You are on page 1of 2

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM


KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
GRED GAJI/JAWATAN : KP11
TARAF JAWATAN : TETAP
JADUAL GAJI : GAJI GAJI KADAR KENAIKAN GAJI
MINIMUM MAKSIMUM TAHUNAN
RM837.00 RM2,619.00 RM80.00

SYARAT LANTIKAN : I. Warganegara Malaysia


II. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan ;
a) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji Permulaan : RM837.00 ] atau
b) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia
yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis
dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
[ Gaji Permulaan : RM837.00];

III. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:


a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
b) Berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
c) Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26
d) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa
menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
e) Lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
f) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
g) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan
berdaftar.
IV. Calon yang memiliki kelayakan di perenggan (a)(i) hendaklah lulus Bahasa
Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS : Pengawal Keselamatan melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan
melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan
termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat
Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

SKOP FUNGSI BIDANG TUGAS : Kawalan Pergerakan Pegawai Pelawat dan Pekerja
UTAMA  Mandaftar, mengeluarkan dan memeriksa kad pas keselamatan/kad pengenalan
jabatan kepada penjawat awam, pelawat dan pekerja kontrak.
 Memeriksa semua pegawai, pelawat dan pekerja kontrak yang memasuki
bangunan kerajaan memakai kad pas keselamatan/kad pengenalan jabatan pada
setiap masa.
 Melaksanakan pemeriksaan fizikal ke atas penjawat awam, pelawat, pekerja
kontrak dan memeriksa kenderaan, beg-beg serta peralatan/kelengkapan yang
dibawa masuk oleh mereka.

You might also like