You are on page 1of 1

Baiklah, sekarang kita beralih kepada PENGAPLIKASIAN BAHAN TEKS DALAM

PENGAJARAN ASPEK SENI BAHASA

 Pelajaran yang telah kami rancang ialah Bahasa melayu bagi tahun 3
 tema ialah Integriti dan tajuk yang dipilih ialah budi
 Seterusnya, Standard Kandungan yang kami pilih ialah 4.2 iaitu Menghayati
keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. Dan Standard
Pembelajaran ialah: 4.2.1 Melafazkan pantun yang mengandungi bahasa
yang indah dan menjelaskan maksud.
 Selanjutnya, Kumpulan kami telah merancang 2 Objektif. Objektif pertama
ialah Pada akhir pembelajaran, murid melafazkan pantun empat kerat dengan
sebutan dan intonasi yang betul berpandukan teks. Dan Objektif kedua ialah
Pada akhir pembelajaran, murid dapat menjelaskan maksud satu
rangkap, pantun empat kerat dengan betul dan teliti.
 Penyerpan ilmu ialah sastera manakala penerapan nilai ialah Keyakinan diri 
 Sumber bahan bantu menggajar yang digunakan ialah bahan teks.

Slide seterusnya, Langkah-langkah pengajaran aspek seni Bahasa dengan pengaplikasian


bahan teks

Yang pertama Guru menayangkan video pantun. Kemudian Guru bersoal jawab dengan
murid mengenai isi kandungan pantun yang terdapat dalam video tersebut. Seterusnya,
Guru merumuskan induksi serta mengaitkannya dengan tajuk pembelajaran hari tersebut.
Selanjutnya, Guru mengedarkan teks pantun empat kerat “Budi”. dan membimbing murid
untuk melafazkan  pantun empat kerat “Budi” dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemudian Murid diminta membaca pantun empat kerat secara mekanis berpandukan teks
yang diberi.  Akhir sekali, Murid diminta mengenalpasti dan menjelaskan maksud salah satu
rangkap daripada pantun empat kerat “Budi”.

You might also like