You are on page 1of 7

2.

0
KISAH TANAH AIRKU

"KEMBARA ILMU MEMANUSIAKAN MANUSIA"


DISEDIAKAN OLEH ;

~ Cikgu Nurul Aieni ~


KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B1T4 : Warisan Negara Bangsa


Kerajaan Alam Melayu mempunyai ciri-ciri pembentukan negara bangsa sebelum kedatangan Barat.
Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Funan dan Champa diwarisi oleh kerajaan Srivijaya, kemudiannya
Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh Kesultanan Johor-Riau. Ciri-ciri negara bangsa ini
meliputi raja, undang-undang, wilayah pengaruh dan rakyat. Kesultanan Melayu Melaka
meneruskan warisan ini dengan mengungguli sistem pentadbiran dan perundangan sebelum
kedatangan Barat. Ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka meliputi kerajaan, rakyat,

i
kedaulatan, wilayah pengaruh, undang-undang dan lambang kebesaran. Di samping itu, hubungan

en
pemerintah dengan rakyat yang wujud secara timbal balik kekal sebagai warisan bernilai sehingga
kini.

Ai
CONTOH
latar blkg hukum kanun

gu
melaka dan undang2
ciri-ciri negara bangsa laut melaka
alam melayu -
raja/rakyat/wilayah NILAI/SIVIK/KBAT
pengaruh/undang2
Kepentingan kesetiaan kepada

Cik
waadat raja dan negara.
Kebanggaan terhadap warisan
ciri-ciri negara bangsa KMM negara bangsa.
- raja/rakyat/wilayah Kepentingan kepemimpinan
pengaruh/undang2/lambang peranan :
untuk kemakmuran negara kita.
kebesaran/kedaulatan sultan/ Kepentingan mematuhi
h@
pembesar undang-undang untuk
sistem pembesar KMM ; /rakyat kesejahteraan negara
bendahara/temenggung/laksa
mana/penghulu
bendahari..syahbandar
ra

B2T4 : Kebangkitan Nasionalisme


ja

Perkembangan idea nasionalisme di Barat telah mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Asia dan
Asia Tenggara termasuklah di negara kita. Gerakan nasionalisme berkembang seiring dengan cara.
Se

matlamat dan ketokohan pemimpin nasionalis. Perkembangan nasionalisme di negara kita tercetus
daripada pelbagai faktor yang seterusnya memberikan kesan kepada usaha membina tamadun bangsa dan
ir

negara.
ah
M

1
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B3T4 : Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita


Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat
perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi.
Perang dunia bermula di Eropah, kemudiannya merebak ke Asia pasifik. pemerintahan tentera Jepun di
negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan

i
rakyat.

en
Ai
gu
Cik
h@
ra

B7T4 : Usaha Ke Arah Kemerdekaan


ja

Kesedaran politik selepas Perang Dunia Kedua mencetuskan aspirasi rakyat untuk mencapai kemerdekaan.
Idea negara merdeka dicetuskan oleh pelbagai golongan untuk membentuk negara yang berdaulat. Usaha
Se

mencapai kemerdekaan dilakukan bagi memenuhi gesaan British supaya perpaduan rakyat berbilang kaum
dapat diwujudkan sebagai prasyarat unruk merdeka. Oleh sebab itu, penubuhan Jawatankuasa Hubungan
Antara Kaum (CLC), pembentukan Sistem Ahli dan sistem pendidikan kebangsaan serla kerjasama parti
ir

politik dilakukan sebagai usaha ke arah kemerdekaan.


ah
M

2
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B9T4 : Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957


Kesungguhan Raja-raja Melayu, para pemimpin dan rakyat dalam usaha menuntut kemerdekaan telah
membawa misi kemerdekaan ke London. Misi rombongan ini berjaya mendapatkan persetujuan kerajaan
British untuk memberikan kemerdekaan kepada negara kita melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah
Melayu. Berikutan persetujuan ini dan setelah mendapat persetujuan Raja-raja Melayu, maka Suruhanjaya
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk yang akhirnya menghasilkan Perlembagaan

i
Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sementara itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani

en
bagi membentuk sebuah negara yang merdeka. Kandungan perjanjian ini berjaya menunjukkan nilai
toleransi dan pengorbanan serta permuafakatan rakyat demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Ai
gu
Cik
h@
ra
ja

B10T4 : Pemasyhuran Kemerdekaan


Se

Merdeka yang ditakrifkan sebagai kebebasan dan usaha mendaulatkan nusa dan bangsa telah
diperjuangkan oleh pelbagai pihak. Tarikh 31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah bagi negara kita.
Rakyat berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman kuasa asing. Bagi memastikan detik
ir

bersejarah pemasyhuran kemerdekaan ini diingati, pelbagai persediaan telah dibuat. Selain itu,
kemerdekaan meninggalkan kesan yang penting untuk dihayati oleh generasi kini. Kita perlu menghayati
ah

pengorbanan, mempertahankan perpaduan dan nilai kesetiaan dengan tidak berbelah bahagi supaya negara
kekal berdaulat.
M

