You are on page 1of 10

Sejarah Tingkatan 2

BAB 2: KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

Pengenalan
1. Negara kita kaya dengan hasil bumi yang berharga.
2. Pada akhir kurun ke-18, berlakunya Revolusi Perindustrian di England.
Revolusi Perindustrian: Perubahan daripada kegiatan pertanian kepada
kegiatan perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah
kepada pengeluaran kilang.
3. Kesan daripada Revolusi Perindustrian, British memerlukan bahan mentah
seperti bijih timah untuk memenuhi keperluan kilangnya.
4. Oleh itu, British mencari peluang untuk menguasai negeri-negeri Melayu
yang kaya dengan bijih timah.
5. Keadaan politik yang tidak stabil telah membuka ruang kepada British
untuk campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu


Dasar campur tangan British: British melibatkan diri secara langsung dalam
pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas 1874.

(A) Hubungan Dagang NNS dengan Negeri Melayu


1. NNS telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negeri-negeri
Melayu.
2. NNS memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendali
perdagangan negeri-negeri Melayu.

Negeri Selat Mengendali perdagangan


Pulau Pinang Kedah dan Perak
Melaka Selangor dan Negeri Sembilan
Singapura Terengganu dan Pahang

3. Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah


di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.

(B) Faktor-faktor Campur Tangan British di Negeri Melayu/ Mengapakah British


melaksanakan dasar campur tangan?
1. Kekayaan hasil bumi
- bijih timah, emas, bijih besi dan arang batu
Hasil Negeri Kawasan
Bijih timah Perak - Larut
- Kinta
Pahang - Sungai Pahang
- Sungai Lembing
Selangor - Lukut
- Kuala Lumpur
- Ampang
- Petaling
Negeri Sembilan - Sungai Ujong
Emas Pahang Ulu Tembeling

2. Revolusi Perindustrian
- British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan.
- Kepentingan negeri Melayu
(i) Menyediakan bekalan bijih timah yang berterusan
(ii) Menjadi tempat memasarkan hasil keluaran kilang British

L.W.Keat 2017 Page 1


Sejarah Tingkatan 2

3. Terusan Suez dan kapal wap


- Terusan Suez memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah
Melayu.
- Kapal wap dapat mempercepat perjalanan dan membawa muatan yang
lebih banyak.
*Hal ini memudahkan penjelajahan kuasa asing ke rantau ini.

4. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain


- Kuasa Eropah lain mula menunjukkan minat terhadap kawasan Asia
Tenggara.

Kuasa Eropah Negara Asia


Belanda Hindia Timur (Indonesia)
Perancis IndoChina
Sepanyol Filipina
British India

- British perlu campur tangan di negeri Melayu sebelum negeri-negeri


tersebut jatuh ke tangan kuasa Eropah yang lain terutama Perancis.

5. Pertukaran kerajaan Britain


- Pada tahun 1873, pucuk pimpinan Britain bertukar daripada Parti Liberal
kepada Parti Konservatif.
- Kerajaan baru Parti Konservatif telah menukar dasar tidak campur tangan
kepada dasar campur tangan.

6. Desakan pedagang
- Pertelingkahan dalam kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap
Cina di negeri-negeri Melayu menyebabkan keadaan huru-hara.
- Hal ini menjejaskan perusahaan bijih timah dan merugikan pedagang
NNS.
- Oleh itu, mereka inginkan campur tangan kerajaan British bagi melindungi
kepentingan mereka.
- Pada tahun 1873, seramai 243 orang pedagang NNS telah menulis surat
kepada Setiausaha Tanah Jajahan British, Lord Kimberley bagi mendesak
British untuk campur tangan.

2.2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Memberi Peluang
Campur Tangan
(A) Ketidakstabilan di Perak
Terdapat dua masalah di Perak yang menyebabkan keadaan negeri tersebut huru-
hara.

