You are on page 1of 5

Agar agar lumut pandan

Resepi agar agar lumut ini atau nama lain agar agar lumut pandan. cara buat agar agar lumut pandan sangat
mudah dan agar agar lumut pandan ini sedap menggunakan santan dan agar agar tali sebagai bahan asas..

Bahan – Bahan
7-8 keping daun pandan
10 gm agar agar tali
5 cawan Air
1 cawan gula
1 cawan santan
1 biji telur
1 sudu kecil garam
Pewarna makanan hijau

maklumat : Resepi ini menggunakan 10gm agar agar tali dengan sukatan saiz cawan yang sederhana. Jika anda
menggunakan 20-25 gm (1 paket) agar agar tali, gunakan saiz cawan yang lebih besar.

Cara – cara
1. Kisar daun pandan bersama 1 cawan air. Setelah itu tapis untuk mendapatkan 1 cawan air pandan.
2. Masukan agar agar tali ke dalam periuk.
3. Masukan 4 cawan air .
4. Masukan 1 cawan air pandan. Didihkan campuran tersebut sehingga agar agar tali larut.
5. Kemudian masukan 1 cawan gula dan biarkan ia larut.
6. Di dalam bekas yang lain, masukan telur, 1 cawan santan dan sedikit garam. Kacau rata sehingga sebati.
7. Kemudian masukan di dalam periuk yang mengandungi agar agar tadi. Tambahkan sedikit pewarna hijau untuk
menghasilkan agar agar lumut yang lebih cantik.
8. Biarkan ia mendidih dan membuak buak. Setelah itu tutup api.
9. Tuang agar agar lumut tadi ke dalam loyang atau bekas agar agar.
10. Biar ia sejuk seketika di luar kemudian masukan ke dalam peti sejuk.
11. Apabila ia sudah keras dan sejuk boleh dihidangkan. Anda boleh lihat agar agar lumut siap dengan warna lumut hijau
yang sangat cantik dan menyelerakan. Selamat Mencuba.
Bihun Sup Utara (Sup Tulang)

Bahan bahan
1 peket bihun
1 sudu kunyit
Rebus bihun dalam air yang mendidih yang ditambah kunyit..kemudian basuh dan tapis..

Bahan2 Sup Tulang


1kilo tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai ketuk
Halia lebih kurang 2 inci diketuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang merah kecil ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
Setengah sudu kecil bunga cengkih ditumbuk kasar
Setengah sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
3 bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit batang daun sup
Air secukupnya
Masukkan semua bahan bahan didalam periuk..
Rebus sehingga empuk kemudian masukkan garam atau perasa jika suka..

***lepas sup dah masak boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah digoreng ke dalam sup...kalau taknak
buat pon tak apa..

Bahan2 cabai merah

Cili kering yang telah di blend atau ciliboh atau cili yang siap dikisar
Sedikit bawang putih dan bawang merah kecil ditumbuk
Asam keping atau air asam jawa atau cuka
Garam
Gula
Tumis bawang kemudian masukkan cili ..masak sampai pecah minyak..masukkan asam keping atau air asam jawa atau
cuka..garam dan gula..boleh juga masukkan sesikit sos cili jika taknak masukkan gula.

Bahan2 sampingan untuk dimakan bersama bihun


Daun bawang
Daun sup
Lobak masin
Bawang goring
JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL
KAMUS

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)

- Mandi dan ambil wuduk

2. Solat Sunat Wuduk.

3. Solat Sunat Taubat.

4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).

5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.

7. Istighfar ( ‫ ) َأسْ َت ْغفِ ُر هَّللا َ ْال َعظِ ي َم الَّذِي اَل ِإلَ َه ِإاَّل ه َُو ْال َحيَّ ْال َقيُّو َم َوَأ ُتوبُ ِإلَيْه‬100 X

8. Tahlil ( ‫ ) الَ ِإلَ َه ِإاَّل هللا‬300X

َّ ‫نت م َِن‬
9. Baca Doa Nabi Yunus ( ‫الظا لِ ِمي َْن‬ َ ‫ ) الَِٕالَ َه ِٕاالَّ َٔا ْنتَ ُسب َْحا َن‬40x
ُ ‫ك ِٕا ِّنيْ ُك‬

10. Tasbih 40 ) ‫ان هَّللا ِ َو ْال َحمْ ُد هَّلِل ِ َو الَ اِل َه ِإالَّ هَّللا ُ َو هَّللا ُ َأ ْك َب ُر‬
َ ‫ ُسب َْح‬X

11. Solat Sunat Fajar.

12. Solat Subuh.

13. Baca Yaassin lepas subuh.

14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.

15. Solat Zohor.

- Solat sunat sebelum

- Solat sunat selepas

16. Solat Asar.

- Solat sunat sebelum

17. Solat Maghrib.

- Solat sunat selepas

18. Solat Isya'

- Solat sunat sebelum

- Solat sunat selepas


19. Sebelum tidur baca :

- Al-Quran

- surah Al-Mulk

- surah Sajjadah

- surah Al-Waqiah

20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."

Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.

🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.

🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.

🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.

🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu
bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika
mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi
akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT.
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji,
pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita.
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat
tahajjud.

🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat
orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan
harta mengatasi segalanya.

🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah
lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin
dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak
akan kembali lagi buat selama-lamanya.

🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu
benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

You might also like