You are on page 1of 7

KERTAS KERJA/ KERTAS KONSEP

TAJUK PROGRAM:
KOLABORASI BUDAYA NUSANTARA 2016

TEMPAT:
JAKARTA DAN BANDUNG, INDONESIA

TARIKH
1 HINGGA 6 JUN 2016

“ SEMARAKKAN SENI BUDAYA BANGSA”

1. PENDAHULUAN

1
Seni dan budaya tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia. Kebudayaan yang
merangkumi adat resam dan amalan masyarakat menjadi jati diri setiap bangsa di dunia.
Melalui kebudayaan, jati diri murid dipupuk sehingga melahirkan insan yang mampu menjana
kemajuan sosioekonomi dan politik di negara kita. Begitulah pentingnya kebudayaaan dan
kesenian sebagai khazanah warisan yang tiada ternilai harganya.

Sistem pendidikan negara kita tidak melupakan kepentingan seni dan budaya. Hal ini
nyata terlihat dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang sedang giat dijalankan
pada semua peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan melangkaui
hingga ke peringkat antarabangsa.

2. MATLAMAT

Sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina dan


melonjakkan modal insan murid yang berketrampilan dan bertaraf dunia, maka penyediaan
program dan aktiviti serta penglibatan murid pada peringkat antarabangsa amat digalakkan.
Justeru, bagi menyahut dan merealisasikan hasrat tersebut maka Jabatan Pendidikan Perak
merancang untuk mengelolakan program ini melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kumpulan tarian AdiKestari Sekolah Menengah Sains Tapah ditubuhkan pada 1 Mac
2012. Kumpulan ini berdaftar di bawah Program Bimbingan Seni Budaya ( Giat Budaya)
kelolaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran Malaysia. Nama AdiKestari dipilih berdasarkan gabungan perkataan Adi
dan Kestari dimana “Adi “ bermaksud unggul manakala “Kestari” adalah dari singkatan kesenian
tari dan “sta” ialah akronim Sains Tapah dan digabungjalinkan menjadi ADIKESTARI.

Tujuan penubuhan kumpulan ini adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar
generasi kini mempelajari budaya dan seni tari tradisi warisan negara demi memartabatkan seni
tari ke persada dunia. Misi Adikestari adalah untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek, memupuk perasaan cinta terhadap seni tari warisan
peninggalan nenek moyang dalam diri para pelajar dan menjadikan seni tarian salah satu
platform untuk menaikkan nama SESTA dan negara ke peringkat antarabangsa.

2
Setiap tahun pasukan AdiKestari telah membuat beberapa persembahan di peringkat
sekolah dan telah menyertai beberapa pertandingan diperingkat daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa. Antara kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan AdiKestari adalah seperti
berikut:

I. Program Antara Budaya Malaysia –Indonesia 2014


II. Perkampungan Seni Tari Tradisional Malaysia Kali ke-2 Peringkat Kebangsaan 2012
(Tempat Keempat)
III. Perkampungan Seni Tari Tradisional Malaysia Kali ke 3 Peringkat Antarabangsa 2013
(Anugerah Khas Juri dan Penari Terbaik)
IV. Perkampungan Seni Tari Tradisional Malaysia Kali ke 3 Peringkat Kebangsaan 2014
(Naib Johan Tarian Rampaian Tradisional, Ketiga Tarian Etnik dan Anugerah Khas Juri
Tarian Rakyat)
V. Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Daerah Batang Padang 2013, 2014,
2015 dan 2016 ( Johan Keseluruhan)
VI. Pertandingan Tarian Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak 2013 dan 2014 (Johan
Keseluruhan)
VII. IX International Istanbul Harmanfolk Children Schools Folklore Festival 2015 (Best
Choreography)

Tambahan lagi, penglibatan murid-murid dalam memperkenalkan aktiviti kebudayaan


dan keseniaan negara di festival kebudayaaan antarabangsa ini diharap mampu menyediakan
pengalaman baru kepada murid-murid tersebut khususnya dalam bidang keseniaan dan
kebudayaan negara luar, seiring dengan hasrat utama program KPM mengembangkan bakat
mereka ke tahap yang lebih cemerlang.

3
3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan pasukan kebudayaan sekolah yang berkualiti sebagai mewakili Malaysia
untuk dibawa ke peringkat antarabangsa bagi menyertai sesuatu acara pertandingan
atau festival kesenian dan kebudayaan

3.2 Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam kesenian dan kebudayaan dalam
pelbagai bidang ke peringkat yang lebih tinggi

3.3 Memupuk semangat cinta akan kesenian dan kebudayaan sebagai khazanah dan
warisan bangsa dan memperkenalkannya ke luar negara.

3.4 Membina sahsiah, ketrampilan, personaliti dan jati diri serta pengalaman murid di
peringkat antarabangsa sebagai bekalan mereka untuk berfikir dan bertindak secara
positif dan matang.

3.5 Menyediakan murid dengan pengetahuan dan pengalaman antarabudaya.

3.6 Meningkatkan pencapaian dan penilaian murid dalam pemarkahan nilai merit
kokurikulum (Penilaian 10 % Kokurikulum) melalui sijil penyertaan antarabangsa.