Pergaduhan Kongsi Gelap Cina


1. Daerah Larut di Perak kaya dengan bijih timah terutama di Kelian Pauh dan
Kelian Bharu.
2. Untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut, pada tahun 1848 Long
Jaafar telah membawa masuk ramai buruh Cina dari Pulau Pinang.
3. Buruh-buruh Cina ini menganggotai kongsi gelap yang berlainan iaitu Ghee
Hin dan Hai San.
4. Kedua-dua buah kongsi gelap ini telah bergaduh untuk merebut kawasan
perlombongan.
5. Pergaduhan ini seterusnya mencetuskan Perang Larut.

L.W.Keat 2017 Page 2


Sejarah Tingkatan 2

6. Perang Larut telah menjejaskan perusahaan bijih timah dan merugikan


pedagang NNS yang membuat pelaburan.
7. Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut telah melantik Kapten Speedy iaitu
Timbalan Pesuruhjaya Polis NNS untuk membantu menamatkan
kekacauan di Larut.

Perebutan Takhta
1. Perebutan takhta berlaku kerana sistem pewarisan takhta di Perak tidak
diikuti sepenuhnya.
Sistem pewarisan takhta Perak: Seseorang anak raja perlu memegang tiga
jawatan iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak
ditabal menjadi Sultan.
2. Pada tahun 1871, Sultan Ali mangkat.
3. Raja Muda yang sepatutnya ditabal sebagai sultan ialah Raja Abdullah.
Namun, Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan kerana tidak hadir pada
upacara pemakaman Sultan Ali di Sayung walaupun dijemput.
4. Raja Ismail iaitu Raja Bendahara pula dilantik sebagai sultan oleh
pembesar-pembesar Perak.
5. Perlantikan tersebut ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf.
*Raja Yusuf pernah menyandang jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan
daripada sistem pewarisan takhta kerana tidak disukai pembesar Perak.
6. Raja Ismail yang menjadi sultan hanya berkuasa di Hulu Perak sahaja.
7. Raja Abdullah terus berkuasa di Hilir Perak dan disokong oleh pembesar
seperti Dato’ Maharajalela dan Dato’ Sagor.
8. Pihak Raja Abdullah menentang kuat perlantikan Raja Ismail sebagi sultan.
9. Raja Abdullah seterusnya meminta bantuan British untuk mengiktiraf
beliau sebagai sultan.

Perjanjian Pangkor
1. Andrew Clarke (Gabenor NNS) melihat permintaan Raja Abdullah sebagai
peluang untuk British menguasai Perak yang kaya dengan bijih timah.
2. Andrew Clarke bertindak cepat dengan mengadakan perundingan di Pulau
Pangkor.
3.
Tarikh: 20 Januari 1874
Tempat: Kapal H.M.S. Pluto
Yang hadir: Andrew Clarke
Raja Abdullah
Ngah Ibrahim
Dato’ Sagor
Pemimpin-pemimpin kongsi gelap Cina
Kapitan Chung Ah Kwee (Ketua Hai San)
Kesan: Termeterainya Perjanjian Pangkor
*Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat menerima surat jemputan.

Perjanjian Pangkor 1874


1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai sultan Perak.
2. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.
3. Sultan menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam
semua perkara kecuali hal-hal agama Islam dan adat istiadat
Melayu.
4. Residen berkuasa penuh ke atas pungutan cukai di Perak.
5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji
daripada pungutan hasil mahsul Perak.
Hasil mahsul: berbagai-bagai hasil

L.W.Keat 2017 Page 3


Sejarah Tingkatan 2

6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang


Penolong Residen.
7. Menteri Larut bertanggungjawab membiayai segala usaha
mengembalikan keamanan di Perak.

Kesan Perjanjian Pangkor


1. Pengenalan sistem Residen.
2. Masyarakat Cina bersetuju menghentikan pergaduhan.
3. British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih
timah.
4. Sultan kehilangan kedaulatan.
5. British mengeksploitasi kekayaan Perak.
6. Bermulanya penguasaan British secara langsung dalam
pentadbiran dan ekonomi di Perak.

