Professional Documents
Culture Documents
12 Julai 2021
Bendera Putih dan Kegagalan Kerajaan: Wanita Keadilan Siap Siaga Membantu
Negara merekodkan purata 2 kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021.
Bagi tempoh lima bulan pertama dari Januari hingga Mei 2021, sebanyak 468 kes bunuh diri
telah direkodkan. Data terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
juga mendedahkan 91.2 peratus daripada 100,000 panggilan yang diterima oleh talian
bantuan sokongan dan psikososial, memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Kes
keganasan rumahtangga juga dilaporkan mencecah 23% berbanding tahun lalu.
Terkini Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan juga tidak menampakkan hasil.
Bloomberg dalam artikel terbarunya yang bertajuk “Malaysia Is Staggering Down the Road to
Failed Statehood” mengisahkan bagaimana rakyat Malaysia disaat pandemik menaikkan
bendera putih demi sesuap makanan atau memerlukan pertolongan dalam bentuk kewangan
untuk membayar sewa rumah. Cetusan idea bendera putih telah mendapat sambutan orang
ramai termasuklah disokong oleh sebahagian ahli politik. Pada masa yang sama, inisitatif ini
juga dipandang enteng oleh segelintir wakil rakyat yang melihat ia sebagai satu simbol
menyerah kalah dan bukanlah suatu budaya yang diterima oleh sesetengah masyarakat.
Tidak kurang juga pengibar bendera putih yang diganggu oleh pihak penguatkuasa dan diugut
untuk tidak diberikan bantun oleh kerajaan, MP, Adun atau agensi seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
Inisiatif bendera putih kini telah diluaskan kepada aplikasi mudahalih yang dinamakan Sambal
SOS. Aplikasi tersebut menolong golongan yang memerlukan dengan menyediakan lokasi
‘foodbank’ dan juga lokasi dimana bendera putih dikibarkan bagi memudahkan proses
menjejaki mereka untuk menghantar bantuan yang diperlukan.
Perlu diingat, bendera putih bukanlah menandakan rakyat sudah mengalah, namun
merupakan tekad mereka untuk meneruskan kehidupan seharian. Walau ia jelas merupakan
indikasi yang nyata bahawa kerajaan telah gagal dalam menguruskan krisis yang
menyebabkan ribuan rakyat maut, ratusan ribu kehilangan pekerjaan, pendapatan dan
prospek masa depan mereka.
Saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak malu untuk tampil menaikkan bendera putih
mahupun meminta bantuan yang diperlukan. Kita sebagai rakyat Malaysia adalah merupakan
sebuah keluarga besar yang harus saling membantu dalam menghadapi kemelut yang masih
belum berkesudahan ini.
Saya juga ingin menegaskan pendirian Keadilan yang menyokong penuh inisiatif ini. Ahli
politik seharusnya tidak meletakkan optik melebihi kehidupan rakyat. Oleh itu saya menyeru
dan merayu kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan supaya menghubungi MP,
Adun dan Penyelaras Pusat Khidmat bagi kawasan masing-masing untuk meminta bantuan
yang diperlukan. Saya sertakan senarai nombor telefon bagi kesemua 222 pusat khidmat ahli
parlimen di seluruh negera. Jika sesiapa yang tidak berjaya mendapat bantuan dari pusat
khidmat, Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Wanita Keadilan sedia membantu
sesiapa yang memerlukan bantuan. Anda dialu-alukan untuk hubungi saya di talian 016-
2259550. Meskipun kami tidak mampu membantu semua yang memerlukan, kami akan
pastikan anda mendapat bantuan daripada jaringan Pusat Khidmat dan badan-badan bukan
kerajaan yang lain.
Sivamalar Genapathy
Ketua Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan, Wanita Keadilan.
\
SENARAI AHLI PARLIMEN DAN NOMBOR TELEFON PUSAT KHIDMAT PARLIMEN.
