You are on page 1of 7

DEFINISI KEANJALAN

Keanjalan adalah suatu konsep yang mengukur darjah tindakbalas dalam kuantiti
permintaan dan penawaran kesan daripada perubahan sesuatu pembolehubah tertentu.

- Dalam konteks keanjalan permintaan, pembolehubah-pembolehubah tersebut terdiri


daripada harga barang itu sendiri, harga barang lain dan pendapatan pengguna.

- Manakala bagi keanjalan penawaran, pembolehubahnya ialah harga barang itu


sendiri sahaja.

KEANJALAN PERMINTAAN

- Keanjalan permintaan adalah mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu


barang yang diminta akibat daripada perubahan dalam harga barang itu sendiri,
harga barang lain dan perubahan dalam pendapatan.

- Terdapat tiga jenis keanjalan permintaan, iaitu:


1. Keanjalan permintaan harga
2. Keanjalan pemintaan silang
3. keanjalan permintaan pendapatan

KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

-Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada
perubahan harga barang itu sendiri.

Ed = % Qd / %P

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0

Qd0 P0

Ed = Qd /Qd0 ÷ P /P0


Darjah-darjah keanjalan permintaan harga.

a) Nilai keanjalan : 1 < Ed <  ( Anjal )


- Peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan
harga barang tersebut.

b) Nilai keanjalan : 0Ed1 ( Tak anjal )


- Peratusan perubahan kuantiti diminta adalah kurang daripadape ratus perubahan harga
barang tersebut.

c) Nilai keanjalan : Ed = 0 ( Anjal tak sempurna


- Sebarang perubahan dalam harga tidak akan menyebabkan berlakunya perubahan dalam
kuantiti diminta.

Faktor Yang Mempengaruhi Keanjalan Permintaan Harga

 Barang pengganti
 Bilangan kegunaan
 Jangka masa
 Jenis barang

- Terdapat dua cara bagi mengira keanjalan permintaan harga iaitu keanjalan
lengkuk dan keanjalan purata.

- Keanjalan purata digunakan kerana terdapat nilai keanjalan yang berbeza


walaupun ianya mengukur perubahan harga di antara dua titik.

Keanjalan lengkuk

 Keanjalan lengkuk digunakan bagi mengukur kadar perubahan yang berlaku ke atas
permintaan satu barang apabila berlaku perubahan harga di mana keadaan tersebut
membolehkan kita melihat kewujudan dua titik di atas satu keluk permintaan yang
sama.

 Formula
Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0

Qd0 P0
KEANJALAN PERMINTAAN SILANG

- Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta akibat daripada
perubahan dalam peratus perubahan dalam harga barang lain.

- Formula

Edxy = % Qdx / %  Py

Edxy = Qd1x – Qd0x ÷ P1y - P0y

Qd0x P0y

Qd1x – Qd0x

Qd0x

Edxy =

P1y – P0y

P0y

- Konsep Keanjalan Pemintaan Silang

 Sifar - Neutral
 Negatif - Penggenap
 Positif - Pengganti
 Positif tinggi - Pengganti hampir
 Positif rendah - Pengganti kurang hampir
KEANJALAN PERMINTAAN PENDAPATAN

 Mengukur peratus perubahan dalam kuantiti sesuatu barang yang diminta


akibat daripada perubahan dalam pendapatan pengguna

- Formula

EdY = % Qdx / % Y

EdY
= = Qd1x – Qd0x Y1 - Y0

Qd0x Y0

- Konsep Keanjalan Permintaan Pendapatan

 Ed = 0 - Barang mesti
 0 < Ed < 1 - Barang normal
 Ed > 1 - Barang mewah
 Ed < 0 - Barang bawahan

KEANJALAN PENAWARAN

Mengukur darjah tindakbalas perubahan dalam akibat perubahan.Peratus perubahan


kuantiti ditawar dan kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.

Keanjalan penawaran = Peratus perubahan kuantiti ditawar


Harga ( Es) Peratus perubahan harga

Es = % Qx
% P

= Qx x Po
P Qx
Cukai ialah instrumen agihan semula, iaitu segala kutipan cukai akan
menjadi hasil kerajaan, serta digunakan untuk menyediakan barang awam (termasuk
perkhidmatan awam). Cukai langsung dikenakan ke atas individu menerusi cukai pendapatan
dan ke atas syarikat dalam bentuk cukai keuntungan syarikat. Cukai tak langsung pula
dikenakan ke atas pengeluar atau pengguna dalam pasaran semasa.Cukai tak langsung
bertujuan meningkatkan hasil kerajaan, contohnya cukai perkhidmatan, cukai jualan dan lain-
lain. Cukai tak langsung juga bertujuan untuk tidak menggalakkan penggunaan sesuatu
barang, contohnya alkohol dan rokok. Kesan cukai secara serta-merta ialah peningkatan kos
pengeluaran.

Pengeluar atau firma cenderung untuk memindahkan beban cukai yang dikenakan
kepada pengguna menerusi peningkatan harga barang. Sama ada pengeluar akan berjaya
memindahkan beban cukai itu sepenuhnya atau sebahagian, atau tidak berjaya langsung, akan
bergantung kepada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran barang di pasaran.
Analisis grafikal perlu menunjukkan bahawa keluk permintaan tidak berubah, manakala
keluk penawaran akan beralih ke kiri, sebab kos pengeluaran yang meningkat mengakibatkan
penawaran berkurang.

CUKAI PENDAPATAN INDIVIDU

Cukai pendapatan individu ialah satu cabang dari pendapatan langsung kerajaan
Malaysia.Cukai langsung ini di letakkan di bawah kawal selia Lembaga Hasil Dalam
Negeri(LHDN).Cukai Pendapatan bermaksud cukai yang di kenakan ke atas semua jenis
pendapatan yang di terima oleh individu atau syarikat di Malaysia atau luar
Malaysia(Seksyen 3 ACP).Jeyapalan Kasipillai & Mustafa Mohd.Hanefah.(1998).

Individu Yang Layak Membayar Cukai:

Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi
RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.Sekiranya
pekerja layak dikenakan potongan PCB(Potongan Cukai Bulanan), pekerja dinasihatkan
mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Rujukan

http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=5&unit=1&sequ=1

www.slideshare.net > mus31> keanjalan-permintaan-dan-penawaran

www.greelane.com > ms > sains-teknikal-matematik

You might also like