3.7 Mempromosi kesenian dan kebudayaan sebagai duta warisan budaya bangsa Malaysia
ke negara luar dan antarabangsa.

4. STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Tarikh : 1 Hingga 6 Jun 2016


4.2 Tempat : Jakarta Dan Bandung, Indonesia
4.3 Ahli Jawatankuasa
Penaung : Tuan Haji Mohd Rezazali Bin Ahmad Ansar
Guru Pengiring : Puan Nor Jamiah Binti Adnan

5. PESERTA/ KONTINJEN

Murid-murid : 12 orang
Guru Pengiring : 1 orang
Jumlah : 13 orang

4
6. MAKLUMAT KUMPULAN

Maklumat Kumpulan

Nama SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH,


dan alamat Sekolah JLN KG PAHANG, 35000, TAPAH
PERAK

Nombor Telefon 05-4018745 Nombor Faks 05-4018743

Jenis Persembahan RAMPAIAN TARIAN TRADISIONAL


ETNIK MALAYSIA
TARI RAKYAT MALAYSIA
TARIAN 1 MALAYSIA

Guru Pengiring 1 PN NOR JAMIAH BT ADNAN

870320-04-5136

7. SUMBER KEWANGAN

1. Wang PKSBT
2. Sumbangan Ibu bapa

8. ANGGARAN KOS

BI
SUMBER JUMLAH (RM)
L
1 Wang PKSBT 5899
2 Sumbangan Ibu bapa 3331
3 Sumbangan PIBG 1500
4 Wang tambahan makanan 2400
5 Sumbangan persendirian 3000
Jumlah besar 16,130

5
9. TENTATIF

RUJUK LAMPIRAN 1

10. SENARAI NAMA PELAJAR

RUJUK LAMPIRAN C

11. PENUTUP

Sebagai menutup tirai, kami memohon dan merayu agar pihak tuan membantu kami
merealisasikan program kesenian ini. Kerjasama pihak tuan semua sangat kami hargai kerana
bantuan dan sokongan yang ditunjukkan bakal melonjakkan kumpulan murid ini ke persada
antarabangsa. Dalam waktu yang sama pihak tuan juga telah membantu meningkatkan
ketrampilan murid dari segi sahsiah, disiplin, jati diri dan membentuk anak nusa yang
bersemangat waja, cinta akan negara, budaya, agama dan bahasa. Tidak dilupakan juga
sokongan pihak tuan membantu kami mempromosikan budaya bangsa kita ke peringkat global.
Menjadi harapan kami agar pihak tuan merealisasikan impian bagi membawa kumpulan budaya
ini ke peringkat antarabangsa. Pemergian kami ke sana tidak akan kami sia-siakan. Semoga
pengalaman yang akan diperoleh dapat kumpulan kami gunakan demi kebaikan nusa dan
bangsa.
Laporan lengkap akan kami kepilkan kepada pihak KPM dan kepada semua yang telah member
sokongan padu demi menjayakan program ini .Hanya ucapan jutaan terima kasih yang dapat
kami luahkan atas kesungguhan semua pihak yang prihatin dan sudi membantu kami. Semoga
Allah jua yang akan membalas segala jasa tuan.

Disediakan oleh,

………………………………………………………….

(NOR JAMIAH BT ADNAN)


Guru Pengiring
Kolaborasi Budaya Nusantara 2016

LAMPIRAN 1

Jadual Pergerakan

6
Tarikh Masa Perkara Tempat Catatan
Rabu 1
8.00 am Bertolak ke Kuala Lumpur KLIA
Jun
1.05 pm Berlepas ke Jakarta KLIA
2.15 pm Tiba di Jakarta
8.00 pm Taklimat program Ravarine Suite Penginapan
Khamis
8.00 am Bengkel 1 Sanggar Jakarta Tari Betawi
2 Jun
12.30 pm Pengurusan diri
Tarian Wau
2.30 pm Bengkel 2 Sanggar Jakarta
Bulan
4.30 pm Refleksi Bengkel 1 dan 2
Jumaat
8.00am Penilaian Bengkel 1 Sanggar Jakarta Tari Betawi
3 Jun
Tarian Wau
10.00 am Penilaian Bengkel 2 Sanggar Jakarta
Bulan
2.30 pm Refleksi Penilaian Bengkel 1 dan 2 Jakarta
4.30 pm Raptai konsert Gedung Sofihani
8.00 pm Konsert Kolaborasi Nusantara Gedung Sofihani
Sabtu
9.00 am Bertolak ke Bandung
4 Jun
1.00 pm Tiba di Fave Hotel, Bandung
Sanggar Seni
2.30 pm Taklimat Program
Barboovie
Sanggar Seni
4.30 pm Bengkel 3 Tari Saman
Barboovie
Ahad Raptai Penilaian Persembahan Tempat akan
8.00am
5 Jun Kolaborasi Nusantara 2 ditetapkan
Penilaian Persembahan Kolaborasi Tempat akan
2.00 pm
Nusantara ditetapkan
4.30 pm Refleksi Penilaian Persembahan
Isnin Hussein Sastra
6.00 am Bertolak ke lapangan terbang
6 Jun Airport
Berlepas ke Kuala Lumpur,
8.30 am
Malaysia
11.00 am Tiba di Kuala Lumpur KLIA 2
2.00 pm Tiba di SESTA SESTA

You might also like