You are on page 1of 1

No.

Rujukan : SKSS600-2/1/2 (66)


Tarikh : 27 Ogos 2022

Kepada,

Pengurus Kawasan,
Pejabat Cawangan Seputeh,
No.43 & 45 Jalan 10/116B,
Kuchai Entrepreneurs Park,
Jalan Klang Lama,
58200 Kuala Lumpur

Tuan,

MEMOHON PEMINJAMAN KHEMAH DAN PA SYSTEM UNTUK KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE–22

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan in dimaklumkan bahawa SK Seri Suria akan mengadakan Kejohanan Olahraga Kali Ke–22 seperti
ketetapan berikut :
Tempat : Padang SK Seri Suria
Tarikh : 20 Oktober 2022 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang
Jumlah Murid : 600 orang murid

3 Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon peminjaman peralatan daripada pihak tuan
bagi menjayakan program tersebut. Peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut:
BIL PERKARA KUANTITI
1. Khemah 20 x 20 6 unit
2. Kipas 6 unit
3. PA system 1 unit

4 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut pihak tuan boleh hubungi En. Ahmad Hafifi Rusdi
(Setiausaha Sukan) ditalian 012-2757123, Segala bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami
hargai.

Sekian, terima kasih

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………
(PN. ZURAIDAH BINTI BORHAN)
GURU BESAR
SK SERI SURIA, KUALA LUMPUR

You might also like