3
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B1T5 : Kedaulatan Negara


Kedaulatan merupakan satu konsep berkaitan dengan kenegaraan yang diasaskan dan diamalkan sejak
zaman tamadun Yunani. Pelbagai tafsiran oleh tokoh tentang konsep kedaulatan muncul seiring
dengan perubahan zaman. Negara berdaulat mempunyai ciri tertentu yang menjamin hak dan
kebebasannya. Kedaulatan juga penting untuk mengekalkan dan mengukuhkan kestabilan sistem
politik, ekonomi dan sosial. Pemerintah dan rakyat negara ini mempunyai tanggungjawab untuk

i
mempertahankan kedaulatan serta mengekalkan keunikan identiti negara bangsa Malaysia.

en
CONTOH
jenis kedaulatan :

Ai
moden/tradisional/antara
bangsa/undang2
Maksud :
kekuasaan
tertinggi

gu
..................

cara pertahankan/langkah:
Mewujudkan Kestabilan Politik dan
Kemakmuran Ekonom/Mengekalkan
Perpaduan Kaum/Memupuk

Cik
Patriotisme/Mengukuhkan
ciri-ciri negaraberdaulat - Pertahanan Negara
pemerintahan/sempadan/
undang2/rakyat

NILAI/SIVIK/KBAT
kepentingan?
h@
keberkesanan pentadbiran, Kebijaksanaan menghadapi cabaran bagi mengekalkan
kemakmuran ekonomi,
kesejahteraan sosial, kedaulatan negara.
kecemerlangan hub luar Kepentingan mengekalkan kedaulatan negara.
Kepentingan menghormati kepelbagaian budaya dan
agama bagi mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia.
Kepentingan menjiwai identiti negara.
ra

B2T5 : Perlembagaan Persekutuan


ja

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen undang-undang bertulis yang menjadi teras pada sistem
pemerintahan negara. Perlembagaan digubal berasaskan undang-undang negeri Melayu yang sedia ada
Se

dan juga tambahan unsur baharu. Perlembagaan Persekutuan Malaysia mempunyai ciri tradisional dan
moden yang menjadikan perlembagaan di negara kita unik. Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa
seiring dengan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas itu, perlembagaan dipinda bagi
ir

menyesuaikannya dengan keperluan semasa negara.


ah
M

4
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B4T5 : Sistem Persekutuan


Malaysia merupakan sebuah negara Persekutuan. Sistem Persekutuan di negara kita mempunyai latar
belakang sejarah yang tersendiri. Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah ditetapkan dalam
Perlembagaan Persekutuan. Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri terjalin
dalam pelbagai bentuk memberikan manfaat kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

i
Terdapat juga faktor tertentu yang mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita. Prinsip keluhuran

en
perlembagaan dan penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri telah mengukuhkan
sistem Persekutuan di negara kita.

Ai
gu
Cik
h@
ra

B6T5 : Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia


ja

Pembentukan Malaysia memberikan kesan besar terhadap proses pembinaan negara bangsa. Selepas
pembentukan Malaysia, negara menghadapi pelbagai cabaran. Antara cabaran utama termasuklah
Se

pemisahan Singapura, ancaman komunis, isu pembangunan dan ekonomi serta tragedi hubungan antara
kaum.
ir
ah
M

5
KUASAI FAKTA [T4 & T5]
MahirSejarah@CikguAieni

B7T5 : Membina Kesejahteraan Negara


Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan unsur penting dalam membina kesejahteraan
negara. Unsur ini dipupuk melalui beberapa dasar pembangunan sosial yang merangkumi aspek
pendidikan, budaya, bahasa dan aktiviti sosial. Dasar ini termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan,
memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan
dan sukan untuk perpaduan. Dasar ini diperkukuh lagi dengan pembentukan Rukun Negara sebagai

i
tonggak kesejahteraan negara.

en
Ai
gu
Cik
h@

B10T5 : Kecemerlangan Malaysia Di Persada Dunia


ra

Malaysia memainkan peranan penting pada peringkat antarabangsa dalam pelbagai bidang. Pelibatan
Malaysia dalam usaha membangkitkan isu global menyebabkan negara kita disegani oleh negara lain.
ja

Pelibatan Malaysia dalam hubungan ekonomi antarabangsa, isu kemanusiaan dan keamanan serta
kelestarian global berjaya meletakkan Malaysia sama taraf dengan negara besar bagi memastikan
Se

keamanan dunia berkekalan. Pelibatan rakyat Malaysia dalam isu kemanusiaan dan keamanan serta sikap
kesukarelawanan yang tinggi turut menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Usaha Malaysia ini
pastinya berdasarkan pegangan bahawa dunia ini milik semua yang perlu dijaga sebagai satu warisan.
ir

Perkara tersebut turut menjadi wawasan untuk Malaysia menuju kejayaan pada masa hadapan.
ah
M

You might also like