(B) Perang Klang di Selangor


Pada tahun 1857, Sultan Abdul Samad yang berkuasa di daerah Langat ditabal
menjadi Sultan Selangor. Pada masa pemerintahan baginda, telah berlaku perang
saudara yang dikenali sebagai Perang Klang.
Perang saudara: Peperangan antara dua kelompok masyarakat dalam satu wilayah
yang sama. Civil war.

Perang Klang
1. Daerah Klang pada mulanya diletakkan di bawah kekuasaan Raja Sulaiman.
2. Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang diserahkan kepada Raja
Abdullah.
3. Kesannya, Raja Mahadi iaitu putera Raja Sulaiman tidak puas hati.
4. Raja Abdullah memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang
dengan membawa masuk buruh-buruh Cina.
5. Lombong-lombong bijih timah telah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang.
6. Menjelang tahun 1860, daerah Klang berkembang maju sebagai pusat
pengeluaran bijih timah.
7. Kemajuan Klang ini menyebabkan Raja Mahadi ingin memilik Klang dengan
alasan Klang pernah berada di bawah kekuasaan ayahandanya.
8. Kesannya, berlaku perbalahan antara Raja Abdullah dan Raja Mahadi
sehingga mencetuskan Perang Klang.
9. Perang saudara ini merebak ke daerah-daerah lain dan melibatkan
pelombong-pelombong Cina.
10. Kesannya, kegiatan perdagangan di Selangor terjejas.
11. Sultan Abdul Samad telah melantik menantu (son-in-law) baginda iaitu
Tengku Kudin untuk menamatkan Perang Klang.

Siapakah Tengku Kudin?


 Nama sebenarnya Tengku Dhiauddin.
 Merupakan putera diraja Kedah.
 Berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad, Raja Arfah.
 Pada 1868, beliau dilantik sebagai wakil sultan untuk mentadbir dan
memajukan Selangor.
 Tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor kerana bukan
anak Selangor.

12. Tengku Kudin telah meminta bantuan dari luar termasuk British untuk
menamatkan kekacauan di Selangor.

L.W.Keat 2017 Page 4


Sejarah Tingkatan 2

13. British bersetuju membantu Tengku Kudin kerana:


(i) Bimbang akan kemasukan kuasa Eropah lain ke Selangor.
(ii) Ingin menguasai Selangor yang kaya dengan bijih timah.
14. British mendesak Sultan Abdul Samad untuk menerima Residen British tetapi
gagal.

Alasan British untuk menempatkan Residen di Selangor


Tahun Peristiwa
1873 Sebuah kapal dagang British telah dirompak berdekatan dengan Langat.
1874 Rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang.
 Kesannya, peristiwa ini dijadikan alasan British untuk mendesak Sultan Abdul
Samad meletakkan Selangor di bawah naungan British.
 Pada tahun 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang
pertama manakala Frank Swettenham dilantik sebagai Penolong Residen.

(C) Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan


1. Sungai Ujong di Negeri Sembilan kaya dengan bijih timah.
2. Pada 1872, Dato’ Kelana Syed Abdul Rahman menjadi pemerintah Sungai
Ujong.
3. Di Sungai Ujong terdapat seorang lagi pembesar yang berpengaruh iaitu
Dato’ Bandar Kulop Tunggal.
4. Kedua-dua orang pembesar ini telah bersengketa untuk menegakkan
kekuasaan di Sungai Ujong.

Apakah kebaikan menguasai Sungai Ujong?


 Sungai Linggi dalam Daerah Sungai Ujong
merupakan jalan perhubungan utama ke
pelabuhan Melaka.
 Pembesar yang menguasai Sungai Linggi
akan memperoleh pendapatan yang
lumayan dengan mengutip cukai ke atas
pedagang yang melalui sungai ini.
 Gambar menunjukkan benteng yang
didirikan oleh pembesar di Sungai Linggi
bagi tujuan memungut cukai.

