You are on page 1of 4

1

LAMPIRAN A

1.0 PENDAHULUAN

Karnival Kawad Kaki Daerah Seremban merupakan aktiviti tahunan yang wajib
disertai oleh semua unit badan beruniform terdiri daripada pasukan Kadet Remaja
Sekolah, pasukan badan kerajaan (GO) dan pasukan badan bukan kerajaan (NGO) yang
terdiri daripada pasukan putera dan pasukan puteri.

Oleh yang demikian, karnival kawad kaki badan beruniform dilakukan di peringkat
daerah lagi untuk memilih pasukan yang berpotensi dan mampu berdaya saing dengan
pasukan dari kontinjen daerah lain mewakili daerah Seremban di dalam karnival kawad
kaki peringkat negeri nanti.

Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan


seseorang pelajar tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan
para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan diri,
pekerti mulia dan berkebolehan dengan era globalisasi.

Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap kadet pasukan badan berunifrom
yang mereka wakili bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita
dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang pertandingan yang bakal
disertai.

2.0 RASIONAL

2.1 Karnival Kawad Kaki yang dijalankan akan dapat menyemai


semangat disiplin yang tinggi dan menjana etika intergriti
dalam menjayakan sesuatu kerja.

2.2 Karnival Kawad Kaki dapat melatih kadet bersemangat yang


kental dan bersungguh-sungguh dalam segala usaha yang
dicurahkan.

2.3 Karnival Kawad Kaki yang dijalankan dapat mendidik kadet


berfikiran positif dan matang untuk melaksanakan kerja
dalam pasukan.

2
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memilih pasukan yang berpotensi tinggi dan berdaya saing


untuk mewakili daerah Seremban ke peringkat Negeri
Sembilan.

3.2
Melahirkan pasukan dan kadet yang berdisiplin dan
bersemangat juang untuk memastikan kecemerlangan yang
seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.

3.3 Untuk memberi pengetahuan dan pengalaman kepada kadet


setiap unit yang diwakili dalam pertandingan karnival kawad
kaki badan beruniform.

3.4 Untuk memupuk semangat daya juang dan berdikari serta


meningkatkan motivasi dan keyakinan diri kadet.

4.0 PELAKSANAAN

4.1 TARIKH

24 September 2022 (Sabtu)

4.2 TEMPAT PERTANDINGAN

SMK Bukit Mewah

4.3 PERASMI:
– Tuan Mohamad Adnan bin Ismail
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah,
Sektor Pengurusan Sekolah
Pejabat Pendidikan Daerah Seremban

MASA : 7.00 Pagi – 2.00 Petang

3
5.0 SENARAI JAWATANKUASA

5.1 JAWATANKUASA PENGELOLA KARNIVAL KAWAD KAKI

Penaung : Tuan Haji Norazam bin Haji Nayan


Ketua Pegawai Pendidikan Daerah,
Pejabat Pendidikan daerah Seremban

Pengerusi : Dr. Leong Mei Wei


Pengetua SMK Bukit Mewah, Seremban

Timbalan : En. Mohd Hamdan bin Sumat


Pengerusi I (PK Kokurikulum SMK Bukit Mewah)

Timbalan : Cik Zalilah binti Abd Kahar


Pengerusi II PK Pentadbiran SMK Bukit Mewah

Timbalan : Pn.Vijaya Rani a/p Ponniah


Pengerusi III PK Hal Ehwal Murid SMK Bukit Mewah
: Pn Woo Wai Ling
PK Petang SMK Bukit Mewah

Pengurus : Pn.Noraini binti Md.Din


Projek TKPPD- Pembangunan Bakat Murid

Setiausaha : Pn.Rosmawati Kartini binti Zakaria

Pen. Setiausaha : Pn.Noorazimah binti Md Jaki

Bendahari : Pn.Siratul Azima bt Mahisar

Penyelaras : Pn. Rosmawati Kartini binti Zakaria


Pertandingan

Penolong : Pn.Vimala a/p Ramasamy


Penyelaras : Pn.Kow Pei Ling
: Pn.Noorazimah binti Md Jaki

23

You might also like