja mendapatkan pendapatan. Kerja sambilan sudah
menjadi satu gaya hidup pelajar kini kerana selain mendapat pengalaman kerja, diri pelajar
juga boleh memperoleh wang yang dapat digunakan untuk keperluan persekolahan mereka

kelak. Pada masa yang sama, bekerja sambilan ini mendedahkan pelajar dengan alam kerjaya
yang sebenar sebelum mereka benar-benar memasuki alam tersebut lalu menjadikan diri
mereka lebih matang. Oleh itu, masa cuti sekolah boleh digunakan oleh pelajar untuk
mendapatkan sedikit wang saku dengan bekerja secara sambilan.
Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan cuti daripada belajar.
Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang itu dengan pelbagai aktiviti yang sudah
disarankan tadi. Pelajar boleh menambah pengetahuan, bersiar-siar dengan keluarga dan
sebagainya kerana mereka perlu sedar masa itu emas. Jika mereka gagal menggunakan
masa dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan mengalami kerugiannya.

,
. , ,

.
.
,
.

Mamu .
, ,

.
' . ,

.

,
.
,
.
. ,

.

.
,

.
,
. ,

.

,
.

,
. ,

. ,
.

, .
,
. " " ,
, .

You might also like