PERLIS
P001 Padang Besar P002 Kangar
Ahli Parlimen: Dato Zahidi Ahli Parlimen: Tuan Amin Ahmad
No. Pusat Khidmat: 04-9381258 No. Pusat Khidmat: 04-9762018
P003 Arau
Ahli Parlimen: DS Shahidan Kassim
No. Pusat Khidmat: 04- 9860173
KEDAH
P004 Langkawi P005 Jerlun
Ahli Parlimen: Tun Dr Mahathir Mohamad Ahli Parlimen: Dato Sri Haji Muhkriz Tun Mahatir
No. Pusat Khidmat : 04-9611484 No. Pusat Khidmat: 04-7940399
KELANTAN
P019 Tumpat P020 Pengkalan Chepa
Ahli Parlimen: Dato Hj Che Abdullah Bin Mat Ahli Parlimen: Ahmad Marzuk Bin Shaary
Nawi No. Pusat Khidmat: 011-35870422/ 019-7902433
No. Pusat Khidmat: 09-7196210 / 09-7195120
TERENGGANU
P033 Besut P034 Setiu
Ahli Parlimen: Dato' Seri Haji Idris Bin Jusoh Ahli Parlimen: Tuan Shaharizukirnain Bin Abd
No. Pusat Khidmat: 09-6972211 Kadir
No. Pusat Khidmat: 011-1887 4547
PULAU PINANG
P041 Kepala Batas P042 Tasek Gelugor
Ahli Parlimen: Reezal Merican Bin Naina Ahli Parlimen : Shabudin Bin Yahaya
Merican No. Telefon Pusat Khidmat: 04-5711252
No. Pusat Khidmat :03-88713003
PERAK
P054 Parlimen Gerik P055 Lenggong
Ahli Parlimen : Dato' Haji Hasbullah Bin Osman Ahli Parlimen: Dato Seri Dr Shamsul Anuar Bin
(Meninggal Dunia) Nasarah
No. Pusat Khidmat : 0195654461 No. Pusat Khidmat: 05-7678055
PAHANG
P078 Cameron Highland P079 Lipis
Ahli Parlimen: Tuan Ramli Bin Dato' Mohd Nor Ahli Parlimen: Dato’ Sri Abdul Rahman Bin
No. Pusat Khidmat: 09-340 2433 Mohamad
No. Pusat Khidmat: 09-3121545
SELANGOR
P092 Sabak Bernam P093 Sungai Besar
Ahli Parlimen: Dato Haji Mohd Fasiah Bin Mohd Ahli Parlimen: Muslimin Bin Yahaya
Fakeh No. Pusat Khidmat: 03-8884 6035
No. Pusat Khidmat: 03-32162324
WP KUALA LUMPUR
P114 Kepong P115 Batu
Ahli Parlimen: Lim Lip Eng Ahli Parlimen: P. Prabakaran
No. Pusat Khidmat: 03-62428606 No. Pusat Khidmat: 03-27127115
NEGERI SEMBILAN
P126 Jelebu P127 Jempol
Ahli Parlimen: Datuk Seri Jalaluddin Ahli Parlimen: Haji Salim
No. Pusat Khidmat: 064920078 No. Pusat Khidmat: 06-4543010
MELAKA
P134 Masjid Tanah P135 Parlimen Alor Gajah
Ahli Parlimen: Datuk Wira Mas Ermieyati Hj Ahli Parlimen : Datuk Seri Redzuan Bin Yusof
Samsudin No. Pusat Khidmat : 06-55611357
No. Pusat Khidmat: 06-3831559
JOHOR
P140 Segamat P141 Sekijang
Ahli Parlimen: Datuk Seri Dr. Santhara Kumar Ahli Parlimen: Natrah Binti Ismail
A/L Ramanaid No. Pusat Khidmat : 07-9431682
No. Pusat Khidmat : 03-8889 7999
SABAH
P167 Kudat P168 Kota Marudu
Ahli Parlimen: Datuk Abd Rahim Bin Bakri Ahli Parlimen: Datuk Seri Panglima Dr. Maximus
No. Pusat Khidmat : 011-1603 1473 Jonity Ongkili
No. Pusat Khidmat: 088-396 870
SARAWAK
P192 Mas Gading P193 Santubong
Ahli Parlimen: Mordi Anak Bimol Ahli Parlimen: Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
No. Telefon: 082-762178 No. Telefon: 03-8883 6016
P222 Lawas
Ahli Parlimen: Henry Sum Agong
No. Telefon: 03-8891 202