You are on page 1of 1

LATIHAN PENGUKUHAN JURNAL AM

1) Catatkan perkara-perkara berikut ke dalam Jurnal Am


2022
Jan 1 Lee Min Ho mempunyai aset dan liabiliti seperti berikut pada tarikh
ini:
RM
Tunai 500
Alatan Pejabat 13 500
Inventori 7800
Kenderaan 30 000
Akaun Belum Terima: Mayam 4500
Overdraf Bank 6500
Akaun Belum Bayar: Bijat 5800
8 Membeli sebuah van RM 8000 secara kredit daripada Pembekal Heng
untuk kegunaan perniagaan
14 Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM 1800 untuk kegunaan sendiri
17 Pemilik mengambil sebuah kenderaan perniagaan bernilai RM 10000 untuk kegunaan
keluarganya
22 Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM 1500 untuk tujuan pengiklanan
28 Pemilik membawa masuk sebuahalat pendingin hawa bernilai RM 5000 ke dalam
perniagaan

2) Berikut merupakan maklumat Perniagaan Ecece bagi bulan Mei 2022.

2022
Mei 1 Encik Ecece memulakan perniagaan dengan membawa masuk aset seperti
berikut:

RM
Tunai di tangan 5000
Tunai di bank 15 000
Alatan pejabat 2500
Kenderaan 76000
6 Mengambil sebuah komputer pejabat bernilai RM 1200 untuk didermakan kepada Rumah
Anak Yatim Dalilah
10 Membeli sebuah meja pejabat bernilai RM 700 secara kredit daripada Kedai Perabot Ilham
15 Mengambil barang niaga bernilai RM 250 untuk kegunaan peribadi
22 Mengambil barang niaga bernilai RM 134 untuk digunakan sebagai pengiklanan
25 Menjual sebuah van perniagaan secara kredit kepada Perniagaan Oh bernilai RM 10000
30 Pemilik membawa masuk sebuah rak pameran peribadi bernilai RM 760 ke dalam
perniagaan

Anda dikehendaki merekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am.

You might also like