5. Dato’ Bandar mendapat sokongan kuat daripada sebahagian besar penduduk


tempatan dan pelombong Cina.
6. Hal ini menyebabkan Dato’ Kelana merasakan kedudukannya tidak
terjamin.
7. Oleh itu, Dato’ Kelana telah meminta bantuan British untuk mengukuhkan
kedudukannya.
8. British mengambil kesempatan meluaskan pengaruh ke Sungai Ujong
dengan menandatangani perjanjian dengan Dato’ Kelana.

Perjanjian antara Dato’ Kelana dengan British


 Dato’ Kelana menerima perlindungan British.
 Dato’ Kelana diiktiraf sebagai pemerintah Sungai Ujong.
 British mempunyai kuasa penuh bagi mengutip cukai di Sungai
Linggi.
 P.J. Murray ditempatkan sebagai Residen Sungai Ujong yang
pertama.

L.W.Keat 2017 Page 5


Sejarah Tingkatan 2

Adakah perjanjian ini menguntungkan Dato’ Kelana?


Tidak, Dato’ Kelana telah kehilangan hak mengutip cukai di Sungai Linggi.

9. Dato’ Bandar tidak mengiktiraf perjanjian ini dan menentang tindakan


British mengutip cukai di Sungai Linggi.
10. Bagi menjaga kepentingan ekonomi mereka, British telah memberikan
bantuan ketenteraan kepada Dato’ Kelana untuk menewaskan Dato’ Bandar.
11. Dato’ Bandar dibuang negeri ke Singapura.
12. Seterusnya, British telah meluaskan kuasa ke daerah lain dengan
menempatkan pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.
Majistret dan Pemungut Hasil: pegawai British yang dilantik untuk memungut
cukai dan menguatkuasakan undang-undang British. Jawatan ini ditukar
kepada Pegawai Daerah pada 1896.

Penempatan Pegawai British di Negeri Sembilan


Tahun Jawatan Daerah
1874 Residen Sungai Ujong
1883 Majistret dan Rembau
Pemungut Hasil
1886 Majistret dan Jelebu
Pemungut Hasil
1889 Majistret dan Seri Menanti
Pemungut Hasil
1895 Residen Negeri Sembilan
 1895, semua daerah disatukan sebagai Negeri
Sembilan.
 Yamtuan Seri Menanti iaitu Tunku Muhammad
ibni Yamtuan Antah ditabalkan sebagai Yang
Dipertuan Besar yang pertama.
 Martin Lister dilantik sebagai Residen Negeri
Sembilan yang pertama.

(D) British Bimbang Pertapakan Kuasa Eropah Lain di Pahang


1. Pada kurun ke-19, kuasa-kuasa Eropah yang lain seperti Perancis, Rusia dan
Jerman berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Asia Tenggara.
2. Oleh itu, British berusaha menguasai Pahang bagi menghalang pertapakan
kuasa Eropah lain di negeri-negeri Melayu.
3. Sultan Ahmad berusaha mengelakkan Pahang daripada dijajah oleh British
dan kehilangan kedaulatan.

Sultan Ahmad merupakan seorang pemerintah yang berwawasan. Buktikan.


 Menggalakkan kemasukan pelabur ke Pahang.
 Mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor.
 Menyekat perluasan kuasa Barat.
 Membangunkan Pahang.

4. Antara syarikat Eropah yang beroperasi di Pahang adalah Pahang


Corporation Ltd., Sungai Lembing, Malay Peninsular (Pahang) Propecting
Co., Selising dan Penjom & Sungai Dua Semantan Co., Penjom.
5. Tindakan Sultan Ahmad membawa masuk pelabur Eropah untuk memajukan
Pahang tidak disenangi oleh British kerana tindakan tersebut akan
menjejaskan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu.

L.W.Keat 2017 Page 6


Sejarah Tingkatan 2

Perluasan Kuasa British di Pahang


Tahun Peristiwa
1886 - Frank Swettenham dan Frederick Weld, Gabenor NNS memujuk
Sultan Ahmad menerima seorang Residen British.
- Permintaan tersebut ditolak oleh Sultan Ahmad.

