You are on page 1of 4

SULIT*

PEPERIKSAAN TOV
STPM 2011
JPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNTJPNT
946/2

PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 2

(Tiga jam)

Arahan kepada calon:

Jawab empat soalan sahaja: semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam
Bahagian B.

Semua kerja penghitungan hendaklah ditunjukkan dengan jelas.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Disediakan oleh: Dibiayai oleh:

AKRAM NEGERI TERENGGANU KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

© Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu 2011

946/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1 (a) Nyatakan empat hak pekerja selain upah dan gaji mengikut Akta Pekerjaan, 1955. [2]

(b) Jelaskan tiga bentuk sistem pelaporan di dalam sesebuah organisasi.         [3]

(c) Berikan tiga sumber modal formal yang biasa digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan
modal kerja. [3]

(d) Senaraikan tiga aktiviti organisasi bukan bermotifkan untung dan berikan satu contoh bagi setiap
aktiviti yang disenaraikan. [3]

(e) Terangkan tiga kelebihan yang akan diperoleh usahawan jika menjalankan perniagaan eksport.

[3]

(f) Terangkan tiga fungsi utama Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). [3]

(g) Terangkan maksud etika kerja, dan nyatakan dua contoh etika kerja dalam profesion perubatan.
[3]

(h) Huraikan dua tugas Better Business Bureau. [2]

(i) Nyatakan dua kaedah yang sesuai untuk menggunakan telefon dan dua keadaan yang sesuai
untuk menggunakan papan notis sebagai media komunikasi dalam organisasi perniagaan. [2]

(j) Huraikan dua prinsip berunding dan berinteraksi yang berkesan. [2]

2 (a) Huraikan konsep usahawan, pengurus dan peniaga. [6]

(b) Sebagai seorang pelajar yang mempelajari subjek Pengajiaan Perniagaan, anda ditugaskan untuk
menemubual seorang usahawan yang telah berjaya di kawasan kediaman anda, sebagai memenuhi
tugasan penyelidikan anda. Selepas temubual itu, anda telah membuat beberapa rumusan:

(i) Dengan memberikan tiga alasan, bincangkan sama ada usahawan dilahirkan atau dilatih. [6]

(ii) Berdasarkan contoh yang sesuai, huraikan tiga keadaan bagaimana seseorang usahawan
mampu mengenal pasti dan merebut peluang perniagaan yang wujud di persekitarannya. [6]

(c) Perikatan strategik merupakan salah satu cara memulakan perniagaan yang membawa banyak
kebaikan kepada perniagaan. Terangkan maksud perikatan strategik dan huraikan dua kaedah perikatan
strategik iaitu usahasama dan perlesenan. [7]

946/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

Bahagian B [50 markah]

Jawab dua soalan sahaja.

3 (a) Jelaskan dua syarat tersirat mengikut Akta Jualan Barangan 1957. [6]

(b) Terangkan perbezaan antara audit dalaman dengan audit luaran daripada aspek berikut:  

(i) staf

(ii) tujuan [4]

(c) Terangkan lima prinsip audit yang perlu dipatuhi oleh seorang juruaudit. [10]

(d) Berikan lima penggunaan teknologi maklumat dalam aktiviti perniagaan masa kini. [5]

4 (a) Perihalkan empat peranan usahawan dalam membantu mengembangkan ekonomi negara. [8]

(b) Cik Alifah seorang graduan daripada univesiti tempatan dalam jurusan pemasaran. Beliau
bercadang untuk membuka sebuah kilang keropok di Marang, Terengganu. Beliau bercadang untuk
memohon pinjaman dari Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

(i) Selain modal kewangan yang perlu dimiliki oleh seseorang usahawan, Cik Alifah juga perlu
memiliki modal bukan kewangan. Huraikan. [10]

(ii) Sebagai seorang perunding perniagaan, anda diminta untuk membantu Cik Alifah dalam
menyediakan Rancangan Kewangan. [7]

5 P-San Berhad, iaitu pemilik kilang makanan segera sejuk beku, yang mempunyai 50 orang pekerja
telah mengemukakan syor kepada pekerja-pekerjanya agar menubuhkan koperasi atau kelab bagi tujuan
menjaga kebajikan mereka. Pekerja-pekerjanya telah membuat ketetapan untuk menubuhkan sebuah
koperasi.

(a) Jelaskan mengapa pekerja P-San Berhad tidak boleh menubuhkan koperasi khusus untuk
kebajikan 50 orang ahlinya sahaja. [2]

(b) Jelaskan kebaikan menubuhkan kelab berbanding menubuhkan koperasi untuk kebajikan pekerja.
[8]

(c) Jelaskan langkah dan syarat yang perlu dipatuhi untuk menubuhkan kelab kebajikan bagi pekerja
P-San Berhad. [15]

946/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT*

6 Seorang usahawan dari negara Jerman akan membuka sebuah kilang pembuatan kereta di Kemaman,
Terengganu.

(a) (i) Jelaskan tiga cabaran yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut dari aspek politik, ekonomi
dan sosiobudaya. [9]

(ii) Terangkan lima risiko yang akan dihadapi oleh usahawan tersebut. [10]

(b) Perihalkan dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa berikut:

(i) surat kredit

(ii) bil muatan [6]

7 (a) Terangkan tanggungjawab sosial sesebuah perniagaan kepada pihak yang berikut:

(i) pelanggan

(ii) kerajaan [10]

(b) FOMCA (Federation Of Malaysian Consumers Associations) ialah sebuah badan penasihat dan
penyelaras persatuan-persatuan pengguna di Malaysia. FOMCA yang ditubuhkan pada 1970 ini, bebas
dari sebarang kaitan industri dan perdagangan. Terangkan peranan FOMCA untuk melindungi hak-hak
pengguna di Malaysia. [7]

(c) Terdapat banyak projek yang terbengkalai dan hasil siasatan mendapati, antaranya, berpunca
daripada amalan rasuah. Jelaskan usaha dan tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah
tersebut. [8]

8 (a) Jelaskan empat fungsi komunikasi dalam perniagaan. [6]

(b) Jelaskan enam teknik bagi mewujudkan komunikasi yang berkesan. [9]

(c) Jelaskan proses komunikasi dalam pembentangan laporan pasaran oleh pengurus pemasaran
syarikat.  [10]

946/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like