1887 - Sultan Abu Bakar dari Johor membantu British memujuk Sultan
Ahmad menerima pengaruh British.
- Sultan Ahmad bersetuju menerima pengaruh British.
- Hugh Clifford dilantik menjadi wakil British di Pahang.
- Wakil British mempunyai kuasa seorang pegawai konsul iaitu
mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.
- Bidang kuasa wakil British terhad dan tidak dapat mencapai hasrat
British untuk menguasai Pahang.

1888 - Seorang warganegara British berbangsa Cina iaitu Go Hui ditemui


mati berhampiran istana Sultan Ahmad.
- Peristiwa itu menyebabkan British mendesak Sultan Ahmad
menerima seorang Residen British dengan alasan baginda tidak
mampu mewujudkan keamanan di Pahang.
- J.P Rodger dilantik sebagai Residen British yang pertama di
Pahang.

Adakah penempatan Residen di Pahang bertujuan untuk membela kematian


warganegara British?
Tidak. Pembunuhan warganegara British hanya merupakan alasan bagi British
menguasai Pahang.

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar


Campur tangan British telah membawa kepada pengenalan sistem Residen di negeri
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Negeri Residen
Perak J.W.W. Birch
Selangor J.G. Davidson
Negeri Sembilan Martin Lister
Pahang J.P. Rodger

Bagaimanakah Residen menggugat kuasa Sultan dan pembesar?


1. Sultan dipaksa menerima nasihat
- Residen British memberi nasihat kepada sultan dalam semua perkara pentadbiran
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
- Sultan dipaksa mematuhi segala nasihat Residen dan melaksanakannya.

2. Residen menguasai pentadbiran


- Residen British menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.
- Sultan dan para pembesar kehilangan kuasa untuk mentadbir.

3. Residen mengambil alih pungutan cukai


- Sultan dan pembesar kehilangan hak memungut cukai.
- Kutipan cukai dilakukan oleh Pegawai Majistret dan Pemungut Cukai.

L.W.Keat 2017 Page 7


Sejarah Tingkatan 2

4. Residen mencampuri adat


- Residen British melampaui kuasa dengan menghapuskan adat perhambaan di
negeri Melayu.

2.3 Pengukuhan Kuasa British melalui Pembentukan Negeri-negeri Melayu


Bersekutu
1. Sistem Residen merupakan pemerintahan British secara tidak langsung di
negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Negeri-negeri ini kemudian disatukan sebagai Negeri-negeri Melayu
Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896.
Persekutuan: gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit
pentadbiran. Pentadbiran kerajaan persekutuan dibahagikan kepada dua iaitu
kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

(A) Faktor-faktor bagi Penubuhan NNMB


1. Kelemahan sistem Residen
- Residen tidak diberikan panduan tugas yang jelas.
- Residen terlalu berkuasa.
- Gabenor NNS gagal mengawal kuasa Residen.
- Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-
undang tersendiri.

2. Krisis kewangan Pahang


- Kebangkitan rakyat tempatan menyebabkan perbelanjaan Pahang
meningkat.
- Pahang terpaksa menanggung banyak hutang.
- Gabungan Pahang dengan negeri-negeri yang kaya dapat membantunya
mengatasi krisis kewangan.

3. Sistem perhubungan
- Sistem perhubungan boleh dimajukan.
- Jalan raya antara negeri dapat dibina.
- Landasan kereta api menghubungkan negeri-negeri Melayu dapat dibina.

4. Faktor keselamatan
- Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

5. Perkongsian perkhidmatan pakar


- Menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar.
- Contohnya jurutera, juruukur dan doktor.

(B) Perjanjian Persekutuan


1. Pada tahun 1895, Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani dan
dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896.
2. Pusat pentadbiran Persekutuan terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh
Residen Jeneral.
3. Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral yang pertama.

Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895


1. Raja-raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah
persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
2. Raja-raja Melayu bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai

L.W.Keat 2017 Page 8


Sejarah Tingkatan 2

Residen Jeneral.
3. Raja-raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara
kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istadat Melayu.
4. Raja-raja bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan
mengikut nasihat kerajaan British.
5. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Lukis struktur pentadbiran Persekutuan 1896

2.4 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibawaan Sultan


1. Penubuhan Persekutuan 1896 menyebabkan kuasa pentadbiran dipegang
oleh Residen Jeneral.
2. Residen Jeneral berkuasa dalam urusan kewangan dan cukai eksport.
3. Kerajaan pusat telah menubuhkan jabatan-jabatan yang diketuai oleh
pegawai British.
4. Antara jabatan yang penting ialah Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan,
Jabatan Perhubungan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
5. Penglibatan orang Melayu dalam jabatan-jabatan ini dihadkan oleh British.
6. Kewibawaan sultan tercabar kerana dikehendaki menurut nasihat Residen
Jeneral dalam semua hal kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan
adat istiadat Melayu.
7. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen
Jeneral.

(A) Tindakan Sultan Melayu


1. Kehilangan kuasa telah menimbulkan perasaan tidak puas hati sultan-sultan
di NNMB.
2. Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati kepada pihak British.

L.W.Keat 2017 Page 9


Sejarah Tingkatan 2

(B) Tindakan British


British telah menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada
tahun 1897.
- Maksud Durbar: Istana raja
- Ahli Durbar: Pesuruhjaya Tinggi British, Raja-raja Melayu, Residen
Jeneral dan empat orang Residen.
- Perkara yang dibincangkan: hal ehwal, adat, agama Islam dan kebajikan
orang Melayu.
- Kepentingan Durbar: menjadi asas kepada kewujudan Majlis Persidangan
Raja-raja Melayu yang ada pada hari ini.
- Durbar pertama: di Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1897.
- Durbar kedua: di Kuala Lumpur pada tahun 1903.

Kritikan Sultan Idris, Perak pada Durbar kedua


- Mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral.
- Mendesak agar kuasa raja Melayu dikembalikan.
- Mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi.
- Meminta British mengiktiraf bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Kesannya
- British menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada
tahun 1909.
- Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan jawatan Ketua Setiausaha.
- Kerajaan British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada
Majlis Mesyuarat Negeri.

Rumusan
1. Keamanan dan kestabilan adalah penting untuk menjamin kemakmuran dan
kemajuan sesebuah negara.
2. Jika keadaan tidak stabil dan huru-hara, negara mudah terdedah kepada
campur tangan kuasa asing.
3. Kita mesti memastikan keamanan dan kestabilan dalam negara untuk
mengelakkan campur tangan kuasa asing.

Nilai Murni/ Unsur Patriotisme


Kebijaksanaan menjalin hubungan
 Menjaga atau mempertahankan maruah bangsa
 Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
 Peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara
 Bertindak wajar
 Berfikiran strategik
 Berwawasan

Sentiasa berwaspada terhadap anasir-anasir luar


 Menjaga dan mempertahankan masuah bangsa dan negara
 Bertanggungjawab kepada bangsa dan negara
 Berani dan sanggup mempertahankan bangsa dan negara
Membuat keputusan yang bijaksana
 Berfikiran strategik, wajar, waras dan kreatif

~TAMAT~

L.W.Keat 2017 Page 10

You might also like

  • Sej Nota Bab 4
    Sej Nota Bab 4
    Document12 pages
    Sej Nota Bab 4
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet
  • Kertas 2
    Kertas 2
    Document16 pages
    Kertas 2
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet
  • Kertas 2
    Kertas 2
    Document8 pages
    Kertas 2
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet
  • Kertas 1
    Kertas 1
    Document2 pages
    Kertas 1
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet
  • Kertas 1
    Kertas 1
    Document13 pages
    Kertas 1
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet
  • Kertas 2 - J
    Kertas 2 - J
    Document18 pages
    Kertas 2 - J
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet
  • Kertas 2
    Kertas 2
    Document8 pages
    Kertas 2
    LEE WAI KEAT Moe
    No ratings yet